Tuesday 27 November 2012

Pelajar jadi pengurus pasukan bola hasil main game



Kehebatan bermain permainan video Footbal Manager akhirnya membuahkan hasil bagi seorang pelajar kerana baru-baru ini dia diterima untuk bekerja sebagai pengurus pasukan 'A' FC Baku di Azerbaijan.

Vugar Huseynzade, seorang pelajar berusia 21 dari Sweden, mendapat pekerjaan di salah satu daripada kelab bola sepak teratas Azerbaijan dan dikatakan berjaya mengenepikan nama-nama besar termasuk lagenda Perancis, Jean-Pierre Papin untuk jawatan itu - walaupun pengalaman beliau hanya menguruskan sebuah pasukan di dalam komputer.

Namun minatnya pada permainan maya, ijazah Pengurusan Perniagaan dari Universiti Boston, serta sedikit pengalaman dengan agensi sukan di Amerika Syarikat nampaknya cukup untuk membolehkan dia diterima ke jawatan tersebut.

"Saya sentiasa mahu bekerja dalam bola sepak dan telah bermain Football Manager sejak tahun 2002," kata Huseynzade kepada sebuah akhbar Scandinavia, Aftonbladet.

Huseynzade yang memang dilahirkan di Azerbaijan diberi tanggungjawab sebagai pengurus pasukan rizab selepas penyandang sebelumnya, Kamran Ismayilov meninggalkannya lebih daripada dua tahun lalu.

Akhbar berkenaan melaporkan bahawa pertemuan dengan naib presiden FC Baku membantu dia pada awalnya mendapatkan pekerjaan di kelab itu sebagai pembantu penasihat pada Februari lalu.

Sumber: eurosport.yahoo.com

Monday 26 November 2012

Tips membeli Blackberry ‘secondhand’

Ramai pengguna Blackberry ini terdiri daripada remaja atau belia kerana telefon tersebut mengutamakan sistem “social networking” seperti FaceBook , blog, Twitter , BlackBerry Messenger (BBM) dan sebagainya.


Ada di antara kita yang hanya mampu membeli barangan terpakai seperti BlackBerry secondhand. Ini merupakan beberapa tips untuk anda sebelum membeli telefon BlackBerry terpakai supaya kita tidak tertipu dan menyesal dikemudian hari.
  1. Semak No IMEI dan PIN
    Untuk pengetahuan anda , IMEI ada akronim kepada Internationa Mobile Equipment Identity dan ia merupakan nombor unik bagi pengenalan sesebuah telefon bimbit . Nombor IMEI ini tidak mempunyai dua nombor yang sama dimana setiap tefon bimbit mempunyai nombor IMEI tersendiri.
    Cara untuk menyemak nombor IMEI pada telefon Blackberry ialah *#06# (bintang, hash, kosong, enam, hash)dan tekan dail untuk mengetahuinya. Selain itu anda juga boleh semak PIN telefon Blackberry tersebut dengan menekan ALT+CAPSLOCK+H.

  2. Semak jangka masa penggunaannya
    Caranya ialah tekan butang Menu dan pilih Options diikuti Menu status selepas itu pilih BUYR.
    Dengan cara ini , anda akan dapat memeriksa jangka masa pengunaan telefon tersebut dan dapat mengelakan diri anda ditipu.

  3. Semak semua fungsi sistem Blackberry
    Caranya adalah , Pilih menu , seterusnya Option dan pilih status dan tulis TEST untuk mengujinya.
    Anda perlulah mencuba kesemua fungsi telefon tersebut bermula darisegi fizikal hingga ke aplikasi dalamnya untuk mengelakkan anda menyesal dikemudian hari.

  4. Pastikan ada jaminan
    Setiap penjualan telefon bimbit akan mempunyai surat warranty ataupun jaminan. Bagi blackberry adalah GSM. Hal ini memudahkan anda untuk memudahkan anda sekiranay berlaku kerosakan terhadap telefon bimbit anda.

  5. Semak harga pasaran
    Sebelum membeli telefeon bimbit adalah dinasihatkan anda mengetahui sedikit sebanyak harga pasaran yang terkini supaya harga yang ditawarkan bersesuaian mengikut jenis blackberry yang dijual.
- PUTERA.com/Sriyanti

Friday 23 November 2012

Lelaki Thai maut bermain game



Seorang remaja di Bangkok, Thailand yang ketagih bermain game ditemui mati beberapa hari lalu di hadapan komputernya selepas bermain selama beberapa malam tanpa tidur.

Mayat lelaki berusia 24 tahun itu ditemui di kerusi dalam biliknya di sebuah rumah di wilayah Samut Songkhram barat daya Bangkok.

"Beliau ketagih kepada permainan. Beliau jarang-jarang masuk tidur dan sentiasa memainkan permainan komputer dari malam sehingga pagi," kata pegawai penyiasat.

Monday 19 November 2012

10 sebab mengapa iPhone 5 tidak sesuai untuk anda


Sebagai pengguna, kita tidak seharusnya terlalu memandang kepada kekuatan jenama semata-mata. Kepelbagaian fungsi dan bagaimana gaya kehidupan seharian kita boleh menjadi faktor utama dalam memilih untuk membeli telefon pintar.


Di sini saya senaraikan sebab-sebab mengapa iPhone 5 mungkin tidak sesuai untuk anda miliki.

  1. Persaingan antara pengeluar-pengeluar telefon pintar yang lain
    Samsung, Nokia, HTC dan lain sedang berlumba-lumba menghasilkan telefon pintar yang baik dan ianya memang terbukti lebih baik.
  2. Harga
    Sudah pasti iphone 5 dijual dengan harga yang lebih tinggi berbanding telefon-telefon pintar yang lain walaupun fungsinya tidak setanding dengan telefon pintar yang lain.
  3. Nano SIM
    Difahamkan iPhone 5 menggunakan kad SIM terbaru iaitu nano SIM, kad SIM ini masih terhad penggunaannya di Malaysia.
  4. 1800mhz 4G/LTE
    Mengenai kelajuan, tidak dinafikan iphone 5 memiliki kelajuan data yang terpantas, tetapi tidak semua operator di Malaysia menyokongnya dan jika anda berada di kawasan luar bandar, iphone 5 hanyalah sebuah telefon pintar yang biasa sahaja. Di Asia Tenggara, hanya Singapura yang menyokong jaringan LTE.
  5. Skrin
    Perbezaan yang ketara hanyalah saiz skrin yang lebih panjang (tidak lebar). Telefon pintar yang lain seperti Samsung Galaxy S3, Nokia Lumia 920 memiliki bukan sahaja skrin yg besar, malah lebih jelas terang.
  6. NFC
    Ramai yang tertanya-tanya, mengapa iphone tidak dilengkapi dengan funngsi NFC (Near Field Communications). Ini ada fungsi yang membolehkan pengguna berkongsi fail dengan sentuhan sahaja. Fungsi ini sudah digunakan dengan meluas dan bolh didapati pada telefon S3 ataupun Lumia 920.
  7. System Operasi (OS)
    Iphone 5 menggunakan OS terbaru dari Apple iaitu iOS 6, walaubagaimanapun pengguna iphone 4/4s masih boleh menaik taraf sistem operasi mereka kepada iOS 6, telefon lain seperti S3 menggunakan Android yang luas digunakan dan Nokia kini menggunakan sistem operasi Windows 8 yang lebih mesra pengguna.
  8. Peta dan GPS
    Agak mengejutkan apabila Apple membuang aplikasi Google Maps dan menggantikannya dengan Apple Maps. Tiada apa yang berbeza tetapi ianya tidak efisyen seperti Google Maps yang luas digunakan. Nokia pula tetap kekal dengan Nokia Maps dan ditambah dengan pelbagai fungsi agar mesra pengguna dan yang lebih penting, ianya percuma.
  9. Kamera
    Difahamkan kesemua telefon pintar yang terbaru di pasaran kini menampilkan kamera yang beresolusi tinggi. Ini termasuklah iphone 5. Namun begitu, telefon lain menawarkan fungsi yang sama malah ada yang lebih baik pada harga yang rendah.
  10. Aksesori
    Akhir sekali, aksesori iphone 5 masih lagi mahal dan sukar untuk mendapatkan yang benar-benar tulen. Telefon pintar yang lain menawarkan pelbagai aksesori dengan harga yang lebih berpatutan.

- PUTERA.com/Sham Azril

Penulis Tamu

Anda dijemput untuk menjadi Penulis Tamu di PUTERA.com! Dapatkan maklumat lanjut di sini.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More