Laman Utama


 
PAMERAN
CETUSAN
INOVASI
EVOLUSI
BERITA
ARTIKEL
GALERI
<~ Menu Utama

 

Artikel

Keseimbangan antara cita-cita dan ilmu untuk merubah
Published: May 28, 2007

SUATU  ketika dulu, imej Islam dipandang hebat oleh dunia Barat dan Timur. Rasulullah s.a.w. membina asas tamadun dengan menjadikan Madinah sebagai model asas dan dikembangkan oleh para sahabatnya, tabie tabien, para ulama dan ilmuan yang terbilang sehingga menjadikannya tamadun yang bertahan hampir 700 tahun.
  Baitulhikmah dibangunkan dengan tradisi perpustakaan dan ilmu yang amat menakjubkan. Zaman Abbasiyyah adalah zaman yang menampilkan keunggulan tradisi sains dan matematik yang amat mengkagumkan. Andalusia menjadi tempat rujukan ilmu dan Barat terhutang ilmu kepada  tamadun Islam.
  Orang-orang Barat melihat Islam di Andalusia sebagai agama tamadun. Darinya lahir ilmuan terbilang dalam berbagai bidang. Karya-karya mereka diterjemahkan ke bahasa orang-orang Barat iaitu bahasa Latin dan Ibrani dan ilmunya diambil untuk dijadikan sandaran dalam membangun ilmu-ilmu falsafah, astronomi, sains, perubatan, geografi, matematik, muzik dan sebagainya.
  Read More...



Kepentingan menguasai ilmu yang bermanfaat
Published: May 14, 2007

 Al-Quran  memberikan asas tentang ilman nafia atau ilmu yang bermanfaat dan yanfaunnas atau sesuatu yang memberi manfaat kepada manusia. Sejarah pertumbuhan ilmu dan tamadun Islam telah menyebabkan ia tidak tertutup untuk memanfaatkan faedah berbanding dari tradisi keilmuan orang lain. Ada asas-asas universal yang terdapat pada ilmu yang berkenaan yang tidak bercanggah dengan faktor akidah dan syarak.
  Kunjungan al Biruni ke India, pengembaraan Ibn Battuta ke serata ceruk dunia, penguasaan al Farabi, Ibn Sina terhadap ilmu-ilmu falsafah Greek-Yunani, anjuran Rasulullah supaya ilmu dituntut hingga ke negeri China.
  Begitu juga kaedah menebus diri tawanan perang dengan mengajarkan anak-anak Islam kemahiran membaca dan menulis pada zaman Rasulullah. Semuanya adalah asas sandaran bahawa di samping pemerkasaan ilmu-ilmu Islam, ilmu yang bermanfaat dari tradisi dan tamadun lain harus dicari selagi ia tidak bercanggah.
  Lebih-lebih lagi dewasa ini umat Islam menjadi pengguna kepada ilmu-ilmu sains dan teknologi dari Barat dan Timur. Hasil kekuatan sains dan teknologi ini kuasa-kuasa Barat memiliki upaya menakluk dan menjajah dan kuasa-kuasa sedang muncul sebagai negara maju dan bakal menjadi kuasa besar.

Read More...



Al-Jahiz - ahli zoologi Islam pertama
Published: April 12, 2007

PENGETAHUAN dalam bidang alam semula jadi termasuk kehidupan alam haiwan merupakan pengetahuan yang penting untuk didalami oleh kebanyakan masyarakat. Ini kerana tanpa alam semula jadi seperti tumbuhan dan haiwan, manusia tidak mampu hidup di muka dunia ini.
   Sehubungan itu, kepentingannya tidak dapat dinafikan dan pengetahuan mengenai sering diturunkan daripada para guru dan ibu bapa kepada pelajar dan anak agar mendekati alam ini dengan lebih akrab dan sentiasa menghormati kewujudannya walaupun kadang kala kita tidak mengenalinya.
  Alam haiwan misalnya merupakan satu alam yang masih banyak tidak diketahui oleh manusia atau saintis masa kini walaupun usaha mengkajinya telah dijalankan sejak beribu tahun dahulu.
  Bagi umat Islam, mereka seharusnya berbangga kerana terdapatnya ilmuan Islam yang telah lama menjalankan kajian mengenai alam haiwan ini dan tokoh tersebut ialah Abu Uthman Amr ibn Bakr al-Kinani al-Fuqaimi al-Basri atau lebih dikenali sebagai al-Jahiz.

Read More...



Al-Haitham - Bapa optik moden
Published: February 19, 2007

  ABU Ali Hasan Al Haitham yang dikenali sebagai Alhazen di barat, merupakan Bapa Optik Moden. Beliau merupakan pakar fizik yang terunggul melalui sumbangan terhadap kaedah optik dan saintifik. Abu Ali Hasan dilahirkan pada 965 Masihi di Basrah dan mendapat pendidikan di Basrah dan Baghdad.
 Beliau merantau ke Mesir dan Sepanyol tetapi hidupnya banyak dihabiskan di Sepanyol dengan mengendalikan penyelidikan mengenai optik, matematik, fizik, perubatan dan pembangunan kaedah saintifik.

Read More...



Al Khawarizmi ahli matematik teragung
Published: February 13, 2007

ABU Abdullah Mohammad Ibn Musa al-Khawarizmi adalah Bapa Algebra. Tarikh lahir dan kematiannya yang tepat tidak diketahui tetapi beliau dikatakan hidup di antara tahun 790 sehingga 840 Masihi.

Ada juga yang menyatakan beliau lahir pada tahun 780 Masihi dan meninggal dunia pada tahun 850 Masihi.

Lebih dikenali sebagai Al Khawarizmi di kalangan ahli sains dan merupakan seorang ahli sains Islam yang terulung dalam ilmu matematik.Beliau juga merupakan seorang ahli astronomi dan geografi yang terkenal pada zamannya.

Read More...



Islam, al-Quran dan sains
Published: February 12, 2007

JIKA memperkatakan mengenai sains dan teknologi, umum mengetahui yang Barat
telah banyak menyumbang kepada pembangunan bidang-bidang tersebut yang
terdapat kini.

Bagaimanapun tidak ramai mengetahui bahawa dari zaman prasejarah sehingga
kurun ke-16,  para ilmuwan Islam dari rantau Asia Barat telah lama
mendahului dalam pembangunan inovasi dan teknologi terkini. Read More...



Kehebatan ilmuwan Islam
Published: January 31, 2007

Tidak siapa boleh menafikan peranan Islam dan al-Quran dalam pencetusan setiap anjakan dan revolusi ketamadunan manusia dan kemajuan sains di muka bumi ini.

Sama ada ia memang dihasil atau diterokai oleh seorang yang Muslim atau bukan, al-Quran tetap menjadi satu-satunya sumber yang mampu mencetuskan setiap penemuan atau hasil sesuatu carian.

Read More...



Pameran serlahkan kehebatan saintis Muslim
Published: January 24, 2007

BERKUNJUNG ke Pameran Kegemilangan Sains dalam Tamadun Islam: Sains Islam Mendahului Zaman di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menyedarkan kita akan kehebatan Islam yang diterjemahkan oleh ilmuwan yang mahir dan faham mengenai isi kandungan kitab suci al-Quran. Read More...



Menyingkap Keunggulan Tamadun Islam
Published: January 5, 2007

 Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Institute for the History of Arabic-Islamic Science, Johannn Wolfgang Goethe University, Frankfurt German akan menganjurkan Pameran Kegemilangan Sains dalam Tamadun Islam: Sains Islam Mendahului Zaman bermula pada 8 Januari - 31 Mac 2007.

Matlamat utama pameran ini ialah untuk memperbetulkan persepsi masyarakat Islam bahawa pencarian ilmu bukanlah semata-mata kepada ilmu Naqli  atau Ilmu Wahyu (Revealed Knowledge) sahaja tetapi juga ilmu Aqli (Akal) supaya wujud keseimbangan dalam pembangunan modal insan.

Kumpulan sasaran ialah para saintis, akademia, tokoh agama, ahli korporat, golongan professional, guru dan pelajar serta masyarakat umum. 

Read More...



Cendekiawan Islam bentang kertas kerja pada simposium
Published: January 5, 2007

Simposium Antarabangsa Sains dan Teknologi Islam sempena Pameran dan Simposium Antarabangsa Ilmuwan Sains Islam dijangka menarik minat lebih 1,000 peserta dari seluruh dunia. Simposium yang bertema Ke Arah Dunia yang Selamat dan Maju dijangka diadakan pada 5 Jun sehingga 7 Jun tahun depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Read More...



Next »
Laman Utama ~ Bahasa Melayu ~ English © MOSTI & Maintained by Media Active Sdn. Bhd.