Laman Utama


 
PAMERAN
CETUSAN
INOVASI
EVOLUSI
BERITA
ARTIKEL
GALERI
<~ Menu Utama

 

Berita

Lebih 180,000 kunjungi pameran
Published: February 10, 2007

PAMERAN Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam yang sedang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) telah mencatat jumlah pengunjung lebih 180,000 orang.

Sehingga 10 Februari, 182,384 pengunjung telah datang untuk menyaksikan pameran yang mengketengahkan kegemilangan sains Islam yang bermula pada 8 Januari lalu itu.

Menurut jurucakap Akedemi Sains Malaysia , jumlah pengunjung itu pasti meningkat pada hujung minggu ini dengan orang ramai dijangka mengambil kesempatan untuk berbuat demikian sebelum ia berakhir pada 14 Februari.

Sebanyak 148 bahan termasuk replika, poster, model boleh berfungsi serta manuskrip yang dipamerkan di pameran anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Institut Sejarah Sains Arab-Islam dan Universiti Johann Wolfgang Geothe di Frankfurt, Jerman itu.

Bahan-bahan pameran itu telah dibahagikan kepada empat kategori iaitu Astronomi Islam, Geografi, Navigasi, Penemuan dan Reka Cipta Perubatan, Matematik, Seni dan Arkitek serta Teknologi dan Reka Cipta.

Laman Utama ~ Bahasa Melayu ~ English © MOSTI & Maintained by Media Active Sdn. Bhd.