Laman Utama


 
PAMERAN
CETUSAN
INOVASI
EVOLUSI
BERITA
ARTIKEL
GALERI
<~ Menu Utama

 

Berita

Pameran di Pusat Sains Negara
Published: February 26, 2007

BAGI penduduk di Lembah Klang yang tidak sempat menyaksikan Pameran Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 8 Januari hingga 14 Februari lalu, mereka  boleh mengunjunginya di Pusat Sains Negara (PSN).

 Selama sebulan dari 1 hingga 31 Mac pameran yang mengenengahkan kejayaan dan kegemilangan saintis dan ahli fikir Islam kira-kira 1,000 tahun lalu diadakandi PSN, di Bukit Kiara.

 Sehubungan itu, orang ramai terutama penduduk di sekitar ibu negara diharap tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi pameran tersebut yang dibuka secara percuma setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 9 malam.

 Sebanyak 148 replika  instrumen serta peralatan, poster  dan manuskrip berkaitan sains dan teknologi yang dibangunkan  para ilmuwan Islam lampau dipamerkan di situ.

 Pameran itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat akan pentingnya penguasaan ilmu sains dan teknologi bagi kemajuan dan kecemerlanan negara;

 Ia juga bagi menyediakan forum bagi ilmuwan-ilmuwan sains dari seluruh dunia mempelajari serta bertukar-tukar maklumat terkini dan mewujudkan jaringan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi.

 Di samping itu, ia diharap dapat menyuntik semangat dan galakan kepada masyarakat umum khususnya rakyat Malaysia untuk meminati dan menerokai bidang sains dan teknologi dan melahirkan modal insan yang produktif.

 Selain diadakan di Pusat Sains, pameran itu juga diadakan secara bergerak dan Perak merupakan destinasi pertama pameran itu pada 6 Mac lalu dan akan berakhir di Selangor pada 4 April depan.

 Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menggunakan dua buah bas khas iaitu yang memuatkan replika dan model ciptaan saintis Islam manakala sebuah bas lagi khusus memberikan penerangan dalam bentuk persembahan multimedia.

Laman Utama ~ Bahasa Melayu ~ English © MOSTI & Maintained by Media Active Sdn. Bhd.