Laman Utama


 
PAMERAN
CETUSAN
INOVASI
EVOLUSI
BERITA
ARTIKEL
GALERI
<~ Menu Utama

 

Berita

Pameran Kegemilangan Sains berjaya - KSU
Published: March 18, 2007

 KEMENTERIAN Sains, Teknologi dan Inovasi menyifatkan Pameran Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam yang sebelum ini diadakan di ibu negara berjaya mencapai matlamatnya dalam membuka minda masyarakat terhadap pentingnya mempelajari ilmu sains dan teknologi.

  Ketua Setiausahanya, Datuk Hanan Alang Endut berkata, pameran yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 8 Jan hingga 14 Feb itu telah dikunjungi 250,000 orang.

  “Ini membuktikan pameran itu telah berjaya terutama untuk mengubah persepsi masyarakat tentang pentingnya pencarian ilmu sains dan teknologi itu,” katanya ketika berucap merasmikan Pameran Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam-Sains Islam Mendahului Zaman secara “on-wheel” di Kota Bharu, Kelantan.

  Hanan berkata disebabkan kejayaan itu, kementerian membawa pameran yang sama dalam bentuk replika atau model ciptaan saintis Islam itu ke seluruh negara bagi membolehkan semua rakyat menyaksikannya.

  Bahan pameran asal kini dipertontonkan di Pusat Sains Negara dari 26 Feb lalu sehingga 31 Mac ini sebelum disimpan di Muzium Topkapi, Turki.

  Hanan berkata, Perak merupakan destinasi pertama pameran itu pada 6 Mac lalu dan akan berakhir di Selangor pada 4 April depan.

  Kementerian itu menggunakan dua buah bas khas iaitu yang memuatkan replika dan model ciptaan saintis Islam manakala sebuah bas lagi khusus memberikan penerangan dalam bentuk persembahan multimedia.

  Pameran selama dua hari di sini yang berakhir esok dibuka mulai 9 pagi sehingga 6 petang tanpa bayaran masuk.
 
 

Laman Utama ~ Bahasa Melayu ~ English © MOSTI & Maintained by Media Active Sdn. Bhd.