Laman Utama


 
PAMERAN
CETUSAN
INOVASI
EVOLUSI
BERITA
ARTIKEL
GALERI
<~ Menu Utama

 

Berita

Pameran bergerak ke seluruh negara
Published: March 12, 2007

PAMERAN Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam - Sains Islam Mendahului Zaman telah dibawa ke seluruh negara melalui konsep `on-wheel' bagi membolehkan lebih ramai rakyat negara ini melihat hasil ciptaan ilmuan Islam itu secara lebih dekat.

Destinasi pertama pameran bergerak itu ialah Ipoh, perak pada 6 Mac lalu dan akan berakhir di Selangor pada 4 April ini.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menyediakan dua bas khas, iaitu sebuah  yang memuatkan replika model ciptaan saintis Islam sementara sebuah lagi khusus memberikan penerangan dalam bentuk persembahan multimedia.

Di samping itu, pameran yang telah berakhir di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 15 Februari lalu itu, kini di pertontonkan di Pusat Sains Negara hingga 31 Mac sebelum semua bahan pameran asal itu disimpan di Muzium Topkapi, Turki.

 Pada pameran di KLCC ia telah berjaya menarik  250,000 pengunjung.

Ia membuktikan pameran yang mengketengahkan ciptaan ilmuan Islam dalam bidang sains dan teknologi itu mendapat perhatian pelbagai lapisan masyarakat di negara ini termasuk yang bukan Islam.

Pameran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan ditutup oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama
Institut Sejarah Sains Arab-Islam, Universiti Johann Wolfgang Geothe di Frankfurt,
Jerman itu akan mempamerkan sebanyak 148 bahan termasuk replika, poster, model boleh berfungsi serta manuskrip.

Bahan pameran akan dibahagikan kepada empat kategori iaitu Astronomi
Islam, Geografi dan Navigasi; Penemuan dan Reka Cipta Perubatan; Matematik, Seni dan Arkitek serta Teknologi dan Reka Cipta.

Laman Utama ~ Bahasa Melayu ~ English © MOSTI & Maintained by Media Active Sdn. Bhd.