BeritaMelaka berminat anjur pameran Published: March 2, 2007
MELAKA menyatakan minat untuk menganjurkan Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam yang di adakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan berakhir 15 Februari lalu. Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, beliau sudah bertemu dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis ketika melawat pameran itu baru-baru ini dan berbincang mengenai perkara tersebut. ''Saya difahamkan pameran tersebut dijadualkan dibawa ke setiap negeri di Malaysia. ''Jadi saya berharap ia akan terus dibawa ke Melaka sebaik sahaja selesai diadakan di Kuala Lumpur,'' kata kepada pemberita baru-baru ini. Pameran yang diadakan selama lebih sebulan di KLCC sejak 8 Januari itu menampil 148 bahan ciptaan ilmuan Islam yang menjadi asas kepada teknologi hari ini. Seramai 250,000 telah mengunjungi pameran tersebut yang pertama kali diadakan di negara ini. ''Bayangkan beratus-ratus tahun dahulu umat Islam sudah ada kebolehan mereka bentuk peralatan seperti itu, ini yang kita mahu lihat,'' jelas Mohd. Ali. |