Laman Utama


 
PAMERAN
CETUSAN
INOVASI
EVOLUSI
BERITA
ARTIKEL
GALERI
<~ Menu Utama

 

Berita

Pameran kegemilangan Islam ke negara OIC - Jamaluddin
Published: March 28, 2007

 ROMPIN, Pahang - Kejayaan Pameran Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam di negara ini yang dikunjungi hampir 300,000 orang akan turut dibawa ke negara-negara yang menganggotai Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis.

 ``Kita sebagai negara Pengerusi OIC mahu membantu membuka mata masyarakat Islam antarabangsa bahawa sains adalah ilmu yang perlu dikuasai demi mengembalikan kegemilangan Islam," katanya.

 Beliau juga berkata, kementeriannya merancang membina sebuah  pusat tetap bagi menempatkan bahan-bahan pameran daripada kegemilangan sains Islam yang lampau.

 ``Kita akan menggunakan kepakaran Taman Teknologi Malaysia untuk menghasilkan kembali semua bahan pameran yang kita bawa dari Frankfurt, Jerman untuk ditempatkan di pusat berkenaan," katanya.

 Pameran Bergerak Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam di Rompin, Pahang itu telah dirasmikan oleh Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

 Pameran Bergerak itu telah dibawa ke seluruh negara melalui konsep `on-wheel' bagi membolehkan lebih ramai rakyat negara ini melihat hasil ciptaan ilmuan Islam itu secara lebih dekat.

 Destinasi pertama pameran bergerak itu ialah Ipoh, Perak pada 6 Mac lalu dan akan berakhir di Selangor pada 4 April ini.

 Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menyediakan dua bas khas, iaitu sebuah  yang memuatkan replika model ciptaan saintis Islam, sementara sebuah lagi khusus memberikan penerangan dalam bentuk persembahan multimedia.

Laman Utama ~ Bahasa Melayu ~ English © MOSTI & Maintained by Media Active Sdn. Bhd.