BeritaLagi empat hari untuk ke pameran Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam. Published: February 9, 2007
ORANG ramai yang mahu menyaksikan Pameran Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam hanya mempunyai empat hari sahaja lagi untuk berbuat demikian. Ini kerana pameran yang bermula pada 8 Januari lalu itu akan berakhir pada 14 Februari ini. Read More...
Hadiah menarik menanti pengunjung Published: February 3, 2007
PENGUNJUNG yang mengunjungi Pameran Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam yang sedang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hingga 14 Februari ini bukan sahaja berpeluang melihat warisan ilmuan Islam tetapi juga berpeluang memenangi hadiah menarik.
Read More...
Orang ramai manfaatkan cuti berganda perayaan lawat pameran Published: February 2, 2007
CUTI berganda sempena hari Wilayah Persekutuan dan Thaipusam pada hari Khamis dimanfaatkan oleh ribuan warga kota untuk mengunjungi Pameran Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam. Sejak dari awal pagi, ruang pameran tersebut mula dipenuhi dengan orang ramai yang mahu melihat secara lebih dekat teknologi ciptaan ilmuan Islam. Read More...
Persembahan kumpulan nasyid popular Published: February 1, 2007
SEMPENA Pameran Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam, pihak penganjur turut menyediakan persembahan oleh kumpulan nasyid popular untuk dinikmati pengunjung. Kumpulan seperti Rabbani, Raihan, Bienda & Friends, Wirdani, Devotees dan Nowseeheart bakal menemui pengunjung pada setiap Sabtu dan Ahad. Read More...
160,000 telah kunjungi pameran Published: January 30, 2007
DALAM tempoh 20 hari Pameran Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam berlangsung sejak 8 Januari lalu ia telah dikunjungi kira-kira 160,000 pengunjung.
Ini menunjukkan pameran yang mengenengahkan pelbagai teknologi ciptaan ilmuan Islam kira-kira 1,000 tahun dahulu itu terus mendapat perhatian rakyat negara ini dari pelbagai peringkat dan kaum. Read More...
Rosmah dan 40 ahli Bakti lawat pameran Published: January 29, 2007
ISTERI Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur bersama 40 ahli Badan Kebajikan Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) turut meluangkan masa melawat Pameran Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Isnin.
Rombongan itu diiringi Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddi Jarjis. Read More...
Pameran jadi tumpuan keluarga Published: January 28, 2007
PAMERAN Kegemilangan Sains dalam Tamadun Islam yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sejak 8 Januari lalu terus mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai terutama yang datang bersama keluarga. Mereka memilih ke pameran itu yang dilanjutkan hingga 14 Februari ini sebagai destinasi bersama keluarga untuk menimba pengetahuan baru tentang kegemilangan dan asal usul tamadun Islam. Read More...
Sultan Perak kunjungi Pameran Published: January 28, 2007
PAMERAN Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam turut mendapat perhatian dari segenap lapisan masyarakat, daripada rakyat biasa hingga kepada pembesar negara dan kerabat diraja.
Selepas dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 8 Januari lalu, ia telah dikunjungi ratusan ribu pengunjung bagi melihat sendiri secara dekat ciptaan-ciptaan Ilmuan Islam kira-kira seribu tahun dahulu. Read More...
50,000 kunjungi Pameran Tamadun Islam hari ini Published: January 13, 2007
PAMERAN Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang akan dilanjutkan lagi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sehingga 14 Februari ini menerima pengunjung paling ramai hari ini.
Menurut jurucakap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), sambutan luar biasa pada pameran yang sepatutnya berakhir esok menunjukkan masih ramai pengunjung di luar yang belum berpeluang mengunjunginya. Read More...
Pameran dilanjutkan hingga 14 Februari Published: January 12, 2007
PAMERAN Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang sepatutnya berakhir 14 Januari ini akan dilanjutkan sebulan lagi hingga 14 Februari depan.
Menteri Sains Teknologi dan inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang prihatin dengan permintaan orang ramai supaya pameran itu dilanjutkan di lokasi yang sama. Read More...
|