Laman Utama


 
PAMERAN
CETUSAN
INOVASI
EVOLUSI
BERITA
ARTIKEL
GALERI
<~ Menu Utama

 

Cetusan

Dr. Fuat Sezgin cendekiawan sains Islam terulung
Published: January 5, 2007

 Prof. Dr. Fuat Sezgin merupakan pengasas salah sebuah pusat penyelidikan terkemuka di dunia yang menjadi sumber ilmu pengetahuan serta warisan kebudayaan Arab-Islam - Institut Sejarah Sains Arab-Islam di Johnn Wolfgang Goethe University Frankfurt, Jerman.

Profesor berusia 80 tahun itu memulakan penyelidikannya di Turki yang mana beliau menghasilkan disertasi mengenai Imam al-Bukhari yang merupakan perawi hadis sahih Rasulullah. Kajian beliau menjurus kepada sains Arab sehingga abad ke-7 Masehi selain sumber-sumber ilmu dari Greek.

Di sana beliau menempatkan koleksi peralatan saintifik yang unik dan model dari zaman Pertengahan Islam dalam bidang astronomi dan geografi, horologi dan navigasi, optik, sains mekanikal, kimia dan perubatan.  Beliau juga membina semula objek terutamanya alat muzik berdasarkan kepada teks Zaman Pertengahan dan merupakan replika yang menyerupai objek tulen.

Read More...



Kembalikan tradisi gemilang sains Islam
Published: January 5, 2007

 Jika kita merenung kembali sejarah silam khususnya di sekitar abad Ke-5 sehingga abad Ke-15, warisan Islam telah membukitkan bahawa masyarakat Islam pada masa itu telah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang sains dan teknologi khususnya bidang matematik, astronomi, perubatan, kejuruteraan, pertanian, teori dan sains gunaan.

Penemuan-penemuan baru masyarakat Islam amat dikagumi oleh bangsa Eropah yang kemudiannya mengasimilasi dan menjadikannya sebagai sebahagian kehidupan harian  mereka seperti penggunaan kopi, sabun, peralatan bedah, vaksinasi, algebra dan penerapan ciri senibina Islam.

Bagaimanapun kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis,  pada abad-abad berikutnya kegemilangan masyarakat Islam semakin hilang kerana telah dibayangi oleh kemajuan tamadun Eropah.

Read More...
Laman Utama ~ Bahasa Melayu ~ English © MOSTI & Maintained by Media Active Sdn. Bhd.