PameranObjektif pameran dan simposium Published: January 5, 2007
Objektif pameran dan simposium i. untuk meningkatkan kesedaran masyarakat akan pentingnya pengusaan ilmu sains dan teknologi bagi kemajuan dan kecemerlanan negara; ii. menyediakan forum bagi ilmuwan-ilmuwan sains dari seluruh dunia mempelajari serta bertukar-tukar maklumat terkini dan mewujudkan jaringan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi; dan iii. menyuntik semangat dan galakan kepada masyarakat umum khususnya rakyat Malaysia untuk meminati dan menerokai bidang sains dan teknologi dan melahirkan modal insan yang produktif
Program dan aktiviti Tarikh perasmian : 8 Januari 2007 Tempoh pameran : i. Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC): 8 -14 Januari 2007. Masa pameran: 10 pagi hingga 9 malam ii. Pusat Sains Negara : 23 Januari - 31 Mac 2007 Masa pameran: 9 pagi hingga 6 petang Program-program sampingan - Cabutan bertuah - Kuiz -Pengunjung bertuah -Program pendidikan. Aturcara majlis perasmian di Dewan Plenari KLCC) pada 8 Januari 2007
2.00pm - Ketibaan Dif-dif jemputan 2.15pm - Ketibaan Yang Berhormat, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis 2.30pm - Ketibaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan lawatan ke tapak pameran di Dewan Pameran 1. 3.30pm - Ketibaan Y.A.B. Perdana Menteri ke Dewan Plenari untuk Majlis Perasmian 3.35pm - Bacaan Doa oleh Mejar (B) Zailani Safarin 3.40pm - Ucapan alu-aluan oleh Y.B. Menteri MOSTI. 3.55pm - Ucapan Perasmian oleh Y.A.B. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi 4.15pm - Perasmian pameran 4.35pm - Pengumuman Penubuhan Kerusi Prof. Dr. Fuat Sezgin di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) antara UTM dan Institute for the History of Arabic Islamic Science. Conferment of Honorary Doctorate of UTM on Prof Dr Fuat Sezgin 4.40pm - Majlis penyampaian cenderamata dari menteri kepada Prof. Dr. Fuat Sezgin dan dari menteri kepada Y.A. B. Perdana Menteri 4.50pm - jamuan ringan dan pameran dibuka. Untuk maklumat dan sebarang pertanyaan: Puan Ainon Mohd Setiausaha Akhbar Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Tel: 03 - 88858000 Tuan Haji Azmi Che Mat atau Cik Phyllis Lam Pengarah Pusat Sains Negara Tel: 03-20921150 Fax: 03-20921250 Email: psn@psn.gov.my Hazami Habib Akademi Sains Malaysia Tel: 03-26949898 Fax: 03-26945858 hazami@akademisains.gov.my Bahan Pameran Dipersembahkan dalam reka bentuk dan persekitaran kehidupan Islam silam, `Pameran Sains Islam Mendahului Zaman' yang akan berlangsung pada 8 hingga 14 Januari depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) tidak seharusnya dilepaskan. Ini kerana, 150 pameran yang akan dipertontonkan nanti merupakan model dan manuskrip ulung ciptaan saintis Islam yang perlu dihalusi dan dipelajari seterusnya dibandingkan pencapaian dan kemajuannya pada zaman ini. Antara model dan manuskrip yang akan dipamerkan itu nanti termasuk: - Sukatan Mural
- Sfera Armila Solstis
- Sfera Armila Ekuinoks
- Instrumen dengan Penglihatan Boleh Gerak
- Instrumen bagi Penentuan Altitud dan Azimut
- Instrumen dengan Sukuan Pendua
- Instrumen dengan Dua Kaki
- Instrumen bagi menentukan Skala Tegak Melalui Sinus
- Sukuan Kayu
- Pembaris Paralaks
- Instrumen dengan Korda
- Balai Cerap Samarkand
- Astrolab Masyarakat Katalan Kurun ke-10
- Astrolab Ciptaan al-Hama'iri/Sevilla 1216 M
- Astrolab Ciptaan al-Malik Asyraf, 1291 M
- Cakera Dunia Ciptaan al-Hamairi
- Sukuan Sinus Ciptaan Muhammad Ahmad al-Mizzi
- Bulatan India
- Kereta Perisai
- Kunci Kombinasi (Keselamatan)
- Pam Air Automatik dengan Enam Pam
- Peralatan Pembedahan
- Alat Penyuling Tumbuhan
- Alembic
- Bekas Penapis Kapilari
- Kincir Angin
- Penangkap Kapal Korek
- Model Kolej Mustansiriya, Baghdad.
- Model Hospital Qalawun
- Pelancar (Lastik)
- Senjata Berteknologi Tinggi
- Planetarium Al-Sijzi
- Glob Celestial
- Balai Cerap Rayy
|