Shanai
Jul 25 2005, 12:03 PM
Moderator PUTERA.comAssalamualaikum dan Salam Sejahtera.Rasanya sudah setahun lebih kita mula melantik para moderator untuk membantu melancarkan perjalanan forum Tanya@Putera.
Dalam tempoh tersebut, para moderator telah banyak meringankan tugas-tugas pengendalian. Untuk itu saya ucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada mereka. Tanya@Putera mungkin tidak semeriah hari ini jika tidak kerana usaha moderator yang bertugas secara sukarela.
Saya sedar mungkin ada sedikit sebanyak ketidakpuasan hati berlaku, namun saya percaya itu tidak akan melemahkan semangat kita untuk terus menimba ilmu pengetahuan dalam bidang ICT.
Memang sudah menjadi adat manusia, adik beradik kalau dah ramai dalam satu keluarga, memang bermacam-maam ragam. Ada yang ketawa kat sana, ada yang menjerit kat sini, ada yang bergaduh kat situ, dan bermacam-macam lagi. Tapi percayalah, air yang dicincang takkan putus. Saya anggap kita semua sebagai adik beradik dalam satu keluarga maya yang besar.
Selari dengan usaha kita semua untuk terus meningkat maju, saya ingin membuka peluang kepada rakan-rakan semua untuk mencadangkan pelantikan moderator untuk semua kategori forum. Cadangan adalah dibuka untuk:
- mengekalkan moderators yang sedia ada
- mencadangkan moderator baru
- mencadangkan tambahan moderator
- cadangan-cadangan lain yang berkaitan
Saya berharap anda semua akan memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin.
Sekian terima kasih.
Shanai,
Admin PUTERA.com
electroboy
Jul 25 2005, 01:45 PM
Semua moderator sekarang rasanya patut dikekalkan. Dan saya rasa tambah moderator lebih dari seorang pada sesuatu topik pun ok juga... boleh buat syif
ikan_semilang
Jul 25 2005, 02:26 PM
Saya sokong juga kalau di adakan backup staff/moderator dan juga tambahan pemantau. Dan juga diharap ader tambahan ruangan/sub-forum seperti untuk overclocker dan juga folding.
azuan
Jul 25 2005, 03:10 PM
ha, akhirnya admin dah buka pintu untuk moderator baru. ayuh! calonkan diri anda, terutama kepada yang hebat menghentam mod tempohari. serlahkan bakat anda dengan mencalonkan diri anda.
aku sebagai pemantau akan menyokong sesiapa sahaja yang dipilih, dan aku sendiri berbesar hati jika status pemantau aku boleh ditukarkan kepada pemantau yang baru. semoga putera.com akan datang lebih teratur dengan adanya lebih ramai moderator baru, terutama yang peka dengan isi kandungan forum seharian.
fibix_014
Jul 25 2005, 06:41 PM
Sokong!!!Nak petik sikit kata˛ Admin

QUOTE
Memang sudah menjadi adat manusia, adik beradik kalau dah ramai dalam satu keluarga, memang bermacam-maam ragam. Ada yang ketawa kat sana, ada yang menjerit kat sini, ada yang bergaduh kat situ, dan bermacam-macam lagi.
So, mana ada salah silap tu, sama˛ la kita bermaafan, buang yang keruh ambil yang jernih, biar putera nih jadi cth kat forum˛ lain nanti atas kerana keakraban, keharmonian dan tatasusila puteranians yg bagus!
Aku pun turut harap tanya@putera ni akan terus maju mendokong cita˛ bangsa dan negara, cewahh.. pandai˛ pulak.....
Okey team, lets hav a good time in putera

Tata......
----------------------------------------
mfar
Jul 25 2005, 08:15 PM
QUOTE(electroboy @ Jul 25 2005, 01:53 PM)
... saya rasa tambah moderator lebih dari seorang pada sesuatu topik pun ok juga... boleh buat syif

[right][snapback]179426[/snapback][/right]
Bukanya satu-satu topik sahaja, malah satu subforum! Memang tidak terdaya kalau hanya seorang jaga satu forum am yang terbahagi kepada beberapa subforum tajuk (seperti tugas Moderator Jr Anarchy99), nanti dilabel pula sebagai 'tidak buat kerja', tapi mereka pun patut faham juga bahawa moderator bukannya sentiasa 24 jam dalam Tanya@Putera.
Saya juga turut mencadangkan supaya setiap forum am perlu ada moderator bagi setiap sub-forum (kalau ada 4 sub-forum, maka 4 moderator akan jaga forum am itu sendiri), kalau nak bergandakan lagi bilangan moderator, lagi bagus

tapi perkara ini memerlukan kredibiliti seseorang ahli yang setara dengan moderator yang ada sekarang dan juga keserasian ahli dengan sesuatu sub-forum, ditambah pula dengan jangka masa bagi ahli itu dalam Tanya@Putera.
Hanya sekadar cadangan. Tapi kalau boleh dipertikaikan lagi, silakan, saya sedia mendengar pandangan anda semua!!
OK, minta diri dulu, selamat maju jaya
civ3
Jul 25 2005, 08:22 PM
saya mencalonkan diri saya untuk menjadi moderator di bahagian sudut pelajar. diharap tuan dapat mempertimbangkan cadangan ini. terima kasih.
electroboy
Jul 25 2005, 08:29 PM
QUOTE(civ3 @ Jul 25 2005, 08:30 PM)
saya mencalonkan diri saya untuk menjadi moderator di bahagian sudut pelajar. diharap tuan dapat mempertimbangkan cadangan ini. terima kasih.
[right][snapback]179572[/snapback][/right]
Admin, berdasarkan pemerhatian saya pada post2 civ3 di putera.com, saya sokong dan mencadangkan
civ3 jadi moderator di sudut pelajar.
P.Ramlie
Jul 25 2005, 08:40 PM
Aku sokong jugak. civ3, bila dah dilantik nanti, buat kerja dengan ikhlas yer..
Truckster
Jul 25 2005, 08:49 PM
saya rasa lebih baik ntuk membuka satu sub-forum khas Overclocking memandangkan kat putera.com nih ramai jugak otai2 yg penuh ilmu di dada pasal benda nih.....

dan satu lagi dengan adanya sub-forum khas kita tak perlu lagi kesana-kemari untuk membincangkan tajuk2 yg berkaitan mcm contoh VGA di forum eksesori, CPU, Motherboard, system, benchmark pula di sub-forum yg lain...ni kira dapat manfaat jugak la....

tidak kira apa sahaja berkaitan overclcoking eg: memory, VGA, CPU, cooler, rangking, benchmark dan sewaktu denganya di khaskan kepada satu sub-forum...untuk memudahkan rujukan...dan menyenangkan forummer menyumbang dan mencari maklumat....di harap dapat dipertimbangkan oleh En. Shanai......
ps: sapa sokong angkat tangan....
P.Ramlie
Jul 25 2005, 10:06 PM
Aku sokong cadangan yang baik dan bermenafaat
civ3
Jul 25 2005, 10:07 PM
sesiapa pun boleh jadi moderator asalkan boleh menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab....
gengstapo
Jul 25 2005, 10:08 PM
yupp.. aku sokong supaya ada ruangan khas utk OC'er supaya kita yg rata2 org melayu kat sini boleh jadik se"advance" yg boleh.
wohooo!!
zer0Nehza
Jul 25 2005, 10:44 PM
QUOTE(gengstapo2 @ Jul 25 2005, 10:16 PM)
yupp.. aku sokong supaya ada ruangan khas utk OC'er supaya kita yg rata2 org melayu kat sini boleh jadik se"advance" yg boleh.
wohooo!!
[right][snapback]179617[/snapback][/right]
zahid fan? wahahhahaha
hurm aritu ada membe bukak thread cadangan psl menda ni.. maybe admin x perasan.. cuba korang up skit ekekeke
techno_fanatics
Jul 26 2005, 03:31 AM
aku cadangkan forum perkakasan diperkemaskan
-tambahan forum untuk overclocking - untuk geng2 overclock bincang
-satu untuk perkakasan - untuk membincangkan tentang semua jenis perkakasan komputer
apa sebenarnya kegunaan sub forum wireless di bawah pengaturcaraan?
terima kasih
psychoX
Jul 26 2005, 08:58 AM
buat la memana yang patut ... asalkan semua baik baik belake hendaknye...
Truckster
Jul 26 2005, 09:36 AM
QUOTE
yupp.. aku sokong supaya ada ruangan khas utk OC'er supaya kita yg rata2 org melayu kat sini boleh jadik se"advance" yg boleh.
yap... saya rasa pun mcmtu jugak.....sbbnya kat putera nih rata2 forumer adalah melayu...so kita boleh berbincang menyumbang dan mencari ilmu sesama kita....

untuk mempertingkatkan lagi tahap kefahaman dan kepakaran kita dlm dunia ICT yg penuh mencabar nih...
raga
Jul 26 2005, 09:39 AM
satu sahaja yang ingin saya cadangkan,
tentang pengunaan bahasa.jikalau salah eja boleh lah di pertimbangkan tapi jika terlebih eja ( lucah dan kasar ) tolong remove dari forum.
biarlah nampak putera dot com ini cantik dan ahlinya beretika,barulah cun
cucu mat kilau
Jul 26 2005, 10:31 AM
moderator yg ada skrg ni semua dah ok,bagus 2 belaka tapi ada la soarang tu dia bukan moderator teruk sikit perangai dia
zer0Nehza
Jul 26 2005, 11:24 AM
QUOTE(pencacai @ Jul 26 2005, 10:39 AM)
moderator yg ada skrg ni semua dah ok,bagus 2 belaka tapi ada la soarang tu dia bukan moderator teruk sikit perangai dia
[right][snapback]179727[/snapback][/right]
aku cadangkanko amik alih tempat dia.. aku rasa dia setuju sgt2 tuuuu
mizami82
Jul 26 2005, 11:33 AM
haa mulala tu...tu cam nak start balik la tu haduiiii...
mfar
Jul 26 2005, 11:33 AM
QUOTE(pencacai @ Jul 26 2005, 10:39 AM)
moderator yg ada skrg ni semua dah ok,bagus 2 belaka tapi ada la soarang tu dia bukan moderator teruk sikit perangai dia
Susah nak faham karenah seribu satu macam forumer; jenis sensitif, jenis keras, jenis manja, jenis mengampu, macam˛lah... kita bukannya ahli nujum yang mampu menilai bagaimana karakter forumer (biasanya ahli baru) yang join Tanya@Putera berdasarkan nama sahaja, tapi akan dinilai apabila sudah lama bersama dengan ahli˛ Putera.com.
QUOTE(Truckster @ Jul 26 2005, 09:44 AM)
.....sbbnya kat putera nih rata2 forumer adalah melayu...so kita boleh berbincang menyumbang dan mencari ilmu sesama kita....
Ada forumer bukan Melayu yang join kat sini (Putera.com) sepanjang pengalaman saya bersama Tanya@Putera. Tapi memang biasalah; kena pujuk rayu baru boleh buka pekung di dada, jenis berahsialah orang mcm ni, heh

Tapi apa nak dikatakan di sini ialah Tanya@Putera adalah forum bebas (independent forum); tiada syarat kaum atau budaya atau agama skalipun, asalkan ada ilmu yang mahu dikongsi bersama, tahu berinteraksi dengan ahli˛ lain, jaga etika semasa melayari (surfing) Putera.com.
P.Ramlie
Jul 26 2005, 12:24 PM
ELAKKAN perkauman dan kenegerian.
Wujudkan KEMALAYSIAAN ...
azuan
Jul 26 2005, 03:33 PM
ko kena pahamkan sikit ayat dia. "ada la soarang tu dia bukan moderator teruk sikit perangai dia". dia ni unik sikit. tapi bukan operating system UNIX.. waaaaaaaaaaaaaaaaaaah ah ah ahahahaha™ dia suka berpuisi. dia merujuk kepada non-moderator yang berjumlah ribuan pengguna biasa.
--- sila jangan lari tajuk, cerita pasal purata pengunjung la, pecahan bangsa la apa la itu la ini la. sila cerita berkenaan tajuk. sekali lagi aku nak tekankan, sapa yang rasa dia boleh menjadi seorang moderator (terutama yang kuat kondem tempohari) sila calonkan diri anda. kalau malu-malu nak post dalamni, boleh pm admin secara peribadi.
electroboy
Jul 26 2005, 04:55 PM
Admin, saya nak bagi bebebrapa pencalonan. Berdasarkan pemerhatian saya di beberapa topik di putera.com ini (yg saya selalu lawati), dari segi post yang dihantar, etika berkomunikasi dan pengetahuan/kemahiran dalam bidang2 berkaitan, saya ingin mencalonkan beberapa individu yang boleh menjadi moderator bagi membantu moderator2 yg sedia ada di topik2 berikut:
Windows:
alternator, psychoX, dzulcarnine
Perkakasan:
smile4me, hoodlums, lanuncyber, techno_fanatics, scorps, ongbok, aMd_sCooTeRisT
Pengatucaraan:
ancient one, 1khz, F A, DarkWan
Perisian/Multimedia:
shah animator, tasek16, kembara, gcloud, hoyoyo8,joehari, fidzane
Perisian/ Utitliti dan sekuriti:
alternator, joetbg_x, F A, dzulcarnine
Sudut Pelajar:
civ3
yang ni saja setakat ini terpacul di kepala saya. ada apa2 cadangan lain saya akan tambah kemudian.
EDIT:
sistem operasi/ linux & *nix/ Windows:
sharuzzaman
bro sharuzzaman ni mmg dikenali di jabatan computer & communication engineering UPM bukan saja sebab ilmu yg tinggi dlm operating system...tp sifat beliau yg baik hati dan suka membantu warga warga UPM dan putera.com kalau ada masalah. walaupun aku tak berapa cakap dgn bro ni sbb masing2 busy, tp aku mmg kenal bro ni dah boleh dipertanggungjawab dlm moderating putera.com
cucu mat kilau
Jul 26 2005, 05:27 PM
aku cadang kan
Perkakasan:
smile4me dia memang layak sekali,sekian.
P.Ramlie
Jul 26 2005, 06:22 PM
QUOTE
Perkakasan:
smile4me, hoodlums, lanuncyber, techno_fanatics, scorps, ongbok, aMd_sCooTeRisT
Alahai.. aku rase ko silap letak nama aku dalam senarai tu. Aku kalau boleh tolong pun dalam forum Arkib Putera:Sembang aje. forum lain tak layak la..
mfar
Jul 26 2005, 08:37 PM
QUOTE(azuan @ Jul 26 2005, 03:41 PM)
sapa yang rasa dia boleh menjadi seorang moderator (terutama yang kuat kondem tempohari) sila calonkan diri anda. kalau malu-malu nak post dalamni, boleh pm admin secara peribadi.
[right][snapback]179847[/snapback][/right]
Ini memang aku stuju sangat.... Kalo sorang tak puas ati, sila maju ke depan, try jadi moderator dan rasailah sendiri macamana tugas seorang moderator.
QUOTE(electroboy @ Jul 26 2005, 05:03 PM)
Windows:
alternator, psychoX, dzulcarnine
Pengatucaraan:
ancient one, 1khz, F A, DarkWan
1kHz tu mmg otai programming, masih perlu banyak belajar daripada dia... tapi pasal forum Windows, C-Fu pun boleh dicalonkan jugak sbb serba-serbi dia tau selok-belok Windows (kalaulah dia ada banyak masa surfing dalam Tanya@Putera)
ikan_semilang
Jul 26 2005, 09:37 PM
Saya ingin mencadangkan diri saya sebagai pemantau. Itu pun kalau pihak admin sudi. Sekian, terima kasih.
Ancient One
Jul 26 2005, 10:20 PM
err... ader tak jawatan super admin? kalau ader admin yg perangainya tak senonoh super admin ni bleh kick dia.. kalau ader aku calonkan diri aku.
ikan_semilang
Jul 26 2005, 10:44 PM
QUOTE(Ancient One @ Jul 26 2005, 10:28 PM)
err... ader tak jawatan super admin? kalau ader admin yg perangainya tak senonoh super admin ni bleh kick dia.. kalau ader aku calonkan diri aku.
[right][snapback]180027[/snapback][/right]
Admin sorg jer iaitu bro shanai. Takkan ko nak kick dier. Aparaa...
fibix_014
Jul 26 2005, 11:47 PM
hu hu hu.... baik punya hajat!
per˛ pun, okey aaa berani per!
Truckster
Jul 27 2005, 08:13 AM
QUOTE
Perkakasan:
smile4me dia memang layak sekali,sekian.
kalo pilih semail memang satu pilihan yg bijak....tp dia xleh online lg buat masa skang nih...sibuk ngan xzam kata dia....
Ancient One
Jul 27 2005, 09:45 AM
eh.. apsal aku taip admin plak? ni Windows nyer pasal laa ni. nasib jer tak guna linux. mau tulis root plak karang. aperpun kalau ader 2 admin ok gak.. hehe.. backup.
psychoX
Jul 27 2005, 10:50 AM
QUOTE
Windows:
alternator, psychoX, dzulcarnine
huk alos la.. ada jugok insan yang calonkan aku .. bahagian windows plak tu... rasanye tak layak lagi aku nih.. takat backup mod .. boleh la. jawab memana yang tahu ...
sila pilih org yg bebetul berkelayakan ..
TQ.
p/s = > Cadangan untuk mod backup semasa ketiadaan TERUNASUCI dalam bahagian linux ..
1. Oshiri
2. sharuzzaman
Don Juann
Jul 27 2005, 10:59 AM
sediakan lbh byk pemantau utk memantau keadaan alam pesekitaran putera.com..sbbnya jika seseorg moderator tidak sempat utk moderat forum tu yg dipertanggungjwbkn..maka pemantau itu boleh pantau forum trsbut ok
ni aku tgk ade newbies bikin kasi 'huru hara' dan kena plak moderator 'cuti' plak
slmt maju jaya
pemantau tak bertauliah
electroboy
Jul 27 2005, 12:21 PM
QUOTE(psychoX @ Jul 27 2005, 10:58 AM)
p/s = > Cadangan untuk mod backup semasa ketiadaan TERUNASUCI dalam bahagian linux ..
1. Oshiri
2. sharuzzaman
[right][snapback]180154[/snapback][/right]
yup...aku setuju dgn pencalonan sharuzzaman, mmg bidang kepakaran dia di lab computer engineering di UPM (tempat aku belajar) ialah open source, camna leh terlepas plak nak calon bro sharuzzaman... he..he..
psychoX
Jul 27 2005, 12:35 PM
cheh patut la rasa pernah nampak je bro shahruzzaman nih.. satu university rupenye..
Truckster
Jul 27 2005, 02:57 PM
saya rasa better Mr. Admin letakkan syarat...sbg kelayakan ntuk bergelar "MOD" kat setiap sub-forum....
Typing error la....sori2...
dinnor
Jul 27 2005, 06:44 PM
as'kum
aku pon nak bagi cadangan jugak laaa...
walaupon aku tak la berapa pandai dlm bidang komp niiiii
boleh???
bagi bahagian
rangkaian komputer dengan bahagian
internet tuuuu...
aku syorkan
scorps sebagai moderator.
boleh???
syor saje....
dan satu lagi ...
adalah lebih baik sekiranya tugas ini diberi kepada org yang dapat sediakan masa untuk surf www.putera.com
okk???
semoga diberi perhatian.....
Null
Jul 27 2005, 09:34 PM
Nama-nama pencalonan bagi moderator bahagian
Bahasa Pengaturcaraan juga boleh dilihat di sambungan berikut:
http://www.putera.com/tanya/index.php?showtopic=11926
pakau
Jul 28 2005, 04:43 PM
cadangan aku,
bahagian gajet=gengstapo2
zer0Nehza
Jul 28 2005, 05:49 PM
QUOTE(pakau @ Jul 28 2005, 04:51 PM)
cadangan aku,
bahagian gajet=gengstapo2
[right][snapback]180905[/snapback][/right]
sokong... rajin gak brader kita ni
ikan_semilang
Jul 28 2005, 06:15 PM
Dah ramai yg request nama ni abg Shanai. Dah ader keputusan ker? nanti melalut sampai baper page lak.
cucu mat kilau
Jul 28 2005, 08:21 PM
en shanai pemantau baru tak ada ke ... kalau bagus ganti la org baru pasal yg lama tu cakap melalut ,pusing2 cakap dan melanggar batas 2 sebagai pemantau.sekian.
P.Ramlie
Jul 28 2005, 08:33 PM
Aku setuju ...
azuan
Jul 28 2005, 09:02 PM
aku pun setuju! oleh itu sila kasik pak lalut ni akses pemantau! ...
encik pot pet
Jul 28 2005, 10:13 PM
aku mencalonkan diri aku sebagai 'pemantau'... erkkk... boleh ke
lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
DarkWan
Jul 29 2005, 09:58 AM
QUOTE(electroboy @ Jul 26 2005, 05:03 PM)
Admin, saya nak bagi bebebrapa pencalonan.
:
Windows:
alternator, psychoX, dzulcarnine
:
Perkakasan:
smile4me, hoodlums, lanuncyber, techno_fanatics, scorps, ongbok, aMd_sCooTeRisT
:
Pengatucaraan:
ancient one, 1khz, F A, DarkWan
:
:
EDIT:
sistem operasi/ linux & *nix/ Windows:
sharuzzaman
:[right][snapback]179893[/snapback][/right]
terima kasih atas cadangan saudara. tetapi, saya dengan rasa rendah diri menolak untuk dicalonkan dari menjadi moderator bahagian pengaturcaraan. tambahan pula, saya telah bertukar bidang ke arah sistem pelayan. jadi otak dah berkarat
untuk itu, sy mencadangkan saudara
psychoX di bahagian pengaturcaraan/web dan saudara
PETABITE di bahagian perkakasan. sy juga menyokong En
AncientOne dan En
sharuzzaman di bahagian masing-masing.
harap cadangan ini diterima.
eci
Jul 29 2005, 10:52 AM
QUOTE(DarkWan @ Jul 29 2005, 10:06 AM)
terima kasih atas cadangan saudara. tetapi, saya dengan rasa rendah diri menolak untuk dicalonkan dari menjadi moderator bahagian pengaturcaraan. tambahan pula, saya telah bertukar bidang ke arah sistem pelayan. jadi otak dah berkarat
untuk itu, sy mencadangkan saudara
psychoX di bahagian pengaturcaraan/web dan saudara
PETABITE di bahagian perkakasan. sy juga menyokong En
AncientOne dan En
sharuzzaman di bahagian masing-masing.
harap cadangan ini diterima.
[right][snapback]181168[/snapback][/right]
Ko dah tukar bidang tu, nak wat camana kan..
tp yang penting nak jd mod ni kena rajin masuk forums....
n than pada observation aku la... Ko antara ahli yang rajin..
Aku rasa baik ko sahut cabaran jd mod nih....
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please
click here.