Shanai
Aug 31 2005, 01:18 PM
Selamat menyambut hari kemerdekaan!
Merdekakan minda anda dari belenggu. Hilangkan halangan yang wujud dalam diri dan berfikirlah secara waras. Kejarlah impian dan bukan igauan.
Hormatilah kewujudan dunia dan segala isinya. Jangan berpura-pura menjadi budak kecil jika diri sudah dewasa, dan jangan berpura-pura jadi dewasa jika diri masih kecil.
Syurga bukan hanya untuk para nabi dan neraka bukan hanya untuk iblis, masih banyak ruang untuk kita pilih. Maka pilihlah seadanya.
Ilmu tanpa amal itu merugikan, tapi ilmu yang diamal dengan salah itu sangat merugikan lagi merosakkan. Sebarkanlah ilmu yang baik dan bendunglah ilmu yang tidak elok.
Dunia ini bukan untuk kita hidup seorang, tapi untuk kita bersama-sama kongsi dan warisi.
Dan majulah kaum yang bersatu dan membantu antara satu sama lain.
Ingatlah janji-janji kita dulu kepada Pencipta sebelum kita dibuka mata dan dilihatkan langit atau lampu pemanas di katil hospital.
Fahamilah erti kemerdekaan ini.
Shanai - 7 tahun merdeka bersama PUTERA.com
izwan
Aug 31 2005, 11:19 PM
Assalamualaikum
Selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua pengunjung Putera.com dari saya yang kecil ini.
Dan selamat maju jaya kepada Putera.com agar terus maju ke hadapan, Insya-Allah.
Izwan - 4 tahun merdeka bersama PUTERA.com
mizami82
Aug 31 2005, 11:22 PM
Merdeka!!
Merdeka kita tanpa dijajah,
tapi minda blum berubah,
masih terikut agenda barat,
asyikkan dunia lupakan akhirat,
merdeka ku bersama putera
Mizami82 - 2 tahun merdeka bersama Putera.com
Nor Arisham Hj Bakar
Sep 1 2005, 10:59 AM
erm...malam 30hb ituhari abang sham stop kejap kat station minyak refuel sebab nak pergi rumah eldest brother (kitaorang buat doa selamat/yasin)...alangkah sedihnya bila abang sham lihat ramai remaja kita yang stop kat situ..pakaiannya...Ya! Allah urut dada...jangan kata remaja..bebudak yang sekitar tingkatan 1-2 pun serupa!...itu belum kira yang berkepit..dan jantan jongos yang berfewweet ajak gadis-gadis tumpang keter mereka...apa dah jadi????
memang ibunda pertiwi kita sudah merdeka dari penjajahan portugis,belanda,inggeris dan jepun...
memang ibunda pertiwi kita sudah bebas dari ancaman komunis...
tetapi jelas nyata minda kita masih lagi dijajah oleh budaya kuning, budaya compang-camping, budaya haprak....
dan sekali lagi walaupun dan berkali-kali...abang sham ajak semua adik-adik insafkanlah diri...kembalilah keasal kita....
dengan jiwa yang merdeka!.
p/s cium tangan ayah/mak "Terima Kasih kerana berjuang untuk melahirkan kami, generasi yang merdeka"
gengstapo
Sep 1 2005, 04:28 PM
.. peace is the best!!
SHAMIDA.inc
Sep 1 2005, 08:25 PM
Peace!!
I Love Malaysia..
SHAMIDA.inc - Tahun pertama merdeka bersamamu Putera.com
BERUANG_KAYA
Sep 3 2005, 12:39 AM
saya rasa malaysia belum merdeka,tengok la malam merdeka semua jadi gila ,mabuk,romen 2 .... merdeka pada nama perangai belum merdeka ...
mfar
Sep 3 2005, 10:37 AM
Pada fizikal, rakyat Malaysia merdeka; yakni bebas daripada belenggu penjajah... tapi, adakah ini bermakna minda kebanyakan di kalangan mereka itu juga bersifat demikian?
Saya boleh rasakan betapa tingginya semangat seluruh rakyat Malaya pd 30 Ogos 1957 dan pada keesokan hari (31 Ogos 1957) Allahuyarham (mendiang) Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengangkat tangan & bertakbir "Merdeka, Merdeka, Merdeka". Keadaan pada masa itu cukup hebat kerana semua hadirin (mungkin antara mereka ialah moyang² atau datuk² nenek ² kita semua) di dlm stadium mmg bersungguh mahukan penjajah terus keluar drpd tanahair mereka; tidak mahu lagi dicengkami peraturan penjajah Barat.
Tapi apabila dibandingkan dgn keadaan sekarang, bersorak "Merdeka" mcm "ketuk tong dram"; tiap² tahun perangai camtu tapi... kus smangat, sifat kebaratan masih lagi melekat dlm jiwa rakyat, khususnya golongan remaja. Nak ditegur... eh eh, naik muka nampak? Nak ditegah... amboi, nak ajak bertumbuk plak? Bila dah kena 'penangan' akibat ikutan, mulalah x tentu arah, cari pedoman!
Hari Kemerdekaan pd pandangan saya hampir sama dgn hari Awal Muharam (hari pertama pd bulan pertama kalendar Islam); berubah dr satu keadaan ke satu keadaan yg lebih baik... jadi jika Awal Muharam boleh dilakukan dgn baik, kenapa tidak utk kali kedua pada Hari Merdeka?
annamir
Sep 5 2005, 11:37 AM
Selamat Hari Merdeka ke 48!
Don Juann
Sep 5 2005, 12:55 PM
sesungguh malaysia telah 48 thn merdeka tetapi pemikiran rakyatnya masih belum 100% merdekaa!...kite masih dijajah minda, budaya, dn sebagainya...tapi kite x slhkn mereka kerana penjajah menjajah malaysia beratus2 tahun lamenya
oleh kite seharusnya kembali asal usul kite dan berpegang dengan ajaran islam yang sebenarnya
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
4 tahun merdeka bersama putera.com
fibix_014
Sep 5 2005, 01:43 PM
[center]Merdeka!!! 
Tak tau apa nak cakap.... 
Tapi bersama²lah kita mempertahankan kemerdekaan nih!
Kita org Malaysia kena sama² jaga maruah kita.
Jgn terloncat² mcm org xder adab.
Kita org Malaysia kena tunjukkan yg kita ada org paling beradab dimuka bumi ni!
Biar Mat saleh respek kita.
Jgn kita cemarkan maruah dan adab kita dgn budaya kuning yg ntah apa² tuh!!!
Merdeka minda, Merdeka Jiwa!!!
[/center]
Petik ckit kata² Zainal Abidin Masa konsert mlm Merdeka arituh
annamir
Sep 6 2005, 11:44 AM
Tahukah anda?Ketika malam pengishtiharan merdeka [waktu union jack nak diturunkan] pada detik terakhir 30/8, ia sebenarnya telah terlewat hampir sepuluh minit dari jam 12.00 t'mlm? Ini kerana, Tunku Abdul Rahman sebenarnya tiba lewat memandangkan jalanraya yg sesak dgn org ramai ketika itu, sehingga menyebabkan pegawai dari Jabatan Ukur menghentikan seketika perjalanan jam di bangunan Sultan Abdul Samad untuk menantikan ketibaan Tunku! Setibanya Tunku kira² 12.10 minit [ikut jam tangan org lain ketika itu] barulah jam besar tersebut dihidupkan kembali! 'Maka berjalanlah masa seperti biasa...'
Err, satu lagi...si Zainal tu agak² ko merdeka tak jiwa dan minda dia yerk? Aku tgk dia bertindik telinga, err, budaya mana dia amik tuh?!
p/s: Jangan cakap tak serupa bikin udah le...
fibix_014
Sep 7 2005, 12:19 PM
ha ha ha

-itu Fashion alaf baru la annamir...

PEACE
annamir
Sep 7 2005, 12:27 PM
Fesyen, fesyenn jugak...
bkn tu namanya 'meniru yg kuning'...
Alaahaiii...
kesiannya org yg bercakap tentang merdeka di malam merdeka...
rupanya diri sendiri dijajah dalam terang di siang harinya...
Fikir²kanlah...
azuan
Sep 7 2005, 03:00 PM
fakta mana ko dapat ni annamir pasal jam kena ubah?
hebat sungguh mereka ini berkata-kata perihal orang lain. tapi adakah diri sendiri tidak begitu? orang kata, kalau tak mampu merubah orang lain, ubahlah diri sendiri dulu.
zer0Nehza
Sep 9 2005, 09:09 PM
ni ada unsur politik ke?
klo nk extend psl ni borak kt putera.net la.. sini x sesuai
fibix_014
Sep 9 2005, 09:47 PM
*Ermm...
Whoopss....
-Back To the Topic...
Independent!!!
------------------------------
p4l4d1n
May 24 2006, 08:40 PM
merdeka! merdeka!
happy national day
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please
click here.