PUTERA.com kini dalam proses pengemaskinian ahli dan akan memadamkan semua maklumat ahli baru yang belum mengesahkan pendaftaran melebihi 30 hari (Grup: Validating).
Sebaik sahaja anda mendaftar sebagai ahli di PUTERA.com, kami akan kirimkan satu e-mel mengandungi maklumat bagaimana hendak mengesahkan pendaftaran keahlian. Anda perlu respon kepada e-mel tersebut. Caranya tidak susah, anda hanya perlu buka, baca dan klik pada link yang diberi di dalam e-mel tersebut.
Jika anda mendaftar menggunakan e-mel yang tidak sah, atau e-mel anda sudah luput, ataupun peti e-mel anda sudah penuh, maka kemungkinan besar e-mel yang kami kirimkan tidak akan sampai kepada anda. Ada kemungkinan juga e-mel kami masuk ke folder yang tak betul dalam peti e-mel anda.
Jika e-mel anda betul, anda boleh membuat permintaan supaya e-mel pengesahan itu dikirimkan kembali dengan mengunjungi http://www.putera.com/tanya/index.php?act=Reg&CODE=reval.
PUTERA.com kini mempunyai 5,520 ahli yang berdaftar dan telah mengesahkan pendaftaran.
Tetapi terdapat 2,962 lagi yang tidak mengesahkan pendaftaran sama ada menghadapi masalah penerimaan e-mel, peti e-mel penuh, menggunakan e-mel yang palsu, tidak pasti alamat e-mel sendiri (contohnya @yahoo.com atau @yahoo.com.my), tidak tahu bahawa kena buat pengesahan dan lain-lain alasan.

