Bantuan - Carian - Ahli - Kalendar
Full Version: Peraturan Jual Beli Di Putera.com
Tanya@Putera > Bazar > Jual & Beli
Pages: 1, 2
zer0Nehza
Assalamualaikum....
Salam sejahtera
Kepada puteranians® sekalian ;

ringakasan akta urusniaga related IT Produk / dan barangan yang sesuai untuk berurusniaga

RULES YANG SEPATUTNYA DIIKUTI & DIPATUHI DALAM URUSAN JUAL BELI FORUM PUTERA.COM

*Pastikan informasi yang anda berikan tepat, lengkap.
*Pastikan menggunakan tag asas jual beli samada [nb] / [nj] @ [wts] / [wtb]
*Sebab jual (reason for sale) keadaan barang ( telah dilampirkan pada template)
*Cara pembayaran e.g COD, nego dll (terpulang atas dasar bicara antara penjual dgn pembeli)
*Berani berisiko, sebarang urusniaga atas risiko sendiri.
*Membuat laporan dengan kadar segera kepada moderator sekiranya ada kekeliruan
*Jangan kacau topik orang yang berurusniaga dengan hanya memulau apa yang di wartakan
*Setiap trader layak membuka satu topik sahaja untuk berurusniaga pada sesuatu masa.Sila gabungkan kedalam satu template yang kemas dalam satu topik.Jika ada lebih dari satu topik pada sesuatu masa, topik itu akan dikunci atau dipadam sama sekali.

PENTING !!
::Referral link tidak dibenarkan(referal link item yg dijual di forum lain)
:: Jangan sesuka hati menjalankan sesuatu tugas/ambil alih/ciplak (dengan niat menolong) tetapi tanpa kebenaran si penjual atau sebaliknya
:: Pembuka thread harap menukarkan tajuk topik setelah jualan tamat bagi memudahkan pihak mod untukk menutup topik itu, contohnya item sold !!!!mod please close, note , (sekarang pemula topik boleh tutup sendiri topik dengan menggunakan function moderator option.)
::Posting tidak akan dikira dalam forum jual beli, tidak perlu mengulang atau pos sebarang spam @ posting yang tidak bermanafaat
::Quotekan apa yang perlu sahaja, gambar yang sedia ada tidak perlu untuk mengelakkan kesesakan server putera
::BUMP Posting dibenarkan sekali sahaja dalam tempoh 24jam.Jika ada yang melakukan BUMP lebih dari yang dibenarkan. Warn level anda akan di naikkan tanpa notis.
indirect BUMP juga tidak dibenarkan sama sekali !

antara contoh indirect BUMP ;
- "mari -mari beli barang murah"
- "pm dibalas !" (strictly no one line ugpm)
- & sebagainya

*****ITEM-ITEM YANG DIBENARKAN :*****

- Hardware @ software (original)
- Technology lain seperti handset @ permainan konsol dibenarkan
- Item² yang berpontensi jualannya boleh dipertimbangkan


!!TIDAK DIBENARKAN

- Jualan langsung/skim cepat kaya/MLM (multi level marketing) (sekiranya ada, warning kepada user, topik akan diclose @ didelete tanpa notis)
- Barang² mengarut...tidak masuk akal..barang purba berazimat..tahyul sebagainya
- makanan..
- RUMAH/TANAH/KERETA../AUTOMOTIV dan seumpama dengannya
- Unauthorised copies/Cetak Rompak : music, movies, television programs, books, photographs seperti yang telah ditetapkan oleh Hakcipta.


PREPAID SERVIS
tidak dibenarkan sebarang urusniaga, e-prepaid, bisnes prepaid.referral prepaid link.
Kelonggaran syarat & peraturan diberikan untuk phone simpack, starter pack, prepaid number.

USER YANG MASIH BERDEGIL DAN TIDAK SUKA MENGIKUT PERATURAN YANG DITETAPKAN SILA CALONKAN DIRI UNTUK KENA BANNED

Reference

PostLaju Rate....
Rate tersebut hanyalah anggaran....
Track & Trace Info


NATIONWIDE EXPRESS
Tracking number
http://www.nationwide2u.com/cgi-bin/tracking.cfm
Shipment rate
http://www.nationwide2u.com/cgi-bin/ratescalculation.cfm








Istilah-Istilah yang digunakan dlm ruangan Jual Beli Putera:

[NJ] = Nak Jual
[NB]= Nak Beli
[NT] = Nak Tolak
[NL] = Nak Lelong
[NC] = Nak Cari
[NK] = Nak Komplen


ADPM = Anda Dapat Private Message (memandangkan putera guna pm, aku pun malas nak ubah kepada mp=mesej persendirian)


Lain-lain istilah yg difikirkan perlu

DSM = Dengan secepat mungkin
PWT = Penghantaran Wang Tunai
DKB = Dalam keadaan baik

ps: mari memartabatkan bahasa kita..

Untuk mengemaskinikan ruangan Jual Beli, sebarang thread/tajuk akan di padamkan jika tidak aktif dalam semasa 30 hari. Sekian, terima kasih.

Sekian ,
zer0Nehza
armand666
Kepada siapa yang berkenaan,

Topik ini di buka untuk cadangan dan laporan dari semua ahli jual beli @putera.


Di dalam ruangan Jual & Beli kat forum putera ni, untuk computer & lain servis berkaitan dengannya. Jadi topik-topik yang tak berkaitan pun ada, tapi jangan la sampai taruk title "Cuba Fikir" "Tenaga Batin" "Jual Motor" dan lain-lain kerana ini bukan topik IT ni.

Dan kepada semua pengunjung putera, harap jangan la kacau "thread" orang lain,
dah ada function untuk buka new thread tu, bukak la topik sendiri.

Satu lagi tuan punya thread tolong la close sendiri topic kalau dah setel urusan bagi kemudahan pemantau/mod

Sekian
Armand.
DarkWan
ahaks. aku tau sape yg ko maksudkan. aku pun berbulu je ketiak aku tengok camtu.

tang jual moto tu aku leh terima lagi la. jual pil tenaga batin tu aku neutral la tak kisah la sebab tujuan tu nak menjual.

tapi yang suruh "cuba fikir" tu..aku takleh terima. kaco thread orang .. aku pun taleh terima WALAUPUN tujuan nak menjual, tapi takde etika.

dan, ini PM yg aku terima;
QUOTE
Terima kasih la kerana tegur saya dgn kata2 kesat awk tu....
saya tak kisah tapi kalau boleh beradab la sikit....kita kan member seforum....saya sikitpun takda niat buruk...jangan la senang2 kata org keji...saya pun mcm org lain ada hati dan perasaan, kalau ada apa2 tak puas hati tegur la elok2....saya boleh terima...


jadi,beginilah orang Melayu. kita tegur,dia kata kita lempar kata-kata kesat. dia punya "terima kasih" tu pun tak ikhlas sangat bunyinya dan sound pulak "kalau boleh beradab la sikit" - tapi dia tak beradab masuk rumah orang lain (kacau thread orang lain) tu tak diambil kira pulak.

hebat.
phreak_id
hahahhaha.. paling aku tergelak korg tau apa??.. tanya si zeronehza.. ader sorg mamat tuh nak jual batu geliga ke hapa ntah.. tah sampai braper minit si zero dah babai kt dia pastuh closed kan thread tuh.. kehkehkehkeh.. kelakar betul, camtuh punya org pun ada ka.. laugh.gif



pssst.. tanak buat tag safetrader cm LYN ker??.. den dah jadik safetrader kek sano.. laugh.gif
phreak_id
lagi satu armand, zero.. kalo bole korg pantau la sket reply-reply yg menyakitkan hati tuh.. cth aku bg camni.. Tgk Sini .. dlm pada org tgh cerita pasal nak jual ram, bole menyampuk plak buat promote prepaid.. kalo ye pun, agak-agak la.. buat la topik sendiri..
zer0Nehza
ader setengah x leh msk akal tuh aku delete terus.. ader gak aku dh sound,.. ok trimas seme sbb kasik cadangan.. kekadang pon aku x terperasan gak ader spesis sker wat kaco ginih... hehehe.. .trimas lagi sbb ader yg pm aku..report pos... so lebih menyenangkan... kekadang masa x mengizinkan
DarkWan
kkadang pun ada yg nk jual baju jersi, takpun seasoned stuff macam minyak wangi valentine. itu aku leh terima even bukan barang2 IT - tapi agak agak la.

barang prepaid pun OK jugak sebenarnya. tapi bila dah ada kaitan kena join situ sini, agak berbulu juga la (nak letak bulu ape laie aku ni,selain ketiak)

kalo nk jual prepaid, tapi gune sistem downline sume tu, aku suggest mcm ni la - macam ada sorang tu aku pasan dia buat (kat loyat kot). dia jual prepaid, jual juga tapi dia encourage orang jd downline dia kalau nak dapat lagi murah.

orang beli barang sebab nak dapat harga yg murah. nak servis yang bagus. kualiti barang yang tip top. bukan nak direndahkan mentalitinya.

p/s: phreak .. ape yg aku post ni adalah berkaitan dg org yg ko link kan tu.
P.Ramlie
Aku rase macam nak lempang orang promote prepaid kat aku.
Aku try gak daftar.. mana tau jadi jutawan. tapi hampeh...habis duit aku (RM100). isk... kacau..kacau.
syazone
:off topic: apsal!? tak betul ker mende tu? ingat cam nak masuk gak.... buat la cam lowyat.net tu... takyah masuk apa apa program pon tapi dapat gak prepaid murah.... kalo ada jual kat sini sure laku nyer...

mmm... betul... jgn kaco thread org lain..... same cadangan cam phreak_id, putera.com taknak buat tag 'safe trader' (peniaga selamat!?) ker?
ikan_semilang
QUOTE(phreak_id @ May 7 2005, 08:16 PM)
hahahhaha.. paling aku tergelak korg tau apa??.. tanya si zeronehza.. ader sorg mamat tuh nak jual batu geliga ke hapa ntah.. tah sampai braper minit si zero dah babai kt dia pastuh closed kan thread tuh.. kehkehkehkeh.. kelakar betul, camtuh punya org pun ada ka..  laugh.gif



pssst.. tanak buat tag safetrader cm LYN ker??.. den dah jadik safetrader kek sano..  laugh.gif
[right][snapback]144475[/snapback][/right]


Ye lar..kalau boleh buat tag safer trader. Tapi kene tanya admin la. Hehehe..tahniah phreak_id untuk safer trader. Tapi sucessful list boleh refer kat saner ker? Kalau kat sini mmg sah la aku tak dapat. happy.gif


Nota: Aku cukup benci kalau org promote join buat duit bermodalkan RM?. Kalau nak senang bukan jalan camtu, kene berusaha. wink.gif
phreak_id
mmg ok kalo nak buat, cuma aku rasa, kalo boleh, safetrader kt sini biar lagi secure.. cth, safetrader kena bagi info detail termasuk salinan kad pengenalan dan sebagainya.. tp entahla.. mungkin terlalu awal utk putera.com kut smile.gif ..
owner_ze
Huhu...sungguh straight peraturan kat sini...
Itu pasal la ramai yg merebak kat Edagang, kerjaya ngan eduit tu...
Jual barang2 MLM...ebook la...
ikan_semilang
Sebarang perkara yang tidak berkaitan dgn it akan di delete tanpa penuh bicara. biggrin.gif
sarge
Actually aku pun tak sure dah ade ke belum.Kalau ade delete jerk la

** jgn banding rege BULK dgn rege retail

## jgn dok nyebok kat thread org kalau tak berminat nak beli.Kalau nak beli.BUleh nego ngan seller.Kalau die taknak bagi.Pedulikkan jerk.Ape susah?Jgn beli

Tambahan utk Istilah-Istilah yang digunakan dlm ruangan Jual Beli Putera:

WTS - Want to Sell
WTB - Want to Buy
WTF - want to find
WTC - Want To Complaint


@ mane2 short form yg biase digunakan utk Forum2 lain
shambahar
(owner_ze @ Nov 28 2005, 08:05 AM) [snapback]231225[/snapback]

Huhu...sungguh straight peraturan kat sini...
Itu pasal la ramai yg merebak kat Edagang, kerjaya ngan eduit tu...
Jual barang2 MLM...ebook la...


Ketegasan itu perlu....ini untuk kebaikan bersama.....tegur bukan ertinya marah atau benci...

ableze_joepardy
(zer0Nehza @ Jul 6 2004, 12:01 PM) [snapback]28058[/snapback]

!!NO PREPAID SERVICE/AGENT/DEALER

kalo starter pack boleh ka? blink.gif
ikan_semilang
(ableze_joepardy @ Dec 23 2006, 04:46 PM) [snapback]395249[/snapback]

kalo starter pack boleh ka? blink.gif


Takleh gak. wink.gif
xakheir
nak cadangkan la...successful trades punya thread dah ada kan? apa kata buat utk yg gagal punya..ye lah..utk guide user kat sini..mana tau ada malaon2 yang cuba nak mengambil kesempatan kan....dan Jual Beli di Putera ni kena lebih secure..tu je nak cakap..thanks~
ikan_semilang
(xakheir @ Jan 3 2007, 03:31 AM) [snapback]399451[/snapback]

nak cadangkan la...successful trades punya thread dah ada kan? apa kata buat utk yg gagal punya..ye lah..utk guide user kat sini..mana tau ada malaon2 yang cuba nak mengambil kesempatan kan....dan Jual Beli di Putera ni kena lebih secure..tu je nak cakap..thanks~


Yg gagal punya boleh masuk sekali kat dlm thread successful list. Kat sini jrg ade conman melainkan kat LYN. smile.gif
xakheir
oho...kalau cam tu bagus la..risau gak~ hihihi LYN selalu eik..
jeux_z
saper yang sepatutnya 1st..seller post nye barang atau buyer bank in nye duit?mayb berlaku penipuan x?that mean buyer xbayar selepas barang dapat atau seller xpost nye barang selepas duit dapat..atau pun ini salah satu daripada risk yg perlu diterima dgn rela hati..
scorps
(jeux_z @ Jan 7 2007, 03:42 PM) [snapback]401165[/snapback]

saper yang sepatutnya 1st..seller post nye barang atau buyer bank in nye duit?mayb berlaku penipuan x?that mean buyer xbayar selepas barang dapat atau seller xpost nye barang selepas duit dapat..atau pun ini salah satu daripada risk yg perlu diterima dgn rela hati..

ku tak fhm!!explain boleh???
laugh.gif
Rezolles_Net Mall
(jeux_z @ Jan 7 2007, 03:42 PM) [snapback]401165[/snapback]

saper yang sepatutnya 1st..seller post nye barang atau buyer bank in nye duit?mayb berlaku penipuan x?that mean buyer xbayar selepas barang dapat atau seller xpost nye barang selepas duit dapat..atau pun ini salah satu daripada risk yg perlu diterima dgn rela hati..



(scorps @ Jan 7 2007, 04:20 PM) [snapback]401178[/snapback]

ku tak fhm!!explain boleh???
laugh.gif


Inilah realiti dunia "perniagaan"...hak hak....masing masing takmo mengalah tongue.gif laugh.gif
scorps
(Rezolles_Net @ Jan 7 2007, 04:23 PM) [snapback]401182[/snapback]

Inilah realiti dunia "perniagaan"...hak hak....masing masing takmo mengalah tongue.gif laugh.gif

You are reminded that the banking in of money to the account of somebody you do not know in the expectation of shipment is extremely risky and should not be practiced.
aku terbaca dlm lowayt...
camner nak kenalpasti yg org yg nak deal dgn kita tu nak menipu,jujur ke tak dan sebagainya??
korang tolong jelaskan...
mastakilla

Assalamualaikum..ahli baru ingin tumpang berbicara

Bro Scorps, kalau dlm lelong.com ada sistem rating,kita boleh tengok rating penjual berdasarkan maklumbalas yang diterima dari urusan2 jual beli/lelongan sebelumnya,dan juga ada sistem "verified user".

untuk putera.com/tanya,cuba rujuk thread successful trades.kalau nak selamat,better COD,lebih2 lagi kalau barangan berharga seperti laptop.Sangat2 berisiko untuk bank-in duit ke dalam akaun penjual yg kita tak kenal hujung pangkalnya.Kebiasaanya penjual takde masalah jika pembeli ingin berurusniaga secara COD, jika reasonable la jaraknya.mungkin kalau penjual di kelantan tapi pembeli kat jb kalau nak COD mungkin susahla.Mungkin ada beberapa petanda yg membolehkan kita berasa ragu2 dgn ketelusan penjual:

1) penjual mendesak supaya bank-in duit secepat mungkin dan enggan COD tanpa sebab2 yg munasabah
2) tiada maklumat terperinci mengenai barang yang dijual/status barangan yg samar2 (
3) harga terlalu murah dari harga pasaran sampai tahap tak masuk akal/too good to be true (selalunya berselindung disebalik status harga kastam/display item/hadiah cabutan bertuah biggrin.gif). kat sini paling ramai org mudah terpedaya.

Untuk bro jeux_z, saya sering berurusniaga di dalam lelong dan Alhamdulillah setakat ni blom pernah tertipu lagi, dan ya memang kebiasaannya pembeli mesti bayar/bank-in terlebih dahulu sebelom barang di pos oleh penjual.Banyakkan membuat rujukan terhadap latarbelakang/sejarah urusniaga penjual dan hanya berurusniaga setelah benar2 yakin, Insya Allah selamat.

Dan..kalau ada sebarang user yg dikenalpasti sebagai conman..eloklah identitynya dihebahkan supaya tiada sesiapa menjadi mangsa yang selanjutnya.

Terima kasih,sebarang salah silap saya dahului dengan ampun maaf.Wallahua'lam
Mr Ijan
Bro, kalu nak tanya brape harga buleh jual untuk komponen (Cam GC,CPU) second hand saye ni buleh ke? Atau patut wat kat topik lain?

Tader la .. saye ni bukan tawu harga terkini GC, karang kalu letak harga salah, bila mau update ... naik sket ... nanti dier kate tipu .. bila murah sangat harga diorang offer (Contoh GC 6600 GT- dier mintak Rm 100 je .. isk isk ), bila kate x nak jual , dier kate saye tipu gak nanti .. So, buleh ke letak pertanyaan harga kat Jual Beli tuh?
ikan_semilang
QUOTE(Mr Ijan @ Feb 28 2007, 05:16 PM) [snapback]431642[/snapback]
Bro, kalu nak tanya brape harga buleh jual untuk komponen (Cam GC,CPU) second hand saye ni buleh ke? Atau patut wat kat topik lain?

Tader la .. saye ni bukan tawu harga terkini GC, karang kalu letak harga salah, bila mau update ... naik sket ... nanti dier kate tipu .. bila murah sangat harga diorang offer (Contoh GC 6600 GT- dier mintak Rm 100 je .. isk isk ), bila kate x nak jual , dier kate saye tipu gak nanti .. So, buleh ke letak pertanyaan harga kat Jual Beli tuh?


Boleh...tgk rege market tapi kalau dorg offer mengarut mmg kene padam la post dorg... laugh.gif
Mr Ijan
Owh buleh ye , tq bro .. mase untuk post, senang sket, x risau sangat pasnih .. laugh.gif
karom
Saya masih baru kat sini.

Just joined after dpt recommendation dari kawan. Harap dpt menarik minat forumer kat sini terhadap Hardware(RAM) yg saya jual sekarang ni.

Mcm kat LYN, saya pernah di fire sbb nak buat Bulk order then mintak deposit dulu. Harap kat sini people jgn lah fire2 dahsyat2.
zer0Nehza
standard bulk order yg besar2 mesti orang nk deposit...
kena la ikut rules bulk order..
sertakan salinan i/c etc..

tunjukkan bukti jualan sebelum, @ kt mana2 forum sebelum...
sal_nuar
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Saya bercadang nak buka satu thread jualan buku-buku terpakai (semuanya berkaitan bidang komputer), jadi boleh tak saya promosikan di Bazar>Jual & Beli ni?
Takut pulak kalau jadi satu kesalahan.

Terima kasih untuk jawapan yang akan diberi
Rezolles_Net Mall
QUOTE(sal_nuar @ Apr 27 2007, 12:48 PM) [snapback]476856[/snapback]
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Saya bercadang nak buka satu thread jualan buku-buku terpakai (semuanya berkaitan bidang komputer), jadi boleh tak saya promosikan di Bazar>Jual & Beli ni?
Takut pulak kalau jadi satu kesalahan.

Terima kasih untuk jawapan yang akan diberi

boleh...takde masalah laugh.gif
sal_nuar
QUOTE(Rezolles_Net @ Apr 27 2007, 02:17 PM) [snapback]476885[/snapback]
boleh...takde masalah laugh.gif


Terima kasih Rezolles_Net atas jawapan yg diberi, anda sungguh prihatin... happy.gif
sufikiaz
kalo aku nk jual cd drama korea jepun yg aku donlod kt tenet leh x kt sini?..
zer0Nehza
Maaf, tidak dibenarkan.
Syfq
QUOTE(sufikiaz @ Apr 29 2007, 11:52 PM) [snapback]478021[/snapback]
kalo aku nk jual cd drama korea jepun yg aku donlod kt tenet leh x kt sini?..


Bleh nak jual tapi .. kena private la.. jangan la pandai2 bukak thread nak jual hm tak gitu zer0Nehza ??

Rezolles_Net Mall
QUOTE(Navigator® @ May 2 2007, 08:48 PM) [snapback]478954[/snapback]
Bleh nak jual tapi .. kena private la.. jangan la pandai2 bukak thread nak jual hm tak gitu zer0Nehza ??


excl.gif Mane bole bro...sumber dia cetak rompak smile.gif...same je konsep dia macam kat pasar malam kan?

kalo download dan untuk diri sendiri tengok dan bukan hasil pendapatan takpe biggrin.gif....hehe


pendapat aku je lar
zer0Nehza
ikut je ayat ni ;

'pandai2 je lah nk idup... '
Latip BorgiBa
salam tuan supervisor...
nak tumpang tanya...
saya bercadang dan berhajat nak menjual walkie talkie dan original Movie Poster di forum ni..
bolehke.. maklumla saya ni ahli baru..posting pon baru dua..asyik membaca je..

hehe terima kasih rolleyes.gif rolleyes.gif
electron
Ada tak kat sini pembeli yang pernah kena tipu...ch kalau barang dibeli bukan COD...lepas Bank-in...pastu barang tak sampai....maaf soalan agak sensitif...!!!!
zer0Nehza
setakat ni belum ada laporan user ditipu.. klo ada pon.. masalah dgn courier...

pasal walkie talkie.. dibenarkan...
poster.. posting sila ke produk & cenderahati.
electron
Sila tuan supervisor/mod perhatikan akhir2 ni..banyak betul `penjual (biasanya ahli baru)' menjual barang takde detail...pastu...bila 2 -3 mamber tanya dah tutup...tanpa sebab samada dah jual ke...atau saje main2 je...
Maaf ye...sekadar pandangan je..tiada niat menyinggung mana2 pehak.
zer0Nehza
topik yang tidak jelas.. tiada details... tidak menggunakan peraturan asas tag dan template.akan ditutup tanpa notis.
tidak perlu pm mana2 mod untuk penjelasan.
LostZ
QUOTE(electron @ Aug 28 2007, 08:08 AM) [snapback]550220[/snapback]
Sila tuan supervisor/mod perhatikan akhir2 ni..banyak betul `penjual (biasanya ahli baru)' menjual barang takde detail...pastu...bila 2 -3 mamber tanya dah tutup...tanpa sebab samada dah jual ke...atau saje main2 je...
Maaf ye...sekadar pandangan je..tiada niat menyinggung mana2 pehak.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua Warga Putera..
Memandangkan si electron dah post benda nie..aku ada la cadangan skit
bagi memberi idea² yang membina untuk menyelesaikan masalah² seperti SCAM

aku rasa,kepada penjual atau pembeli yang berkeinginan untuk membuka THEREAD, sila nyatakan
segala butiran berikut :

1. TAG : WTS/WTB/NB/NJ/sebagainya.. (Menyenangkan pembeli/penjual dikemudian hari)
2. Tajuk theread (tajuk theread mestilah bersesuian dgn theread anda)
3. Barang (Mesti lah ada barang,kalo tak ada mcm mane nak jual)
4. Harga
5. Cara urusniaga
6. Contact Number (kalo tak ada contact number MOD/SUPvisor sila Closed theread tersebut)
7. Jaminan
8. IC number/kad pengenalan/no passport (Senang skit nak Trace org yg SCAM tue)

Peniaga Pilihan Aku...!!! Klik disini dan kat sini dan last skali kat sini

P/s : Perhatian kepada MOD dan Supervisor (korang memang super power)..korang dah diberi tanggungjawab untuk menjaga THEREAD.. so jagalah THEREAD kat sini dengan berhemah...CLOSED mana yang perlu dan BAN mana yang patut...

P/s : segala cadangan ini hanyalah untuk membantu peniaga dan pembeli.. Bukan untuk menjatuhkan sesiapa dan bukan untuk mengejar pangkat atau kuasa.. segala kekasaran yang tulis didalam post ini amat dikesali.. jika terdapat individu tersinggung dengan post ini.. aku mintak maaf banyak... Wassalam...!! Majulah THEREAD untuk warga PUTERA.COM
zer0Nehza
terima kasih encik lostz atas komen diberikan.

segala yang anda beritahu telah pon dilaksanakan. cek kt sini
cuma user yang jenis tak endah sahaja tak mahu prihatin.

no k/p tu optional.kalau ada lagi komitmen.
rakyatmalaysia
sori yeee, nak tanya, camne nak tutup topic jual barang sebab barang dah abis di jual. Tima kasih buat 3 orang ahli forum tnya putera sbb sudi beli laugh.gif
Ikico
QUOTE(rakyatmalaysia @ Sep 8 2007, 07:30 PM) [snapback]557644[/snapback]
sori yeee, nak tanya, camne nak tutup topic jual barang sebab barang dah abis di jual. Tima kasih buat 3 orang ahli forum tnya putera sbb sudi beli laugh.gif




Pergi kat topic yg ko bukak tue , pas tu ko tengok kat bahagian pengurusan topic ( belah kiri bawah ) , pastu ambik tutup topic
NyoR_SuRf
forum jual-beli sepatutnya dan ada sub forum untuk brg² yg tak berkaitan dengan IT seperti :

1. kereta/mosikal & berkaintanh dengannya
2. barangan berkaitan hobi spt memancing, rc, gundam dsbnya
3. apa apa yg difikirkan sesuai utk kegunaan kita

so saya cadangkan tak perlu banyak hanya perlu diadakan satu saje sub forum atas tajuk JUAL APA SAJA tapi masih lagi tertakluk dgn peraturan jual beli putera yg melarang jual-beli barangan khayalan/tak masuk akal.

so maca mana? tak kan warga putera masih nak duduk di bawah tempurung jer? buka lah sempadan tu wahai moderator smile.gif
MiLo jR
zero.. xnak guner peraturan yg aku ade cakap kat thread one concept lahanut tu ker?

sape yg nak posting untuk jual mesti lebih dari 50post...kalau beli xkisah pon..
zer0Nehza
Bawah Kuasa Admin.

QUOTE(NyoR_SuRf @ Sep 10 2007, 02:30 PM) [snapback]558644[/snapback]
forum jual-beli sepatutnya dan ada sub forum untuk brg² yg tak berkaitan dengan IT seperti :

1. kereta/mosikal & berkaintanh dengannya
2. barangan berkaitan hobi spt memancing, rc, gundam dsbnya
3. apa apa yg difikirkan sesuai utk kegunaan kita

so saya cadangkan tak perlu banyak hanya perlu diadakan satu saje sub forum atas tajuk JUAL APA SAJA tapi masih lagi tertakluk dgn peraturan jual beli putera yg melarang jual-beli barangan khayalan/tak masuk akal.

so maca mana? tak kan warga putera masih nak duduk di bawah tempurung jer? buka lah sempadan tu wahai moderator smile.gif



QUOTE(MiLo jR @ Sep 10 2007, 02:45 PM) [snapback]558651[/snapback]
zero.. xnak guner peraturan yg aku ade cakap kat thread one concept lahanut tu ker?

sape yg nak posting untuk jual mesti lebih dari 50post...kalau beli xkisah pon..


Semuanya di bawah kuasa ADMIN
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2008 Invision Power Services, Inc.