Walaupun Putera.com adalah sebuah portal teknologi maklumat, namun secara tradisinya, sejak ia diwujudkan pada 1998, kad ucapan sempena hari raya terutamanya hari raya puasa atau aidil fitri merupakan salah satu penyeri yang mesti ada pada tahun-tahun awal penubuhannya.
Perkhidmatan kad ucapan elektronik di Putera.com telah dihentikan sewaktu ketika dahulu kerana masalah-masalah teknikal yang menganggu kestabilan sistem.
Namun kini, Putera.com ingin mengembalikannya semula, biarpun terpaksa menumpang service provider luar, demi memeriahkan lagi hari-hari kita sepanjang Ramadan dan Syawal 1426 ini.
Masuklah ke http://www.putera.com/cardraya/ untuk mengirimkan kad ucapan hari raya anda sama ada melalui e-cards ataupun melalui sms.
Tips: Kalau anda guna khidmat SMS, anda sebenarnya membantu Putera.com memperolehi sedikit bantuan kewangan untuk membiayai kos-kos operasi.
Selamat mengirim ucapan hari raya!