Bantuan - Carian - Ahli - Kalendar
Full Version: Selamat Hari Raya
Tanya@Putera > Am > Pengumuman
Shanai
Selamat menyambut hari raya aidil fitri untuk semua pengunjung putera.com tidak kira di mana jua anda berada, di kampung, di perantauan, hatta di perhentian bas sekalipun.

Jadikan aidil fitri ini sebagai masa untuk kita bermaaf-maafan antara satu sama lain. Lupakan sengketa jika ada dan tingkatkan ukhuwah sesama saudara dan rakan taulan.

Jangan dilupa mereka yang tidak bernasib baik seperti kita. Mereka yang merempat tanpa tempat berteduh, tanpa kek atau biskut raya untuk dijamah, rumah ranap ditelan bumi atau bersepai dihembus taufan, atau dimusnahkan oleh pemimpin yang zalim. Sedarlah betapa kita bertuah di bumi Malaysia. Hargailah pemberian tuhan ini, selagi ia belum diambil dari kita.

Sempena hari raya ni, saya menyusun sepuluh jari tangan memohon ampun dan maaf di atas segala salah dan silap yang sengaja atau tidak.

Maaf zahir dan batin.

1 syawal 1426
civ3
Saya mengucapkan selamat hari raya kepada semua warga putera.com. Di samping itu, saya juga ingin memohon maaf di atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah dibuat sama ada sengaja atau tidak selama ini. smile.gif
electroboy
user posted image
scorps
a'kum

saya sebagai scorps,ahli Putera.com,
ingin memohon maaf dari semua rakan-rakan Putera.com
mungkin saya seblum ni ade buat silap ke,terkasar bahasa ke,
tolong ampunkan yee. smile.gif

juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua ...

kembara
Kpd warga putera sekalian,
Kawe,kembara dengan ini mengisytiharkan bahawa kawe memohon maaf dgn anda semua jika ada kesalahan yg tlh dilakukan sepanjang berada di Putera.com ini.Sekian.Wassalam.
Ancient One
Selamat Hari Raya. Jangan membazir makanan.. ingat kat orang yg susah takde makan..
Mangisz_11
SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR DAN ATIN BUAT SEMUA WARGA PUTERA.COM!!!!!!!!!!!!!! maafkan diri ku jika ada terkasar bahasa..ada yg terasa hati n apa2 je laa yg x menyenangkan anda semua...segala kelemahan adalah dari diri saya dan yang baik itu datang dari ALLAH SWT.....

salam Lebaran:
mANgisz biggrin.gif
annamir
[center]
|=-._Minal 'Aaidin Wal Fai'izin_.-=|
--SALAM AIDILFITRI AL-MUBARAK--
buat semua warga putera.com
Maaf Dipohon Andai Ada Terkasar Budi Bahasa
"Kullu Sanah Wa Antum Thoyyibuun"
[/center]
sesas
CODE
or i in (select * from salah_dan_silap)
loop
begin
select count
into kalau_ada_silap
from raya
where tahun_lepas = i.tahun_ini;

if kalau_ada_silap > 0 then
begin
insert into mintak_maaf
select * from raya where tahun_lepas = i.tahun_ini;
exception
when others then
raise;
rollback;
return;
end;
end if;
end;
commit;
end loop;
end;
mrRemz
SELAMAT ARI RAYA... aku minta maaf batin ngan korang, zahir takder kot. tERimas. biggrin.gif
freakery
user posted image
p4l4d1n
Selamat Hari Raya tuk semua.... cool.gif
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2008 Invision Power Services, Inc.