QUOTE(jimmyptm @ Nov 13 2005, 12:48 AM)
kalau 20giga bw per month tue mmg tinggi

boleh juga apply yg unmetered bw tp bukan unlimited bw ... klau bab space tue, bg aku laa, tak berapa minat dgn pakej unlimited space ...
cadangan lain, boleh apply reseller program ...
klau reseller murah skit dr dedicated server dan mahal dr shared hosting ... maybe dlm ~100 per month
[right][snapback]226172[/snapback][/right]
terima kasih jimmyptm atas cadangan tu.
saya tak kisah sangat pasal unlimited space sebab saya dah awal2 tanya webhosting, dia kata tu memang marketing gimick dengan andaian majoriti website tak akan pakai sebanyak mana pun. Lagi pun saya percaya TOS ada terms lain yang akan cover benda tu.
Pasal unmetered versus unlimited bw tu memang betul, cuma concern sekarang bukan lagi pada bw, tapi pada resources.
Sekarang ni server yg host Putera.com cuma AMD Duron 1.2GHz dgn 512MB memory, kita kena cari server yg high powered macam Dual Xeon hyperthreading processor ke..? 2GB RAM ke.., baru percentage resource yang dikongsi nampak tak tinggi. Tapi kalau server dedicated, nak guna 100% resource pun tak kisah walaupun pakai processor cikai pun.
Akaun skrng ni memang reseller pun, tapi macam saya katalah, reseller tak menjamin dapat special layanan untuk resources.
kutip sorang RM1.00? RM5.00? saya rasa itu mungkin akan beri kesan negatif kepada kita sebab mungkin ramai yg akan refuse. Biarlah ia percuma kepada user.
QUOTE
cuba terai hosting malaysia yang aku nampak macam menarik:
www.mesrahosting.net
www.exabytes.com
saya dah survey, tapi kalau nak try, itu satu keputusan yang kena buat betul-betul, sebab tak ada istilah try. Kita kena backup dan setup everything semula. Itu satu process yg tak larat nak buat banyak2 kali in-case kita tak puas hati dan terpaksa pindah semula.
Memang dua-dua local provider tu ada dalam pertimbangan saya, tapi concern saya masih lagi pada how much resources yg webhosting tu willing to be shared.
Tapi saya percaya local provider tak sekejam oversea, in-case kita terlebih had, mungkin mereka masih boleh berunding dan tolak ansur (tapi ini hanya andaian).
Kalau diikutkan, 4 tahun dulu Putera.com telah disyorkan oleh webhosting supaya pindah ke dedicated server sebab guna banyak resources. Tapi oleh kerana tak ada bajet, lagipun makin banyak company webhosting yang offer better, maka saya melompat dari satu webhosting ke satu yang lain. Ada yang sempat lompat, dan ada ketika yang dah terlewat.
Setiap kali sebelum lompat, Putera.com memang berada di puncak populariti, dan masa itu paling sibuk dan guna resource yg tinggi. Webhosting company mula curious dan siasat, bila dia tak paham bahasa Melayu dan terjumpa pulak benda2 yg illegal macam [lanun] ke.. itu yang naya tu.
Dan bila pindah ke server yg baru, saya akan cari yg terbaik dalam market dgn kos yg paling berpatutan. So bila dah dapat server baru, semua akan cool down balik, atas dua faktor:
1. server baru lebih power dan mampu tampung keperluan Putera.com
2. Kesibukan dah berkurang sebab ramai user dah lari!
Dan bila tiba masanya, perkara seperti itu akan berulang lagi buat kesekian kalinya, dan sedarilah bahawa sekarang kita berada di hujung kitaran itu!
QUOTE
Ranking putera? Hmm ada sesapa leh explain tak? X faham ler..
Sila ke alexa.com atau install toolbar alexa yg ada kat muka depan Putera.com.
atau install google toolbar dan check ranking yg google berikan untuk Putera.com
Ia cuma satu benchmark yg menunjukkan bahawa Putera.com adalah bukan calang-calang website. Pada pandangan saya, kebanyakan website lain yang sesibuk dan 'sehebat' Putera.com, mereka kebanyakannya berjalan dgn server sendiri dan bukan lagi shared hosting.
(menurut alexa, daripada berjuta-juta website yg ada di internet, pada hari ini, Putera.com berada ditangga yang ke 52,146, google pula beri ranking 5/10)