Bantuan - Carian - Ahli - Kalendar
Full Version: Perkembangan Positif
Tanya@Putera > Am > Pengumuman
Pages: 1, 2, 3
Shanai
Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua!

Pelbagai usaha telah kita jalankan untuk mengatasi segala kekangan yang dialami oleh PuTeRA.com. Banyak juga rancangan yang kita aturkan, ada yang berjaya dan ada yang tidak. Namun langit tidak selamanya mendung kerana yang kelabu itu akan berlalu, dan yang cerah akan datang menyerlah!

Rancangan untuk membeli server sendiri terpaksa kita tangguhkan, tetapi jangan risau kerana PuTeRA.com dan Putera.net akan berpindah "balik ke Malaysia" dalam masa beberapa hari lagi. Wang kutipan derma tempohari pula kita akan gunakan untuk membeli lesen perisian Invision Power Board (yang ori = US$185). Bila dah ada yang ori nanti, kita harap forum Tanya akan sentiasa selamat daripada penceroboh, penghasad-dengki dan mereka yang tak bertamadun.

Sebagai langkah memperkasakan PuTeRA.com, mengurangkan masalah gangguan (mental & fizikal), serta menghindari anasir-anasir yang tidak diingini, PuTeRA.com akan mengenakan bayaran keahlian sebanyak RM1.00 sebulan kepada semua ahli, yang boleh dibayar melalui SMS. Kami berharap seringgit sebulan bersamaan RM12 setahun tidak memberi apa-apa kesan ekonomi kepada ahli. Mereka yang tidak berdaftar masih boleh terus mengguna dan mendapat informasi dari laman web ini, cuma tidak boleh mengambil bahagian dalam forum (posting) atau bahagian-bahagian lain yang akan ditentukan kemudian.

Marilah kita sama-sama berdoa agar usaha ini berjaya dengan cemerlang, dan seterusnya mampu memacu PuTeRA.com ke arah yang lebih produktif dalam menjana modal insan yang lebih cerdik.

Terima kasih jua kepada semua penderma yang telah memberi sumbangan.

Insya-Allah & terima kasih.

Shanai/Admin
ApoNie
bagus jugak buat camni.. bila start boleh bayar??
pakeeza
Akhirnya.....

Admin terpaksa juga mengenakan bayaran..

Anyway this is a good start. How long should our Admin carry the burden to ensure the survival of PUTERA? Think about it my Kawan..

Wassalam
KeH
bagus2.. sye sokong sgt.
mule2 confius gak, camne nk bayo singgit sebulan tu.. upe2nye pkai sms.
civ3
QUOTE(ApoNie @ May 25 2006, 05:56 PM) [snapback]310945[/snapback]

bagus jugak buat camni.. bila start boleh bayar??

menurut admin, caj ini akan dimulakan tidak lama lagi....maybe around next week....apaČ pun kena tunggu kata putus dari admin bila tarikh sebenar akan dimulakan.... dan tentang caj pembayaran ini, para user dikehendaki sms nombor tertentu melalui pihak ketiga....akhir sekali, tidak ada apaČ caj tersembunyi.
lex_smallvilletv3
harap2 lepas dikenakan caj, boleh la putera maju skit
slacx
kalau boleh bayar gne alternative laen seperti online banking or paypal mungkin lebih baik. Tak semua ahli duduk kat Malaysia kan. Maybe ada student2 kita di oversea jd ahli Putera.com ni.
Shanai
Kemungkinan yang sedang difikirkan:
- Bayaran RM1 sebulan melalui SMS
@ bayar RM12 setahun melalui maybank/bcb
@ bayar US$5 setahun melalui paypal
locco
aku prefer melalui maybank2u tu wink.gif but service btul2 mau ok la..huhu..bayo musti bayo laugh.gif
ahmades
Aku menyokong untuk bayaran 1 hinggit untuk satu bulan.. sokong-sokong
techno_fanatics
aku setuju dan bersedia kalau diminta bayar.

yg penting admin tunaikan apa cadangan yg disebutkan diatas.

-paling penting buat rombakan besar besaran untuk susunan,penamaan subforum/thread yg lebih sesuai,penambahan atau remove subforum/thread ikut kesesuaian.

-hosting yg lebih mantap dari segi reliability,bandwidth,security dan lain2.

-IPB board yg lebih 'mantap', more feature, more secure

last skalik,aku support shanai untuk majukan lagi putera.com
aku antara batch terawal user putera.com.aku dah tgk/alami macam2 perkara berlaku dalam putera.com,theme lama putera.com..hehe..geng2 lama putera pun ramai yg dah hilangkan diri.hehe
lex_smallvilletv3
aku rase senang pakai sms la, sbb skang ni sume ade enset sendiri. tapi tu la kalu orang duk luar nagara camane plak wink.gif
civ3
QUOTE(lex_smallvilletv3 @ May 26 2006, 07:56 PM) [snapback]311339[/snapback]

aku rase senang pakai sms la, sbb skang ni sume ade enset sendiri. tapi tu la kalu orang duk luar nagara camane plak wink.gif

Untuk mereka yg tidak ada handphone atau berada di luar negara, satu kaedah lain akan difikirkan. mungkin melalui bank-in utk user local dan melalui paypal jika luar negara.
Don Juann
mcmne nk tarik user baru setelah dikuatkuasakn peng'caj'san ini? ph34r.gif
aku
tambahan soalan, adakah pengunjung yang berdaftar berhak menyepam board dengan skim cepat kaya?

bila kene bayar ni, kureng sket penyepam program tak berakhlak tu.. tapi macamana plak yang sanggup bayar?
tasek16
(Don Juann @ May 26 2006, 09:52 PM) [snapback]311370[/snapback]

mcmne nk tarik user baru setelah dikuatkuasakn peng'caj'san ini? ph34r.gif

Ok aku bukan nak objection pasal cadangan "caj" ni. Bagi aku benda ni bagus untuk memantapkan lagi putera.com. Cuma pandangan aku caj dikenakan untuk member yang nak "upgrade" ke "premium member". So premium member dapat 'extra benefit" contoh free space dalam 5MB atau berapa yang admin fikirkan sesuai untuk letak image dan sebagainya..(banyak site yang buat cam ni untuk premium member). So untuk yang bukan premium no extra benefit. Why aku cadangkan macam ni? Banyak forum yang asalnya free then change to paid subsciption based akan lesu tak lama kemudian akan close. Satu lagi akan terdapat yang mana number of new member akan menjadi "tepu". Tak meningkat malahan member yang sedia ada mungkin tak akan post apa-apa dalam forum. Mungkin member ni nak post atau jawab soalan tapi dia akan cancel sebab not entitled to post sebab unpaid member..so benda ni akan rugi juga kepada forum....atau ada member yang baru nak join sebab ada benda nak tanya tapi tak boleh nak post soalan sebab tak boleh ..so dia akan cancel register as member..so ini akan rugi jugak pada forum..maybe member ni pada permulaan hanya nak tanya mungkin satu hari nanti dia juga akan menyumbang knowledge dia kepada member yang lain. Mungkin cadangan aku ni mungkin bersifat pasif tapi benda ni juga perlu difikir..jangan yang dikendung berciciran yang dikejar tak dapat.

kesimpulan:
buat dua jenis member type
1. premium - entitled to get extra benefit yang difikirkan sesuai.
2.normal - still can post question/answer but no extra benefit or limit post (ie. 1 post perday).

just cadangan smile.gif
aku
cadangan yang bernas.. tapi mungkin admin dah putuskan kot...

aku: aku sokong tasek16

tapi mungkin tak ramai plak yang nakkan extra benefit tu...
jadik, buat satu kedai putera seperti yang dicadangkan oleh sapa tah..

err.. ni hanya cadangan.. kalo admin tak setuju, buat cam tak nampak jer...

err.. rasa2 semua pilihan ada pro and contra.. kene pilih yang terbaik...
corallinkz
lagi satu//kalo wat byran nie//x kan selain dpt post jer?.....kalo leh kasi r sorang 10mb space etc, discount t-shirt, logo lekat kat komp etc (jika ada), diskaun bagi sesiapa yg berminat utk beriklan, email dot putera dot com etc.


mungkin dengan cara nie, akan menarik user utk dafter dan byr///bukan setakat user yg dah lama kat forum nie.

diharap dengan perkembangan nie//speed putera kembali stabil, laju//selain design/layout/logo baru etc.

just my 2 cent
KeH
betul tu.. kire macm pakej la kan.. bagus idea tu smile.gif
DarkWan
Pasal bayaran aku tak ada masalah. Nak beri space,email dan sebagainya pun .. ada pun ok, tak ada pun ok bagi aku. Cumanya, kalau bolehlah, utk mengurangkan kegiatan spam DAN dalam masa menarik user baru, antara cadangan aku ialah;

i/ Utk thread 'pure-computer' spt os/hardware/pembangunan web, user diberi masa 'trial' selama 1 bulan utk membuat pos dan menanyakan soalan. Kesian budak-budak baru ni. Bukan semua orang ada henset dan juga perbankan online.

ii/ Utk thread spt e-duit/aktiviti/sembang ni, memang patutlah dikenakan bayaran sebab kalau dah boleh sembang di sini, maksudnya mereka mmg enjoy dg Putera.com. kalau dah enjoy tu, apalah salahnya menyumbang sedikit. Utk e-duit terutamanya, aku pun tak berapa suka kalau datang cuma utk mengiklan dan bukan berbincang. Kalau yang betul-betul berbincang tu, biasanya mereka adalah "pengguna tetap Putera.com" yang datang bukan semata-mata kerana nak mencari downline/mengiklan sahaja tetapi ada juga mengikuti perbincangan mengenai komputer (tujuan asal Putera.com).
azuan
seperti yang pernah aku suarakan sebelum ini, aku memang bersetuju dengan bayaran keahlian. derma adalah derma, bayaran adalah bayaran
senang cerita, free = guest, tidak boleh membuat sebarang topik baru ataupun reply kepada topik sedia ada.
ApoNie
(tasek16 @ May 26 2006, 10:45 PM) [snapback]311388[/snapback]

Ok aku bukan nak objection pasal cadangan "caj" ni. Bagi aku benda ni bagus untuk memantapkan lagi putera.com. Cuma pandangan aku caj dikenakan untuk member yang nak "upgrade" ke "premium member". So premium member dapat 'extra benefit" contoh free space dalam 5MB atau berapa yang admin fikirkan sesuai untuk letak image dan sebagainya..(banyak site yang buat cam ni untuk premium member). So untuk yang bukan premium no extra benefit. Why aku cadangkan macam ni? Banyak forum yang asalnya free then change to paid subsciption based akan lesu tak lama kemudian akan close. Satu lagi akan terdapat yang mana number of new member akan menjadi "tepu". Tak meningkat malahan member yang sedia ada mungkin tak akan post apa-apa dalam forum. Mungkin member ni nak post atau jawab soalan tapi dia akan cancel sebab not entitled to post sebab unpaid member..so benda ni akan rugi juga kepada forum....atau ada member yang baru nak join sebab ada benda nak tanya tapi tak boleh nak post soalan sebab tak boleh ..so dia akan cancel register as member..so ini akan rugi jugak pada forum..maybe member ni pada permulaan hanya nak tanya mungkin satu hari nanti dia juga akan menyumbang knowledge dia kepada member yang lain. Mungkin cadangan aku ni mungkin bersifat pasif tapi benda ni juga perlu difikir..jangan yang dikendung berciciran yang dikejar tak dapat.

kesimpulan:
buat dua jenis member type
1. premium - entitled to get extra benefit yang difikirkan sesuai.
2.normal - still can post question/answer but no extra benefit or limit post (ie. 1 post perday).

just cadangan smile.gif


Aku stuju ngan tasek~!!

cadangan aku, harap pihak putera menambahkan lagi perkhidmatan seperti bahagian "tip & trick" seperti putera lama dahulu..

bahagian tutorial yang lengkap seperti caraČ install linux ke apa ke, kalau bleh tutorial ni di"sticky"kan pada bagian atas setiap ruangan forum yang berkait..

bahagian software/hardware review ke..

perČ pon, ini cuma cadangan aku.. wink.gif
gengstapo
(locco @ May 26 2006, 06:23 PM) [snapback]311316[/snapback]

aku prefer melalui maybank2u tu wink.gif but service btul2 mau ok la..huhu..bayo musti bayo laugh.gif

cantek gaks tuh. aku prefer bayar skali harung. so, kira guna transfer refund jek. lagi satu kalau bole larr, aku nak cadangan kan kalau2 mcm 1-2 bulan lagi forumer punya "lesen" nak tamat tempoh, sudi kiranya ada auto-bot akan PM user berkaitan agar menambah top-up sebelum perkhidmatan ditamatkan laugh.gif

bukan semua user bole ingat time/ masa2 mcm tuh smile.gif
FryShadow
menarik gak cadangan tue..tentang pakej tue maybe yg bayar tak gna sgt pon dah jadi pembaziran lak.. tp kalau dah bayar tak kira bazir la kot..

ako setuju yang pasal trial tue..maybe boleh dilanjutkan ke 2bln untuk user baru cuba forum nie and then kalo rasa dah enjoy bayar yuran.. mcm yuran sek gak gak..tp lg murah hehe.. biggrin.gif

ako cadangkan kalau dah bayar nie boleh la diwujudkan satu email kepada user2 putera.com nie.. berbaloi tak nak wat email tue? ada trademark sket..

rombakan mod ? perlu ke?
lagi satu ako cadangkan putera.com menghasilkan satu service bkan stakat jadi forum untk rakyah malaysia maybe bg service lain2.. hosting ke, ape2 je la.. mcm sifoo.com ada hosting peribadi untuk ahli dia tp kena bayar la hosting tue..

cadangan saje.. boleh di bangkang dan disokong biggrin.gif
isfann
aku setuju dengan tasek16
civ3
QUOTE(FryShadow @ May 27 2006, 04:08 PM) [snapback]311613[/snapback]

ako cadangkan kalau dah bayar nie boleh la diwujudkan satu email kepada user2 putera.com nie.. berbaloi tak nak wat email tue? ada trademark sket..

pasal email putera.com ni, dahulunya ada di http://www.putera.com/mel/. tapi perkhidmatanya diberhentikan sementara atas sebabČ tertentu. hari tu aku ada tanya admin pasal email putera ni, dia belum decide lagi sama ada nak provide email percuma atau email berbayar sahaja (nanti) dan run sendiri (boleh akses ikut pop3)
PinguSpy
[heher... tak sangka baru jer nak buat cadangan nih dah buat dah.... er,,, kalau bayar terus untuk 12 bulan bleh ker...?? =RM12??
nocturnal
bayar ikut sms ok la gak..
vaLve
QUOTE(isfann @ May 27 2006, 04:22 PM) [snapback]311617[/snapback]

aku setuju dengan tasek16


yeaa, aku pown stuju dgn tasek16.. tp aku ada suggestion len, mayb dgn charge tersebot kita bleh dpt

benefit len.. bkan hanya bleh posting, bahkan buleh dpt less mcam t-shirt, logo, etc.. x pown bleh dpt mcam

sapa ntah ckp, dpt mail @putera.com. tu pown klu nk bwat laa.. buleh ditolak n disokong.. bagik akuh, cara

nk payment tuh, thru sms, maybank, etc tuh amat diperlukan. x bleh bergantunk pada 1 sajaaa.. kna ada

alternative lain.. x smua ada nset, maybank, etc tuh.. yg payment thru sms RM 1/month tuh mmg aku x

kesah.. janjy nnt ada a lot of improvement kt putera.com disertakan dgn package package yg besh mcam

tasek16 suggest tuh utk premium member.. tp bagik aku skarank, user yg sudah registered as member kt

cneh, x clap aku dah 15+++ lebeh kot, yg mereka dah bayar as ahli tuh, wajar dibagik premium truss.. yg

x bayar tuh, bwat la suspended or nnt downgrade dea punya member level tuhh.. so nie aku punya

cadangan jerk.. biggrin.gif
kembara
kalau gune sms elok benar...cepat dan mudah.

pendapatla plak....intro....nape tak bincang dulu pasal RM1 sebulan ni?
...aku takut,user baru akan hadapi masalah nak register bile kena bayar.satu lagi,member yg kurang aktif makin tambah tak aktif sbb bile akaun dah tamat sebulan,blum update dier nyer akaun,jadi malas plak(singgit tak banyak sepatutnyer tak jadi malas)nak transfer RM1 tu.Tu kemungkinan jer.

Setakat ni kite hanya tahu kena bayar RM1 tu.Keadaan sebenar benda ni tak dijelaskan lagi.Yerla...mana tau kalau mmg ader benefit.Admin kena ader plan tu?

Atau ader pilihan bagi user baru takyah bayar,cuma reg free tapi hanya boleh baca jer takleh post.Atau trial utk tempoh mase.

Atau buat kelebihan khusus utk member yg berbayar,selain drpd boleh post,boleh dpt tawaran sticker free ker potongan rege ker.Atau bleh access ruangan tertentu macam tutorial,download,gallery etc.Utk menggalakkan member menghantar files ke bahagian special access tu bleh la beri ape2 sebagai galakan agar file dlm tu bertambah banyak.Ini bukan nak timbal balas sbb RM1 tu tapi utk motivate.

Bagi aku(member2 lain rasenye cam aku jugakla),RM1 sebulan tu kecik jer n tak perlu mintak benefit itu ini dgn fulus sekecik tu.Jadi cadangan aku kat atas tu hanya utk mengisi tujuan sampingan kenapa kena bayar RM1 agar dier bukan setakat nak masuk,kena bayar singgit tapi sbb anda akan dapat ini,ini.
azuan
ni tengah berbincang la ni, bukannya nak terus laksanakan.

memang takkan semua akan bersetuju pun, dan kami tak expect semua akan setuju, dan mungkin akan kehilangan banyak user, tapi bagi kami, yang kami nampak cuma mereka yang benar benar menggunakan forum, mendapatkan maklumat dari sini, berkongsi maklumat. sebabtula rm1 tu tak ada apa sangat berbanding apa yang ko akan dapat dalamni. ini juga secara tak langsung dapat melihat user mana yang bebetul serius, dan user mana yang cuma sambil lewa, sebagaimana cara posting diorang.

memandangkan rakyat malaysia sekarang pun ramai yang dah ada handset, rasanya melalui sms pun bagus jugak, cuma pembekal talian akan kenakan caj sikit, kiranya korang kena bayar lebih biggrin.gif berbanding dengan cara bank-in
annamir
InsyaAllah, manaČ yg elok akuj turut ajer, moga dapat memajukan lagi PuTeRA.com ni... apa kata omputih tu, long live putera.com! tongue.gif
abixpert
berapa RM yang kita dah kuarkan untuk PUTERA.COM ni? =RM0 (kecuali yang menderma)..

berapa RM yang En. Shanai dah kuarkan untuk PUTERA.COM ni? =RM banyak kot.

rasanya patut la bayar sket kan.. walaupon banyak @ sket benefit yang akan ditambah di PUTERA.COM ni selepas pembayaran dibuat. PUTERA.COM ni juga adalah satu servis yang perlu dibayar selain daripada benefit2 yang lain.

tapi.. betul juga kata tasek16..
kena ada satu cara yang mantap agar semua mendapat keuntungan daripada PUTERA.COM
Don Juann
ya kna ade extra benefit utk paid member selain unpaid member

dan mse yg sme kna tarik member baru utk register member dn seterusnya jdi paid member
Janice Wei Lan
QUOTE(azuan @ May 28 2006, 01:37 PM) [snapback]311838[/snapback]

ni tengah berbincang la ni, bukannya nak terus laksanakan.

memang takkan semua akan bersetuju pun, dan kami tak expect semua akan setuju, dan mungkin akan kehilangan banyak user, tapi bagi kami, yang kami nampak cuma mereka yang benar benar menggunakan forum, mendapatkan maklumat dari sini, berkongsi maklumat. sebabtula rm1 tu tak ada apa sangat berbanding apa yang ko akan dapat dalamni. ini juga secara tak langsung dapat melihat user mana yang bebetul serius, dan user mana yang cuma sambil lewa, sebagaimana cara posting diorang.


aku join PUTERA.com kerana ini satu2nya website yg bincang pasal PC dlm bahasa melayu.............(stakat yg aku tahu la).......dgn ini aku menyokong pembayaran RM 1 sebulan VIA SMS.......tp ade bukti/pengesahan yg kita dah bayar.......? cam serial no ke?.......
isfann
rm 1 x 8000 user (anggaran).. = rm 8000 sebulan... perghh.. leh beli server sebijik ni....
idup putera.......
Don Juann
kalau rm $ suda byk kena ade something benefit yg bagus utk paid mmbr....

ade anuall gathering ka.. anuall dinner ka hehe biggrin.gif
luv
aku setuju kalo putera.com nak kenekan pembayaran rm1 sebulan. tapi lagi bagus rasenye kalau kite tetapkan bayaran untuk keahlian selama setahun. sebabnye bukan senang nak kutip duit setiap bulan dekat beribu2 user yg ade kat putera.com ni.. pecah kepala bendahari yg nak settle akaun putera.com .so aku rase kite buat mcm cara nak renew lesen memandu laa.. kalau nak bayar via sms, mesti kene ade replynya pade si pembayar sebagai bukti kita dah bayar. kalau nak bayar pakai maybank2u, aku rase putera.com kene wat satu page untuk user submit receipt detail. kalau tak, takkan semua user nak scan dan email resit pade putera.com? kalau ade 1ribu user gunakan perkhidmatan bank, xkan larat putera.com nak view satu2 resit.. so, aku cadangkan kene wat satu database untuk user submit receipt detail untuk rujukan putera.com

ape2pun, apa yg aku katakan kat atas tuh adalah sekadar cadangan.. sebab aku dah ade pengalaman mengutip duit yuran setiap bulan, pecah rase kepala jadik ceti tiap bulan ni. so, kalau ade yg korang rase tak betul tuh tegur laa dan betulkan laa eh.. papepun, semua keputusan atas shanai sebagai admin. ttg special benefits tuh, elok rasenye kite wat satu thread untuk vote benefits ape yg ramai undi.. lebih adil dan saksama..
nie feng
huh.gif aku tengoh pening tentang nok bayor rm1 ni.kalu doh bagi, guane nok buktikan?tiap2 bulan susohlah, buatlah tiap2 tahun. biggrin.gif
samseng rock
tak bayar jadi read only member ?
baik jadi guest terus. jadi tukang sedut. tak perlu risau sebab kita tak kacau putera lagi. tak perlu risau sebab ahli putera tinggal 200-300 saja nanti macam jiran sebelah yg kena gula-gula obat batok la ni.

bayar guna sms rm1/bulan ?
nampak senang sebetulnya susah. sekali sms kena cas rm1 putera + 0.30 telco. duit ini tak masuk poket tapi kena mintak dgn digi/maxis/celcom. dengar kata tm celcom mintak 50% jadi putera dapat lima kupang saja. digi/maxis mintak 20% kot ? itu pun bukan terus dapat kena tunggu 3 4 bulan.

maybank ?
aku percaya ramai yg tak suka maybank. simpan kurang rm5k kena denda, guna atm lebih 4 kali sebulan kena denda. kaunter maybank menyusahkan pengguna. mana ada bank lain isi borang tingkat bawah, naik kaunter tingkat atas ?

kalau nak cawangan banyak, publik bank. bank yg mesra pengguna, bank rakyat. bank islam tak ada caj tambahan 5 kupang utk akaun luar negeri bukan luar negara. amislamik bank/bank muamalat best jugak. budak kuithho guna bank muamalat.

email@putera ?
apa susah. buat saja forward email. boleh bagi 2.5gb ruang email. kat google gmail la.

apa la rm1 berbanding apa dapat dari putera ni ...
orang lain aku tak tau tapi bagi aku banyak lagi web/forum/usenet/milis yg lagi hebat dia orang tak mintak 2 sen pun. aku masuk sini bukan mintak apa-apa cuma nak tolong orang saja. kalau tanya lebih-lebih nanti dijawab belajar la cari sendiri. asyik nak suap saja. ada lagi forum bahasa melayu percuma yg lebih bebas dari putera ni. boleh tanya apa saja. ini tanya sikit dah kena kunci/padam.

ringkasan aku senang saja.
tak mau bayar jadi macam biasa. sapa bayar nampak hiden forum special punya. lagi dapat kemudahan itu ini. insuran percuma misalnya. bazar tu pengiklan kena bayar la.
mastergie70
congrate!
sokong 100 peratus, jangan jd macam sebuah e-akhbar tu dah la. tak sampai 6 bulan kenakan caj sms dah tarik balik coz x de sambutan. semoga pihak admin dah bersedia dengan bahan2 yg terbaik untuk kepuasan yang maksima. tq.
azuan
kepada yang berkenaan: aku quote balik pepatah yang diberikan oleh salah seorang ahli forum putera.com

QUOTE

anda tak pernah dijemput untuk masuk, dan anda tak perlu tunggu dihalau untuk keluar


dan aku setuju bahawa pengguna ruangan "JUAL & BELI", "BAZAR", "E-DUIT" dan yang berkenaan perlu dicaj. baru boleh akses forum forum berkenaan.
aku
ya.. gua setuju...

bawah ni kureng setuju sket.. bunyik cam kasar jerk biggrin.gif

QUOTE
anda tak pernah dijemput untuk masuk, dan anda tak perlu tunggu dihalau untuk keluar


ayat aku:

anda dijemput untuk memartabatkan putera.com, kalo banyak songeh, sini bukan tempatnya biggrin.gif
PinguSpy
[aku rase setiap penguna yg dafar dihadkan untuk send mesej bagi 100 lepastu baru kena bayar.... kalau awal-awal dah kena bayar memang user sikitla....
aku
err... cadangan ko tu mungkin sesuai ntuk forum2 lain.. tapi kat eduit tu... penyepam dia mai ngantar message sekali jer.. tapi 2/3 org yang berbeza.. lemak la org2 camni..
FryShadow
hang pi la forum tue kalau tak pueh ati ngan forum nie biggrin.gif
jgn datang balik sudah lee... ish ish

// nsb baik RM1.. tue nasib tak kira register kena bayar ke hape ke..
// nak ada streamyx kat umah pon kena ada caj registration+activation.. putera.com takde
// tepon kat umah tue sewa dah RM26 1bulan, putera.com setahun RM12 je..

pikir2 kan lah sejarah putera.com dulu.. survive mcm2.. lau hang tau mesti tak kecoh2.. ish ish..



aku
siapa 'hang' tu?
Janice Wei Lan
QUOTE(aku @ Jun 3 2006, 11:42 PM) [snapback]314031[/snapback]

siapa 'hang' tu?

alamak ko ni lambat betul la laugh.gif ........ko bace balik dr mula tongue.gif .........

p/s:xde kate putus lagi ke?
aku
QUOTE

ada lagi forum bahasa melayu percuma yg lebih bebas dari putera ni. boleh tanya apa saja. ini tanya sikit dah kena kunci/padam.

ini ke? heh..

aku setuju ngan ayat dia yang bawah ni
QUOTE

ringkasan aku senang saja.
tak mau bayar jadi macam biasa. sapa bayar nampak hiden forum special punya. lagi dapat kemudahan itu ini. insuran percuma misalnya. bazar tu pengiklan kena bayar la.

itu pasal la tak perasan.. huehuehue... kejam betul la ko M@STER.TECH, suruh aku baca dari mula.. kan aku dah baca.. biggrin.gif cakap jer baca dari mula page ni.. ni kan aku dah baca dari mula thread ni nih...

ok, perkara-perkara yang perlu ditekankan ialah
1- kelangsungan pendaftaran baru
2- kemeriahan forum
3- hak-hak pengguna berdaftar
4- err.. sesapa ada sambung lagi tongue.gif
MADReaLJL
aku no komen je
biar la admin wat ape yg terbaik, asal tak membebankan sudeyh
tp aku rase lepas ni mesti kurang post
skrg ni pon aku dah rase kurang
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2008 Invision Power Services, Inc.