Toolbar yang ada dua versi, iaitu versi Internet Explorer dan versi Firefox ini mirip-mirip toolbar Google, yang beza cuma dari segi fungsi dan ciri-ciri yang ditawarkan sahaja.

Selain daripada fungsi asas mana-mana toolbar iaitu untuk buat carian Internet (search) dan juga halang iklan pop-up, toolbar PUTERA.com juga mempunyai link terus ke forum Tanya dan Personal Message (PM).
Toolbar ini juga boleh dikonfigurasikan untuk menyemak e-mel anda!
Sebenarnya banyak lagi fungsi yang boleh dimuatkan ke dalam toolbar ini, seperti info terkini, topik terbaru, pengumuman dan lain-lain. Semuanya bergantung kepada anda, jadi tunggu apa lagi, silalah download toolbar ini, dan beri komen serta cadangan realistik anda tentang apa lagi fungsi-fungsi menarik yang anda ingin lihat pada toolbar ini!
Klik sini untuk download versi IE
atau klik sini untuk download versi Firefox 1.0.1+



