Sang_pengembara
Nov 8 2006, 03:11 PM
Dewasa ini, kita melihat Kementerian Pendidikan begitu giat untuk memartabatkan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi.
Hasilnya, kita sendiri melihat dikalangan adik-adik, anak-anak buah dan anak-anak kita begitu sukar untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek Sains dan Matematik.
Sekarang kita lihat dunia-dunia ketiga yang TIDAK menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar seperti Thailand, Jepun, Taiwan dan China. Adakah mereka ketinggalan dalam sains dan teknologi.
Untuk apa sebenarnya mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris? Adakah kerana bahasa atau kerana ilmunya?
Dari dulu lagi pihak sekolah-sekolah jenis kebangsaan telah menyatakan kerunsingan mereka tentang perlaksanaan tersebut. Bayangkanlah yang suara-suara ketidakpuashatian itu keluar daripada cikgu-cikgu yang mengajar Matematik dan Sains dari bangsa Cina. Kita sendiri maklum bahawa bangsa Cina dan Matematik ibarat darah daging mereka. Itu pun mereka mulai risau bilamana diarah untuk mengajar dalam konsep tersebut.
Sekarang ini kerajaan Negeri Johor mulai menyatakan kerisauan mereka. Anak-anak adalah harapan negara. Janganlah kita ibarat Yang Dikejar Berciciran, Yang Dikendong Berguguran.
Janice Wei Lan
Nov 8 2006, 03:23 PM
QUOTE(Sang_pengembara @ Nov 8 2006, 03:19 PM) [snapback]376560[/snapback]
.
Sekarang kita lihat dunia-dunia ketiga yang TIDAK menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar seperti Thailand, Jepun, Taiwan dan China. Adakah mereka ketinggalan dalam sains dan teknologi.
ntah........aku lebih suka belajar bahasa cina dr english pasal kalo ko kaji balik sejarah melaka......kan kita mintak org cina protect kita dr SIAM.............mana ada mintak british...atau inggeris.......pastu siap ade perigi HANGLIPO lagi menunjukkan hubungan kita ngan cina dah lama dan kukuh..................kebetulan masa tu China negara ISLAM.......laksmana cheng ho tu pun islam kan?...............ntah ape ubat goman minum ntah soh pakai BI................
nie feng
Nov 8 2006, 03:35 PM
aku memang tak pandai sangat cakap bahase inggeris ni.tapi rase malu juge kalu2 ade org lain cakap bahase inggeris kat aku dan tak boleh jawab.kan ke malu yg dapat.
kite kenelah terima hakikat bahawe dunie skrg dah dikuasai kuase barat.setakat duk kat kg bolehlah kite nok martabatkan bahase melayu kite ni.
Janice Wei Lan
Nov 8 2006, 03:43 PM
QUOTE(nie feng @ Nov 8 2006, 03:43 PM) [snapback]376574[/snapback]
aku memang tak pandai sangat cakap bahase inggeris ni.tapi rase malu juge kalu2 ade org lain cakap bahase inggeris kat aku dan tak boleh jawab.kan ke malu yg dapat.
aku tau......aku pernah kena ada org putih(pelancong agaknya) datang ke kedai aku carik AMD 64 processor........tapi aku nengok dia leh cakap melayu(bukan bahasa rojak)......lagipun ni negara kita kan?.........org melayu yg tadbir snirik kan?.......lagipun x perlu la smapai nak periksa pakai BI.........jadi optional kan senang.............org atasan boleh la cakap apa2 kalo jenis peneroka felda atau anak org asli yg kena belajar naik Lori tu cam mana plak?........x kesian ke?........nak bantu dari segi duit x bleh dari segi tenaga mustahil x kan nak menyusahkan org pulak........
**nasib baik zaman sekolah aku dah abis**
locco
Nov 8 2006, 03:50 PM
bg aku better improvekan lg matapelajaran english tu drp ajar maths ngan science dlm english..sbb budak2 kecik lg cemerlang and cpt tangkap kalo blaja ngan bahasa ibunde masing2 (utk skolah peringkat rendah ngan menengah la)...lgpun org melayu kita especially kat luar bandar lemah english...so rugi la kalo prestasi math ngan science turun disbbkan lemah english...tp dah dilaksanakan...nak wat camner....huhuhu
p/s ramai membe aku dlm bidang engineering, economics ngan accounting xder problem blaja math dlm english mase kat U...dulu blaja dlm BM ajer
gamerlifee
Nov 8 2006, 03:50 PM
Maka terjadi la bahse rojak yang aku menyampah dengar... "Air Mineral Water", "Cube Try". ZzZzZz...
Sang_pengembara
Nov 8 2006, 03:53 PM
Memang sekarang ini dunia dikuasai Bahasa Inggeris tetapi bukan semua negara yang menggunakan Bahasa Inggeris itu MAJU.
Russia dengan bahasanya, Jepun dengan bahasanya, Taiwan dengan bahasanya.
Kenapa perlu malu untuk bercakap dalam Bahasa Melayu? Bukan maksud untuk kita tidak mempelajari mana-mana bahasa asing. Belajarlah tetapi jangan dilupakan bahasa ibunda. Hang Tuah dahulu dapat bertutur dalam pelbagai bahasa.
Bukan semua hal kita seberono menggunakan Bahasa Inggeris dalam semua hal. Sampaikan Subjek yang mudah jadi susah. Bukan kampung sahaja cakap bahasa Melayu tapi orang bandar pun bertutur dalam bahasa yang sama. Dan janganlah kita mempertikai orang kampung. Cuba tanya kepada pemimpin-pemimpin kita dari mana kebanyakan mereka berasal? Jawapan adalah kampung. Mereka dilatih dengan kesusahan untuk menghargai kehidupan.
Janice Wei Lan
Nov 8 2006, 04:00 PM
QUOTE(Sang_pengembara @ Nov 8 2006, 04:01 PM) [snapback]376594[/snapback]
. Cuba tanya kepada pemimpin-pemimpin kita dari mana kebanyakan mereka berasal? Jawapan adalah kampung. Mereka dilatih dengan kesusahan untuk menghargai kehidupan.
itu la pasal...........diorang umur dah pendek nak mati pastu tinggalkan bende yg x patut pada kita yg nak idup ni.............ini idea sapa ha pakai english kat sekolah?
locco
Nov 8 2006, 04:02 PM
QUOTE(M@STER.TECH @ Nov 8 2006, 04:08 PM) [snapback]376604[/snapback]
itu la pasal...........diorang umur dah pendek nak mati pastu tinggalkan bende yg x patut pada kita yg nak idup ni.............ini idea sapa ha pakai english kat sekolah?
bukan bekas mamak bendahara ka punyer idea...hahaha
nie feng
Nov 8 2006, 04:03 PM
(locco @ Nov 8 2006, 03:58 PM) [snapback]376586[/snapback]
bg aku better improvekan lg matapelajaran english tu drp ajar maths ngan science dlm english..sbb budak2 kecik lg cemerlang and cpt tangkap kalo blaja ngan bahasa ibunde masing2 (utk skolah peringkat rendah ngan menengah la)...lgpun org melayu kita especially kat luar bandar lemah english...so rugi la kalo prestasi math ngan science turun disbbkan lemah english...tp dah dilaksanakan...nak wat camner....huhuhu
p/s ramai membe aku dlm bidang engineering, economics ngan accounting xder problem blaja math dlm english mase kat U...dulu blaja dlm BM ajer
kalu budak2 tu dari lahir sampai ke besar duk dlm keluarge yg membiasekan diri cakap bahase inggeris memanglah tak ade masalah dgn cadangan kerajaan ajar mat ngan sains dlm inggeris.tapi peratus keluarge mcm tu kat m'sia taklah besar sangat.kan negare kite malaysia.kenelah utamekan bahase kite dulu.
Sang_pengembara
Nov 8 2006, 04:08 PM
(nie feng @ Nov 8 2006, 04:11 PM) [snapback]376607[/snapback]
kalu budak2 tu dari lahir sampai ke besar duk dlm keluarge yg membiasekan diri cakap bahase inggeris memanglah tak ade masalah dgn cadangan kerajaan ajar mat ngan sains dlm inggeris.tapi peratus keluarge mcm tu kat m'sia taklah besar sangat.kan negare kite malaysia.kenelah utamekan bahase kite dulu.
Hendak memahami sesuatu itu lebih mudah dengan menggunakan bahasa sendiri jikalau kita memang dari kecil sampai sekarang bertutur bahasa Melayu dengan orang seramai.
MalaysianSecurityForce
Nov 8 2006, 05:40 PM
(wu ming @ Nov 8 2006, 04:41 PM) [snapback]376626[/snapback]
bila korang buka thread ni, aku tingat thread asal usul bahsa melayu.
babi dan ubi.aku gelak baca post korang semua, kelakar.
xder research yang konkrit sebenarnya pasal asal usul bahasa melayu (ayat yg pure melayu).
ahmades
Nov 8 2006, 10:50 PM
Bahasa Melayu nih pernah dijadikan lingua franca sewaktu zaman kesultanan melayu melaka untuk kegunaan bahasa perdagangan. Malangnya kerajaan kita sekarang nih sendiri menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa tepi-tepian
C-Fu
Nov 9 2006, 08:21 AM
ako nak tanya, adakah BM ni begitu fragile sangat sampai bile tukar 2 subjek kepada bahasa lain je BM terus akan mencapai kemusnahan?
pakeeza
Nov 9 2006, 09:14 AM
Bapa aku sekolah dekat Pekan Bota dan Parit, Perak.
Bapa aku cakap masa time dia bersekolah, subjek memang diajar dalam bahasa inggeris. Tapi tak sempat pun ayah aku habiskan belajar sekolah menengah, semua mata pelajaran diajar pulak dalam bahasa melayu.
Senior2 dia memang boleh bercakap inggeris dgn fasih.
Sebab itulah aku dapati orang2 tua (yg umur dia sekarang dalam 57 dan ke atas la..) memang ramai yg fasih bercakap dalam bahasa Inggeris.
Bapa aku cakap, kalo system tu masih digunakan maka ramailah antara kita nie yg boleh fasih bercakap dalam bahasa Inggeris.
Cadangan:
Kalo nak ajar Matematik dan Sains tu patut dibuat secara berperingkat. Mula2 kita bagi option menjawab dalam BM or BI. Cetak soalan dan buku dalam 2 bahasa.
Lepas tu kita wajibkan sekolah2 yg elit terlebih dahulu, (contoh MRSM, SBP)
Lepas tu semua sekolah di bandar seterusnya ke luar bandar dan org asli
Sang_pengembara
Nov 9 2006, 10:17 AM
Seandainya hendak memastikan pelajar-pelajar fasih berbahasa Inggeris, kenapa sampai sekarang guru subjek Bahasa Inggeris belum berjaya menjadikan pelajar-pelajar boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris?
Matapelajaran Bahasa Inggeris yang diajar di sekolah-sekolah tidak begitu serius. Cikgu BI tapi mengajar dalam Bahasa Melayu.
Alhamdulillah, saya boleh bertutur Bahasa Inggeris ketika belajar di IPTS. Kebanyakan pensyarah-pensyarah adalah datang daripada luar negara. Mahu tak mahu, saya terpaksa bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Apakah dengan status dan sikap guru-guru yang ada sekarang ini dapat mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris? Dapatkah mereka melaksanakan hasrat Kementerian Pendidikan itu?
Boleh sekiranya mereka melaksanakan dahulu subjek Bahasa Inggeris berjaya menawan hati pelajar-pelajar bertutur Bahasa Inggeris dalam masa kelas Bahasa Inggeris. Sudahlah cikgu bercakap Bahasa Melayu semasa mengajar Bahasa Inggeris, anak murid hendak ke bercakap dalam Bahasa Inggeris?
Adakah 60% pelajar-pelajar kita yang mendapat A1 dalam Bahasa Melayu di sekolah-sekolah? Tak sampai pun 60%. Dan kita sibuk hendak memartabatkan Bahasa Inggeris. Majukan dahulu Bahasa Ibunda sendiri di sekolah-sekolah barulah beralih pada Bahasa Asing, tak kiralah bahasa apa pun.
ajimi
Nov 9 2006, 10:34 AM
(C-Fu @ Nov 9 2006, 08:29 AM) [snapback]376812[/snapback]
ako nak tanya, adakah BM ni begitu fragile sangat sampai bile tukar 2 subjek kepada bahasa lain je BM terus akan mencapai kemusnahan?
bahasa nie umpama pokok, kena siram, kena belai malah kena manja dengannya, jikalau tidak nescaya layu kelak daunnya lantas kelamaan mati akhirnya . kalau kita x bertutur, jangan difikir setahun dua pikir puluhan tahun akan datang, adakah kenal warisan kita.
ambil contoh, kes pelakon yang jangal bercakap melayu/malaysia(aku suka kalu dipanggil B.malaysia utk nampakan bahasa negara supaya x der sifat perkauman) , bukan salah dia tapi persikitaran hidup dia bergelumang dgn bahasa inggeris (BI). untuk mengucap dalam majlis dia janggal malah dikatakan akan mencacatkan B.M lantas jalan mudah cakap BI.
dikilang aku nie, majoriti kaum cina la yang dulubya pendatang macam indon dan bangla la.. kalu dulu diarang harus pandai ckp BM walaupun wa lu lu gua. cakap antara india dan cina adalah BM. tapi skg ehmmppp mampus x nak ..MALU!. TAPI x leh nak salah kan kaum lain, kita pun kalu cakap ngan diorang cakap cam diorang 'wa ' 'lu'talak''tarak'. seolah-olah membenarkan cara diorang, aku kagum ngan KELANTAN yang kekal ngan loghat diarang sampai kaum lain pandai loghat dari aku sendiri. TABIKKK la!
bahasa inggeris di utamakan samapai dah ader kaum cina yang x paham cakap BM tapi BI pandai. pernah sekali aku tanye apa pasal x tau cakap BM. dia balas " wa cina ma cakap cina lo, lu melayu cakap melayu lo, lu pun x tau cakap cina".. aku punya geram , aku balas " ini bahasa malaysia punya , you mati nak tanam kan malaysia jugak x mau p tanam kat china".
masa kitorang kat ITM (UiTM) subject diajar dlm BI malah notes and teks semua BI. tapi biler dapat soalan tambahan atau buku rujukan BM kitarang dah blank x tau nak jawap. last last jadik rojak jawapan . baru yang tu dah tunggan langang.
bukannya kita x mau langsung BI.YA !aku akui sekarang BI masih lagi peneraju dunia sama seperti zaman kegemilangan arab dulu .atleast, bila kita dh buat satu dasar atau hala tuju perlu ada plan b atau cara memperkasakan bahasa. kitakan ada Dewan Bahasa Dan Pustaka. sekurangnya dirang boleh cipta bahsa baru x yah 'mencilok' BI. bahasa itu identiti sesuatu kaum. jadikan lah ianya satu kebaggaan!!!
p/s .maap le ye, panjang nie ..sebenor lame dah teman tersentuh ngan bab-bab nie. dah ader yang bukok thread nie. teman ambik kesempatan la... OK x C-FU.
Sang_pengembara
Nov 9 2006, 06:22 PM
(ajimi @ Nov 9 2006, 10:42 AM) [snapback]376875[/snapback]

Bahasa menunjukkan bangsa. Orang berbudi kita berbahasa.
Janganlah kita tunjukkan sikap kurang menyenangkan pada bangsa lain walaupun dia seorang yang bukan Islam. Selagi dia tidak membawa kita menyekutukan Allah SWT bertuturlah dengan berhikmah dan bersopan-santun. Islam ada ajar pada kita tetapi kita yang menyebabkan agama Islam dipandang hina.
Kata-kata Si Bangsa Cina itu ada betulnya. Sebab itu Cina kenal Cina. Sebab dia tidak akan lupa pada bahasa ibundanya. Walaupun berada di jauh negeri China. Kita yang mengaku bangsa Melayu beragama Islam mengapa harus 'melatah' bilamana seseorang itu berniat baik dalam kata-katanya itu.
Bukan niat saya hendak melarang kita belajar bahasa asing. Alhamdulillah, saya sekarang bolehlah sedikit bertutur dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Belajarlah selagi ilmu itu boleh menambahkan pengetahuan dan merapat persaudaraan di antara bangsa-bangsa yang lain di muka bumi ini.
Dan di sini kita fokuskan supaya menggunakan Bahasa Melayu dalam mengajar subjek Matematik dan Sains bukannya subjek-subjek kursus di universiti. Seharusnya pelajar-pelajar IPT ada anjakan paradigma untuk belajar subjek- subjek kursus dalam menggunakan bahasa Inggeris. Ini kerana kebanyakan penulis-penulis buku-buku ilmiah ditulis dari negara-negara barat.
Begitu juga mereka yang ambil kursus Syariah Islamiah, kebanyakan buku-buku ilmiah dari negara-negara Arab. Maka seharusnya belajar bahasa Arab.
Bayangkan orang tua Cina di Rembau, Negeri Sembilan boleh bertutur dalam bahasa Minang Hulu dan membaca Jawi dengan fasih. Dan anda jangan terkejut bila mendapat tahu bahawa kekadang yang menulis tulisan Jawi di batu nisan adalah orang berbangsa Cina.
Sebab apa? Orang tua-tua dulu berbudi bahasa dengan bangsa-bangsa lain. Sekarang? Sendiri tanya sendiri jawab.
Orang tua-tua kita dulu boleh cakap berbagai bahasa tetapi tidak lupa untuk memartabatkan Bahasa Melayu dengan bangsa-bangsa lain. Takkan orang British di Melaka pandai cakap Melayu. Cubalah anda tinjau di di negara ini dan carilah bekas-bekas tentera British yang berkeluarga dan lihat betapa fasih mereka bertutur dalam bahasa Melayu.
Bahasa Menunjukkan Bangsa. Orang Berbudi Kita Berbahasa.
ahmades
Nov 9 2006, 09:42 PM
(C-Fu @ Nov 9 2006, 08:29 AM) [snapback]376812[/snapback]
ako nak tanya, adakah BM ni begitu fragile sangat sampai bile tukar 2 subjek kepada bahasa lain je BM terus akan mencapai kemusnahan?
BM nih kukuh, tapi disebabkan budaya bahasa omputih yang banyak masuk dalam minda anak-anak mesia nih yang menyebabkan BM jadi begitu fragile. Tak heranlah kalau ada keluar kenyataan camni :-
I'm feel stupid when talking in Malay
- Britney Spear Melayu wahahaha
kembara
Nov 9 2006, 11:36 PM
penggunaan BI dlm sains dan matematik bukan isu bahasa.nk blajar 2 subjek tu dlm bahasa ape pun lantakla nk gune bahasa urdu ke perancis ker arab ker buatla tapi yg menjadi isu ialah boleh ker murid2 skolah tu belajar 2 subjek tu dlm bahasa yg mrk tak reti?org melayu terutama nyer lemah dlm BI jadi bile dipaksa belajar dlm BI bermakna penguasan melayu dlm 2 subjek tu akan jatuh dan merosot.tak payah buat kajian la benda ni betul ke tidak.fikir saja la kalau belajar sains dan mate dlm BM pun ramai yg tak reti apelagi kalau belajar dlm BI?
ok,kalau nk naikkan penguasaan murid melayu dlm BI,beri tumpuan pd BI ler.kaji buku teks ker,tambah guru BI(sekarang ni guru BI belum cukup mengikut koata setiap sekolah)jadi langkah utama sekarang ialah tambah guru2 BI ni,beri latihan kpd guru2 BI ni bagaimana nk tingkatkan pencapaian pelajar2 mrk,buat modul2 yg baru,bukannya buat benda merepek macam sekarang ni.peruntukan berjuta-juta utk menjalankan BI dlm sains dan matematik sepatutnyer digunakan utk memajukan BI.Dasar mabuk ni hanya mengkayakan individu2 tertentu,melemahkan pelajar melayu dan menjatuhkan BM yg dah sedia jatuh.
Syfq
Nov 10 2006, 12:03 AM
Aku bukannyer mertabatkan bahasa diorang . Aku cakap kat korang kenapa kita perlu menguasai Matematik , aku bleh kata Matematik juga merupakan bahasa cuma di alam lain jer dan kita perlu menguasai untuk menyelesaikan sesuatu masalah , begitu juga dengan bahasa Inggeris kita perlu menguasainye jika nak berkumunikasi dengan semua orang . itu aku punya opinion je la .
hampeh
Nov 10 2006, 07:14 AM
aku rasa kalo sains dalam english mungkin menolong sikit pasal banyak term dia dalam english ,kalo yang dah terjemah lak cam lagi susah nak paham lak ..yang math tu aku rasa kat peringkat sekolah dalam bahasa melayu/malaysia dah mencukupi
gamerlifee
Nov 10 2006, 07:36 AM
Tapi kalau game... Translet bahse melayu rase nanti english lagi senang sebab da biase...
hampeh
Nov 10 2006, 07:40 AM
(gamerlife @ Nov 10 2006, 07:44 AM) [snapback]377240[/snapback]
Tapi kalau game... Translet bahse melayu rase nanti english lagi senang sebab da biase...
......game pulak dah
C-Fu
Nov 10 2006, 08:00 AM
orang melayu takde duit. ko translate game camner pon diorang takkan beli nye, just because itu bahasa melayu.
QUOTE
masa kitorang kat ITM (UiTM) subject diajar dlm BI malah notes and teks semua BI. tapi biler dapat soalan tambahan atau buku rujukan BM kitarang dah blank x tau nak jawap. last last jadik rojak jawapan . baru yang tu dah tunggan langang.
nape salahkan uni tentang kekurangan ko ngan member ko yang tak boleh belajar untuk switch dari bm ke bi dan ke bm balik? ko kat uni untuk belajar, kalo takleh, ko blaja lagi. dan lagi.
unexistance
Nov 10 2006, 08:20 AM
hmm.. antara jepun dengan US, rasa2 nya jepun lagi maju.. tapi kan, orang2 jepun ni takde pulak reti sangat cakap BI, buleh je maju.. kenapa kita nak maju, kena pakai bahasa orang lain?
dalam forum ni pon, ramai yang nak belajar programming ke ape ke, tapi da takde sape nak translate buku2/ tutorial/contoh2 ke dalam BM (IMHO, patut DBP buat mende2 ni..)
bahasa melayu memang tak fragile, kukuh, dll.. tapi nak amik contoh la kan, berapa ramai budak2 sekarang ni yang tau baca jawi? tulis tak payah cerita la kan.. dulu2, ada pelajaran jawi, so ada la jugak orang2 yang reti jawi, tapi bila da kena mansuh, jadi la macam sekarang, 2 3 kerat je yang tau baca/tulis..
aku bangga cakap melayu, aku bangga dengan bahasa melayu, sebab setau aku la kan, bahasa melayu je la yang ada dua tulisan, RUMI & JAWI
pendapat aku je la
ajimi
Nov 10 2006, 08:23 AM
(C-Fu @ Nov 10 2006, 08:08 AM) [snapback]377249[/snapback]
orang melayu takde duit. ko translate game camner pon diorang takkan beli nye, just because itu bahasa melayu.
nape salahkan uni tentang kekurangan ko ngan member ko yang tak boleh belajar untuk switch dari bm ke bi dan ke bm balik? ko kat uni untuk belajar, kalo takleh, ko blaja lagi. dan lagi.
ehmmp ader aku salah kan uni ke?
pandai ko provok org yek..maksudnya disini/situ kalau kita dah asyik dengan BI lama kelamaan kita x tau bahasa kita sendiri. Nie pernah jadik!.bila disebut dalam term BM kami mmg x tahu menahu apa yang dibincangkan sampailah kami check balik dalam term BI yang mana kami mmg tahu sangatla. nie masalah bahasa bukan subjet.
nie feng
Nov 10 2006, 08:27 AM
(gamerlife @ Nov 10 2006, 07:44 AM) [snapback]377240[/snapback]
Tapi kalau game... Translet bahse melayu rase nanti english lagi senang sebab da biase...
jangan game aje, kalu pakai window xp version BM tu dah rase kekok dan janggal nak gune.kalu translete pun, ayat BM die bunyi macam pelek pulok dan jarang dengar.
gamerlifee
Nov 10 2006, 08:48 AM
(nie feng @ Nov 10 2006, 08:35 AM) [snapback]377256[/snapback]
jangan game aje, kalu pakai window xp version BM tu dah rase kekok dan janggal nak gune.kalu translete pun, ayat BM die bunyi macam pelek pulok dan jarang dengar.
Haha cube main Counter-Strike ngan Residen Evil 3 versi bahse melayu... Ayat pelek2 je keluar... Haha... Cube la diorang translet bahse yang selalu kite cakap dan sebut... Ni baku sangat, pemberite TV3 paham la, hahaha...
C-Fu
Nov 10 2006, 09:00 AM
QUOTE
maksudnya disini/situ kalau kita dah asyik dengan BI lama kelamaan kita x tau bahasa kita sendiri.
nonsense. ko ingat lepas dah tak cakap terus leh lupa? fakta mengarut mane yang ko ambek ni? atau just andaian?
kalo dah lame ko tak berenang maka ko leh lupe ke? kalo lame dah tak driving ko takleh blaja balik driving dalam sejam dua ke?
QUOTE
bila disebut dalam term BM kami mmg x tahu menahu apa yang dibincangkan sampailah kami check balik dalam term BI yang mana kami mmg tahu sangatla. nie masalah bahasa bukan subjet.
salah siapa yang tanak tanye cekgu ape terma die dalam BM? tepuk dada tanya hati.
so ko ade problem. pastu ko check, dan problem setel. so ape masalahnye di sini, again? ko tak dapat disuap ke?
QUOTE
tapi kan, orang2 jepun ni takde pulak reti sangat cakap BI, buleh je maju.. kenapa kita nak maju, kena pakai bahasa orang lain?
pasal die cipta kemajuan teknologi. pasal omputeh jugak cipta kemajuan teknologi. pasal orang melayu malaysia, indonesia, brunei, filipina, vietnam, thailand, tak cipta kemajuan teknologi.
ko ingat kita tinggal pada tahun 1500an ke?
kenape la orang kite suke sangat dok bandingkan zaman pelabuhan melaka dengan sekarang? bak kata si luncai, kalo suke sangat time "semua orang" (di melaka/malaya sahaja) gune bahasa melayu, pindah pada zaman melaka la!

soalan cepu mas: apa bende yang ko boleh betul2 export, yang menggunakan bahasa melayu?
then compare pulak ngan bende yang guna bahasa lain. then gune otak.
pakeeza
Nov 10 2006, 09:33 AM
Member aku dkt kolej dulu memang BI x pandai.
Tapi bila masuk ITM, buat Dip Elektrikal, pastu buat Degree Elektrikal..
Sekarang memang ok la BI dia. Usaha keras memeng penting
ahmades
Nov 10 2006, 11:56 AM
(C-Fu @ Nov 10 2006, 09:08 AM) [snapback]377268[/snapback]
kenape la orang kite suke sangat dok bandingkan zaman pelabuhan melaka dengan sekarang? bak kata si luncai, kalo suke sangat time "semua orang" (di melaka/malaya sahaja) gune bahasa melayu, pindah pada zaman melaka la!

soalan cepu mas: apa bende yang ko boleh betul2 export, yang menggunakan bahasa melayu?
then compare pulak ngan bende yang guna bahasa lain. then gune otak.
Betul tu, kalau suke sangat ngan omputih pindah g ostalia kan kan kan kan kan?
Kes nih bukan dibincangkan apa yang pentingnya BM dalam technology, tapi dalam penggunaan seharian sebab dah banyak dah kita tengok BM yang dah merojak ke arah yang lain. Atas dasar itu kena lah mertabatkan balik bahasa ibunda kita ke platform yang asal.
Jawapan soklan cepu mas : durian, orangutan dan sepaktaktraw dalam bahasa omputis tu hape? heuheuheuheu takdernyer yang hebat dalam bahasa-bahasa tertentu kalau orang sendiri bukan dari pemangkin technology.
ajimi
Nov 10 2006, 12:26 PM
aper yang mengarut c-fu, rugi jer guna nickname c-fu tp x nampak pun tanjak nya...
yang jadik topik skg nie... kalau kiter abaikan atau mulakan BI dulu lama kelamaan akan hilang atau langsung x tau BM nya. banyak skali perkataan baru BI yang kita blajar..kan pelik bahasa asing kiter kuasai tapi bahasa sendiri kite terkial-kial tgk kamus...
bila 80% pembelajaran dlm BI adakah 20% tu kita betul-betul hadam. macam minum teh la..kalu x nak rase tawarnya gula kena banyak dari teh. walaupun ader pahit tapi dok rase manisss jer ssampai kena kencing manis...
bukan kita elak 100%...tapi memadai yang berpatutan ...dalam masa yang same kita cuba memperkasa kan bahsa kita..takkan anak malaysia sorang pun x dak cipta benda benda baru/teknologi bari... dapatkan istilah baru dlm bahasa kita..gunakan DBP untuk idea..sebagai contoh la.
ehmmmm aku dulu pun sblm blajar itm ,BI mmg terukkkk tp masuk itm kena usaha lebih la...banyak bahasa-bahasa english eng. kena blajar dan alhamdulilah OK la..tapi x la menolak BM dan kate Bm x leh nak berteknologi tinggi....
p/s. kalau nak eksport durian kena tukar name x?..x pun tempoyak ker...aper yekkkk?
zieraq
Nov 10 2006, 12:41 PM
negara dah merdeka 50 tahun pun masih nak guna bahasa penjajah...
roh_nanie
Nov 10 2006, 01:08 PM
pada pendapat aku, tak salah belajar subject dalam BI.
mungkin kerajaan nak pelajar diberi pendedahan lebih
kepada istilah dalam BI memandangkan rujukan ilmiah
masih lagi banyak dalam BI.
soal memartabatkan bahasa melayu, aku rasa
kita sendiri perlu lihat diri kita sendiri.
dalam seharian kita sendiri yang banyak merojakkan
bahasa melayu dan bahasa inggeris.
buatla apa2 cara sekalipun tapi kalau diri sendiri
tak mahu berubah, takde guna nye.
King ultimatezezs-SE
Nov 10 2006, 02:37 PM
cam aku 95% bahasa harian aku adalah bahasa melayu...english aku tak pandai sangat....tapi aku suka gak speaking kalo ada kawan nak layan kepala..cam belajar sains n matematik dalam english amat sesuai sangat lah kerana dapat tambahkan kemahiran dalam english convers. rasanya memang agak sukar pada orang yang tak power englsh tapi kalo cikgu ajar ngan cara bersunguh sungguh tentu masalah ni dapat diatasi ngan cepat.aku kalo expert english tentu aku akan guna english seoptimum mungkin...tapi tak bermakna aku memartabatkan bahasa mereka..lain lah kalo aku spoke english sampai lupa cakap melayu..
gamerlifee
Nov 10 2006, 02:43 PM
Aku tak kesah nak belajai English yang aku menyampah sekarang orang selalu campur2kan ayat Melayu ngan English konon die pandai English... Kalau nak cakap Melayu... Melayu 100%. Kalau nak cakap English... English 100%. Tak payah campur2.
Contoh... "You sayang I tak?"
Zzz
Tah apo2...
yuririka_rikku
Nov 10 2006, 02:48 PM
(gamerlife @ Nov 10 2006, 02:51 PM) [snapback]377446[/snapback]
Aku tak kesah nak belajai English yang aku menyampah sekarang orang selalu campur2kan ayat Melayu ngan English konon die pandai English... Kalau nak cakap Melayu... Melayu 100%. Kalau nak cakap English... English 100%. Tak payah campur2.
Contoh... "You sayang I tak?"
Zzz
Tah apo2...
Yezzah, aku slalu dengar adegan ni kat dlm tv... eww~ kalo kat depan mato sendiri nthala maybe ku quickening aje minah tu.

Sebenarnya bukan bangsa kita tak boleh maju walaupun menggunakan bahasa melayu saja, contoh Jepun, ramai rakyat mereka tak tahu bahasa Inggeris kali nak dibandingkan dengan Malaysia, kalo tahu pun sebutannya tak payah nak ceritalah.. cuma sikap kita sendiri merupakan peghalang terbesar utk rakyat kita maju.. tak perlulah saya terangkan sebab saya pun salah sorang dari komuniti ini.
Sang_pengembara
Nov 10 2006, 03:25 PM
Janganlah kita memandang rendah sesama bangsa. Bilamana bahasa dimartabatkan di tanah air sendiri oleh pihak-pihak yang berkenaan maka dengan sendiri kita akan memandang tinggi pada bangsa sendiri.
Yang menjadi permasalahan di sini ialah Kementerian Pendidikan terlalu memandang jauh untuk menjadikan subjek Matematik dan Sains itu menjadi satu matapelajaran yang terbagus untuk sekolah-sekolah. Sebab itulah mereka merencanakan supaya Matematik dan Sains di ajar dalam Bahasa Inggeris supaya nampak menarik. Tetapi matapelajaran Bahasa Inggeris yang sedia ada tidak dapat dipertingkatkan lagi di kalangan pelajar-pelajar sekolah.
Janganlah hendak mencuba menonjolkan negara di mata dunia sedangkan benda sedia ada tidak dapat diselesaikan atau dipertingkatkan.
Pengalaman demi pengalaman. Boleh dikatakan cikgu-cikgu yang mengajar Bahasa Inggeris tidak mempunyai cara yang tersendiri untuk menarik perhatian pelajar-pelajar meminati Bahasa Inggeris.
Yang tidak pandai dibiarkan sahaja, bahkan kelas yang terdapat ramai pelajar yang lemah dalam matapelajaran Bahasa Inggeris, cikgunya malas masuk ke kelas untuk mengajar.
Sudahlah kebanyakan pelajar-pelajar sekolah amat tidak meminati Bahasa Inggeris. Inikan pula matapelajaran Sains dan Matematik di ajar dalam Bahasa Inggeris.
Cubalah kita mencari jalan penyelesaian bukannya menambah masalah. Cuba-cuba memartabatkan Bahasa Melayu supaya kita sendiri merasa bangga menjadi bangsa yang menggunakan Bahasa Melayu.
gegule
Nov 10 2006, 06:40 PM
masalahnyer camner nak memartabatkan bahasa melayu, baru jeks release produk made in malaysia, kena kutuk perabih, yang majoritinye melayu! sikap tuh yang kena ubah dulu sebenarnyer. orang jepun bangga dengan bahasa derang, produk derang walaupun produk derang takler perfect mana. tapi disebabkan derang desperate, berbangga dengan produk sendrik, maka derang secara tak langsung leh meyakinkan dunia. camner nak martabatkan bahasa kalo orang dier sendrik tak reti martabatkan negara sendrik
joe_mamat
Nov 10 2006, 06:53 PM
"release produk made in malaysia, kena kutuk perabih"
boleh bagi contoh tak barang apa..? release tu dalam bahasa melayu apa maksud dia?
wu ming
Nov 11 2006, 11:55 AM
aku rasa lah, budak2 sekolah patut belajar dlm semua english, kecuali BM ler. tapi tu la, ada ka guru2 yg power englis, ada satu kes, guru menangis sbb anak muris tegur guru sbb budak ni dh power.
bukan stategi dlm gelap nk mdaulat bahasa english tapi kan english tu bahasa ilmu.
bila2 budak2 balik emakbapak cakap melayu la...
kawan aku masa skolah rendah bljr skolah cina keat hwa.. masuk skolah menengah kelas ngan aku, dia terer english dn dpt spekong cina lagi.
kalo ckp cina dgn budak cina jer la..
ini menunjukkn klo english mula dr bawah, mudah boleh utk budak2...
bahasa melayu kalo nk martabatkn ke peringkat antarabangsa, ermmm
rasa susah, lain kalo kita maju dari mereka, kot mereka nk pandang bahasa kita.
filem melayu kita pun xsampai kemana lagi, contoh jer la.cuba kita ganti filem ALEXANDER yg omputih buat tu ganti dgn filem kiter ISKANDAR ZULKARNAIN, ni omputih buat merapu, ader ker iskandar ni gay....
nak xnak, nak maju jugak english ler jawab dia utk study sains ker matematik, tapi dlm kehidupan seharian kita amal 100% bahse melayu.
jgn jadi camni ' TUTUP PINTU GATE TU'. rosak bahasaku.
roh_nanie
Nov 11 2006, 12:08 PM
aku baru sembang2 dengan ayah aku..
dia cakap kat sek ren aku (aku sek kt kwsn kg), cikgu xnak bagi murid yang tak tahu menulis dan
membaca amik UPSR sbb nak jg keputusan UPSR kesuluruhan sek. supaya 100%
lulus.
sekarang ni aku tengah fikir, dari drjah 1 smpai drjah 6 pun xdapat membaca
& menulis, inikan pula nak belajar subjek dalam BI.
aku masih lagi tengah berfikir...
wu ming
Nov 11 2006, 12:37 PM
kesian dari darjah 1 smpi darjah 6 xleh baca dn menulis..
sepatutnya selagi xdapat baca dan menulis jgn bagi naik kelas, tunggu jer smpi darjah 1 jer, kalo naik kelas 2 pun bukan dpt belajar tajap 2 sbb yg darjah satu pun xlepas. susah gak ni, nak maju camner kalo baca dn menulis xdapat lagi ni, ni kira buta huruf lagi ni, xder jln lain mengulang jer la sampai bleh baca dn menulis baru lompat tahap2 dn seterusnya..............................................
kalo tdk dh darjah 6 pun xleh baca menulis dn kira, nak amik UPSR camner?????pastu xleh smbg skolah menengah ker????
aku pun kureng paham system pelajaran kat malaysia ni..
syukur dpt baca dn menulis.
kalo tidak... U.B.I jadi BABI.........ba alif ba, ba ya bi, jadi BABUN.
he.he.he.he........
C-Fu
Nov 12 2006, 01:05 AM
QUOTE
yang jadik topik skg nie... kalau kiter abaikan atau mulakan BI dulu lama kelamaan akan hilang atau langsung x tau BM nya. banyak skali perkataan baru BI yang kita blajar..kan pelik bahasa asing kiter kuasai tapi bahasa sendiri kite terkial-kial tgk kamus...
bila 80% pembelajaran dlm BI adakah 20% tu kita betul-betul hadam. macam minum teh la..kalu x nak rase tawarnya gula kena banyak dari teh. walaupun ader pahit tapi dok rase manisss jer ssampai kena kencing manis...
ko tanye la atuk2 nenek2 ko mase zaman british dulu. diorang bukan takat sains, semua bende dalam omputeh. ade diorang rojakkan BM?
again ako repeat, kalo la BI digunakan 100% pon, loghat2 masih ada. BM masih ada. Bahasa Cina masih ada. sejarah dah buktikan. pemikiran cetek orang2 camni takde bukti.
FACE THE FACTS. sebagaimana bahasa melayu lama dirojakkan menjadi bahasa malaya, dan kemudian dirojakkan menjadi bahasa melayu baru, seperti itulah bahasa melayu baru akan dirojakkan jugak menjadi bahasa melayu moden. kenapa ko tanak guna bahasa melayu lama macam hang tuah? tu hero melayu tu, nape tanak cakap cam die? get over it la brader. the sooner you get over it, kurangla kebencian yang meluak2 tu yang tak masuk akal tu.
samada ko nak nangis camner pon, faktanya adalah Sains DAN matematik pada western civillisation sekarang ni adalah dalam BI. tunjuk kat sini mana2 journal sains atau math dalam BM. ko tunjuk satu, ako leh tunjuk 5. nak tunjuk lebeh pon boleh. macam mane nak ako lekatkan kat otak mamat2 degil ni baru boleh paham, yang satu dunia sekarang guna BI untuk bidang sains dan teknologi? ko ingat nape kite panggil MSC bukan nama melayu?
ako ulang, sains dan maths sekarang semua guna BI kerana sekarang ni zaman KEBUDAYAAN BARAT. sama macam zaman al-khind dan al-jabar dulu, orang gune bahasa arab kerana dulu zaman KEBUDAYAAN ARAB. ape yang benaknye korang ni? sampai hati korang membusukkan otak2 budak mesia just kerana korang suka duduk dalam tempurung bahasa melayu yang begitu suci tu (kononnyela).
kenapa sampai sekarang masih banyak sangat terma2 sains dan tech dan maths takde/janggal dalam BM? kerana tak ramai orang guna! kerana ramai orang tak tau! so, bile esok2 dah ramai orang yang bijak2 dalam maths, sains, apa yang menghalang kerajaan (DAN KORANG) untuk mengajak diorang menolong memartabatkan BM kerana dah ramai yang boleh?
adakah kerana korang rasa budak2 kita ni takleh berubah, semuanya degil macam korang, bile dah belajar terus jadi fanatik takleh terima perubahan, terus tanak tukar ke BM?
King ultimatezezs-SE
Nov 12 2006, 02:12 AM
nak buat camner frof. dan pensyarah pon campur adak bahasa dalam penyampaian kuliah ...sikit2 so... so...maybe.. cam bodoh jer...ajar BAHASA pon cakap so..so..
fesi dan ahli forum agama pon dah mula terjangkit cakap campur adauk ni...bangang sangat..
revers3r
Nov 12 2006, 02:08 PM
salam perkenalan..
untuk memartabatkan bahasa ibunda kita, bagi aku para ilmuan bangsa kita perlu melipatgandakan usaha pengkajian ilmu-ilmu yang datang dari bangsa lain dan meminjam istilah2 yang dan menjadikannya sebahagian daripada bahasa melayu. Terjemahan kepada bahasa melayu segala ilmu-ilmu asing ni sangat penting, sebagaimana yang dilakukan oleh orang2 barat terhadap teks2 ilmu yang bukan ditulis dalam bahasa mereka. Dengan itu, anak2 kita dapat mempelajari ilmu2 baru dalam bahasa ibunda mereka sendiri.
wu ming
Nov 12 2006, 02:35 PM
amik mudah contoh, cina,india dok negara kita depa cakap melayu dgn kita depa belajar, tapi ada depa lupa ka bahasa ibunda depa, pernah pegi kedai apek dia cakap melayu tanya barang kat anak dia , atau dia spekong cina.tentulah ckp bahasa ibunda dia.
bila kata maju nanti ada org fanatik agama kata ahklak penting utk maju, tidak benar jawapan tu, bila islam kata maju, kita kena paham maju tu serba serbi, akhlak,teknology,ilmu dan sebagainya.
kalo maju akhlak, teknology xmaju xguna, kita kena serang msa zaman melaka sbb kita guna keris depa guna senapang meriam.kita akan dijajah musuh.
zaman islam maju pada zaman turki uthmaniah smpi xder sorang yg layak dpt zakat, tapi jatuh sbb perempuan, riba berluasa, yakni akhlak moral jatuh/rendah.
jadi kesimpulannya penggunaan bahasa inggeris utk meningkatkn ilmu bukan stategi dlm gelap utk meminggirkn bahasa melayu kita.
sedangkn utk belajar bahasa melayu kita dh ada subjek BM, sastera- kelapa nan sebtg, perjuangan belum selesai, etc.
jgn risau, walau rojak macammana jadi pun, kita tahu jugak maksud dia dlm BM, kalo xtahu suruh belajar BM sampai dpt A.
org2 yg mperjuangkan bahsa melayu ini adakah anda dapat A1 dlm SPM???
kalo x jgn cakap perjuangan utk mendaulatkan bahasa melayu kalao korang xdapat A1 tapi bangsa lain dapat A1.
KALO ADA KOMEN TERUSKN...................................
hampeh
Nov 12 2006, 02:55 PM
(wu ming @ Nov 12 2006, 02:43 PM) [snapback]378100[/snapback]
kalo maju akhlak, teknology xmaju xguna, kita kena serang msa zaman melaka sbb kita guna keris depa guna senapang meriam.kita akan dijajah musuh.
dorang masa tu kene jajah tanah bukan kena jajah hati ..
wu ming
Nov 12 2006, 03:45 PM
QUOTE(hampeh @ Nov 12 2006, 03:03 PM) [snapback]378104[/snapback]
dorang masa tu kene jajah tanah bukan kena jajah hati ..
habis...
ko xbelajar pendidikan islam form 4&5..
kemajauan teknonogy dlm pembangunan islam.
teknonoly pertahanan sesebuah negara perlu sbb bila maju dapat mempertahankn maruah negara,bangsa dan agama, peperangan bukan matlamat islam tetapi utk mempertahan islam dari dicererohoh kaum kafir.
kalo hati xkena jajah, alhamdullillah, tapi maukah kita jadi pelarian di bumi sendiri. kalo hati xkena jajah, akan ada juga pengaruh xbaik utk umat islam. masa belanda tawan indonesia, rakyat tempatan ada kawin dgn penjajah belanda dan jadi kristian. memang xsemua hati kena jajah, tapi kesan dia mcm virus.mempengaruhi iman orang lain yg baik2,
dlm xkena jajah sbb dh merdeka, minda dah dijajah, sbb tu ikut barat sgt, punk, skinhead, pakai subang sebelah, xtahu org yg pakai subang tu tanda anak haram.
kita kena pikir skop yg luas jgn nampak satu tempat yg kecil jer.mungkin hati saudara xkena jajah tapi kawan2 sedara yg lain saper tahu. saudara bleh jamin semua org zaman tu hati xkena jajah,
habis mana datang si pembelot, barua anjing penjajah, bocor rahsia ilmu kebal dgn beri tahu rahsia org penjajah guna buluh kuning/ runcing cucuk tapak kaki pahlawan2 maka ilmu kebal xjadi.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please
click here.