FYI, Abixpert dah buka topic yg lebih kurang sama rujuk sini.
http://www.putera.com/tanya/index.php?show...ektrik&st=0
Minta tolong korang cadangkan dari segi : Processor, PSU dan Monitor. Item2 lain seperti RAM, Kipas dan Casing: sekiranya ada main peranan dalam penjimatan elektrik pun korang boleh cadangkan. Lepas tu tolong share penggunaan Bil letrik korang jugak. Sekarang nie kena berjimat cermat, lagipun tarif elektrik kan dah naik.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Time aku belajar dulu, aku dapati rumah sewa aku lagi banyak pakai api sebab ada 2 biji komputer... Dia punya perbezaan tu terlampau tinggi berbanding dgn rumah sebelah.. Padahal PentiumII ajer..
.------------------------------------------------------------------------------------------------------
Processor :
Aku bercadang nak beli mobile barton, sebab mobile nie low voltage. Ada 1.35V dan 1.45V. Harga dia pun murah sebab second hand.
Kegunaan: Utk belajar, menaip,, dan email dan main game ringan2 jer. Tak diguna utk OC.
Kenapa Barton?:
Sebab 512 cache, FSB 333 dan clock speednya ok jugak la dalam 1.8Ghz. Overall performance is OK.
Aku sekrang nie ada PC yg pakai AMD 1900+ (Palomino Core). Voltage 1.75V.. memang panas. PC yg ke2 pakai AMD 2500+ (Barton Core). 1.65 V... Memang cool...
.....................................................................................................................................
Monitor:
Nak beli flat screen TFT. Aku dengar flat screen x makan banyak elektrik. Betul ker ? Sapa yg dah pakai? Memang jimat ker?
...................................................................................................................................
Power Supply
Ni nak beli yg true power atau cap ayam? Ada beza ker dr segi penjimatan elektrik?
......................................................................................................................................
Sebolehnya x payah le nak beli PC baru.. sebab mahal sgt la rasanya.. Contohnya macam nie punya sistem harga dalam RM6000.00 (termasuk lesen software).
Ok sila lah komen dan bagi cadangan.. ok
Wasssalam