Hai…sambung balik….
Beautiful life.
Main cast : Takuya Kimura and Takako Tokiwa
Tahap kerekemenan aku : 8/10
Opinion aku :
Agak memberangsangkan walaupun drama ni bukan fav aku sangat…Shuji (Kimura) adalah seorang hairstylist yang dipulaukan oleh family dia sebab dia refused nak sambung tradisi family dia yang dalam aliran medical(kalau tak silap) so dia terjumpa seorang gadis cacat bernama Kyoko(Tokiwa) dan telah mengubah persepsi gadis ni tentang cinta yang tak mengenal rupa dan darjat…Kyoko ni inferior sebab keadaan diri dia yang cacat so dia rasa dia tak layak bercinta…cite ni banyak giler pengajaran and quite sad sebab viewers akan tau diorang tak mungkin dapat bersama sebab Kyoko akan mati akhirnya…ada satu scene bila Shuji make-upkan mayat Kyoko masa tu yang paling menyayat hati bila dia suruh Kyoko bangun dari tempat dia `tidur`….memang sedih giler tapi aku tak berapa nak minat cerita sedih ni sebab nanti aku yang sedih lebih-lebih…so sape yang spesis aku ni..sedia dengan sekotak tisu ok…ending dia oklah tapi aku harap ada ending yang lebih baik….try to watch this and you`ll know better……..
Asunaro Hokusho.
Main Cast : Ishida Hikari, Tsutsui Michikata, Suzuki Anju, Kimura Takuya, Nishijima Hidetoshi..
Tahap kerekemenan aku : 6/10
Opinion aku :
Narumi (Hikari) seorang student di sebuah Universiti di Jepun yang telah kehabisan ubat pensel tekan masa tengah buat exam pastu dalam keadaan kelam kabut tu ada sorang mamat yang dah habis exam tu bagi pensel tekan baru kat Narumi..Narumi tak nampak muka mamat tu sebab mamat tu tak pusing belakang masa dia hantar paper kat lecturer dia…so Narumi pun berikrar untuk mencari mamat tu and nak berterima kasih kat dia sebab selamatkan Narumi..akhirnya dia terjumpa mamat tu(sebab dia ingat rupa bentuk belakang mamat tu)dan mamat tu sebenarnya ialah Kakei (Michikata) yang mempunyai sebuah group penulisan bernama ASUNARO HOKUSHO..group tu ada 3 orang lagi yang semua mereka berkawan baik giler iaitu Matsuka (Hidetoshi), Osamu (Kimura), Sega (Suzuki)….Si Matsuka ni dalam diam-diam sebenarnya gay sebab suka dekat Kakei….yang Sega pun suka dekat Kakei tapi dia pendamkan sebab dia tau Kakei suka Narumi…yang si Osamu suka kat Narumi..so cerita ni jadi complicated skit…yang aku peliknya…apehal ramai sangat yang suka kat Kakei ni padahal taklah best sangat orangnya….secara tak sengaja..si Matsuka gay ni telah tertidur dengan Sega dan menyebabkan si Sega mengandung…tapi akhirnya Matsuka ni tak sempat tau dan tak sempat tengok pun anak dia tu sebab dia mati eksiden…fiuh! Penat nak compose synopsis drama ni sebab banyak sangat isues….well..a good drama with good cast tapi tak berkenan cara dia olah skrip…lagipun cerita ni dah zaman tok adam punya cerita..tak silap 1992…patutlah baju ngan rambut ngan skrip semua old fashion….aku bleh puji message yang director nak sampaikanlah…pasal pengorbanan persahabatan…lagu dia pun bolehlah best gak…overall….aku tak berapa rekemen lah…..apa-apa pun..suke hati koranglah kalau nak tengok drama ni…lain orang..lain taste ye tak?
Good luck!!
Main cast : Takuya Kimura, Kou Shibasaki, Tsutsumi Shinichi, Rinna Uchiyama, Hitomi Kuroki.
Tahap kerekemenan aku : 9/10
Opinion aku :
Cite ni memang layan habis…seperti member-member yang lain dah comment, citer ni tengok 14 kali pun best…cite ni lah yang paling banyak kali aku ulang tengok sebab best giler…kisah seorang pilot muda Hajime Shinkai(Kimura) yang masih bertittle co-pilot dan sedang berusaha untuk menjadi kapten..di bawah pimpinan Kapten Kouda (Shinichi) yang tegas gile dan suka menyinggung perasaan staff-staff dia..walaupun Kouda begitu, sebenarnya dia care tentang cara kerja semua kakitangan Nippon Airways…Cuma dia terlalu tegas…hanya bekas awek dia je iaitu ketua paramugari Togashi Noriko (Kuroki) yang paham dia….Dia suffering daripada perasaan guilty dia yang menyebabkan salah satu kapal terbang dia terhempas 12 tahun lalu…dalam kapal terbang yang terhempas tu ada parent kepada Ayumi Ogawa(Shibasaki) yang mati semasa kejadian..so Ayumi ni berikrar nak jadi jurutera mekanikal yang terbaik supaya dapat membaiki kapal terbang dengan sehabis baik supaya tak terhempas lagi..so dia agak marah pada Shinkai pada mulanya kerana si Shinkai ni bawak kapal terbang macam taik (masa first time Shinkai landingkan plane teruk gile!)pastu kena sound dengan Ayumi..cute giler masa Ayumi kata hetta kusso(macam taik or teruk giler!)…so Shinkai angin lah tapi akhirnya Shinkai dapat tangkap maksud Ayumi sebab Ayumi kematian ibubapa dalam plane crashed...oleh kerana Shinkai ni pilot yang paling lama dilatih dalam akedemi,Kapten Kouda sentiasa memerhati Shinkai dan mengkritiknya sampai diorang hampir bertumbuk…dalam satu kejadian, Shinkai telah kemalangan semasa menyelamatkan Kapten Kouda daripada terjatuh masa diorang tengah buat latihan emergency landing..Shinkai telah terjatuh dari ketinggian 4 tingkat dan menyebabkan kakinya patah dan sukar untuk diubati…Shinkai kecewa kerana dia tak dapat jadi pilot lagi..tetapi oleh kerana kesungguhan Shinkai buat fisioterapi dan galakkan Ayumi,dia berjaya berjalan dan kembali menjadi pilot…Ayumi yang mengalami fobia naik kapal terbang akhirnya berjaya juga mengatasi masalah tu semasa Shinkai yang bawa kapal terbang tu…aku suka tengok diorang berdua ni sebab diorang tak cakap diorang love each other tapi melalui pandangan mata je cukup…serious best….lagu ost dia RIDE ON TIME by Yamashita Tatsuro inspires me a lot!!memang aku rekemen drama ni and korang takkan menyesal beli menda ni!!!
Pride.
Main cast : Takuya Kimura, Takeuchi Yuko, Sakaguchi Kenji, Nakagoshi Noriko, Sato Ryuta, Megumi..
Tahap kerekemenan aku : 9/10
Opinion aku :
Halu Satonaka (Kimura) ialah seorang kapten bagi pasukan hoki ais BLUE SCORPION yang dihormati oleh semua ahli pasukan kerana kredibilitinya yang sangat mengagumkan…Bagi Halu, hoki adalah sesuatu yang sangat penting dan bermakna dalam hidupnya berbanding cinta…Jadi, Halu menjadikan cinta sebagai suatu game…sehingga dia berjumpa Aki (Yuko) yang setia menunggu teman lelakinya yang berhijrah ke luar Negara tanpa sebarang berita selama 2 tahun..pastu diorang adakan perjanjian konon-kononnya diorang bercinta tapi kalau boifren Aki balik diorang akan putus..macam game lah…tapi lain plak ceritanya sebab diorang fall in love to each other…cerita yang simple tapi sebab aku minat gler hoki ais,memang layanlah cite nih..dengan lagu the legendary Queen (WAS BORN TO LOVE YOU) sebagai ost, memang kena habislah…great pairing tapi kenapa ni satu je dorama diorang pair ek?
Engine.
Main cast : Takuya Kimura, Koyuki, and the children!!
Tahap kerekemenan aku : 9/10
Opinion aku :
Kanzaki Jiroh (Kimura) anak yatim yang dibela Kanzaki Takeshi yang dianggap bapanya sendiri..dia seorang pelumba F3 dan kerjayanya menyebabkan dia dihalau dari rumah ..walaubagaimanapun..dia masih disayangi oleh bapa dan kakaknya…apabila dia dibuang kerja, dia terpaksa menebal muka balik ke rumahnya dan terkejut mendapati rumahnya telah bertukar menjadi rumah anak-anak yatim Kanzaki…di sini segalanya bermula….Jiroh yang tidak menyukai kanak-kanak terpaksa berdepan dengan mereka yang banyak kerenah dan comel-comel belaka..di rumah ini terdapat 2 orang guru iaitu Tomomi sensei (Koyuki) dan Motoiichro sensei ...Tomomi sensei yang begitu sabar dan rajin melayan kerenah kanak-kanak ini telah membuka mata Jiroh untuk menyayangi kanak-kanak ini…Jiroh menghadapi kesukaran untuk mendapat pekerjaan di sini dan pada mulanya bekerja sebagai pemandu kepada kanak-kanak ini ke sekolah..akhirnya Jiroh mendapat peluang untuk berlumba semula…pada masa yang sama, rumah Kanzaki terpaksa ditutup kerana pemilik rumah itu ingin menaikkan sewa rumah dan mereka tak mampu untuk membayarnya..adakah Jiroh akan menang perlumbaaannya dan adakah rumah Kanzaki akan ditutup?? Anda saksikan sendiri….Budak-budak ni memang talented and tak terpikir camane budak sekecik tu bleh berlakon…..dahlah cute!!!
Team Medical Dragon.(IRYU)
Main cast : Sakaguchi Kenji, Izumi Inamori, Abe Sadayo, Koike Teppei, Kitamura Ikki, Mizukawa Asami, Sasaki Kuranosuke, Natsuki Mari..
Tahap kerekemenan aku : 10/10!!!
Opinion aku :
Cite yang paling best di abad ini!! Adaptasi daripada sebuah manga IRYU MEDICAL TEAM, drama ini berjaya meraih anugerah drama terbaik tahun 2006..Kisah yang menggabungkan idea 10 doktor terbaik Jepun dan hasilnya cukup mengagumkan!!! Asada Ryutaro (Sakaguchi) @ Asada sensei seorang doctor pakar bedah jantung yang berkhidmat sebagai petugas NGO untuk menyelamatkan mangsa-mangsa perang di luar Negara..dia cukup dikagumi kerana tekniknya yang tak terjangkau otak manusia dan ketenangannya dalam membuat keputusan..oleh kerana di dengki oleh Dr.Kirishima(Kitamura), dia telah dibuang kerja dan kini hidup mengganggur…Dr.Katou (Izumi) yang sedang menyiapkan thesisnya dan masa yang sama bercinta dengan Dr.Kirishima telah menjemput Asada sensei untuk menyertai pasukannya bagi menjalankan pembedahan BATISTA pertama di Jepun..namun untuk menjayakan pembedahan yang sangat sukar ini, mereka memerlukan sebuah pasukan yang sangat hebat dan bermulalah pencarian pakar-pakar terhebat di hospital yang penuh korupsi iaitu Mei Shin Hospital…Miki (Mizukawa) seorang jururawat yang sangat hebat merupakan teman rapat Asada sensei semasa di NGO dan dia telah menjadi ahli pertama pasukan BATISTA (TEAM MEDICAL DRAGON) …Dr. Ijuin (Teppei) seorang doctor pelatih yang kelam kabut tetapi berjaya melayakkan dirinya menjadi salah seorang anggota pasukan TEAM MEDICAL DRAGON (TMD) kerana bagi Asada sensei, walaupun Ijuin seorang yang tiada teknik dan kelam kabut(pengsan masa tengok darah..hehehe)tetapi dia mempunyai hati yang bersih dan masih belum dikorupkan oleh hospital itu…ahli ketiga ialah Dr.Keisuke (Sasaki) iaitu doctor pakar klinikal terbaik di hospital itu dan menentang semua jabatan lain kerana baginya mereka semua telah dikorupkan oleh hospital itu..dalam suatu kejadian, Dr.Keisuke telah jatuh pengsan dan jantungnya telah berhenti..pada waktu itu jalanraya sesak dan ambulans hanya boleh sampai selepas 10 minit…dengan teknik yang hebat,Asada sensei telah berjaya melakukan pembedahan di hadapan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu dan akhirnya Dr.Keisuke berjaya diselamatkan…oleh itu, Dr.Keisuke menerima pelawaan untuk menjadi anggota TMD. Tanpa pakar bius yang bagus, pembedahan BATISTA tidak mungkin dapat dijalankan…Dr.Arase seorang doctor pakar bius di ER(emergency room)yang selalu menimbulkan kemarahan orang ramai kerana sikapnya yang annoying dan selalu dalam keadaan separuh sedar kerana mengambil dadah (atau ubat bius aku tak sure sebab dia selalu high)..hanya Kaori (gadis bar yang menjadi pelayan di sebuah bar tempat Arase selalu mabuk) yang memahaminya…Dr.Arase menolak mentah-mentah pelawaan Asada Sensei untuk menyertai TMD melainkan bayaran untuknya tinggi…namun pada suatu hari, Kaori telah ditembak oleh penjenayah di bahagian dada dan Asada sensei yang telah menyelamatkannya walaupun pada mulanya Kaori telah disahkan mati kerana jantungnya telah berhenti selama 30 saat..tetapi Asada sensei tetap cuba sebaik mungkin untuk menyelamatkan Kaori kerana otak akan mati dalam masa 5 minit tetapi jantung Kaori hanya berhenti selama 30 saat…sebagai balasan kerana menyelamatkan Kaori, Dr.Arase menyertai TMD..sebenarnya Dr. Arase seorang yang sangat baik dan lurus bendul dan sebab itulah dia dipaksa untuk membunuh beratus pesakit demi untuk mencuba ubat bius baru dan kerana itulah dia sentiasa berkelakuan buruk supaya semua orang benci kepadanya…apabila semua anggota TMD berjaya ditemui, Dr. Kirishima menjadi dengki dan cuba menghapuskan pasukan itu…Miki sebenarnya adalah adik kepada Dr. Kirishima dan dia berasa bersalah kerana abangnya itu akan cuba menghapuskan sesiapa sahaja yang menyokong Asada sensei..adakah TMD akan dibubarkan dan bagaimana akhirnya nasib pesakit-pesakit yang memerlukan pembedahan BATISTA dengan segera? Cerita medical yang paling hebat setakat ini dengan penerangan visual tentang prosedur sesuatu pembedahan dan organ yang terlibat memang menambah knowledge korang dalam medical terms…dengan lagu ost terbest pernah aku dengar AESTHETIC memang apealling!!A MUST WATCH DRAMA!!! Sesiapa yang collect TMD ANIME SERIES do not miss this one!!!!
Orange days.
Main cast : Shibasaki Kou, Tsumabuki Satoshi, Narimiya Hiroki, Ueno Juri
Tahap kerekemenan aku : 9/10
Opinion aku :
Kai Yuki (Satoshi) seorang senior di sebuah university dalam jurusan social welfare psychology..dia nak cari kerja part time tapi susah nak dapat kerja…satu hari dia terjumpa seorang gadis pekak Sae Hagio (Kou) iaitu seorang pemain violin yang hebat…oleh kerana dia kehilangan deria pendengarannya maka dia menjadi rendah diri dan menutup pintu hatinya untuk cinta…walaupun camtu,Kai Yuki tetap sabar untuk meraih perhatian Sae kerana dia dah jatuh cinta ngan Sae…cerita ni buat aku terpikir betapa susahnya menjadi orang yang kekurangan dan buat aku bersyukur atas apa yang ada…cite dia simple je tapi interesting….great stuff!!!
I`ll be back!!!^_^!!!