Assalamualaikum.
Izinkan saya menambah sedikit maklumat walaupun tak seberapa. Maklumat ini secara khususnya mengenai multisession.
Teknikal
========
Sedikit konsep yang perlu difahami ialah session, multisession,close-disc, disc-at-once, finalise-disc dan kalau untuk lebih lanjut ialah track-at-once, linked-multisession, independent-multisession.
Session ialah proses burn pada satu satu masa itu.
Multisession ialah proses burn yang lebih dari sekali.
Close-disc ialah penutupan kepada suatu disc itu samada satu sessi atau multisessi, namun belum dimuktamadkan yakni boleh dibuka semula (bergantung kepada perisian burn).
Finalise-disc ialah penutupan kepada suatu disc itu samada satu sessi atau multisessi dan MUKTAMAD, tidak boleh lagi ditulis lagi dan statusnya sepenuhnya ROM, read only memory.
Disc-at-once adalah proses burn SATU sessi dan seterusnya dikenakan close-disc dan finalise-disc dan kini sepenuhnya ROM, read only memory; contoh mudah ialah VCD & DVDvideo.
Fizikal
=======
Apa yang telah ditulis pada CD-R tidak boleh dipadamkan. Ianya kekal.
Kebanyakan pemacu CD/DVD komputer sekarang mampu membaca multisession disc selain disc single-session yang biasa (seperti VCD, DVDvideo dan data-disc yang dicetak dikilang untuk pasaran)..
Kebanyakan pemacu CD/DVD komputer yang lama hanya membaca sessi terakhir dan untuk membaca sessi yang lain pada disc yang sama, perisian atau plug in khusus diperlukan.
Ada juga pemacu yang boleh membaca multisession disc tapi pada setting default hanya akan membaca sessi terakhir sahaja. Pengguna perlu memilih volume (sessi) secara manual untuk pemacu itu membaca mana mana sessi.
Paling penting dalam menulis ke atas media (hdd, cd dan lain lain) ialah TOC iaitu table of content. Secara mudahnya,pada CD-R, TOC menyimpan maklumat (senarai fail) dan lokasi fail yang ditulis pada satu satu sessi itu. TOC akan dicipta pada setiap kali burn, satu sessi atau multisessi, dan diletakkan dihujung satu satu sessi itu, di akhir sektor sessi tersebut.
Seperti yang kawan kita sebutkan di atas, istilah 'memadam CD-R' adalah tidak berapa tepat. Di default setting kebanyakan perisian, untuk multisession burning, kandungan TOC sessi sebelumnya akan disalin kedalam TOC sessi yang baru bersama sama dengan maklumat kandungan sessi baru; append TOC. Ini menyebabkan kandungan cd boleh dibaca dan dilihat sebagai SATU DISC, tidak terbahagi bahagi mengikut sessi (walaupun hakikatnya ia ditulis secara multisessi). Akan tetapi, jika TOC sessi terbaru tidak menyalin kandungan TOC sessi sebelumnya dan hanya menyimpan kandungan TOC nya sendiri, maka data pada sessi sebelumnya tidak akan dipaparkan. Disinilah berlakunya 'silap mata' kononnya data lama pada cd-r
telah dipadam seperti mana yang saya tuliskan sedikit diakhir bahagian fizikal diatas tadi.
Tetapi, terdapat satu lagi jenis 'silap mata' dalam 'memadam cd-r' ini. Ada perisian burn (Nero umpamanya)membenarkan suatu cd multisession itu ditukar status ke single-session (no multisession). Ini bermakna, pada sessi kedua (atau sessi seterusnya) cd-r tersebut ditandakan sebagai single session atau no-multisession yakni sessi tersebut adalah sessi terakhir. Disini, jika TOC sessi terakhir ini tidak memasukkan kandungan TOC mana-mana sessi sebelumnya, maka HANYA data pada sessi terakhir ini yang dapat dibaca oleh pemacu. Sessi sebelumnya akan selamanya tidak dapat dibaca lagi. Seperti 'silap mata' sebelumnya, data lama pada sessi sebelum ini kelihatan seperti telah dipadam. Cuma, kali ini ianya 'dipadamkan' selama-lamanya. Ataupun sistem operasi dan pemacu sekarang dah boleh baca ? Saya tak tahu pula

Itu saja yang dapat saya kongsikan. Saya tulis seringkas dan seperlu yang boleh. Kalau ada yang tak kena dan tak cukup, betulkan dan tambahkan lah.

Bedah
Temerloh