Ini saya tulis sebelum awak sertakan 'snapshots' di atas.

Kalau di Nero Express 7 (Ultra Edition), untuk set kan overburn ; sama seperti yang diceritakan sebelum ni. Buka Nero Express dan di batas sebelah kiri tu ada anak panah kecil yang kalau ditekan, akan terbuka satu sayap kecil. Di sayap itu, antara kandungannya ialah OPTION. Pilih OPTIONS itu dan seterusnya akan keluarlah beberapa aturan lain termasuk EXPERT FEATURES untuk overburn. Untuk CDR 700mb/80minit, isikanlah jumlah yang tak lebih dari 85; selamat. Lebih dari tu pun boleh, tapi selalunya disini bukan lagi ruang yang memainkan peranan tetapi pemacu awak yang akan memilih cara burn yang lebih efisien namun kritikal. Dalam kata lain, risiko.
Musykilnya saya mengenai situasi awak ini; saya jujurnya tak pernah terjumpa situasi piawai pada Nero di mana Nero akan burn seperti biasa suatu kandungan VCD itu pada CDR pertama dan meminta CDR kedua untuk sambungan burn kandungan yang sama. Namun saya kurang pasti pula kalau kalau Nero sudah pun menyokong atau memasukkan fungsi Multi Disc Span Burning untuk VideoCD didalam perisian ini.
Namun ada satu kemungkinan lain yang boleh diperiksa; tetapi kurang berkait. Buffer Underrun. Periksa jika pemacu awak menyokong perlindungan terhadap Buffer Underrun. Buka Nero Express, tekan NEXT sehingga awak nampak bahagian CURRENT RECORDER yakni senarai nama pemacu yang ada di sistem awak. Di kanannya ada OPTIONS dan didalamnya ada senarai ciri ciri yang wujud pada pemacu awak termasuk jika ianya mempunyai perlindungan Buffer Underrun. Jika pemacu tersebut ada fungsi perlindungan seperti Justlink, BuggerOff! atau apa apa yang lain, maka jangan dipedulikan perenggan ini

Selain dari yang atas ini, saya mohon maaf kerana dah tak ada akal untuk membantu

. Kalau pun ada, hanya cadangan supaya awak buat ujian sebelum burn .. simulasi. Ada pilihannya di bahagian terakhir sebelum burn dilaksanakan. Buat simulasi dengan pelbagai CDR yang berlainan dan lihat kalau masalah sama berulang. Jangan bimbang, simulasi tak menggunakan CDR awak betul betul. Burn acah acah aje

============================================
Yang saya tulis di atas tu bolehlah dijadikan cerita minum petang

Awak digalakkan meneroka dunia Overburn ni jika mampu dan mahu ... hihihihi. Pada pendapat saya, ketahuilah ciri ciri, batasan dan kemampuan pemacu kita sebanyak yang boleh. Alah membeli, menang memakai, banyak pengetahuan. Lama lama nanti awak nampak setakat mana kemampuan pemacu awak. Ingin sekali saya berkongsi disini, saya lakukan overburn setiap kali .. namun tidak lebih dari 85 minit. Media CDR akan diuji dulu dengan simulasi dan saya pastikan setiap kali tamat burn, ujian bacaan semula 'data verification' akan dilakukan bagi memastikan burn adalah sempurna dan kandungan boleh disalin semula di kemudian hari.
Apa pun, saya perhatikan kelajuan burn awak tu maksima ? 52 ? Elakkan burn pada kelajuan tinggi ... Secara peribadi saya hanya burn pada kelajuan 32 kalau kandungan hampir memenuhi ruang CDR. Untuk overburn, gunakan kelajuan serendah boleh. 16 contohnya. Jarang sekali CDR 80minit boleh memuatkan sampai 90minit overburn.
Nero Ultra Edition 7 adalah perisian burn lengkap kegemaran saya. Baca: BURN ! Bukan CIPTA !
Bedah
Temerloh