Bantuan - Carian - Ahli - Kalendar
Full Version: Subdomain Kelab Bina Game
Tanya@Putera > Pengaturcaraan & Pembangunan > Pembangunan Permainan
Shanai
Assalamualaikum,

Saya sememangnya sangat menyokong usaha2 membangunkan game.

Sehubungan itu saya bercadang untuk mewujudkan satu subdomain khas untuk kelab ini dalam putera.com, contohnya "kelabgame.putera.com". Jadi saya perlukan cadangan balas dan pandangan anda semua tentang perkara ini. sama ada sesuai atau tidak, jika sesuai, bincangkan isu-isu yg terlibat, apa yg boleh dimuatkan di subdomain itu dan apa yg perlu kekal dalam putera.com (contohnya forum perlu kekal di sini, dsb..) Saya menginginkan satu kelab yg proper, development team yg tersusun dan ada visi!

so, silakanlah. ini adalah sokongan saya terhadap usaha anda semua.

p/s saya ada buat game congkak 2D, kira-kira 17 tahun lalu... haha.. sampai skrg tak siap sbb malas nak fikir dia punya AI.
slaughters
Apa2 yang admin cadangkan aku sentiasa sokong ! laugh.gif tapi kelabgame.putera.com macam kelakar sket.. maybe ade cadangan lain.. huhu.. takpe la.. janji matlamat dicapai..

ini bermakna PUTERA.COM melangkah maju setapak lagi !

QUOTE(Shanai @ Jan 4 2007, 02:28 PM) [snapback]400152[/snapback]

p/s saya ada buat game congkak 2D, kira-kira 17 tahun lalu... haha.. sampai skrg tak siap sbb malas nak fikir dia punya AI.


ape nie.. laugh.gif rolleyes.gif
zsuperxtreme
Pada pandangan saya subdomain bagi sesuatu forum adalah amat baik bagi tujuan pihak luaran seperti MDEC MSC, dan program TeDD mengetahui bahawa sub forum sperti kelab bina game merupakan sebuah kelab yang benar-benar dilaksanakan di Putera. Selain itu pihak MSC juga telah memberikan peluang kepada kumpulan-kumpulan ini untuk terlibat secara tidak langsung dengan program di MSC. Ini menempatkan Putera di dalam program-program ICT MSC Malaysia dan dengan adanya subforum pihak MSC lebih mempercayai akan abiliti pihak-pihak dibawah subforum.
LanoX
Yup... aku sokong 101% cadangan nie. Senang sikit apa2 aktiviti Kelab Bina Game untuk dikemaskinikan. Diharap lebih ramai lagi yang akan memeriahkan kelab ini sambil bina game dan apa2 sahaja yang berkaitan dengan aktiviti KBG. Aku sokong!
powerabu
fuh....!! aku sokong penubuhan klab game...
Aku rasa buat subdomain rengkas dah ler...senang skit..game.putera.com

forum...biarlah kat dlm site putera jer...pastikan di buat subforum yg byk dan berlainan kategori. cam utk rekaan grafik, coding dan pape lagilah.

buat ruangan download...
artikel...
paparkan hasil kreativiti masing-masing...

dan ruangan open source supaya boleh bertukar-tukar pendapat kerana dapat membaca coding diorang.
zer0Nehza
memang patut ada sub domain bhgn pembangunan game.. kt sana nanti leh separate tutorial, perbincangan ngn ruangan download game.. kt sini dah semua bercampur gaul dah... see ya... nice idea bro shanai!
LanoX
Sub domain name aku rasa pakai macam kelabbinagame.putera.com

Kat situ mungkin bleh letakkan beberapa perkara yang selalunya ada untuk rujukan misalnya.
1. ruangan artikel/latest technology
2. tutorial/tips/tricks/ technic.
3. download/upload game yang dah dihasilkan.
4. berita terkini/ aktivti kelab
5. lain2...

biggrin.gif
Athrun Zala 02
Saya menyokong rancangan kamu semua.
Syfq
kbg.putera.com pon ok gak ..
aku sokong
PinguSpy
gsource.putera.com bleh le jugak hehe

walopon name x berapa berkaitan tp ader unsur2 pro..
nxskynet
Admin,Aku sokong tuh,hahaha.. laugh.gif
LanoX
Aku rasa ada elok buat sub-forum khas untuk Kelab Bina Game.... contoh yang kita boleh lihat seperti AMD Club, Gamer's Club dan sebagainya yang telah diwujudkan sebelum ini. Just my 2 cent opinion je...
PakuPayung

Nak join... tapi cuma jadi pemerhati jer la... nak buat game sendirik x tau.

--saya baru nak belajar--
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2009 Invision Power Services, Inc.