QUOTE(cili82 @ Jan 5 2007, 05:11 PM) [snapback]400666[/snapback]
Salam Sejahtera semua...
Virtual Private Network..??
hmm..ape sebenarnye ye...?
Boleh terangkan lebih mendalam..?
Kalo boleh terangkan dalam bahasa melayu..omputih i kureng ler..
Thanks guys..
Wish all the Best!!
salam..
thread ni rasanya dah ada dalam putera, cuba anda cari.
tapi untuk permulaan, aku bagi skit untuk semangat pada anda.
Virtual Private Network adalah satu network yang melapisi network public.
Keadaan ini perlu apabila site A dan B mahu berhubung contohnya.
Berhubung di sini bermaksud melakukan perkongsian data kepada rangkaian
dalaman masing-masing.anda boleh guna VPN bila bajet ciput, tapi kalau kembung
amik sahaja litar suwa(leased line) atau frame-relay. kalau nak kira banyak juga
produk VPN kat Malaysia yang dijual oleh ISP, cuma aku risaukan harga.
jadi sekarang kita boleh buat hubungan antara site A dan B guna ADSL sebagai contoh.
salah satu site mesti kena ada static ip untuk tujuan ini. banyak jenis VPN boleh digunakan
termasuk
1.IPSec
2.PPTP
3.CIPE
4.OpenVPN
kalau nak tahu lebih lanjut pasal VPN guna CIPE+slackware+ADSL rajin-rajinlah
PM aku.