Bantuan - Carian - Ahli - Kalendar
Full Version: Ram Ddr2
Tanya@Putera > Perkakasan > CPU, Motherboard & Memory
Pages: 1, 2, 3
muh_is
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

nak tanya pendapat korang otai2 sumer.. kenapa ye, saya punya ram kingston 512mb 667mhz dia detect only 333mhz kat cpu-z? pkai 2 batang, jadik dual channel.. aritu ada terjumpa thread yg tentang ni gak.. tp dia tulis untuk INTEL saje.. so, i assume yg amd lain la kot? spec pc cam kat sig.. thank you..
gengstapo
betul la tuh, kalau :-

1. ddr2 533 = 266Mhz x2
2. ddr2 667 = 333Mhz x2
3. ddr2 800 = 400Mhz x2

* ddr = double-data-rate

cool.gif
kai2
gengstapo = BETUL

Mungkin ramai yang dah tau kot..

Utk info pasal RAM divider ni try pakai A64 Clock Calculator especially yang pakai DDR2.

Kalau Intel + DDR2(no OC) = no problem. Letak lah apa2 DDR2 configuration sama ada 533/667/800MHz. Bila pasang RAM akan running pada speed asal iaitu 533/667/800 MHz

Kalau AMD + DDR/DDR2 = akan ada problem RAM tak running pada default speed JIKA PAKAI CPU DENGAN MULTIPLIER BUKAN INTEGER GENAP i.e x9,x11,x13 ...

Contoh :

A64 3500+ S939 @ 2.2GHz (200 x 11) pair dengan DDR 333. RAM running rendah dr 333MHz DDR. Kalau dengan DDR 400, RAM akan running 400MHz DDR.

Software kat atas tu bagus untuk sape2 yang nak beli/upgrade komputer & nak match ngan RAM apa nak pakai.

Hafeezee07
Mmglaa klau kat CPU-Z tuh dier tulis RAM read 333MHz.Tapi 333 tu x2
muh_is
QUOTE
Kalau AMD + DDR/DDR2 = akan ada problem RAM tak running pada default speed JIKA PAKAI CPU DENGAN MULTIPLIER BUKAN INTEGER GENAP i.e x9,x11,x13 ...

so, is it possible kalu pkai cpu yg multiplier dia genap untuk dptkn full speed dia?
Hoodlums
Klo guna AMD X2 if multiplier x genap then kita turunkan multiplier biar jd genap so RAM akan run pada speed asal?
kai2
(muh_is @ Jan 7 2007, 11:23 PM) [snapback]401341[/snapback]

so, is it possible kalu pkai cpu yg multiplier dia genap untuk dptkn full speed dia?

Tak jugak. Disebabkan menda ni hanya kat AMD aje, amik contoh A64 X2 4400+ S939 match ngan DDR 333 (166MHz base)

A64 X2 4400+ = 200MHz*12=2400 MHz

Bila match ngan DDR400, RAM running exactly 200MHz @ 400MHz DDR
Bila match ngan DDR333, RAM running 171+MHz @ 342MHz DDR OC dr 166MHz. RAM memang dlm stressfull even everything running on normal conditions.Kalau RAM yg tak tahan, nanti keluar BSOD atau kong terus.

Even CPU ngan multiplier genap tak menjamin RAM akan running pd full speed unless kalau match ngan RAM DDR400MHz atau DDR2 800MHz

Kenapa ini berlaku..?? Refer kat SINI dan jugak website lain yg bersepah cerita pasal benda ni.
kai2
(Hoodlums @ Jan 8 2007, 04:04 AM) [snapback]401389[/snapback]

Klo guna AMD X2 if multiplier x genap then kita turunkan multiplier biar jd genap so RAM akan run pada speed asal?

Boleh jugak tapi tu dikira under clock semata2 nak puaskan kehendak RAM tapi rugi dr segi speed CPU

Contoh :

A64 X2 4200+ = 200MHz*11 = 2200MHz match ngan DDR2 667MHz

Pakai software yg aku bg tu atau check kat CPU-Z, RAM running pada DDR2 630 MHz aje & tak optimize pd speed sebenar dia

Katalah turunkan multiplier jadi 200MHz*10=2000MHz. CPU still detect A64 X2 4200+. Skang check kat CPU-Z, RAM dah running pad default clock DDR2 667MHz atau 333MHz base clock.

Biasa ramai OC dgn increase HTT/FSB untuk bg RAM running kat speed asal ataupun paksa semua running beyond their normal spec
normeck
alamak...
ape korang cerita ni?/
aku baru je beli AMD x2...
ram tak beli lagi...
kalo aku beli ram DDR2 667Mhz...
ram tu running 667Mhz ker???

kai2
Relaxxx....jangan ribut2..

Itu hanya sebagai info. Tak menjejaskan kesihatan CPU tu pun..Motif utama untuk kasi korang paham kat level mana RAM akan running optimum kalau pair ngan macam2 jenis DDR2 yang ada kat market. Kalau dah paham, tak payah bising2 nanti kalau check kat CPU-Z ke, Sisoft ke, Everest ke dan kata RAM tak running full speed la..kena tipu la..rosak la..

Boleh aku tau ko beli A64 X2 yang mana..?? Kalau X2 3600+ atau X2 3800+, RAM 667MHz akan running pada 667MHz DDR. No issue..!!
normeck
hehehhe...
tima kasih..
aku beli X2 3600++...
cuak gak aku....
tetiba ade plak yg tak running full ni...
watisadifferentbetweenmeu
(gengstapo @ Jan 7 2007, 10:24 AM) [snapback]401085[/snapback]
betul la tuh, kalau :-

1. ddr2 533 = 266Mhz x2
2. ddr2 667 = 333Mhz x2
3. ddr2 800 = 400Mhz x2

* ddr = double-data-rate

cool.gif

tumpang tanya...
so contohnya dual channel ni

ddr2 6400(ddr2 800) = 800Mhz x 2 = 1600Mhz ?

dia akan run sebanyak 1600Mhz
betul tak gitu?
salah tolong betulkan..
sbb satu mainboard yg dual channel kata ram dia lebih kurang mcm ni

Dual channel memory architecture
4 x DIMM, max. 8GB, DDR2-800/667/533, ECC and non-ECC, un-buffered memory

so kalau kita amik 2 ketul ddr2 800mhz maknenye dah lebih jadi 1600Mhz
padahal mobo support sampai 800mhz aje..
macam mana ni bro..
still confuse
lanuncyber
camni la senang...

CPU FSB : RAM

100 MHz : 200 MHz
133 MHz : 266 MHz
166 MHz : 333 MHz
200 MHz : 400 MHz

ni dlm ratio 1 : 1

ade la kiraan pebende ntah, aku x reti, dia multiplykan CPU FSB tu kpd 2. tanya sarge. dia terer bab darab-mendarab nih.

200MHz FSB CPU adlh paling tinggi utk default.

utk fully utilize speed RAM yang makin laju skg ni, mcm 533 MHz, 667 MHz, 800 MHz, 10++ MHz, ratio CPU FSB : RAM ni akan berubah (diubah oleh motherboard secara automatik). jadi, xla lagi ratio 1 : 1. ratio lain la pulak jadinye, utk speed 200 MHz FSB CPU dan sekian2 MHz RAM...

kalau nak guna gak ratio 1 : 1 utk speed RAM lebih 400 MHz, alamat jadi lemang la CPU ko...

dual channel tu pulak, nak senang paham, bukan mendarabkan (menggandakan) speed RAM. tp mendoublekan bandwidth. maka data transfer antara CPU - Chipset - RAM makin tinggi la pasal bandwidth dah dibesarkan. bila speed dah laju, lagi banyak data transfer dlm sesaat, maka jawapannya? lagi laju la PC ko. tu je bendenye...

...
...
watisadifferentbetweenmeu
oooo... paham dah sesikit..
lepaih tu kalau pakai ddr2 800 2ketul.. kelajuan dia ade ke sampai 1600Mhz?
sedangkan mobo tu tulih 800mhz je

dia tulis mcm ni
Dual channel memory architecture
4 x DIMM, max. 8GB, DDR2-800/667/533, ECC and non-ECC, un-buffered memory

sorry la bro byk tanya..
001x0
QUOTE(entahapantah @ Jan 15 2007, 02:01 AM) [snapback]404481[/snapback]
oooo... paham dah sesikit..
lepaih tu kalau pakai ddr2 800 2ketul.. kelajuan dia ade ke sampai 1600Mhz?
sedangkan mobo tu tulih 800mhz je

dia tulis mcm ni
CODE
Dual channel memory architecture
4 x DIMM, max. 8GB, DDR2-800/667/533, ECC and non-ECC, un-buffered memory

sorry la bro byk tanya..

Single Channel -> 64bit data , bahasa mudah 'satu lorong'
Dual Channel -> 128bit data , bahasa mudah 'dua lorong'
* DATA BANDWITH / LORONG

Single Data Rate (SDR) -> Speed Biasa , '1x Laju' <- SDRAM
Double Data Rate (DDR) -> Speed Berganda , '2x lebih laju' <- DDR RAM
* SPEED /KELAJUAN

sebagai contoh
kalau pakai DDR2 800MHz 2xKetul, setiap satunya 1GB dan kalau DualChannel Enable
-> anda dapat total speed 800MHz jugak, total size 2GB, 128bit data bandwith

kalau pakai DDR2 800MHz 2xKetul, setiap satunya 1GB dan kalau DualChannel Disable
-> anda dapat total speed 800MHz jugak, total size 2GB, 64bit data bandwith

* anda tak dapat speed 1600MHz

* Dual Channel -> berkaitan data bandwith

yg selebihnya di bawah ilutrasi (dari DualChannel White Paper)

CPU & Memory BEST MATCH (bukan bermakna configurasi lain tak boleh)

watisadifferentbetweenmeu
tq 001x0
aku dah paham..
selama ni aku ingatkan..
kalau kita pakai drr400mhz && bila tambah 2ketul dia jadi 800mhz daa..
hehe..
peace3pyik
aku nak mencelah jg nie,kurang paham,harap korang boleh tunjuk ajar,
aku dah nie beli ram Kingston dual channel (256 X 2),m/board aku plak ntah support ke x dual channel,rasa2nya x,sebab aku x nmpk pun dia tulis support dual channel,
so sia2 laa aku beli ram dual channel tu?data bandwith aku jadi 64bit ker?
gitu ker?
tunjuk ajar ku sifu....
zer0Nehza
QUOTE(peace3pyik @ May 5 2007, 12:30 AM) [snapback]480140[/snapback]

apa model board ko? mungkin susunan ram tak betul.
ne7za

tak membazir..benda yang sama.. kapasiti yang sama.. dual channel tuh cuma bonus..ko gandakan bandwitdh..
kalau tak, ram ko still 512 jugak..
mungkin sikit pembaziran ialah, ram slot..
peace3pyik
QUOTE(zer0Nehza @ May 5 2007, 12:38 AM) [snapback]480146[/snapback]
apa model board ko? mungkin susunan ram tak betul.

model board aku ialah MSI (Micro Star International) PM8M-V
maksud ngko susunan cmn?aku hanya ada 2 slot utk ram,skrg mmg dah penuh semua slot,
boleh jelaskan...thx
Mobilize15
Saya nak tau apakah yang dimaksudkan dengan perkara di bawah.

DDR2 533MHz PC4200 ;
DDR2 667MHz PC5300 ; dan
DDR2 800MHz PC6400.

Apa yang saya tak tau di sini adalah, apakah yang dimaksudkan dengan PC4200, PC5300 dan PC6400.
Apakah perlu untuk menggunakan Motherboard yang sesuai dengan maksud tersebut. Maksud saya, jika beli motherboard yang support RAM DDR2, adakah ketiga-tiga RAM DDR2 [PC4200, PC5300 dan PC6400] boleh di guna pakai di motherboard tersebut atau sebaliknya.

Harap semua dapat bantu o.k.
Terima kasih.
tolong_saye
kalo mobo tu support sampai 800mhz
so adik2 die yg lagi rendah bole la gune

memito
boleh jer sbb m/b ko sppuort ddr2..semua yg ko sebut tu leh msk n jalan smile.gif
nimble
kalau nak paling best, pakai ikut kelajuan yang mobo tu support, bagi dapat full performance...
tapi kalau nak pakai yang 800mhz kat 533mhz pon bole...tapi memory tu run at 533mhz speed la.. smile.gif
Phoenixwunin
Tumpang thread.. aku interested dengan 533MHz, 667MHz ngan 800MHz nih.

Since aku nak upgrade ke 2GB DDR2 using Gigabyte GA-965P-DS3.. aku keliru wajarkah aku amik 800MHz??
memito
pinix...wajarlah anda ambil 800mhz tu....laju lg dr 667mhz..tp ak rasa 677mhz pun dh ok lajunya bg aku....
muhian
QUOTE(Mobilize15 @ May 29 2007, 04:37 PM) [snapback]493990[/snapback]
Saya nak tau apakah yang dimaksudkan dengan perkara di bawah.

DDR2 533MHz PC4200 ;
DDR2 667MHz PC5300 ; dan
DDR2 800MHz PC6400.

Apa yang saya tak tau di sini adalah, apakah yang dimaksudkan dengan PC4200, PC5300 dan PC6400.
Apakah perlu untuk menggunakan Motherboard yang sesuai dengan maksud tersebut. Maksud saya, jika beli motherboard yang support RAM DDR2, adakah ketiga-tiga RAM DDR2 [PC4200, PC5300 dan PC6400] boleh di guna pakai di motherboard tersebut atau sebaliknya.

Harap semua dapat bantu o.k.
Terima kasih.

maksud pc4200 dan lain tu adalah bandwith bagi speed ram tu.kalo ram ddr2 533mhz bandwithnye 4200.kalo didual channelkan jadi 4200x2=8400mbps.maka speed akan meningkat.
memito
disni aku nak tanya soalan mungkin agak x reti...mcmna kita nak baca BANDWIDTH....aku x reti sbut la..tolong ye
Mobilize15
QUOTE(muhian @ May 30 2007, 09:23 AM) [snapback]494387[/snapback]
maksud pc4200 dan lain tu adalah bandwith bagi speed ram tu.kalo ram ddr2 533mhz bandwithnye 4200.kalo didual channelkan jadi 4200x2=8400mbps.maka speed akan meningkat.

O. Macam tu. Semua DDR2 ni dia akan auto jadi dual channel atau kite kene set die jadi dual channel. Macam maner tu, Auto by MOBO atau kene Setup sendiri... Plzzz. Aku betul-betul tak tau pasal nie.

QUOTE(muhian @ May 30 2007, 09:23 AM) [snapback]494387[/snapback]
maksud pc4200 dan lain tu adalah bandwith bagi speed ram tu.kalo ram ddr2 533mhz bandwithnye 4200.kalo didual channelkan jadi 4200x2=8400mbps.maka speed akan meningkat.

Awak boleh tak bagitau aku ape semua fungsi bende ni.

533MHz ape tu. Ape fungsi nye. Jika itu adalah kelajuan sesebuah RAM tu, apa pulak fungsi 512 or 1GB. Maksud saye cam ni.

DDR2 800MHz PC6400 1GB.

DDR2 = ?
800MHz = ? [Ape fungsinye, untuk laju jugak ke ?]
PC6100 = Awak kate Bandwith, so aku faham lah sedikit, tp kalau awak nak terangkan sekali lagi, o.k. jugak. Fungsinye untuk laju jugak ke ?
1GB = ?

Dan apa kaitan semua bende tu antara satu sama lain?

Camner tu, boleh tolong tak ?
muhian
QUOTE(hans @ May 30 2007, 10:43 AM) [snapback]494436[/snapback]
disni aku nak tanya soalan mungkin agak x reti...mcmna kita nak baca BANDWIDTH....aku x reti sbut la..tolong ye

mcm ni BAND-WIDTH..cuba la sebut.
alvarez_
banyak tol persoalan ko nie...

QUOTE
apakah yang dimaksudkan dengan PC4200, PC5300 dan PC6400

ni ialah maksimum bandwidth puncak bagi setiap modul ram DDR tu... sbg contohnye ram yg laju nye 266Mhz atau DDR553 nye bandwidth dikira spt berikut:

*266Mhz X 2 dulu sbb ia adalah ram DDR (double data rate)...

532Mhz X 8Bytes = 4256MB/s

maka secara teorinye... ram DDR553 nye bandwitdh leh cecah 4256MB/s... lebih kurang nye 4200MB/s so dpt la jolokan PC4200... so utk PC5300 & PC6400... kira la ikut format cam tadi...

ni hanyalah bandwidth puncak... secara realistiknye lg rendah...

satu lg... secara teorinye jugak... kalo buh 2 atau 4 keping ram dijalankan secara dual chanel... maka bandwith tu jadi 2 kali ganda... tapi slalunya xkan dpt la kenaikan sampai 100% krn bandwith bagi dual chanel ni banyak dipengaruhi oleh teknologi modebod dan jenis memory controler yg ada pada modebod tu...

QUOTE
Semua DDR2 ni dia akan auto jadi dual channel atau kite kene set die jadi dual channel.

secara asal nye mmg la auto tapi ko kene ikut syarat2 nk wat dual chanel ni...iaitu mobo ko sapot dual chanel & ko ade 2 atau 4 keping ram yg sama speed & saiz... kalo x same speed pn bleh cuma nanti yg laju tu akan jd slow sbb nak kene ikut ram yg slow tu... & kene pastikan ram ni dibubuh pada chanel slot yg betul... biasa nya mobo kan ade 4 ram slot kan... aku amek contoh slot2 tu sbg AB & CD..

biasanya ko kene buh ram tu pada slot A & C atau B & D utk enablekan dual chanel mode... kalo ko buh kat A & B... maka system ko akan run single chanel... kalo ko buh semua 4 slot ram tu... konpem jadi dual chanel...papepn... ko baca la manual mobo ko tu sendiri... kenkadang ade gk yg bleh buh kat B & C utk run dual chanel mode...

QUOTE
533MHz ape tu. Ape fungsi nye.

553Mhz tu ialah kelajuan data transfer secara ulang alik antara proc & ram...

QUOTE
Jika itu adalah kelajuan sesebuah RAM tu, apa pulak fungsi 512 or 1GB.

512 or 1GB ialah kuantiti ram... funsinya... lagi banyak ram ko... maka lagi banyak aplikasi ko bleh bukak senrentak... contohnyer... masa ko surfin2 pakai internet browser... ko denga lagu... pada masa tu ko bukak YM... pastu ade wat keje autocad & photoshop... so utk memboleh kan ko run semua aplikasi ni serentak tanpa system ko berat... banyak kuantiti ram yg diperlukan.... kalo ram ko x cukup... ko akan rasa setiap kali bukak aplikasi baru sistem ko akan jadi teramat slow atau x responsif... silap2 leh hang sekejap atau terus hang...

QUOTE
DDR2 800MHz PC6400 1GB.

DDR2 - ialah jenis ram yg baru & mempunya kaki pin yg x sama dgn DDR... DDR2 nye speed pn lagi tinggi banding DDR... tapi semakin laju ram nie... timing nye juga makin longgar utk balancekan dgn speed yg makin laju...

timing yg ketat bermakna lebih tinggi bandwitdh nyer & sebaliknyer...biasanya ram2 ni dijual sbg ram hi performance & lebih mahal dari ram2 biasa...

ko x perlu la risau psal timin ni kalo ko bukan overclockers... pakai ram biasa atau value jek plg berbaloi...

800Mhz - speed antara proc & ram... cam yg aku jawab kat atas tadi...

PC6400 - bandwitdh maksimum iaitu 6400MB/s

1GB - kuantiti ram...

kalo x paham leh tanyer... tapi sblm bertanya... elok la ko google dlu kat tenet carik jawapan supaya at least nampak gambaran ape yg ko nak tanye tu.... website wikipedia pn bagus kalo ko nk wat rujukan... cool.gif

muhian
QUOTE(Mobilize15 @ May 30 2007, 12:05 PM) [snapback]494467[/snapback]
533MHz ape tu. Ape fungsi nye. Jika itu adalah kelajuan sesebuah RAM tu, apa pulak fungsi 512 or 1GB. Maksud saye cam ni.

DDR2 800MHz PC6400 1GB.

DDR2 = ?
800MHz = ? [Ape fungsinye, untuk laju jugak ke ?]
PC6100 = Awak kate Bandwith, so aku faham lah sedikit, tp kalau awak nak terangkan sekali lagi, o.k. jugak. Fungsinye untuk laju jugak ke ?
1GB = ?

Dan apa kaitan semua bende tu antara satu sama lain?

DDR2 =DDR2 adalah type chip sebuah ram
800MHz = bermaksud speed sebuah ram.lagi tggi lagi bagus...ddr2 ada 3 type speed buat masa skang 533mhz,667mhz,800mhz.
PC6100 =bab bandwidth ni aku x tau sgt sikit bole la..nak tau lebih GOOGLE LA.
1GB =mb,gb adalah kapasiti sebuah ram.lggi tggi lagi bagus..fungsi utk menyimpan data sementara sehingga pc dimatikan.

nak tau lebih lanjut tentang ram sila la GOOGLE.aku bole tolong sikit2 je.

HexPhoenix
QUOTE(muhian @ May 30 2007, 09:41 PM) [snapback]494816[/snapback]
DDR2 =DDR2 adalah type chip sebuah ram
800MHz = bermaksud speed sebuah ram.lagi tggi lagi bagus...ddr2 ada 3 type speed buat masa skang 533mhz,667mhz,800mhz.
PC6100 =bab bandwidth ni aku x tau sgt sikit bole la..nak tau lebih GOOGLE LA.
1GB =mb,gb adalah kapasiti sebuah ram.lggi tggi lagi bagus..fungsi utk menyimpan data sementara sehingga pc dimatikan.

nak tau lebih lanjut tentang ram sila la GOOGLE.aku bole tolong sikit2 je.

DDR2 = type ram plg common skang nih. first generation yg aku kenal : EDO, SDR, DDR, DDR2, DDR3, DDR4.
800mhz = speed ntuk data transfer dari hdd ke ram ke mobo dsb. ader 4 dah skang, 533,667, 800, 1040(klo x silap aku le, baru je release)
PC6100= org kat atas dah terangkan
1GB = braper byk data leh RAM tu load. sume data dr hard disk yg nak diproses oleh proc, gc aper sume mesti lalu RAM dulu.

cube ko usha wikipedia. mesti lg byk info.
Phoenixwunin
kengkawan, apa kita panggil mende yg bold tuh: DDR2 800MHz PC6400

Istilah dia... latency ke hapa ke.. senang aku nak tanya pada kedai kelak... smile.gif
sopi
speed?
T_T

aku pun nak tumpang thread..
ade ram yg jenis mcm ni
DDR2 667MHz SDRAM Memory
yg SDRAM tu ape ?
alvarez_
QUOTE(Phoenixwunin @ May 31 2007, 04:44 PM) [snapback]495386[/snapback]
kengkawan, apa kita panggil mende yg bold tuh: DDR2 800MHz PC6400
Istilah dia... latency ke hapa ke.. senang aku nak tanya pada kedai kelak... smile.gif

tu speed dlm bentuk DDR atau dgn kata lainnyer speed asal X 2... so kalo ko cakap nk speed 800Mhz... patutnye tokey kedai tu da tau la...

latency tu ialah timing bg sesuatu ram... contohnyer... 2-2-2-11 ke 4-4-4-11 ke camtu la.... kalo angka2 no ni besar... dikira loose timing... kalo kecik... tight timing... kalo tigh timin... bandwith nye lebih sket... tapi x penting jika ko hanya menggunakan pc secara biasa...

sopi@

ko abaikan je perkataan SDRAM tu... sbbnyer DDR pn dirujuk sbg DDR SDRAM... so kalo DDR2 667MHz SDRAM Memor tu maknanya ram jenis DDR2 & speed nye ialah 667Mhz...
HexPhoenix
QUOTE(sopi @ May 31 2007, 04:53 PM) [snapback]495390[/snapback]
speed?
T_T

aku pun nak tumpang thread..
ade ram yg jenis mcm ni
DDR2 667MHz SDRAM Memory
yg SDRAM tu ape ?

sepatutnyer DDR2 SDRAM 667MHz memory

DDR2 SDRAM singkatan kepada:

double-data-rate two synchronous dynamic random access memory

credits to wikipedia.org
KeH
nak tumpang skit la, sape leh detail kn skit beza single side n double side?

yg aku paham;
- single side murah skit
- kalo yg double side cpu kne command 2 kali utk ram tu
- single lagi better banding ngan double sided
betol ke ni? smile.gif

alvarez_
QUOTE(KeH @ Jun 10 2007, 06:57 PM) [snapback]502561[/snapback]
nak tumpang skit la, sape leh detail kn skit beza single side n double side?

yg aku paham;
- single side murah skit
- kalo yg double side cpu kne command 2 kali utk ram tu
- single lagi better banding ngan double sided
betol ke ni? smile.gif

beza die...

amek contoh...

ram 512mb ddr400... ade 16 chips... 8 chip sebelah... so ni ialah double side chip...

ram 256mb ddr400...ade 8 chips... ade yg 8 chip sebaris(sebelah die xde chip)... & ada gak yg 4 chip sebelah... bg 4 chip sebelah nie... walaupn pada fizikal nye double side tp still dikira sbg single side...

psa command 1T atau 2T... pada zaman mobo nforce2 (amd)... pada speed standed... smua ram bleh pakai 1T... tapi bila di oc kan... let say sampai 250mhz... ram 256mb... ok jer sampai 260-270mhz (bg ram yg pawer la)... manakala ram 512 akan sangkut dlm 250mhz... tapi bila seting ram 512mb ni pakai seting 2T... ram ni pn terus melepasi 250mhz & sampai 270mhz(bg ram power)...

sememangnyer 1T yg bagus performance die banding ngan 2T...

psal single atau double side yg bagus... pada zaman skang... bende nie da xde makna... sbbnyer... start AMD64... ram2 yg dual side ataupn senang citer ram 512mb ke atas... da bleh di oc tingi2...

& kalo ko pengguna pc biasa... x perlu pn kisah...
gengstapo
QUOTE(hans @ May 30 2007, 09:08 AM) [snapback]494375[/snapback]
pinix...wajarlah anda ambil 800mhz tu....laju lg dr 667mhz..tp ak rasa 677mhz pun dh ok lajunya bg aku....

sapor ngaj0r nieh ahhh?? by default, processor skang cuma run 266mhz jerr(533Mhz)

kegunaan 667mhz/ 800mhz tu klau ko nak set RAM ko run pkai divider yg mana klau divider nieh di activate, bandwitdh RAM ko akan semakin tinggi compared setup default atau dgn erti kata lain overclock

huhuu..
mds
pohon maaf sekiranye berlaku kesalahan..

aku tak sure ar..nak tumpang or wat topik baru..memandang kan dah crite pasal ram..
aku tgk..cam dah terjawab soklan topik stater..

leh tak aku nak tanye..
camne plak klu ram nye voltage..

contohnye..(betulkan klu aku salah)
cam value ram 1.8v..cam high performance 2.2v..
adakah boleh masuk je ke dalam mobo..
or kene check mobo support or tak voltage tuh?
camne nak tau mobo support ke tak?
sbb usha manual guide mobo takde tulis..risau plak nak maen cocok je..
Encik_Trojan_Horses
QUOTE(mds @ Jun 14 2007, 10:14 AM) [snapback]505417[/snapback]
pohon maaf sekiranye berlaku kesalahan..

cam value ram 1.8v..cam high performance 2.2v..

-dimaafkan ...hehehe...

-ko cucuk je tanpa was-was/ragu-ragu... semua mobo ade mode auto-volt-setting... kalo nak puas hati, masuk bios, cari ram setting, ade option 'auto'....

-tq.
mds
QUOTE(wbr_4044 @ Jun 14 2007, 12:08 PM) [snapback]505512[/snapback]
-dimaafkan ...hehehe...

-ko cucuk je tanpa was-was/ragu-ragu... semua mobo ade mode auto-volt-setting... kalo nak puas hati, masuk bios, cari ram setting, ade option 'auto'....

-tq.

ok bro..tq
Heavensun
aku pun nak tumpang tanya....akunye mobo jenis intel...pesal bila aku cucuk ram 2.6V aku bau hangit.pastu plak terus tak idup mobo tuh.kalau sepatutnya 2.5V je yang boleh...bila masuk 2.6V je terus tak idup mobo tuh....Ram jenis DDR....sesiapa boleh tolong????
sarge
Topik dah diPINkan atas permintaan..Tapi pastikan thread ni bersih dari "sampah"
mds
QUOTE(kolap 2 @ Jun 16 2007, 11:22 AM) [snapback]507134[/snapback]
aku pun nak tumpang tanya....akunye mobo jenis intel...pesal bila aku cucuk ram 2.6V aku bau hangit.pastu plak terus tak idup mobo tuh.kalau sepatutnya 2.5V je yang boleh...bila masuk 2.6V je terus tak idup mobo tuh....Ram jenis DDR....sesiapa boleh tolong????

hah..masalah nih..aku pon pernah gak hadapi..tapi wat tatau je..sbb membe aku nye pc..
ke memang takleh buh yg 2.6v..or, macam wbr_4044 kata..check kat bios, mana tau set dah ter set specific voltage,letak auto..
tapi klu dah hangit tu..len macam je.

ni aku nak tanye plak..
aku skg pakai value ram kingstopn 512x2 667mhz..
pastu..aku nak pakai skali ngan highperformance ram 1gbx2 667mhz..bleh ke?
persoalan nye, voltage laen-laen..boleh erk?sori r soklan ntah hape2..
mobo aku m2n-e je..
tapi tak oc ar bile pakai skali ngan value ram tuh..
sarge
QUOTE(mds @ Jun 19 2007, 09:59 AM) [snapback]508966[/snapback]
hah..masalah nih..aku pon pernah gak hadapi..tapi wat tatau je..sbb membe aku nye pc..
ke memang takleh buh yg 2.6v..or, macam wbr_4044 kata..check kat bios, mana tau set dah ter set specific voltage,letak auto..
tapi klu dah hangit tu..len macam je.

ni aku nak tanye plak..
aku skg pakai value ram kingstopn 512x2 667mhz..
pastu..aku nak pakai skali ngan highperformance ram 1gbx2 667mhz..bleh ke?
persoalan nye, voltage laen-laen..boleh erk?sori r soklan ntah hape2..
mobo aku m2n-e je..
tapi tak oc ar bile pakai skali ngan value ram tuh..

buleh..ok jer.cume tak best la sbb mungkin value ram tu buleh limitkan keupayaan HP ram cam oc speed dan timing.So jual jer la yg KVR tu dan pasang 2 x 1gb HP

eg: KVR tu boleh oc sampai 800MHz dgn timing 5-5-5-18 @ 2T.tapi HP tu mungkin boleh oc sampai 1GHz dgn timing yg sama.So disebabkan limit oleh KVR tu.Ko cume buleh run ram @ 800MHz shj
mds
QUOTE(sarge @ Jun 19 2007, 10:18 PM) [snapback]509538[/snapback]
buleh..ok jer.cume tak best la sbb mungkin value ram tu buleh limitkan keupayaan HP ram cam oc speed dan timing.So jual jer la yg KVR tu dan pasang 2 x 1gb HP

eg: KVR tu boleh oc sampai 800MHz dgn timing 5-5-5-18 @ 2T.tapi HP tu mungkin boleh oc sampai 1GHz dgn timing yg sama.So disebabkan limit oleh KVR tu.Ko cume buleh run ram @ 800MHz shj

k bro..tq..sesape ade link nak blaja oc ark?aku pernah jumpa kat dalam putera nih..masa tuh tak teringin lagik nak oc..
bile carik2..tak plak jumpa..ni baru nak blaja nih..ke ko bleh ajar kan..kene ade luck gak erk utk oc(sori lari tajuk)

ram..ram..ram
sarge
QUOTE(mds @ Jun 20 2007, 09:03 AM) [snapback]509711[/snapback]
k bro..tq..sesape ade link nak blaja oc ark?aku pernah jumpa kat dalam putera nih..masa tuh tak teringin lagik nak oc..
bile carik2..tak plak jumpa..ni baru nak blaja nih..ke ko bleh ajar kan..kene ade luck gak erk utk oc(sori lari tajuk)

ram..ram..ram

ko post kat sini yerk http://www.putera.com/tanya/index.php?show...0&start=650

jgn lupe post Full spec yg ko pakai skang
sHawTY
Naktau chipset apa yang diguna pada ram DDR2 anda?
Lihat di sini:
http://ramlist.infinityx.nl/ddr2/

Naktau chipset apa yang diguna pada ram DDR1 anda?
Lihat di sini:
http://ramlist.infinityx.nl/ddr/

Information Tentang Micron DDR2 Punya Chipsets.
Lihat di sini:
http://ramlist.infinityx.nl/micron/

Kepelbagaian DDR2 Punya Chipset.
Lihat di sini:
http://ramlist.infinityx.nl/ic/

Keterangan Lanjut Tentang Corsair DDR2.
Lihat di sini:
http://ramlist.infinityx.nl/corsair/
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2009 Invision Power Services, Inc.