Bantuan - Carian - Ahli - Kalendar
Full Version: Idea Pembangunan Game
Tanya@Putera > Pengaturcaraan & Pembangunan > Pembangunan Permainan
Pages: 1, 2
zsuperxtreme
IDEA GAME

Kita ketahui bahawa terdapat bermacam-macam jenis game yang boleh dibuat tetapi idea game itu sendiri adalah amat sukar untuk mencapai kehendak pemain game. Jadi disini marilah kita sama-sama memberikan idea game yang patut dibina.

Idea itu boleh merangkumi sub-sub dibawah

1. Tajuk
2. Genre
3. Storyline
4. Gameplay


Jika idea yang diberikan adalah sangat menarik, berkemungkinan idea itu akan menjadi salah satu aktiviti kelab dan akan dibina kepada FULL GAME.
LanoX
IDEA 1

Tajuk: Puteri Gunung Ledang, The Game.

Genre: Role Playing Game

Storyline: Berdasarkan watak PGL yang melalui pengembaraan sebelum sampai ke Gunung Ledang. Bermula dengan klip video asal PGL (dengan kebenaran). Pengembaraan terdiri daripada beberapa lokasi yang mencabar dan menyelesaikan beberapa misteri seperti:

1- Istana di Kepulauan Jawa........... (Pengawal Diraja, Dukun Jahat, Penyeludup)
2- Atas Kapal bertembung Lanun..... (Lanun, Armada Laut Melaka)
3- Atas kapal lawan Raksasa laut..... (Raksasa Laut, Ikan Duyung, Todak, Sotong Raksasa)
4- Tepi pantai Tanah Melayu............ (Hantu Laut, Penunggu Pantai, Penyamun etc.)
5- Dalam hutan tebal....................... (Orang Bunian, Jembalang2, Harimau Jadian, Big foot)
6- Gunung Ledang........................... (Nenek Kebayan, Merak Kayangan)

Gameplay: Gunakan kawalan mouse untuk gerakkan watak utama. Watak utama memiliki kuasa magic yang boleh diupgrade selepas melalui pengalaman dan menjumpai ubat2an, batu2 hikmat etc. Game ini berbentuk mission iaitu akan ke level berikutnya selepas berjaya menyelesaikan misteri atau menyelesaikan tahap yang ada.

rolleyes.gif
zsuperxtreme
Nice idea bro LanoG, Kira dalam game nie pakai heroin la ek... yang upgrade ikut pengalaman mcm Diablo ek?
LanoX
QUOTE(zsuperxtreme @ Jan 9 2007, 11:51 AM) [snapback]401986[/snapback]

Nice idea bro LanoG, Kira dalam game nie pakai heroin la ek... yang upgrade ikut pengalaman mcm Diablo ek?


Hehehe... heroin. Aha macam diablo le tu. Pastu bleh selitkan gak le watak sampingan Hang Tuah bantu dia lawan... Tu je idea aku buat masa terluang nie. Nanti le kalo ada idea lagi, aku masukkan plak. Lain2 member takde idea lagi ke? laugh.gif
LanoX
Sebelum aku lupa idea nie, baik aku tulis kat sini.

IDEA: Apa kata buat game berasaskan watak hero popular sekarang nie iaitu CICAK-MAN... sure budak2 seluruh Malaysia nie minat nak main.. hehehe. Walaupun aku belum tengok movie nie, tapi dengar khabar memang best... amacam.
zsuperxtreme
Menarik gak, tapi masalahnye kena minta kebenaran dulu. kalau tak, tak pasal-pasal dorang mintak ganti rugi juta-juta. aku duit pun ada pasir je... hehehe....
LanoX
Hehehe... yup! Kena mintak kebenaran dulu. Tapi aku rasa diorang lagi suka sebab ini gak sebagai satu marketing untuk diorang.. ingat yang sasaran diorang ialah budak2. Kira macam Win-Win Situation lah, semua pihak akan mendapat manfaat.. hehehe. Korang perasan tak setiap movie hollywood yang ada hero power dijadikan game...
zsuperxtreme
Aku pun perasan gak tapi kalau lah aku dah ada company game, mesti aku offer kat KRU nak buat game cicak kobeng tu... hehehe... ke ko je nak buat lanog? kang dia mintak 1 juta, mau nganga... kekeke
LanoX
Hehehe... kalo dia mintak RM1 juta, baik tak payah je... Baik buat watak superhero sendiri, macam Nyamuk-man ke, Katak-man ke, Penyu-man ke..... hehehe.

Aku kalo takat game teka-teki 'Cicak Kobeng' boleh le buat. Yang action-pack tu, ko je le yang buat.. hehehe.
b1naryc0de
Dengan KRU tu boleh deal punye.. yang penting ada company dulu dan ada prototaip + proposal yang lengkap.. Bab untung boleh share dengan KRU memandangkan kita sendiri tak tau sambutan macamana..

Best tul lah kepala ko LanoG.. Buat games berdasarkan movie dalam Malaysia.. Marketing pon tak susah..

Tapi memandangkan banyak lanun kat Malaysia ni aku rasa lebih selamat buat online games.. Kalo algoritma anti lanun yang ZX buat tue boleh kekang aktiviti lanun rasanya tak jadi masalah buat dalam bentuk offline..

Macam Puteri Gunung Ledang tu boleh buat dalam bentuk online games.. Contoh ragnarok, pedang setiawan online semua asal dari cerita..
zsuperxtreme
Erm, tula, yang penting kita kena fight reverse engineering. Reverse engineering nie byk keburukan dari kebaikan. So better kita design buat code yang dapat halang orang-orang mcm nie dari view code kita untuk tujuan lanun.
gulhalim
(LanoG @ Jan 11 2007, 05:16 PM) [snapback]403217[/snapback]
Hehehe... kalo dia mintak RM1 juta, baik tak payah je... Baik buat watak superhero sendiri, macam Nyamuk-man ke, Katak-man ke, Penyu-man ke..... hehehe.

Aku kalo takat game teka-teki 'Cicak Kobeng' boleh le buat. Yang action-pack tu, ko je le yang buat.. hehehe.



hahahahha terguling2 aku baca post atas ni.Nyamuk-Man,katak-man dan penyu-man,kalau fikir2 balik idea cicak-man juga cam tu.Tapi kalau korang yakin atas Idea korang tu teruskan.Aku pun ada idea tapi aku rasa idea aku ni high-end sangat.
LanoX
.Jangan bimbang nak bagi IDEA, gulhalim..... semuanya adalah....

zsuperxtreme
Pergh lanog, logo tu mcm ala-ala sticker tampal kat pc. hehehe... selagi korang ada idea just bagi je, mana tau satu hari nanti dari idea tu akan jadi kenyataan. Mcm KRU pun start dengan idea akhirnya terhasil lakonan apek sebagai cicak kobeng. Jadi kitapun kena jadi mcm KRU. kita KBG, haaaa huruf K dah sama, cuma RU != BG, hehehe. Kira ada persamaan tuh.
gulhalim
LanoG aku tengok perkataan KBG teringat aku kat KGB.
Anyway ini idea aku yg tak seberapa ni

---------------------------------------------------------------------------

Idea Game

Tajuk : ?????? (Tak tahu nak bagi tajuk apa)

Genre : Action Fighting

Storyline :

Stage 1 : Rakan Hero diculik oleh orang dunia lain,hero cuba melawan utk medapatkan kawannya semula tetapi tidak mampu dan beliau nyaris2 mati.

Stage 2: Beliau diselamatkan oleh orang yg dulu tinggal di dunia lain itu(orang A).Orang A,memberikan latihan kpd hero supaya menjadi lbh kuat dan pergi ke dunia lain,utk menyelamatkan kawannya.

Stage 3 : Latihan telah selesai,hero disetai rakan2 yang lain utk bersama2 menyelamatkan rakan mereka.Laluan utk ke dunia lain dibuka,dalam laluan itu mereka terpaksa berlawan dengan raksaksa dan macam2 hantu.

Stage 4 : Di dunia lain terdapat 2 jenis tempat satu tempat orang biasa tinggal(kws A) dan satu lagi orang yg memiliki kebolehan luar biasa(Kws cool.gif .Utk masuk ke kawasan B,watak utama harus mengalahkan penjaga pintu utama.

Stage 5 : Semasa menuju ke kawasan rakan hero dikurung beliau akan mendapat tentangan daripada orang2 yg mempunyai kebolehan yg sama macam beliau tetapi levelnya berbeza dan beliau akan berlawan dng 2 dari 7 vice-president dan 1 dari 7 captain.(Di dunai lain kawasan B terdapat 7 kumpulan yang berkerjasama utk mentadbir dunia lain itu)

Stage 6:Selepas berlawan dng Captain beliau cedera teruk dan dibawa ke suatu tempat persembunyian,disitu beliau berlatih dlm 3 hari utk mendapatkan kuasa Release Stage 2.

Stage 7 : Beliau berlawan dng Captain yang terkenal di dunia lain itu dan berjaya mengalahkannya.

Stage 8,9,10 dan ......
Bersambung dalam game versi 2................


GamePlay:

Watak utama berlawan Menggunakan Pedang,orang2 di dunia lain menggunakan pedang juga tetapi memiliki keistimewaan masing2.Kuasa yg ada pada watak utama adalah sama dng orang dunia lain.Kuasa biasa ialah bergerak laju(Flash Step),melompat tinggi,jalan atas dinding,berlawan menggunakan pedang dan lain2.Utk pergerakkan depan,belakang,kiri dan kanan menggunakan keyboard.Utk melihat kedepan,belakang,kiri,kanan,atas dan bawah boleh menggunakan mouse.

------------------------------------------------------------

Idea ini berasaskan anime,korang mesti tau ni.
LanoX
Anime Fullmetal Alchemist.... betul tak... hehehehe.
gulhalim
ala nak dekat2 dng FMA kat tv3.cuma hari Ahad
LanoX
Entah .. aku dah lama tak tengok tv.
Athrun Zala 02
Oleh kerana saya minat sangat dengan game bercirikan RTS seperti Generals Zero Hour,An Act Of War High Treason,Joint Task Force dan World In Conflict,saya ingin menyampaikan idea saya ini.

1. Tajuk:World In Conflict World War Four

2. Genre:Real-Time Strategy(RTS)

3. Storyline:-

Jalan ceritanya seperti World in Conflict sedikit.Dalam World in Conflict Amerika berperang dgn Kesatuan Soviet/Russia.Manakala dalam game yang saya bercita-cita nak buat ni saya ingin membuat negara anggota-anggota Pertubuhan Islam Sedunia(OIC) berperang dgn Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya.OIC diketuai oleh Malaysia dan Pasukan Tentera Bersekutu diketuai oleh Amerika.Di dalam game ini kedua-dua pihak dilengkapi dengan pasukan tentera darat,laut dan udara.Konflik ini bermula apabila Amerika dan sekutu-sekutunya menyerang negara-negara Islam seperti Malaysia,Indonesia,Syria,Iran,Iraq dan lain2 negara Islam.Negara2 Islam tersebut berusaha mempertahankan negara dari pencerobohan Amerika dan sekutu-sekutunya dan negara2 Islam bersatu menghadapi pencerobohan tersebut.

Misi/Kempen untuk pasukan tentera OIC:-

Misi Pertama:-
Malaysia telah diserang oleh Amerika Syarikat dan sekutunya,Singapura di Johor.Pasukan pengebom tentera udara Amerika Syarikat dan Singapura telah berjaya dipintas dan ditembak jatuh oleh pesawat TUDM Mig-29,F-18 Hornet dan Su-30MKM.Misi kita kali ini ialah mematahkan serangan udara dan laut tentera bersekutu di Singapura dengan memusnahkan pasukan tentera bersekutu di Singapura.Kita menyerang mereka dengan pasukan tentera darat,laut dan udara.Kita mempunyai beberapa buah kapal perang pemusnah pelancar peluru berpandu,kapal perang kruiser pelancar peluru berpandu dan sebuah kapal perang pengangkut pesawat penyerang/pengebom.

Misi Kedua:-
Filipina telah menyerang Sabah dan Kalimantan,Indonesia dengan cuba mendarat di pantai Sabah dan Kalimantan.Mereka telah berjaya mendarat di Sabah dan Kalimantan dan membina pangkalan di sana.Pasukan tentera Malaysia dengan bantuan tentera Republik Indonesia berusaha utk menawan kembali kawasan yang diduduki dan memusnahkan pangkalan tentera Filipina.

Misi Ketiga:-
Amerika Syarikat dan sekutunya telah menyerang Pulau Pinang dan berjaya menduduki Pulau Pinang.Kita diarahkan mengambil kembali Pulau Pinang dari tentera bersekutu.Pangkalan kita berada di Seberang Perai dan jambatan Pulau Pinang telah di letupkan oleh tentera bersekutu.Kita ke sana dengan menggunakan lancang pendarat dan kapal pendarat tentera.

Misi Keempat:-
Brunei telah diserang dan berjaya ditawan sepenuhnya.Saki-baki tentera Brunei telah berjaya melarikan diri ke wilayah Malaysia dan meminta bantuan tentera Malaysia dan Republik Indonesia.Pasukan tentera Malaysia,Brunei dan Republik Indonesia bergabung tenaga bagi mengambil balik negara Brunei.

Misi Kelima:-
Pasukan tentera bersekutu telah berundur dari Asia Tenggara.Mereka menyerang negara2 Islam di Asia Barat dan Afrika.Pasukan tentera OIC dari Asia Tenggara diketuai oleh Malaysia menghantar bantuan ketenteraan ke sana.Misi pertama di Asia Barat ialah meghalang Amerika Syarikat dan sekutunya dari menyerang dan menakluk negara2 Islam di Asia Barat.Negara pertama yang diserang ialah Afghanistan dan seterusnya.

Misi Kedua belas:-
Kali ini di negara Islam Afrika,iaitu Somalia.Pasukan tentera OIC dari Asia Tenggara dan Asia Barat berusaha membebaskan negara Somalia dari cengkaman Amerika Syarikat.Pasukan tentera OIC mendarat di pantai negara Somalia dan membina pangkalan di sana.Pasukann tentera OIC berusaha membersihkan kawaasan tersebut dari pasukan tentera bersekutu.

Misi Ketiga belas:-
Lokasinya di pasar Basra,Somalia.Misi ini ialah ala2 Black Hawk Down.Pasukan tentera OIC dengan bantuan pasukan militan Islam Somalia berusaha menghalau pasukan tentera bersekutu dari Somalia.Pasukan tentera OIC pergi ke pasar Basra dengan menaiki helikopter pengangkut diiringi helikopter tempur dan kenderaan perisai ke pasar Basra dan mendarat di sana ala2 Black Hawk Down.Pasukan tentera bersekutu berundur dari kawasan pasar Basra selepas pertempuran sengit dengan pasukan tentera OIC dan militan Islam Somalia.

Misi Keempat belas:-
Buat misi lain lah.Sesiapa boleh tolong sambung cerita utk misi ini pulak.

4. Gameplay

Sama seperti kita bermain game RTS Generals Zero Hour,An Act Of War High Treason,Joint Task Force dan World In Conflict.
LanoX
Hulamak... RTS ke. Aku pun peminat RTS game gak... nie kira perang2 melibatkan Malaysia lah ekk.. good idea.
zsuperxtreme
Good idea, aku ingat ramai nak buat game mcm nie, tapi bila sampai kat publisher (most of them from US), terus kena ban. Hehehe.
LanoX
Kena ban sebab US jadi pihak jahat plak.... Kalo jadi pihak baik, ada % gak nak diterima tu... hehehe. Apa2 pun, nak buat game bercorak RTS nie agak sukar sedikit berbanding game2 biasa. Setahu aku, belum ada lagi game engine RTS nie di komersialkan oleh pembuat2 game. Aku pun bercita2 nak buat game RTS nie dulu, tapi sebab nak buat benda nie macam 'Nighmare..!' baik aku simpan dulu cita2 tu... banyak AI dan model kena pakai tu....
zsuperxtreme
Aha, betul kata LanoG, paling koman kena ada team yang besar, mcm blizzard, kasi gempak baru bleh buat game jenis mcm nie.
Athrun Zala 02
QUOTE(zsuperxtreme @ Jan 15 2007, 01:24 PM) [snapback]404682[/snapback]
Good idea, aku ingat ramai nak buat game mcm nie, tapi bila sampai kat publisher (most of them from US), terus kena ban. Hehehe.



Kalau macam tu,tak bolehkah kita membuat pengubahsuaian game aka modification terhadap game RTS yang tersedia wujud seperti World In Conflict(akan keluar bulan Mac 2007)??Game tersebut graphicnya memang 3D habis.Kita tukar negara2 dalam game tersebut dan juga kempen/misinya.Seperti yang dibuat oleh kumpulan modification dari German ni terhadap game C&C Generals Zero Hour dengan modnya Cold War Crisis, http://www.cold-war-crisis.de/wbboard/portal.php .Manakala laman web game RTS World In Conflict ialah http://www.worldinconflict.com/main/ .

Screenshots dari game World In Conflict:-



Athrun Zala 02




Athrun Zala 02



LanoX
Banyaknya gambar... nie dah tahap tinggi punya game. Pada pendapat aku le... idea game nie kadang2 sebab sama dia punya gaya permainan kadang2 kurang competitive dari segi market. Idea baru yang masih fresh maybe akan jadi satu daya penarik yang baru. Mungkin ada sapa2 yang terfikir genre yang tak pernah dihasilkan sebelum ini....
eZaL
idea mmg POWER tp x sm dgn kmahirn utk buat game mcm tue... War in Conflict tue dihasilkn dgn satu team yg dah brpnglmn brthn2 buat game komersial... tp sprti yg ko kata, buat game MOD... mmg bagus... mcm game Counter-Strike tue guna MOD... tp antaramuka tetap nampak sm dgn game yg original... aku minat gak buat game RTS nie... dah buat prototype tp x mnjd... byk mlibatkn flag utk pathfinding AI... selection group mnjd tp masalah bila arah p ssuatu tempat... smua p lokasi yg sm... bila tgk result, sakit mt tgk... tue yg ssh... aku msh fkr game apa yg aku nk buat coz kmahirn nk buat game tue msh kureng... kalo idea POWER tp kmahirn nk mrealisasikn kureng, x guna gak kn... tue yg byk kali buat game x mnjd... pnglmn... heheheee...
zsuperxtreme
Ko buat game guna apa ezal?
eZaL
dulu, aku buat game guna A++ kot... kalo x pn, B++... aku x sentuh C++ sbb takot dpt result teruk ms exm... tongue.gif kih kih kih... skrng nie aku tgh buat tutorial buat game Pacman utk projek awek aku... Kalo dekat, sng nk tunjuk ajar... byk fkr smpi slalu png... dgn keje... tutorial utk awek... technopreneur MDEC... aduih... apa2 pn kalo dah selesai 2 prkara tue, aku cuba bina game prototype utk demo kat sni... heheheee...
LanoX
Ha.. bagus le tu Ezal... Tutorial tu kalo post kat Pembangunan Game nie okey gak. Boleh tambah koleksi tutorial buat game kat sini. Selain tu, bleh le belajar sedikit sebanyak lain2 bahasa programming buat game nie...
zsuperxtreme
Actually A++ tu just introduction to programming sebelum guna C++, tapi aku tak pernah dengar pun B++, memang tak wujud. Nie bahasa buatan ko ke eZal.
LanoX
Heheheh.... ko pecaya ke ZX... keh keh keh! Bahasa B++ dibangunkan oleh eZal dalam bahasa Malaysia. Apa2 pun, aku sedang nak belajar sebijik lagi bahasa yang aku rasa agak penting (especially dalam bab2 bina game nie)... bahasa Ulaq Sawa...
hoyoyo80
ulaq sawa mmg cun tu:p lebih senang nak tekel berbanding c++/java...latest tech 3d engine pun byk yg bleh diguna dgn ulaq ni...
eZaL
tutorial tue, x leh laaa... confidential... kih kih kih... takot trajar ajarn sesat lak... heheheee... sbnrnya, byk PL kat dunia nie... dr A++ ke Z++ kot... kih kih kih... A++ mmg ada... B++ pn ada gak... tongue.gif heheheee... leh jenguk2 kat http://www.softpae.com/b++builder.html

btw, kalo en.fnd xde idea game... aku suggest en.fnd buat game educational utk bdk2 coz ada market utk game educational nie... heheheee... itu pn kalo kraja'n nk beli utk kguna'n sekolah2... kih kih kih... kalo game biasa, trpksa go global...

hoyoyo80, ko teror main yoyo ke...? msti xpert nie... kih kih kih...
zsuperxtreme
Aku guna bahasa dragon++, lagi power, berapi beb, hahaha. kalau buat game dengan bahasa nie mau tebakar pc ko.
LanoX
Yup betul tu hoyoyo... hehehe.. Ulaq sawa nie kalo pelihara bleh telan banyak benda... Yang aku minat dia bleh integrate dengan Blender punya game engine.

eZal, ngape dalam website B++ Builder tu bahasa dia pelik semacam je... negara mana tu...

ZX... hahaha... Dragon++ yek. Kasi fire semua PC...
eZaL
website B++ Builder tue bahasa Rusia... pelik kn... kih kih kih...
gulhalim
Idea Game

Tajuk : Nightmare Begin,The Quest For Survival


Genre : RPG

(RPG pun leh,Action-adventure pun leh)


Storyline :

Dunia Telah dilanda oleh hujan meteor yang begitu hebat yang menyebabkan banyak kawasan musnah,dunia berada dalam keadaan huru-hara,Keadaan lebih teruk apabila Gangster2 seluruh dunia melakukan jenayah di seluruh dunia seperti mencuri,merompak,membunuh dan lain2.Malaysia juga mengalami keadaan yang sama.Game ini mengisahkan tentang seorang remaja(watak A) yang tinggal di Kuala Lumpur.Beliau kehilangan Keluarga,sahabat dan segala2nya kecuali adik perempuannya(Watak cool.gif yang berusia 10 tahun..

Dekat sini ada dua jenis storyline,yang pertama cam biasa sikit dan yg kedua futureristik dan Fantasy.
Storyline 1 :

Dengan keadaan bandar Kuala Lumpur yang begitu teruk,dimana manusia saling bunuh-membunuh akibat tertekan dan juga masalah yang wujud akibat tindak tanduk gang2 gengster.Watak A mengambil jalan untuk pergi ke kawasan selamat yg digelar White Area bersama-sama dng adiknya,yg berada di negara asing,Watak A dan B akan melalui beberapa tempat utk pergi ke kawasan selamat.

1: Semasa Ingin keluar dari bandar Kuala Lumpur,beliau terpaksa berlawanan dng manusia2 yang datang utk mencuri bekalan makanan dan lain2 barang.Keadaan bandar Kuala Lumpur sangat teruk,bangunan dan jalan musnah sana sini.Bekalan air,elektrik,makanan dan minumam down.

2: Setelah berjaya keluar dari kawasan bandar,mereka terpaksa melalui kawasan hutan,dikawasan hutan Watak A berlawan dng binatang buas dan juga orang asli yang menyerang.

3: Kawasan yg seterusnya ialah kampung persisiran pantai yg dilanda tsunami,kampung tersebut rosak teruk dan banyak mayat bergelimpangan sana sini.Sebahagian orang di kampung tersebut menjadi lanun darat dan laun,mereka merompak dan membunuh.Watak A terpaksa berlawan dengan lanun(lain2 jahat reka sendiri).Pada masa yang sama,mereka menuju ke palabuhan yg terdekat,utk menaiki kapal.

4.Diatas kapal(kapal ferila),mereka berlawan dng lanun2 yang datang untuk merompak mereka,peperangan pun tercetus.

5,6,7..... sambung lain kali jela.


Cerita sambungan dan Storyline 2 nanti akan aku sambung.


Gameplay : Kawalan watak adalah mengunakan mouse,lebih kurang cam neverwinter night la.Dalam game tersebut boleh menggunakan pedang,senjata api dan lain2 senjata yg difikirkan sesuai.Kekuatan,ketangkasan dan lain2 akan meningkat mengikut level.



LanoX
Ahhahhha.. eZal, memang pelik bahasa Rusia tu. Aku sepatah habuk pun tak paham... mungkin angkasawan Malaysia boleh baca kot nanti.

Gulhalim.. wah macam best gak le idea yang buat game kat Msia nie kan. Nie kira macam dunia dah kucar-kacir le yek.. semua manusia lari bertempiaran... kalo tambah element makhluk asing okey gak kot rasanya.
zsuperxtreme
Idea yang bernas. Excellent. Aku pun tak terpikir idea mcm nie... hehehe.
eZaL
mcm2 idea... teruskn... heheheee...
gulhalim
terima kasih,storyline yang kedua ada melibatkan mahluk asing.Nanti bila ada masa aku akan sambung.
zsuperxtreme
pergh nampaknya makin interesting idea qulhalim nie, tak sabar nak dengar sambungan cerita tu. Aku rasa cerita mcm nie boleh compete dengan Final Fantasy nie.. hehehe.
corallinkz
wah, halim..kor leh jd writer drama/filem/game etc...ada fantasi yg tggi....

happy.gif
Hackezkk
aku cdgkan wat game pasal CIpanman
seorang manusia yg makan tapai ubi yang terdedah ngan radiasi pastu trus jd cipanman
misinya membanteras orang yg dipow di tepi2 jalan CM
hokhokhok
KuruKurue
Aku lak kita buat gae lmba oto la plak....
Starring dia ni konon2 kaki la nie....
tmbah la aksi byak2 skit
cth: kna kjar polis, thumban p longkang, letup mletup,
LanoX
En. KuruKurue... ada apa2 idea ke yang nak buat. Maybe ko banyak idea... boleh bagi dia punya sinopsis sikit. Kalo ada imej contoh (2D or 3D ke) lagi baik... lebih senang nak paham jalan cite dengan charakter2 yang terlibat..
Athrun Zala 02
QUOTE(zsuperxtreme @ Jan 15 2007, 01:24 PM) [snapback]404682[/snapback]
Good idea, aku ingat ramai nak buat game mcm nie, tapi bila sampai kat publisher (most of them from US), terus kena ban. Hehehe.


Kalau macam tu,kita semua buat game RTS seperti ini utk dijual di kalangan ahli2 putera.com sahajalah.Juallah dalam bentuk VCD dan DVD,dan harganya mestilah berpatutan sebab keluaran tempatan.
zsuperxtreme
Erk, nak buat game jenis RTS nie kena kerah byk tenaga bro, byk expert, tapi bila bab marketing kat putera je tak berbaloi... hehehe. Lain la nak buat test mod tu kira orait lagi.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2009 Invision Power Services, Inc.