Bantuan - Carian - Ahli - Kalendar
Full Version: Mdec Msc : Government Pre-seed Funding Start-up
Tanya@Putera > Pengaturcaraan & Pembangunan > Pembangunan Permainan
Pages: 1, 2
zsuperxtreme





Disini perbincangan mengenai pre-seed funding yang telah dijalankan diantara ahli kelab bina game dan beberapa lagi ahli putera yang lain bagi menyahut cabaran kerajaan menghasilkan produk IT di Malaysia.


eZaL
Kpd sapa2 yg msh blur psl Pre-Seed Funding nie, leh jenguk2 kat http://www.technopreneurs.net.my/cms/AllPr...t.asp?CatID=122

Smua maklumat psl program Pre-Seed ada kat website tue... panduan n borg serta soalan lazim pn ada... dlm format word lak tue... kalo still blur gak, call jer MDEC minta terangkn sbb sy bdk br nk belajar... salah silap tolong tunjukn... heheheee...
eZaL
Ada 6 jns projek pilihn yg dberi:
1) Creative Multimedia & Content
2) Hardware Design
3) Software Development
4) Shared Services Outsourcing (SSO) \ Business Process Outsourcing (BPO)
5) Support Services
6) Internet Based Businesses

Projek pilihn yg mana satu brsesuai'n dgn Pembangunaan Permainan...? Sila beri pndpt anda... heheheee...
Vibrunnica
huh... banyak tak cukup syarat ... kompom fail... kepada yg apply slamat berjaya....
LanoX
Apply, jangan tak apply... Tak cukup syarat tu belakang kira... smile.gif)
fnd
Dari perbincangan hari tu, diaorang amat tekankan mengenai business plan, marketing plan, growth rates,target, oppoturnities, global market...dll

Langkah pertama yang perlu dibuat ialah penuhkan column-column dalam borang yang disediakan tu dulu.

Borang ni boleh didapati di Mdec website.

Secara peribadi, idea dan kreativiti yg ingin diusahakan terbatas dan terpaksa menurut keperluan komersial.

Tapi kita kena terima hakikatlah orang-orang yang dah berjaya mendapatkan fund-fund yang disediakan sebelum ni pun mungkin bermula dengan susah jugak untuk memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan.

Aku nak tanya ni sama ada kita nak kena bayar balik ke kalau project yang dirancangkan tu tak berjaya menuruti syarat seperti yang ditetapkan..? (kalau dapat..)
LanoX
Aku petik ayat2 nie dari blog aku ekk....

"Apa yang menarik ialah dana ini bukanlah pinjaman. Sesebuah syarikat atau individu yang telah dianugerahkan dana ini tidak perlu membayar balik kepada EMDEC melainkan bila 3 perkara berikut berlaku dalam masa 3 tahun selepas tahun pertama prototaip siap iaitu:

1. Pelaburan lebih RM1 juta telah diterima oleh syarikat.
2. IP telah dijual atau dilesenkan dengan nilai RM1 juta ke atas.
3. Geran daripada kerajaan dan dana lebih RM1 juta diterima."

Diharap en. fnd faham yang once kita dah dapat dana nie, memang tak perlu bayar balik kat government. Jika kita dah dapat projek2 nilai RM1 juta ke atas seperti di atas, tu pun dalam masa 3 tahun dari tarikh siap prototap.... baru le bayar balik (apa le nilai RM150,000 jika nak banding kalo dapat contract RM1 juta.. kan).

So, rebutlah opportunity nie sebaik mungkin.... tidak salah mencuba, risiko ada dimana2 sahaja hatta kita sedang makan sekalipun...

"To laugh is to risk appearing the fool. To weep is to risk appearing sentimental. To express feelings is to risk exposing your truer self. To love is to risk not being loved in return. To try is to risk failure. But greatest hazard in life is to risk nothing......"
zsuperxtreme
Yup betul cakap LanoG, takyah bayar balik kalau tak dapat profit lebih 1 juta atau gagal. So don't worry, bukannya kita berhutang. So buat apa nak takut. Apa salah mencuba kepada sesuatu yang takde effect dengan ekonomi kita. Kalau kita tolak tuah, tuah takkan datang balik.


So berikut adalah acara bagi proses kita untuk award pre-seed



IDEA COLLECTION
Desc : The idea will be collected and post to en. Shahriman for viewing and comment. The idea should be sent through PM not in the thread board.
Date : 17 January 2007 (Wednesday)
Time : Before 12:00 pm (Tengahari)



I hope, all the member that attend the meeting will submit their idea before the dateline.
eZaL
fnd - "Dari perbincangan hari tu, diaorang amat tekankan mengenai business plan, marketing plan, growth rates,target, oppoturnities, global market...dll"

Mmg ssh nk buat Business Plan bg yg xde pnglmn dlm bidang nie, sila download Business Plan Pro 2004 [43.35MB] kat http://www.savefile.com/files/413675 utk rujukn buat Business Plan utk borg Pre-Seed tue...

Sy setuju dgn saudara fnd... kreativiti kt trhad kpd kperlu'n komersial... So, idea game yg nk d buat perlu la ada nilai komersial... Tp dlm form tue amat menekankn Business Plan... So, download jgn x download... heheheee...
zsuperxtreme
Pada pendapat aku nilai komersial tu sangat luas. Kalau korang buat produk yang "canggih", pasti ada nilai komersial. Tapi kalau korang buat produk yang biasa-biasa. So nilai komersial dia turun. So MDEC nak kreativiti kita diluar sempadan.


Sometime, kita tak perlu anggap sesuatu pekara tu sangat susah, sangat terhad, atau sangat leceh. Sebab pekara sebegini yang melunturkan semangat untuk terus ke depan. Jadi be positive, be yourself, don't talk to much, "just do it".
eZaL
dr pnglmn aku buat game, nie la formula utk buat game... heheheee...

kemahiran programming + masa = hasil game yg lengkap...
Vibrunnica
Hmmm... En. ZS aku dah draftkan dan PM kan idea kat ko.. tak tau betul ke idak camtu.... tlg cek tgk mana tak kena...? delete yg first...tertekan send... smile.gif
LanoX
Me too....
zsuperxtreme
Aku dah terima idea korang, idea korang memang gempak, memang power dan ada komersial value. Bagus-bagus. Ok, kalau korang ada perubahan kasi tau sebelum dateline. Buat masa nie korang boleh touch up lagi idea korang yang dah sangat ok tu.
fnd
Thanks Ezal untuk Business Plan Pro tu. masih dalam proses download lagi ni...belum complete lagi.
Vibrunnica
Sory kalo terlebih show off.... ni model kepala dlm aku nyer idea....kerekter utama.... kang kalo dia tanya mana sample...kita tunjuk nih...hehehe
zsuperxtreme
Hehe. Over excited pulak mata dia. Kasi mata besor sikit la. Baru mcm shin chan.
LanoX
Vibrunica, lawa le rambut dia ko buat... berapa minit masa buat nie.

Sesapa yang dah donlod Busines Plan tu.... macam mana dia punya program. Ada okey kah... aku belum donlod lagi le.
Vibrunnica
Rambut tu kejap je... tweak+set dynamic ada la dlm 10 min.... render dlm 45 saat...

Sumer dah siap ke bab idea tu...?
zsuperxtreme


Aku lukis tadi, sesuali la dengan thread nie. hehe.. saja2 buang masa.



LanoX
Ko hantar je gambar nie kat EMDEC... sure diorang rasa dihargai.. pastu dengan senang hari diorang jadikan gambar tu wallpaper diorang... hehehehe.
fnd
render dlm 45 saat....berapa kuasa PC tu..memang kalau buat grafik dlm 3d ni ambil masa lama ke utk render dan sebagainya..?
zsuperxtreme
Keke, hantar kat mdec? dorang punye lagi canggih 100 kali ganda kot. hehe

so sekarang nie yang dah hantar idea, lanog dengan Vib, yang lain belum lagi
zsuperxtreme
Ni untuk hair

Model : sphere + hair (2 saat)
Render : 1 saat
Post kat putera : 30 saat

Mana lagi cepat? hehehe


LanoX
Hehehe... ZX, macam penah nampak je 'objek berbulu' tu, tapi tak ingat kat mana?

Aku ingat nak install gak le yang berbayar (..bayar sikit...) punya 3D software nie... boring gak, limited plug-in kalo pakai yang Open source & free nie...
eZaL
dah hantar idea game kat ZX... heheheee...

hrp idea tue mnjd kenyataan utk d realisasikn...
zsuperxtreme
ok, tinggal aku dengan binarycode dengan fnd je tak submit lagi.
LanoX
Kalo nak hantar Idea lain bleh ke.. maksud aku kita hantar lebih daripada satu Idea. Mana tau, satu idea takleh pakai, satu idea lagi dia terima.... heheheh.
zsuperxtreme
Kita hantar 1 dulu, pastu kalau dia suruh perbaiki, kita hantar lagi. Ko banyak idea ke lanog.. hehe.
LanoX
Takde le banyak Idea.. cuma nak tanya je lah.. hehehe. Ko dah siapka idea ke, ZX. Aku tengok dari semalam asyik layan 3D modelling je... hehehe..... dah melekat kat PC tu.... agak2nya le.. kan.
zsuperxtreme
Aku tak buat idea aku lagi lanog, malam nie pikir, pagi tadi ada gak pikir, cuma nak buat tuning sikit idea aku nie. Tu la asyik layan 3d, syok gak layan kalau aga geng yang buat 3d. kalau takde, menyepi kembali la gamaknye.. hehehe.
fnd
Tak de idea nak buat game apa....
Ezal,...Thanks.
eZaL
sm2... aku pn xde idea nk buat game apa sbb trkezut dgn program technopreneur tue kot... kih kih kih... aku hrp en.fnd dpt prkembangkn sayap coz u suda lama dlm bidang nie... maklum la, dah lama... so, semangat tue ada kureng skit laaa... heheheee.. jgn lupa minum air tongkat ali... psti mengeraskn semangat anda... kih kih kih... kpd ZX n LanoG still baru n semangat tue msh segar n kuat mbara... so, hrp xde masalah la utk pass Pre-Seed... b1naryc0de nyepi jer dlm thread nie, psti bz buat bizplan utk technopreneur tue... kih kih kih...
LanoX
En. Affendi... ada game terbaru tak. Bagi le kitorang jadi beta tester plak... Dalam sibuk2 dengan macam2 program seperti pre-seed nie, keje nak buat game pun banyak tergendala plak.

Ezal, mana game ko dah buat. Mai.... aku nak main nie.
b1naryc0de
huhu aku ado ni ar.. Demam tu yang menyepi seketika tue.. Idea untuk game pon tak datang lagi mungkin diblock oleh virus2..

Aku bagi idea selain games boleh tak??
zsuperxtreme
Boleh gak, tapi aku suppose hantar hari nie... nanti tengok la mcm mana....
b1naryc0de
Lagi 2 jam aku bagi ko..

ps : ezal aku tak dapat reply PM ko.. ada error:

This member has chosen not to be contactable by the board Messenger

This personal message has not been sent
zsuperxtreme
Actually aku dah send pada en. Shahriman tadi. Seperti yang dijanjikan iaitu last post 12.00pm tadi. Tapi takper ko just send pada en. Shahriman by email.


Aku tadi call en. Shahriman, dia kata korang tak contact diapun tanya detail. Dia ingat takde respon pun dari korang. So kalau ada apa-apa just contact him.

zsuperxtreme
En shahriman suggest website nie "http://www.business.org/" sebelum dia carikan example
LanoX
En. Shahriman tak layan forum ke... hehehe. Ko ajak le dia jenguk forum nie ZX... mana tau dia jadi ahli Kelab Bina Game plak nanti.... heheheh.
eZaL
LanoG, aku dah PM ko psl game aku tue... kih kih kih... kesian b1naryc0de, demam lak time nie... ko nk PM aku apa b1naryc0de...? msti nk pwd nie... heheheee... ZX, mcm mana dgn idea aku... kna reject x...? kalo kna reject, aku cari idea lain... kat http://www.business.org tue byk sgt outside link, nk klik mana satu... aku pn x faham sgt...

[image=center]http://www.geocities.com/ezal83/gambar/borg_pre_seed_insrt_name.jpg[/image]

aku ada soaln nk tnya nie... aku nk letak nama aku saja ke...? atau kedua2 nama applicant...? kat <insert name(s)> tue... ataupn nama saksi...? kalo saksi tue, sapa...? pesuruhjaya sumpah gak ke...? atau sedara mara or kwn atau sapa2 jer bule...?

pstu lak... this _____ day of _____ ,2007... tarikh buat prsetuju'n kn...
LanoX
Thanks eZal... memang very marveous ko punya sample2 game. Boleh dikembangkan lagi tuh... hehehe.

Aku ingat ko perlu isi kedua-dua nama berkenaan le, sbab kedua-dua ada di letakkan nama kat situ. Ini nak tunjukkan yang kedua-dua penama tersebut bersetuju dengan syarat2 MDEC.

Saksi tu plak orang lain yang bekerja boleh jadi referee atau penjamin.. biasanya government servant dah cukup. Tak perlu le nak ke pejabat sumpah atau nak jumpa YB plak.. hehehe.

Tarikh plak, tarikh submission lah tu. Maknanya mana-mana tarikh sebelum tarikh tutup penghantaran borang tu.
eZaL
x kn d kembangkn dah sampel2 game tue coz smua source code game tue dah hilang sbb hard disk rosak... dah lama pn... so, malas la nk start from scratch... ibarat mbina smula bangunan yg runtuh... tgk WTC tue, dorg x bina balik... heheheee...

TQ, LanoG... sapa2 lg nk jwb soaln aku tue, jwb laaa... heheheee...
fnd
Aku rasa aku tak nak buat game la. Aku nak buat benda lain. Tadi aku sendiri call en. shahriman. Dapat cakap sekejap je sebab ada meeting katanya. Cuma sempat beritahu apa yang aku nak buat.
Rasa berbelah bagi dengan keputusan aku ni pun ada juga rasanya. Nanti orang fikir seperti 'unreallistic ambition'.

Sekarang ni seolah-olah kita sedang dalam pertandingan 'writing competition'.

Tiap-tiap malam aku memang selalu fikir logic code untuk game-game dan projek2 lain yang aku buat. Percaya atau tidak, ianya taklah sesusah nak fikir macammana nak penuhkan business plan tu. Bukannya aku takde perancangan yang tersusun, tapi bagaimana nak menyusun prosa ayat yang lebih bernas, meyakinkan, kena dengan suasana pembacanya nanti, itu yang menjadi masalahnya.
eZaL
Ooo... nie msti nk buat perisian kamus nie... kalo x pn, perisian penterjemah kot... heheheee...
fnd
e.e.e.ezal, dlm business plan pro tu ada serial....
macammana ye..?
eZaL
aisehmen... aku check balik... jap yek...

OK, sila check PM ko...
fnd
Ada error nak PM kat ko ezal.
So..Thanks.
eZaL
apsal yek ada masalah nk PM kat aku...? ish... xpe, cuba lagi... heheheee...
LanoX
Aku pun ada problem yang sama nak reply kat ko aritu pun tak dapat... Heran gak le... apa le sebab nye nie. Mungkin ada bug dalam skin yang baru nie rasanya.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2009 Invision Power Services, Inc.