Bantuan - Carian - Ahli - Kalendar
Full Version: Macromedia Director
Tanya@Putera > Perisian > Multimedia > Animasi
zueazza
assalamualaikum....
macam mana kita nak create text box dlm director? saya nak buat text box yang ada scroll bar tu tapi tatau....kalau ada sesapa yg tau, boleh le bgtau saya ek...tq bebyk
daniel arby
w'salam

cari tab / ikon text box kat sebelah kanan. cari dan terus cari.. ada
K.I.X
tumpang tanyer. sy amat lemah dalam penggunaan flash, oleh itu say ingin tahu,

1. apakah kegunaan sebenar flash?

2. apakah sebenarnya director?

3. apakah perbezaan flash dan director?

4. yg manakah yang lebih bagus untuk digunakan? mengapa?

tu aje yg sy perlu tahu buat sementare ini, harap2 abg2 yg terer men flash ler tlg okay? terime kasih.


Slvrchair
QUOTE(K.I.X @ Mar 6 2007, 06:25 PM) [snapback]437154[/snapback]
tumpang tanyer. sy amat lemah dalam penggunaan flash, oleh itu say ingin tahu,

1. apakah kegunaan sebenar flash?

2. apakah sebenarnya director?

3. apakah perbezaan flash dan director?

4. yg manakah yang lebih bagus untuk digunakan? mengapa?

tu aje yg sy perlu tahu buat sementare ini, harap2 abg2 yg terer men flash ler tlg okay? terime kasih.



flash ni merupakan software membangunkan applikasi interaktif, mula2 flash ni kuar fungsi nya lebih kepada animasi dan design, tapi sehingga kini flash sudah menjadi lebih dinamik. teknologi flash kini diapplikasikan kepada perisian kursus (coursware) SmartSchool oleh MOE, pembangunan website interaktif versi penuh flash (fully flash website) dan banyak lagi aplikasi interaktif yg dibangunkan. kelebihan nya ianya jauh lebih ringan, efisyen dan menarik samada online atau offline. CD base or internet base application.. Dengan AS3.0 sebagai cagaran flash 9 alpha/beta yg akan kuar tak lama lagi dikatakan bakal menjadi rival terdekat Java. Meletakkan kelebihan pada flash adalah pembinaan GUI, graphic dan element animasi yang jaaaaaaaauuuuh lebih menarik dan mudah berbanding Java.

director suatu masa dlu merupakan software pembangunan kiosk dan courseware tetapi teknologi director berbeza dgn flash kerana director bukan aplikasi gabungan pembangunan animasi atau design. Seperti authorware teknologinye dikatakan semakin kurang digunakan, dan kebanyakan developer authorware/director telah beralih ke penggunaan flash. Jika dibandingkn dari segi interaktiviti dan saiz file, flash jauh lebih baik dari director. Bayangkan aplikasi interaktif/courseware dgn saiz fail 500kb-2mb hanya bersaiz 200-800kb apabila dibangunkan menggunakan flash. Malah flash jauh lebih menarik dan mudah dari segi elemen animasi dan programming

jadi kesimpulan dier, aku lg prefer pakai flash 8 professional....and have been using flash for about 4 years now....tak sabar final flash 9 nak kuar

hope this help k wink.gif

p/s:flash 9 skg ni still peringkat testing sad.gif




-Multimedia Outsourcing Crew-
Kelas Asas Flash for beginner : SINI
K.I.X
terime kasih banyak slvrchair~~~ baru la tau ape beze dier, jd lagi bagus pakai flash laa dari director? okay. trimas semua~~~

berusaha!!
zareight
xsilap aku gune director bleh gak jadikan web kn??
aku try gak wat web gune flash tp xjd...susah gak le gune flash..adoi..
kinglana
Director boleh guna untuk buat web tapi tak preferable. Director kena ada Shockwave player dan file lebih berat. Biasanya director digunakan untuk penghasilan CD interactive seperti pembelajaran dan info CD. Kini Flash jauh lebih popular disebabkan oleh kebolehan dan dinamiknya. Efeknya pun jauh lebih menarik dan boleh digunakan diatas banyak platform. Saya biasa menggunakan director untuk interactive presentation tapi sedang beralih ke flash.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2008 Invision Power Services, Inc.