KELAB BINA GAME

Tutorial Asas Menghasilkan Game Tembak Menembak 2D
oleh
LanoG (February 2007)
oleh
LanoG (February 2007)
Baiklah, aku akan mulakan thread baru nie untuk menyahut seruan bagi menambahkan lagi koleksi tutorial membuat game. Oleh kerana game 2D juga adalah seronok untuk dimainkan, maka adalah elok untuk kita bermula dengan menghasilkan game 2D jugak. Bagi sesiapa yang merasakan membuat game 3D amat komplek, sekarang mari kita belajar dari asas penghasilan game 2D casual yang cukup ringkas dan senang nak difahami. Jangan bimbang kepada sesiapa yang langsung takde experience dalam programming sebab aku akan elaborate sedikit demi sedikit...
Baiklah kawan2 sekalian kita mulakan dengan artikel ringkas yang aku petik dari e-book yang aku buat pada 2006 yang lepas. Ini adalah introduction dulu.. hehehe. Nanti aku sambung.
QUOTE
SEBELUM MULA MENULIS ATURCARA
Perancangan Untuk Kejayaan! Ini adalah ayat yang sering kita dengar pada mana-mana sahaja bidang; tidak kiralah dalam perniagaan, pendidikan, ketenteraan, sukan dan sebagainya. Syarikat kenderaan pastinya akan memulakan model baru dengan membina terlebih dahulu prototaip dan konsep rekabentuk sebuah kereta sebelum melancarkan secara besar-besaran dalam pasaran. Begitu jugalah halnya dengan menulis aturcara, sama ada secara professional atau sebagai hobi, perlunya perancangan dan pengujian kod-kod yang hendak dimasukkan nanti.
Seorang pengaturcara yang tidak sabar sering kali ingin segera menyiapkan program yang dibentuk tanpa adanya perancangan atau garis panduan untuk diikuti dan akhirnya projek tersebut tinggal separuh jalan. Pengaturcara yang baik cuba untuk mengelakkan ini daripada berlaku walaupun ingin menulis kod aturcara yang ringkas!
Pada suatu masa dahulu, carta aliran (flowchart) digunakan oleh pengaturcara untuk memulakan perancangan sebagai garis panduan. Pada hari ini, kebanyakan pengaturcara menggunakan kod pseudo (pseudocode) yang meringkaskan apa sahaja yang hendak dilakukan pada sesebuah projek. Ini bergantung kepada kaedah yang paling mudah bagi pengaturcara berkenaan. Sebelum memulakan aturcara, apakah misi dan objektif anda sebenarnya. Ini boleh jadi sebagai PERNYATAAN MISI (mungkin dalam sector korporat dan jabatan kerajaan juga terdapat pernyataan misi masing-masing). Pernyataan ini boleh bermula dengan OBJEKTIVITI yang hendak dicapai dan TUGAS yang akan dilakukan sama ada secara umum atau pun memecahkannya kepada sub-sub untuk memudahkan pengurusan nanti.
Tugas-tugas dan objektif tidaklah semestinya ditulis atau dicetak dengan kemas terutama bagi projek-projek yang ringkas. Kadang kala kita boleh membentuk sikap yang teratur dan seterusnya membentuk mentaliti yang lebih teratur dalam diri kita. Jika projek yang hendak dirancang memerlukan masa yang panjang misalnya beberapa hari, minggu atau bulan adalah baik kita membuat senarai atau ‘checklist’ untuk memantau perkembangan pembangunan yang sedang dilakukan. Kata pepatah melayu ‘jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga’. Jika ilmu pengaturcaraan ini kita ibaratkan kail yang sejengkal ini sebenarnya boleh dipanjangkan lagi dengan mengasah skill dan menambah pengetahuan. Sepanjang mana pun kail anda tetapi tanpa perancangan, sudah pasti ikan tidak dapat ditangkap dalam lautan yang luas itu, bukan.
Sebagai hobi, pengaturcaraan adalah satu keseronokan terutama apabila menyiapkannya. Dengan adanya perancangan ke atas program ini akan dapat mengelak sebarang kegagalan dan melambatkannya. Belajarlah bagaimana menyusun kerja anda supaya proses ini menjadi lebih menyeronokkan dan bukannya menyusahkan hidup anda!