Bantuan - Carian - Ahli - Kalendar
Full Version: Kelab Bina Game: Tutorial Buat Game 2d
Tanya@Putera > Pengaturcaraan & Pembangunan > Pembangunan Permainan
Pages: 1, 2, 3
LanoX
QUOTE(shinkoban® @ Mar 11 2007, 01:44 PM) [snapback]440641[/snapback]
lanoG,macamana nak besar dan kecilkan kotak region(kotak biru) tu?aku dah try drag guna mouse tapi tak boleh...


JAWAPAN: Nak besar dan kecilkan kotak filled region adalah seperti berikut.

Letakkan cursor anda pada sama ada penjuru sebelah kanan atau sebelah bawah dan pastikan cursor berkenaan bertukar kepada gambar 'tangan yang menunjuk'.



Selepas itu, tekan-kiri dan tahan menggunakan tetikus anda. Kemudian anda boleh tarik(drag) atau tolak untuk adjust saiz dan panjang/lebar sesebuah filled region dan lepaskan(drop) bila dirasakan sesuai.



Sekiranya anda ingin memindahkan atau menggerakkan ke lokasi lain pula, anda perlu gunakan penjuru sebelah atas atau penjuru sebelah kiri. Cuba anda praktis terlebih dahulu bagaimana nak besar/kecil/gerak filled region. Jika telah mahir memang mudah nak buat apa sahaja dengan actor berkenaan. Selamat mencuba. biggrin.gif
shinkoban®
terima kasih lanoG sebab terangkan kat aku,kalau tidak sampai skrg masih takpaham....
LanoX
QUOTE(shinkoban® @ Mar 11 2007, 08:43 PM) [snapback]440862[/snapback]
terima kasih lanoG sebab terangkan kat aku,kalau tidak sampai skrg masih takpaham....


Sama-sama. Ko pun kalau ada maklumat tambahan yang berguna berkenaan GE boleh share ngan kitorang kat sini. Maklum ler sebagai manusia biasa, aku pun tak lari dari kesilapan dan kekurangan. Sebab tu aku galakkan semua tambah apa2 yang kurang dan tegur apa2 yang aku tersilap. laugh.gif
LanoX
Sekarang kita sambung tutorial nie...

BAHAGIAN 9: ENEMY MEMBALAS TEMBAKAN

Jika game yang mana hanya anda sahaja boleh menembak tetapi enemy-enemy anda tak dapat menyerang balas, tentu amat membosankan sebab mudah sangat. Oleh itu kita akan setkan pula supaya enemy ini dapat menembak balik kapal angkasa anda. Untuk membuat enemy menembak balik, kita memerlukan satu actor baru iaitu peluru yang digunakan enemy berkenaan.

Buat satu actor baru dan namakannya sebagai enemy_shot.



Pada panel actor control enemy_shot berkenaan, pastikan butang sebelah Create at startup: adalah No. Selepas itu, anda boleh masukkan pula animation dengan memilih salah satu sprite yang ada dalam komputer anda sebagai peluru. Sebagai contoh, kita gunakan sprite kecil berikut yang kita namakan sebagai shot:



Klik butang Ok dan sprite actor telah disetkan.

Sekarang, pada panel actor control enemy_shot tadi, klik butang Add dalam kategory Event. Keluar pula senarai event dan anda boleh pilih Create Actor daripada senarai berkenaan. Panel Create Actor Event berikut pun dipaparkan.



Daripada panel tersebut pula klik pada butang Add Action dan senarai berikut dipaparkan.



Pilih Script Editor untuk menulis sedikit skrip untuk menggerakkan peluru (enemy_shot) ke bawah.



Didalam script editor berkenaan, anda tulis kod berikut untuk menggerakkan enemy_shot ke bawah.

CODE
yvelocity = 5;


... bersambung.
LanoX
... sambungan.

Sekarang kita akan setkan pula event apabila peluru (enemy_shot) berkenaan keluar dari paparan skrin iaitu memusnahkan actor berkenaan.



Seperti biasa, kita perlu kembali ke panel actor control enemy_shot dan klik pada butang Add pada bahagian Event. Satu senarai event akan dipaparkan seperti berikut.



Pilih Out of Vision dan panel berikut dipaparkan.



Dalam panel Out of Vision berkenaan, klik pada butang Add Action.
Senarai Action berikut pula dipaparkan untuk anda pilih.



Daripada senarai berkenaan, pilih Destroy Actor. Ini bertujuan untuk memusnahkan actor yang telah keluar daripada paparan permainan. Panel Destroy Actor seperti berikut ditunjukkan.



Klik Ok dan seperti biasa pilihlah Immediate Action.

Secara umumnya kita sebenarnya telah setkan 2 event yang akan berlaku pada peluru enemy (enemy_shot) iaitu:
1. mencipta actor (create actor) iaitu actor peluru dihasilkan serta merta dan bergerak ke bawah paparan.
2. apabila keluar daripada paparan permainan (out of vision) peluru berkenaan akan dimusnahkan.

... bersambung.
LanoX
... sambungan.

MEMBUAT ENEMY1 MENEMBAK SECARA RAWAK

Kita telah setkan sifat yang menggerakkan peluru (enemy_shot), dan sekarang kita perlu mengintegrasikan pula peluru berkenaan pada enemy-enemy yang ada. Dalam tutorial ini, kita akan memberi pautan hanya kepada enemy1 (termasuk klon-klonnya) sahaja yang akan mempunyai fungsi menembak secara rawak. Ikuti langkah berikutnya.

Buka panel actor enemy1 seperti dalam paparan berikut.



Ini adalah panel actor enemy1 yang telah kita setkan pada awal pembuatan enemy1. Sekarang kita akan tambah event yang baru dengan klik pada butang Add dalam kategori Event: (lihat butang dihighlightkan). Pastinya senarai berikut akan dipaparkan dan anda boleh pilih Create Actor.



Selepas itu keluar pula panel Creat Actor Event.



Daripada panel ini, anda cuba klik pada butang Add Action. Ini digunakan untuk membuat setting peristiwa yang berlaku menyebabkan terjadinya event create actor berkenaan. Satu senarai dipaparkan...



Anda pilih Create Timer.
Seterusnya panel Create Timer seperti berikut ditayangkan.



Apakah tujuan Create Timer? Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah fungsi timer ini. Sebenarnya timer digunakan untuk memberikan penetapan masa dalam milisaat akan sesuatu peristiwa. Maknyanya kita boleh berikan peristiwa melengahkan masa atau mempercepatkan masa bergantung kepada setting yang kita buat.

... bersambung.
LanoX
... sambungan.

Dalam panel berkenaan, cuba anda klik pada butang kosong disebelah Timer: berkenaan dan berikutnya...



Pilih pula New Timer sebab belum wujud mana-mana timer (pemasaan) yang kita buat sebelum ini.
Panel berikut akan dipaparkan supaya kita boleh setkan pemasaan.



Isi maklumat yang perlu seperti berikut.



Dalam maklumat yang telah kita isi berkenaan, kiraan maksimum pemasaan ialah 40000 milisaat manakala kiraan minimum ialah 5000 milisaat sahaja. Ini bermaksud bahawa pemasaan disetkan pada kadar antara 5000 hingga 40000 milisaat untuk sesuatu peristiwa itu diaktifkan. Butang pada Type ditukar pada Random untuk membolehkan sebarang kiraan dalam julat 5000 ke 40000 milisaat dijanakan secara rawak.

Bila selesai semuanya klik butang Ok.



Kembali ke panel terdahulu. Klik butang Ok untuk menutup panel berkenaan.


MELEPASKAN PELURU BILA PEMASAAN DIAKTIFKAN.

Kita kembali ke panel actor asal iaitu enemy1. Sekarang bagaimana pula nak setkan masa supaya enemy1 dan klon-klonnya boleh menembak peluru secara rawak. Kita sebelum ini telah setkan kewujudan actor baru dan seterusnya mencetuskan pemasaan (timer) enemy shot. Bagaimana pula hendak mengulangi proses yang sama supaya enemy1 dan klon-klon boleh menembak secara berterusan dalam pemasaan yang rawak.

Kita perlu wujudkan semula sifat pemasaan rawak ini selepas enemy1 melepaskan peluru.

Baiklah, pada panel actor berkenaan, klik butang events Add dan senarai berikut dipaparkan.



... bersambung.
LanoX
... sambungan.

Panel Timer berikut dipaparkan pula.



Klik pada butang panjang Timer berkenaan dan hanya satu pilihan yang ada iaitu timer yang telah kita hasilkan diawal sebelum ini yang ditulis 'enemy shot (random, 5000 to 40000 ms)' seperti berikut.



Berikutnya, pada panel berkenaan sila klik pada butang Add Action pula. Satu senarai action dipaparkan dan pilihlah Create Actor.



Seterusnya, sebuah panel Create Actor dipaparkan.



Klik butang disebelah jenis Actor dan pilih enemy_shot.
Klik butang disebalh jenis Animation dan pilih shot.



Kekalkan yang lain2 dan sudahkan dengan klik pada butang Ok dan seperti biasa pilih Immediate Action.

Siap! Cuba uji game anda sekarang...! biggrin.gif
Fuhh!! Banyak screenshot aku pakai sampai putera.com tak benarkan aku post imej lagi... hehehehe!!
ryuki
lanoG, guna perisian apa ni?
LanoX
QUOTE(invaderz @ Mar 15 2007, 10:09 AM) [snapback]444009[/snapback]
lanoG, guna perisian apa ni?


Jawapan: Game Editor. sila rujuk permulaan thread ini untuk maklumat lebih lanjut.
Vibrunnica
Fuhhh... dah jadi tutor master dah skang en. lanog kita nih.... job well done... keep'em kaming
LanoX
Ahahah... bukan tutor master ler, Vib. Just terangkan sikit2 jer camane nak buat game 2D ringkas. title master tu, aku tak layak...

Baru2 nie Motorola (syarikat buat telefon bimbit) ada anjurkan MOTODEV// GAME DEVELOPER CHALLENGE.

QUOTE


MOTODEV and I-play have teamed up to bring you the MOTODEV Game Developer Challenge. Submit a hot new unpublished title for the ultra-slim MOTOKRZ K1 running the Java® software platform or the uber-functional MOTO running the Windows Mobile for Smartphone platform and get a chance to win some industry leading and unprecedented prizes!


Layari website ini untuk maklumat lanjut: http://developer.motorola.com/eventstraining/gamechallenge/

Kita boleh gunakan tool yang kita pelajari ini untuk develop satu game untuk masuk pertandingan nie. Sebab Game Editor boleh compile game yang dihasilkan untuk kegunaan Mobile Phone seperti jenis Motorola nie. Ada hadiah menarik menanti anda... hehehehe. biggrin.gif
MalaYneuMaya
assalamualaikum...

alohai...jauh dh aku ttinggal nih.. tongue.gif xper keep going bro LanoG..
ada masa aku follo gk wpun aku x de reply

pc aku pon baru format...jdi kena install blik GE hehe
LanoX
QUOTE(MalaYneuMaya @ Mar 15 2007, 05:39 PM) [snapback]444533[/snapback]
assalamualaikum...

alohai...jauh dh aku ttinggal nih.. tongue.gif xper keep going bro LanoG..
ada masa aku follo gk wpun aku x de reply

pc aku pon baru format...jdi kena install blik GE hehe


Hehehe... tak ler jauh benar tertinggal. Sebab step-step yang ada pun bukan berbeza sangat, just susun atur jer untuk membuat fungsi-fungsi tertentu. Tak lama lagi (mungkin 2 bahagian lagi..), tutorial ini akan selesai setelah hampir 2 bulan berlangsung. Selepas kita dah bentuk prototaip engine game ini, kita akan memperkemaskan pula dengan sprite2 yang lebih baik sebelum ianya menjadi game yang best untuk dimainkan... laugh.gif
yuririka_rikku
ello,

haha satu tutor yg bagus.. sedang menunggu utk sambungan yg seterusnya.
MalaYneuMaya
assalamualaikum...

haha aku dh siap kejor balik tutorial ko LanoG, biggrin.gif

1.okeh nk tanya post #98, enemy1 tuh kalu tmbak tk mati ler...event mati dia xder..event tuk peluru ilang jer yg ada...ker ko saje wat camtu LanoG? aku rasa pasal xguna 'collide actor' mcm enemy2 tu pasal dia xmati..

2.lagi satu event collision utk kita mati kena pluru enemy blom wat lagi kan?


EDIT:

haha ko abaikn jer prob 1 aku tuh... tongue.gif my mistake..sori...aku silap baca daa
LanoX
Reply @ yuririka rikku

Ello and thank you. Sambungan tutorial berikutnya akan dikemaskinikan tak lama lagi. Tungguuuuu... biggrin.gif

Reply @ MalayNeuMaya

Walaikum salam,
Jawapan 2: Wahhh.....!! Cepat tul ko kejar tutorial nie... ahaa memang betul. Sambungan berikutnya ialah nak buat event yang boleh sebabkan kapal angkasa kita mati bila kena tembakan daripada peluru enemy-enemy berkenaan. smile.gif
LanoX
Jam menunjukkan pukul 2.37 pagi hari Ahad. Ramai orang dah tido waktu nie... takpe tutorial diteruskan pada pagi yang hening ini... hehehe. rolleyes.gif

BAHAGIAN 9: MUSNAHKAN KAPAL ANGKASA BILA KENA TEMBAKAN

Bahagian ini lebih kepada ulangan kerana kita pernah gunakan cara yang sama untuk membuat setting memusnahkan enemy-enemy apabila terkena tembakan peluru daripada space_ship kita. Namun begitu, adalah lebih baik kita refresh balik kaedah berkenaan supaya anda boleh memahaminya dengan lebih mendalam.

Buka panel actor untuk peluru enemy iaitu enemy_shot.



Kita akan tambah satu lagi event pada peluru enemy ini iaitu perlanggaran dengan space_ship. Oleh itu, cuba anda klik pada bahagian Events, iaitu pada butang Add. Senarai berikut dipaparkan...



Anda pilihlah Collision. Selanjutnya setelah pilihan dibuat, satu panel Collision Event dihasilkan seperti berikut.



Setkan pada panel tersebut bahawa Of Actor: adalah space_ship seperti berikut:



Dalam panel tersebut juga, kita akan buat action memusnahkan space_ship iaitu dengan klik pada butang Edit Action dan senarai berikut dipaparkan.



Anda pilihlah Destroy Actor.

... bersambung.
LanoX
... sambungan.

Action Pertama

Selanjutnya setelah anda pilih, maka akan muncul pula panel Destroy Actor seperti berikut.



Untuk memusnahkan actor space_ship, kita kekalkan apa yang ada iaitu Actor: ialah Event Actor. Ini membawa maksud sebarang peristiwa yang dibuat oleh actor space_ship berkenaan.

Klik pada Add dan seperti biasa pilihlah Immediate Action.



Action Kedua

Sekali lagi kita akan kembali ke panel Collision Event.



Klik pada butang Add Action atau Edit Action pada panel berkenaan dan senarai seperti tadi kelihatan. Pilih juga sekali lagi Destroy Actor dan seperti kali yang pertama panel Destroy Actor ditayangkan.



Kali ini kita perlu tukar butang Actor: Event Actor kepada Collide Actor. Klik butang berkenaan dan dalam senarai yang ada, pilih Collide Actor. Tujuan action kedua ini ialah untuk mengesah sebarang perlanggaran dengan actor space_ship berkenaan supaya peristiwa memusnahkan actor berkenaan diaktifkan.



Pada panel tersebut, klik pada Add dan seperti biasa pilihlah Immediate Action.

Sekarang kita telah siapkan proses membuat setting agar space_ship boleh musnah apabila terkena peluru yang dilancarkan oleh enemy-enemy yang ada. Cuba menguji game ini dengan pergi ke Game Mode.

Selamat Mencuba!
MalaYneuMaya
assalamualaikum...

okeh tambah sket tongue.gif

BAHAGIAN 10 - ANIMASI LETUPAN APABILA KENA TEMBAK!!

setting pada new actor - boom
"""""""""""""""""""""""""""""

1. Add actor, namakan 'boom'

2. buka panel actor control bagi boom:

- create at startup = no



3. pada panel actor control juga, klik pada Add Animation - File (sila carik satu file bernama "explosion.png" dlm Game Editor/Tutorials/data/



setting:
- Horizontal Frames=29
- Vertical Frames=1
- Frame Rate=90

klik OK

4. pada panel actor control, klik Events: Add -> Animation Finish




-biarkan Animation: Any Animation
-klik Add Action -> pilih Destroy Actor




-biarkan Actor: Event Actor
-klik Add -> Immediate Action

klik Close utk keluar ke paparan actor control..close lagi

5. alihkan actor boom diluar kotak view (kotak putih)

..bersambung
MalaYneuMaya
assalamualaikum...

...sambungan

setting pada enemy_shot (peluru musuh)
""""""""""""""""""""""""""""""""""""""

1. buka actor control bagi enemy_shot:

2. pada Events: Add -> Destroy Actor




3. klik Add Action -> Create Actor

4. pada ank panah kecik sblah Actor: sila pilih 'boom'




5. klik Add -> Immediate Action

6. klik Close utk ke paparan actor control, pastu klik close lagi..


setting pada ship_shot (peluru kapal kita)
"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""

buka actor control bagi ship_shot, pastu ulangi proses setting spt enemy_shot..



pegi kt Game Mode,kalu xder aral nnti setiap kali pluru kita kena musuh (atau pluru musuh kena kita) akn ada letupan! selamat berjaya
LanoX
Walaikum salam.

Wahh.. ini sudah bagus. En. MalayNeuMaya dah tambah lagi tutorial nie.. siap bagi animasi letupan lagi. Macam nie baru nampak power game kita nie. Oh yek... apa kata lepas nie kita tukar pulak semua sprite2 yang ada kepada yang lebih bewarna-warni dan lebih cantik. Tapi nak kena besarkan dulu ruang permainan supaya lebih besar sikit sesuai untuk dimainkan di PC. smile.gif





Sebenarnya kita telah hasilkan game engine pertama dengan Game Editor nie. Cuma gilapkan sedikit dan anda boleh ubahsuai mengikut citarasa dan kreativiti yang ada. Jangan lupa pulak tambah make-up dengan grafik yang cun dan muzik serta sound effect yang mengancam lepas nie.... hehehehe. biggrin.gif
MalaYneuMaya
assalamualaikum...


biggrin.gif haha nk lagi syok?

BAHAGIAN 11 - MENAMBAH BUNYI EFEK LETUPAN!!



1. Buka panel actor control bagi actor 'boom'




2. klik Events: Add -> Create Actor



3. klik Add Action -> Play Sound

-klik pada File: dan carik file bernama "explode.wav" dlm Game Editor/Tutorials/data/



4. klik Add -> Immediate Action

5. klik close utk ke paparan actor control, klik close lagi..


haa..apa lagi klik la Game Mode n shoot'em!!! biggrin.gif
LanoX
Fuhh.. gempak gak bunyi letupan nie (pasang speaker kuat2).... hehehe. Anda boleh juga setkan lain2 bunyi misalnya bunyi tembakan apabila enemy tembak atau anda sendiri yang tembak. biggrin.gif
MalaYneuMaya
assalamualaikum...

QUOTE
Wahh.. ini sudah bagus. En. MalayNeuMaya dah tambah lagi tutorial nie.. siap bagi animasi letupan lagi. Macam nie baru nampak power game kita nie. Oh yek... apa kata lepas nie kita tukar pulak semua sprite2 yang ada kepada yang lebih bewarna-warni dan lebih cantik. Tapi nak kena besarkan dulu ruang permainan supaya lebih besar sikit sesuai untuk dimainkan di PC.


hmm.. smile.gif btul tu LanoG... slh satu cara ialah gantikn sprite ngan anim nyer.. tambah gambo background n s/effects haha . psl grafik2 nih photoshop bleh wat cunnya..

QUOTE
Fuhh.. gempak gak bunyi letupan nie (pasang speaker kuat2).... hehehe. Anda boleh juga setkan lain2 bunyi misalnya bunyi tembakan apabila enemy tembak atau anda sendiri yang tembak.


haa.. gempk kan? psl sound nih Game Editor bleh sapot .wav .iff dan .voc nnti letk lagi sound utk tembakan n bunyi injin kapal/enemy..
katak_dancing
auuuuu .... hebatnyer korang ... smpi aku x ttulis pe2(mulut tnganga mujur le x msk lalat) .... kekeke .... biggrin.gif
LanoX
QUOTE(katak_dancing @ Mar 19 2007, 05:46 PM) [snapback]447831[/snapback]
auuuuu .... hebatnyer korang ... smpi aku x ttulis pe2(mulut tnganga mujur le x msk lalat) .... kekeke .... biggrin.gif


Ahahaha... bukan ker makanan katak sememangnya lalat. Ngap jer ler kalau masuk mulut... hehehe. Nampaknya rehat beberapa hari dulu sebelum meneruskan "enhancement" pada game nie. Nasib baik ada MalaYneuMaya tambah... kalo tak, jenuh gak buat tutorial nie... rolleyes.gif

Plan selanjutnya ialah nak buat dulu animation kapal enemy dan jugak kapal angkasa... (ingat nak buat dalam Anim8or nanti pastu convert ke GIF image) Kalau siap nanti, aku akan post animasi tu kat sini. laugh.gif
MalaYneuMaya
assalamualaikum...

QUOTE
Ahahaha... bukan ker makanan katak sememangnya lalat. Ngap jer ler kalau masuk mulut... hehehe. Nampaknya rehat beberapa hari dulu sebelum meneruskan "enhancement" pada game nie. Nasib baik ada MalaYneuMaya tambah... kalo tak, jenuh gak buat tutorial nie...

Plan selanjutnya ialah nak buat dulu animation kapal enemy dan jugak kapal angkasa... (ingat nak buat dalam Anim8or nanti pastu convert ke GIF image) Kalau siap nanti, aku akan post animasi tu kat sini.


katak_dancing cam crazy frog ke? bep! bep! hehe biggrin.gif
hmm xbyk ler aku tau LanoG..tapi kalu ada yg aku tau, aku tmbah le..
waa..lpas nih nk masuk Gen-2 nyer 2d game ke? musti wat kaw2 nye grafik..huh..haa ko nyer baracuda wing dulu tuh bleh la wat anim die..

selingan:

arini brita harian mslh videogame lagi..huh..maen game keta punca bwk keta ganas2..la apa punya kajian laa universiti tuh..

lagi satu korang ada tgk siri 'I,Videogame' kt discovery? baru ep1 rasanya.tdi aku tgk ulangn dia.ep1 nih cite psl sejarh game,secara urutan:
1. game memula adlh Pong (Atari) 1970'an :saintis boring lalu [coklat ubat batuk] dienyer osiloskop jadi game..wahah
2. game tetris : org russia wat
3. pacman : org jepun dpt idea psl org sana kuat makan
4. game space invader - sejibik karacter cam game ko LanoG..
5. game mario - brsambung ep2 hehe




LanoX
QUOTE(MalaYneuMaya @ Mar 20 2007, 09:18 PM) [snapback]449042[/snapback]
arini brita harian mslh videogame lagi..huh..maen game keta punca bwk keta ganas2..la apa punya kajian laa universiti tuh..

lagi satu korang ada tgk siri 'I,Videogame' kt discovery? baru ep1 rasanya.tdi aku tgk ulangn dia.ep1 nih cite psl sejarh game,secara urutan:
1. game memula adlh Pong (Atari) 1970'an :saintis boring lalu [coklat ubat batuk] dienyer osiloskop jadi game..wahah
2. game tetris : org russia wat
3. pacman : org jepun dpt idea psl org sana kuat makan
4. game space invader - sejibik karacter cam game ko LanoG..
5. game mario - brsambung ep2 hehe


Walaikum slaam,

Ehehehe... aku dah tengok I, Videogame tu, semua pasal sejarah videogame. Game space invader tu ler yang kita tengah buat tutorial nie. laugh.gif Karektor (enemy-enemy dan spaceship) dia memang diambil drpd permainan asal dalam internal tutorial GE itu sendiri yang diadaptasi daripada space invader itu sendiri. Itu adalah game yang paling awal dibuat dan pembuat dia ialah orang Jepun gak.

Nanti ler aku tengah cari animation sesuai untuk game shooting nie. Lepas tu, nak buat projek bina game lumba kete plak... okey tak? blush.gif
LanoX
Okey, nie ada beberapa file GIF yang aku dah siapkan tadi based on objek 3D yang penah aku buat. Sapa2 nak copy boleh gunakan untuk game yang kita buat nie. Gantikan dengan enemy-enemy dan kapal angkasa anda ikut kreativiti masing2.. atau gunakan imej buatan anda sendiri.

Baracuda Merah

Baracuda Hijau

UFO Kuning

UFO Merah

KBG Tank Biru
MalaYneuMaya
assalamualaikum...

waa..camner ko wat anim tu yer? guna prog aper tuh..anim8or ke
post la cara wat dia..
projek game keta ke lpas nih? hehe biggrin.gif setujuk2

*ko slalu xtido mlm ke LanoG? pepagi buta pon ada post apa.. ohmy.gif
LanoX
QUOTE(MalaYneuMaya @ Mar 22 2007, 11:33 AM) [snapback]450447[/snapback]
assalamualaikum...

waa..camner ko wat anim tu yer? guna prog aper tuh..anim8or ke
post la cara wat dia..
projek game keta ke lpas nih? hehe biggrin.gif setujuk2

*ko slalu xtido mlm ke LanoG? pepagi buta pon ada post apa.. ohmy.gif


Walaikumsalam,

Ehehehe... nak kena buat tutorial gak ker camner nak animatekan GIF image. Aku rasa takyah ler, senang jer nak animate kalo guna software yang sesuai. Aku guna gabungan software macam Anim8or, ACDC dan Ms GIF Animator untuk buat animasi GIF nie. biggrin.gif

ps:/ aku tak tido sampai lewat malam kalo ada cite/movie best kat Astro jer.. biggrin.gif
zsuperxtreme
Huhu... lanog mengganas dengan spritenye. biggrin.gif
LanoX
QUOTE(zsuperxtreme @ Apr 29 2007, 04:57 PM) [snapback]477864[/snapback]
Huhu... lanog mengganas dengan spritenye. biggrin.gif


Ehehe... dah lama tak masuk thread nie, busy jer. Sekarang nie tengah wat projek graphic pixelart untuk salah sebuah game di UK sana. Game komersial kecil2an jer.. hehehehe. Aku cuma terlibat buat graphic.... Kalo dah publish nanti, aku bagi link kat korang. laugh.gif laugh.gif
LanoX
Salam sejahtera... Aku rasa berkemungkinan besar aku akan mulakan satu lagi tutorial tetapi lebih kepada bagaimana membina sprite untuk Game 2D. Maksud aku ialah imej grafik karektor ciptaan anda sendiri untuk diintegrasikan dalam game berkenaan. Sebagai contoh, bagaimana nak buat sesebuah watak itu nampak hidup dan imej yang boleh menunjukkan aksinya dalam sesebuah game. Hmm.. sebagai contoh, lihat watak Robomon yang baru aku hasilkan semalam nie.



Intel2Core
hmm aku nk tnaye satu soalan nie..aku try buat game snake guna Game Editor nie.macam mane nk gerakkan dia ke atas dan ke bawah?aku dah setkan ke kiri dan ke kanan.harap sape2 bleh tlg..
LanoX
QUOTE(Intel2Core @ Nov 1 2007, 07:41 PM) [snapback]589944[/snapback]
hmm aku nk tnaye satu soalan nie..aku try buat game snake guna Game Editor nie.macam mane nk gerakkan dia ke atas dan ke bawah?aku dah setkan ke kiri dan ke kanan.harap sape2 bleh tlg..


Sama macam gerak ke kiri dan kanan. Jika atas dan bawah... kena guna Y-axis. Contoh:

Naik ke atas
CODE
Y = Y + 4


Turun ke bawah
CODE
Y = Y - 4
a3d
Emm.. bagus tuturial kat sini.. nampak macam mudah nak paham...
bleh tambah sikit macamane nk buat score kat game tu tak.. hehehe...
DsiCronoss
Alhamdulillah, ada jugak yang bersemangat menyatukan programmer game dalam malaysia ni.

Dulu aku ada buat satu game untuk final assigment kawan aku kat UPM. Nama game tu 'Budak Hijau'. Projek aku bukannya simply menerangkan perihal pembikinan game 2d tu, tapi straight pada fokus assignment tu AI(artificial Intelligent)

Mula-mula game aku masa kat ITM dulu, game tembak UFO dengan Snake. Tu pun belajar dengan budak engineering.
Lepas tu aku buat game lelabah tangkap lalat. Ntah apa-apa idea masa tu. Bila VB 6 keluar, ada support Direct X pulak masa tu, aku pun bikin game fight first aku. Game tu gagal sebab aku tak pandai lukis watak-watak fighter. Aku terlalu depend pada kawan aku untuk lukis. Satu lagi, aku gagal buat function key dan tindakbalas graviti dalam game fight tu dengan betul.

Lepas sekian lama, masa aku belajar degree, aku terlibat dalam pembikinan assignment AI. Maka wujud laa game budak hijau tu. Aku rasa aku simpan lagi kot game tu dalam CD lama dalam kotak dalam stor rumah aku ni.

Hari ni aku terbaca kelab bina game pulak. Bangga aku dengan korang semua. Kenapa laa aku tak jumpa korang dari dulu.
LanoX
QUOTE(DsiCronoss @ Dec 31 2008, 12:44 AM) *
Alhamdulillah, ada jugak yang bersemangat menyatukan programmer game dalam malaysia ni.

Dulu aku ada buat satu game untuk final assigment kawan aku kat UPM. Nama game tu 'Budak Hijau'. Projek aku bukannya simply menerangkan perihal pembikinan game 2d tu, tapi straight pada fokus assignment tu AI(artificial Intelligent)

Mula-mula game aku masa kat ITM dulu, game tembak UFO dengan Snake. Tu pun belajar dengan budak engineering.
Lepas tu aku buat game lelabah tangkap lalat. Ntah apa-apa idea masa tu. Bila VB 6 keluar, ada support Direct X pulak masa tu, aku pun bikin game fight first aku. Game tu gagal sebab aku tak pandai lukis watak-watak fighter. Aku terlalu depend pada kawan aku untuk lukis. Satu lagi, aku gagal buat function key dan tindakbalas graviti dalam game fight tu dengan betul.

Lepas sekian lama, masa aku belajar degree, aku terlibat dalam pembikinan assignment AI. Maka wujud laa game budak hijau tu. Aku rasa aku simpan lagi kot game tu dalam CD lama dalam kotak dalam stor rumah aku ni.

Hari ni aku terbaca kelab bina game pulak. Bangga aku dengan korang semua. Kenapa laa aku tak jumpa korang dari dulu.

Menarik... harap boleh share game ko tu kat sini. Untuk melihat/bermain lain2 game yang dibina oleh indie game developer dari Malaysia boleh pegi ke link SINI.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2009 Invision Power Services, Inc.