.... sambungan.MEMBUAT KLON ENEMYSekarang anda dah ada satu aktor enemy (enemy1) yang diletakkan dalam sebuah region (base_enemy). Untuk membuat ia mengikat kedudukan mengikut kedudukan
base_enemy, kita perlu setkan dahulu parent kepada enemy1 berkenaan.
Klik butang sebelah text
parent: pada panel Actor Conrol untuk enemy1... dan jadikan
base_enemy sebagai parent.
Kita akan gunakan satu lagi fungsi istimewa dalam GE ini iaitu klon. Ini bermakna kita boleh klonkan enemy yang ada dengan jumlah yang kita kehendaki.
Okey, cuba anda perhatikan dulu pada panel aktor untuk enemy1 ini.

Cuba perhatikan pada butang
Clone pada sebelah kanan (highlight warna kuning). Anda boleh klik pada butang Clone berkenaan dan pilihan berikutnya akan dipaparkan.

Anda boleh pilih
Array. Jika anda pernah belajar pengaturcaraan sebelum ini, array biasa digunakan untuk menyimpan data2/variable yang banyak. Begitu juga halnya dengan konsep dalam GE ini. Jika kita nak klon sesebuah aktor kepada bilangan yang banyak, perlulah guna Array. Selepas anda pilih Array, panel berikut dipaparkan.

Pada panel clone array ini, anda boleh setkan berapa banyak enemy nak diklonkan. Sama ada secara mendatar atau menegak. Untuk tutorial ini, kita gunakan sebanyak 10 enemy yang disusun secara mendatar. Jangan lupa klik butang sebelah text "Distance between clones:" daripada
Automatik kepada
Manual.
Tetapkan jumlah berikut pada panel clone array:
Horizontal count : 10
Vertical count : 1
Dalam masa yang sama anda adjust, maka kedudukan enemy akan berubah serentak. Cuba hasilkan seperti ilustrasi berikut.
MENAMBAH ENEMY LAGIOleh kerana nak menembak hanya satu baris enemy tak seronok sangat, kita boleh tambah lagi enemy dengan aktor yang lain. Anda boleh ulangi proses yang sama untuk membuat enemy pertama tadi dan klonkan juga...
Okey! kita tambah satu lagi enemy dan gunakan sprite yang lain sikit misalnya untuk aktor
enemy2, saya masukkan Add Animation dan gunakan sprite berikut.

Kita namakan animasi ini
e2 dan gunakan sprite yang boleh bergerak (dalam gambar tu tak gerak sebab cuma screenshot jer.. hehehe). Perhatikan yang
Horizontal frames ada 2 iaitu menggunakan 2 sprite untuk animasi berkenaan sahaja. Selain itu, anda boleh adjust kepantasan animasi dengan
Frame rate.
... bersambung.