Putera.com dengan bangganya menawarkan semula perkhidmatan e-mel percuma dengan nama domain @putera.com. Sesiapa yang berminat untuk menggunakan emel dengan alamat namaanda@putera.com boleh memohon sekarang.Untuk pengetahuan semua Putera.com telah dipelawa oleh Google.com untuk menyertai program beta Google Apps yang membolehkan Putera.com menawarkan perkhidmatan Emel dengan kuasa yang sama dengan Gmail! Ini bermakna anda boleh menikmati kemudahan emel dengan peti mel bersaiz 2GB beserta dengan fungsi-fungsi lain yang ada pada Gmail.
Antara ciri-ciri yang menarik pada emel ini ialah ia dihubungkan terus dengan Google Talk yang membolehkan anda chat dalam Google network, anda juga boleh mengakses emel melalui peranti mudah alih (PDA, 3G phone, ...) dan anda juga boleh download ke outlook/outlook express di komputer anda melalui protokol pop3.
Anda juga boleh mengirim e-mel dari akaun ini dengan menggunakan alamat yang lain, contohnya anda ada akaun emel streamyx, tetapi mahu menggunakan kemudahan ini. Anda boleh melakukannya tanpa masalah, hanya masukkan butir-butir yang diperlukan dalam akaun anda.
Walau apapun, anda pasti akan berbangga apabila menggunakan emel @putera.com kerana ia membawa identiti yang unik Putera.com!
Sesiapa yang berminat boleh memohon dengan menghantar PM terus kepada saya dengan menyatakan maklumat berikut:
1. Nama Penuh
2. Username untuk emel
3. Tujuan kenapa anda ingin menggunakan alamat emel @putera.com
Sesiapa yang tidak faham dengan 3 keperluan asas maklumat yang diwajibkan untuk memohon akaun e-mel ini, memang tidak layak untuk diberi akaun e-mel.
Perhatian:
- Username tidak boleh ada tanda underscore (_) atau lain-lain simbol. Tanda dash (-) boleh diguna tetapi tidak digalakkan.
- Akaun adalah sangat terhad dan keutamaan akan diberi kepada:
i. siapa dulu dia dapat
ii. siapa rajin dan berkelakuan baik dia diutamakan - Sila pilih username baik-baik kerana saya tidak akan melayan sebarang pertukaran username
- Akaun anda mungkin akan dipadamkan bersama semua emel di dalamnya jika anda tidak aktif lebih dari 3 bulan (90 hari)
- Akaun anda akan dipadam serta merta jika didapati anda menggunakan emel untuk tujuan tidak elok, termasuk SPAM, walaupun anda kata anda tidak tahu apa itu SPAM.
- Semua permohonan akaun e-mel adalah secara manual dan melalui saya, tidak ada laman untuk mohon secara layan diri disediakan.
- Putera.com tidak terikat untuk memberikan anda akses kepada perkhidmatan ini. Jika anda tidak mendapat sebarang respon dari permohonan anda dalam tempoh yang lama, anggaplah anda tidak berjaya. Anda boleh membuat permohonan/pertanyaan semula selepas tempoh 3 bulan.
- Ahli-ahli yang baru mendaftar dan masih dalam level "Learning" perlulah aktif terlebih dahulu sebelum diberi akaun e-mel, kecuali ahli-ahli yang memang sudah lama mendaftar.
- Pendaftaran keahlian/forum adalah berasingan dan tidak sama dengan permohonan akaun e-mel. Anda perlu menjadi ahli terlebih dahulu sebelum dapat memohon akaun e-mel.
