Bantuan - Carian - Ahli - Kalendar
Full Version: Kajian Tentang Pelaburan Internet Haram Di Sisi Islam
Tanya@Putera > Ekonomi & Kerjaya > e-income
Pages: 1, 2, 3, 4, 5
wangtenet
sama-samalah kita hayati dan faham dengan penerangan..

QUOTE
KUALA LUMPUR,27 Feb (Hrkh) - Dengan pulangan yang berlipat ganda dan jaminan keuntungan ratusan ribu malah jutaan ringgit dalam tempoh singkat, pelbagai perniagaan yang berasaskan sistem Multi Level Marketing (MLM) di internet, semakin 'menggoda' umat Islam untuk melabur walaupun sebahagian besarnya dari sudut hukum agama jelas haram.

Penasihat Syariah Dalaman, Asian Finance Bank, Zaharuddin Abd Rahman berkata umat Islam perlu berwaspada dan jangan mudah terpedaya dengan sistem kewangan di internet yang menyamai skim cepat kaya atau skim piramid yang berisiko tinggi dan perlu merujuk kepada pakar kewangan Islam sebelum menceburinya.

"Apa jua pelaburan yang diceburi, mestilah merujuk kepada penasihat syariah syarikat tersebut supaya dengan cara ini diketahui secara jelas bahawa pelaburan tersebut sah di sisi agama ataupun tidak,"katanya lagi ketika ditemubual Harakahdaily di pejabatnya sebentar tadi.

"Dan sebahagian besarnya tidak wujud majlis penasihat syariah serta tidak jelas produk yang diusniagakan," katanya.

Beliau sebelum ini yang telah membuat beberapa kajian tentang pelaburan internet seperti EM-Pay, Swisscash, Willyfund dan E-Barrel telah menjelaskan secara terperinci kaedah tersebut dan hukumnya dimuatkan dalam keluaran Harakah lalu dan juga dalam laman webnya www.zaharuddin.net.

Kebanyakannya pelaburan di internet yang dikenal pasti secara umumnya menjurus kepada kaedah 'mencari' orang untuk menambah pendapatan dan tiada produk yang diniaga malah seandainya ada pun ianya bersifat haram kerana terdapat unsur judi dan gharar (tidak jelas) yang ditegah di dalam Islam, jelasnya.

Dalam laman webnya Zaharudin turut menjelaskan salah satu syarikat EM-Pay yang diragui perniagaannya seolah-olah "perniagaan timbun dan kutip wang dari orang ramai dan kad diskaun," seperti contoh seorang individu melabur RM 138, dan dan dalam tempoh dua minggu EM-Pay memberi pulangan RM 32,000 dan ini dinamakan Riba Al-Fadhl katanya yang merujuk kepada (Mughni al-Muhtaj, Khatib Ash-Sharbini, 2/28 ; Al-Bada'I As-Sonai' , Al-Kasani, 5/183 ; Qadhaya Iqtisodiyyah Mu'asiroh, Dr Sulaiman Al-Asyqar, 2/592).

"Ia jelas katanya bukanlah perniagaan yang diiktiraf oleh Shariah, malah ia adalah Riba," katanya.

Tanpa menjual sebarang produk malah sistem ini secara amnya melanggar 'nature of business' atau fitrah ekonomi yang akan mengakibatkan ramai yang tidak bekerja, malas dan berangan kaya semata-mata menantikan keuntungan yang dijanjikan.

"Inilah yang dinamakan 'money game' yang diharam sama sekali di dalam Islam. Allah SWT menghalalkan jual beli dan mengharamkan Riba.

"Bukan semua MLM tetapi jenis yang 'bermain dengan kepala' (komsiyen ikut kepala dan berapa ramai ahli yang berjaya diperolehi dan bukannya komisyen jual barangan syarikat) jelas haram disisi agama," jelasnya terperinci dalam laman webnya.

Tambahnya lagi ia adalah perniagaan duit dan 'kepala' iaitu tajaan kepala dan setiap bagi mendapatkan satu 'kepala' atau 'lot' adalah perlulah membayar sejumlah wang.

"Walaupun sememangnya kelihatan amat menggiurkan tetapi malangnya, ia adalah tidak halal secara pasti tanpa syubhah lagi," katanya lagi

Selain itu, walaupun dengan alasan untuk menjana ekonomi pendapatan umat Islam sekalipun katanya namun perkara pokok halal haram sesuatu perkara jangan dikesampingkan sedangkan 'niat tidak menghalal cara' dan Islam tidak meletakkan material ataupun harta benda semata-mata kepada asas memulihkan ekonomi umatnya ini termasuk jugalah alasan untuk mengubah keadaan kewangan yang semakin terhimpit dan bebanan kos sara hidup yang tinggi yang menimpa umat Islam khususnya rakyat di negara ini.

Beliau turut kesal dan kecewa berikutan umat Islam terpengaruh dan terpedaya akibat daripada keyakinan untuk menceburi pelburan ini disebabkan diyakinkan oleh sesetngah individu yang bergelar 'ustaz' dan ahli dalam pengetahuan agama.

"Yang saya dahulukan ialah kepentingan umat Islam dan tanggungjawab saya sebagai umat Islam untuk menjelaskannya, sama ada ada yang bersetuju atau tidak itu terpulanglah," katanya yang turut menyatakan bahawa kapasiti beliau bukanlah sebagai seorang Mufti namun menyarankan para Mufti mengeluarkan fatwa berkaitan sistem ini.

"Kajian saya terhadap sistem ini,tidak tertumpu kepada benar atau tidak keuntungan yang dijanjikan, wujud muslihat atau sebaliknya tetapi tertumpu sama ada ia menepati kehendak syariah dan sah di sisi agama," katanya

"Dan jangan meletakkan 'ustaz' sebagai 'benchmark' atau 'standard' untuk menceburi bidang sedangkan yang perlu dititik beratkan ialah hukum agama," katanya biarpun ramai para Ustaz menceburinya termasuk skim tertentu yang mungkin sah dari segi undang-undang ataupun pernah dilancarkan oeh para menteri.

Disember tahun lalu, akhbar pernah melaporkan sekurang-kurangnya wujud 50 laman web internet tempatan yang dikesan menjanjikan rakyat negara ini mengikuti skim jutawan segera antaranya bermodal RM 2.00 dan mendapat pulangan RM 1 juta dalam tempoh seminggu ataupun sebulan.

Malah dalam akhbar yang sama, jurucakap Jabatan Siasatan Komersial (JSJK) berkata laman web seperti ini memang banyak dikesan tetapi tidak ramai yang membuat laporan polis selepas terpedaya atau kerugian besar akibat pelaburan yang dibuat.

"Memang semua orang mahu menjadi jutawan tetapi perlulah mengikut cara yang betul dan bukannya berangan melabur beberapa ringit dan mengaaharap jutaaan ringgit sebagai pulangan," kata jurucakap tersebut. - mks.

Sumber Harakahdaily.net
abixpert
Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM

Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Jualan Pelbagai Peringkat atau lebih dikenali sebagai ‘Multi Level Marketing' atau MLM adalah amat popular di Malaysia. Dalam pada masa yang sama, sistem yang sama juga digunakan oleh industri penjualan Saham Amanah Islam dan beberapa produk Takaful. Statistik tahun 2003 menunjukkan industri MLM Malaysia mencatatkan jualan RM 4 bilion dan lebih dari 3 juta orang Malaysia terlibat dalam urusniaga MLM.

Akibat dari kebanjiran produk dan syarikat yang menggunakan sistem ini dalam mempromosi dan penjualan produk mereka. MLM kini boleh dianggap sebagai sebuah sistem pemasaran yang diterima ramai. Bagaimanapun, amat jarang dijumpai ilmuan Shariah samada dalam atau luar negara yang ingin atau berminat untuk menghuraikan sistem ini dari aspek Shariah dengan terperinci dan konkrit. Ini mungkin disebabkan kerumitan atau kurangnya minat ilmuan Shariah untuk mendalami proses sistem ini.

Para ‘Ustaz' dan Multi Level Marketing

Saya juga tidak dapat lari dari dibanjiri soalan demi soalan berkenaan hal ini. Pada awalnya, saya cuba untuk mengelak disebabkan terlampau banyak bentuk dan jenis MLM ini hingga menyukarkan sesiapa juga untuk memandu dan menerangkan hukumnya secara jelas. Di tambah pula mengenagkan pengikut dan pengamalnya yang terlalu ramai dan kebanyakkannya pula kelihatan ‘taksub' dan amat yakin akan halalnya kaedah MLM ini.

Tidak kurang juga terdapat para graduan Shariah atau pengajian Islam yang digelar ‘Ustaz' dan Ustazah' yang juga kuat berkempen produk-produk syarikat dengan skim MLM. Lebih hangat dan meriah lagi, kumpulan ini kerap mendakwa ianya halal lalu diselitkan dengan pelbagai dalil Al-Quran dan Hadith yang menggalakkan umat Islam berniaga, kuat ekonomi dan lain-lain. Hakikatnya, dalil-dalil ini bukanlah khusus untuk menyokong MLM dan perniagaan piramid mereka.

Ikhlas saya ingin nyatakan di sini, agak ramai juga orang ramai yang terpengaruh dengan kempenan dari kumpulan ilmuan agama seperti ini, menyebabkan orang ramai menyertainya tanpa berfikir lagi berkenaan halal atau haramnya sesuatu produk itu kerana ia telah diiktiraf oleh seorang ‘ustaz'. Justeru, saya ingin menasihatkan semua rakan-rakan lulusan Shariah dan Pengajian Islam agar lebih berhati-hati memberikan sebarang hukum dan merujuk dengan lebih mendalam sebelum berkempen dan mendakwa halalnya sesuatu produk hanya semata-mata kerana ia mendapat keuntungan besar di dalamnya. Ini kerana agak ramai juga saya dapati orang ramai yang berkiblatkan ustaz tertentu dalam kempen MLM mereka. Berkatalah Al-Laith bin Sa'ad : « Seandainya orang-orang yang memiliki pemahaman halal dan haram meneliti masalah ini, pastilah mereka tidak akan membolehkannya kerana terdapat di dalamnya unsur perjudian » ( Riwayat Al-Bukhari, no 2346 ). Sayyidina Umar al-Khattab r.a telah mengingatkan:

لا يبع في سوقنا إلا من قد تفقه في الدين

Ertinya : "Jangan seseorang kamu berjual beli di pasar kami, kecuali ia telah mendalami ilmu (hukum) agama tentangnya" ( Riwayat Tirmidzi, no 487, hlm 129 ; Albani : Hasan)

Bagi membantu masyarakat yang semakin ‘hangus' dalam industri ini, saya merasakan adalah elok untuk saya berkongsi panduan umum Shariah dalam hal penggunaan MLM ini. Bagaimanapun, saya tidaklah mampu untuk menujukan tulisan ringkas ini kepada mana-mana jenama MLM yang wujud di Malaysia mahupun luar negara. Tulisan ini hanya memberikan sedikit gambaran dan garis panduan yang diletakkan oleh undang-undang Islam dalam hal MLM ini.

Pengertian MLM

Secara umum ‘Multi Level Marketing' adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang biasa dikenal dengan istilah ‘Upline' (tingkat atas) dan ‘Downline' (tingakt bawah), orang akan disebut ‘Upline' jika mempunyai ‘Downline'. Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat ‘vertikal' atas bawah mahupun ‘horizontal kiri kanan' ataupun gabungan antara keduanya. (Lihat All About MLM oleh Benny Santoso hal: 28, Hukum Syara MLM oleh Hafidz Abd Rahman, MA)
Bentuk MLM yang Haram

Ada beberapa bentuk sistem MLM yang jelas keharamannya, iaitu apabila ia menggunakan sistem berikut :

1) Harga tinggi dari biasa : Menjual produk yang diperjualbelikan dalam sistem MLM dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga biasa, ia adalah amat tidak digalakkan menurut Islam malah menurut sebahagian ulama, aqad seperti ini adalah terbatal. Tatkala itu, ia digelar ‘Gabhnun Fahisyh' menurut istilah ulama Fiqh. Hukum jualan secara ‘Ghabnun Fahisy' ini diperbezakan oleh ulama antara harus, makruh dan haram. (Durar al-Hukkam Fi Syarh Majallah al-Ahkam, klausa no 356, hlm 369). Bagaimana Nabi SAW pernah mengisyaratkannya sebagai suatu kezaliman jika berlaku kepada orang yang tidak mengetahui selok belok harga barang. (Al-Qawaid, Ibn Rusyd, hlm 601)

2) Jualan target sebagai syarat komisyen : Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai target jualan tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya. Apabila ia gagal mencapai ‘harga target' tersebut maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknya walaupun orang bawahannya menjual dengan begitu banyak. Semua MLM yang terlibat dengan syarat seperti ini, menyebabkan sistem MLM mereka menjadi bermasalah dari sudut Shariah kerana wujudnya unsur kezaliman terhadap ahli selain wujudnya kewajiban jualan bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi ahli serta berbentuk penindasan. Seolah-olah pihak syarikat memaksanya dengan mengatakan "Anda mesti membeli atau mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM 500 sebulan bagi membolehkan anda mendapat hak komisyen orang bawahan anda".

Pada asasnya, komisyen yang diambil atas usaha menjual (seperti ‘brokerage fee') sesuatu barangan adalah adalah harus menurut Shariah, ia adalah pandangan ulama besar Tabi'en seperti Muhammad Ibn Sirin, ‘Ato' Bin Abi Rabah, Ibrahim an-Nakha'ie dan ramai lagi (Sohih Al-Bukhari ; Al-Musannaf, 5/242 ; Mawahibul Jalil, 4/452 ). Bagaimanapun, komisyen dalam hal MLM dan system piramdi ini boleh bertukar menjadi haram apabila :-

* Diikat komisyen jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan olehnya, ia menimbulkan masalah dari sudut Shariah seperti unsur pemaksaan, syarat yang tidak sah dalam perwakilan dan perjudian.

* Komisyen datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya kerana sudah terlampau jauh ke bawah. Ini menjadikan orang atasan seolah-olah mendapat untung di atas angina tanpa sebarang kerja dan usaha lagi. Ia juga boleh dikelaskan sebagai broker di atas broker di atas briker di atas broker dan seterusnya. Dalam hal berbilangnya rantaian komsiyen broker ini, menurut perbincangan saya bersama Syeikh Prof. Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pakar Shariah utama dalam bidang kewangan Islam dunia di Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia, AAOIFI, Dow Jones Islamic Index dan lain-lain) ia termasuk dalam konteks memakan harta orang lain dengan bathil selain terdapat unsur judi. Ini adalah kerana ia seolah-olah meletakkan syarat kepada semua orang bawahan samada dengan pengetahuan mereka atau tidak, semua hasil jualan mereka akan diambil sebahagian keuntungannya untuk orang atasnya.

* Dari sudut yang lain, terdapat juga keraguan dalam isu pemberian komisyen di atas usaha dan tugas agen (wakil penjual) atau "brokerage" (tukang kempen). Ini kerana sepatutnya komisyen ke atas "brokerage" tidak harus mensyaratkan tukang kempen itu untuk membeli untuk diri sendiri sebagaimana yang berlaku dalam beberapa jenis MLM. Sesetengahnya pula mensyaratkan ‘broker' atau ‘agen' untuk menjual sendiri sebanyak sekian jumlah bagi memperolehi komisyen jualan broker (ahli) di bawahnya. Dengan sebab-sebab ini, hal ‘broker' atau ‘agen' menjadi syubhah dan tidak lagi benar ianya disifatkan sebagai komisyen wakil atau broker yang diterima Islam.

3) Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya. Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentu Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian. Malah harga sebenar produknya juga adakalanya jauh dari harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk web komputer, sedangkan haragnya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai komputer pun). Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.

4) Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram. Maka MLM tersebut jelas keharamannya. Namun tidak semua MLM begini, cuma sebahagianya sahaja.

5) Terdapat juga unsur mirip "shafqatayn fi shafqah", atau bay'atayn fi bay'ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu) yang dilarang oleh Baginda SAW dengan pelbagai lafaz antaranya : "

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن صفقتين في صفقة واحدة

Ertinya : "Rasulullah SAW melarang dari membuat dua belian (aqad) dalam satu aqad" ( Riwayat Ahmad, Al-Bazzar ; Al-Haithami : perawi Ahmad adalah thiqah ; 4/84 )

Ini berlaku apabila ada sebahagian syarikat MLM yang membuka pendaftaran ahlinya, setiap ahli perlu membayar sejumlah wang disebut yuran, tidak dapat dipastikan samada yuran tersebut untuk membeli kedudukan di dalam rangkaian ataupun membeli produk. Pada waktu yang sama, dengan termeterainya keahliannya itu, ia akan menjadi wakil pula bagi syarikat untuk merekrut ahli baru, maka tindakan MLM seperti ini, boleh dikatakan termasuk dalam kategori hadis : shafqatayn fi shafqah, atau bay'atayn fi bay'ah. Ini kerana, dalam hal ini, orang tersebut telah dikira melakukan transaksi aqad Mu'awadat (kontrak pertukaran hak kewangan) bila membeli produk atau menjadi ahli dan dalam masa yang sama masuk dalam satu jenis aqad lagi iaitu perwakilan (untuk menjualkan produk itu kelak di samping mencari ahli baru) dengan komisyen tertentu. Maka, praktis seperti ini jelas tergolong sebagaimana hadith di atas.

Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian. Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan adalah komisyen atau upah ‘brokerage' sebagaimana didakwa. (Rujuk keputusan nombor 3/24, 17 Julai 2003). Selain itu, Syeikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya : "Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai. Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru dan demikian selanjutnya. Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan. Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya. Perniagaan jenis ini adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu:

Ø Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.

Ø Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30% dari wang yang dibayarkan pada syarikat MLM.

Ø Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang berada pada level atas (Upline) sedangkan level bawah (downline) selalu memberikan nilai point pada yang berada dilevel atas mereka.

Justeru, saya kira, amat tipis untuk mencari MLM yang tidak tergolong dalam item-item salah yang saya sebutkan di atas, malah saya juga suka menyarankan agar pengamal-pengamal jualan amanah saham dan Takaful secara wakil untuk lebih berhati-hati agar tidak terjerumus dalam bab MLM. Bagaimanapun, jika anda masih ingin mendakwa halalnya MLM ini, saya sarankan agar pengamal MLM memastikan asas minima Shariah berikut dapat dipatuhi :-

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli menjual jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Akhirnya, saya tahu bahawa hukum MLM ini masih terbuka untuk perbincangan, malah Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ketika perbincangan dengan beliau mengakui ini isu yang agak baru baginya. Benar, amat sukar ditemui tulisan para ulama Islam dari Timur Tengah berkenaan hal MLM ini, disebabkan MLM belum masuk ke pasaran negara Arab dengan meluas. Justeru, menjadi tanggungjawab para ilmuan Shariah Asia Tenggara untuk membantu masyarakat untuk mengetahui pandangan Shariah tentang MLM ini. Tulisan ringkas saya hanyalah pandangan awal bagi memberi peringatan bahawa dengan sekadar pandangan, kelihatan begitu banyak keraguan boleh muncul dalam perniagaan MLM ini. Tidak perlulah pembaca merasa marah dan benci dengan tulisan ini. Ini sekadar nasihat bagi mereka yang mengambil berat tentang pendapatan serta memikirkan barzakh dan akhirat mereka yang kekal abadi. Wallahu ‘alam.

Kuala Lumpur, Malaysia (14 Zulhijjah 1427 H = 4 Januari 2007)
slaughters
aku rasa putera.com perlu bebas dari anasir2 yang dilarang keras oleh agama. jangan sampai terlambat.

moderator yang nak memerhatikan pun takde lagi nieh.

putera.com tempat dah jadi tempat untuk spamming golongan2 yang 'gile' duit. dengan bertopengkan ustaz2 yang ntah datang dari mana. Dengan beraninya mempersoalkan agama islam. Kejahilan yang akhirnya memakan diri sendiri.

So, ada ape2 pandangan tak ?
inlook
QUOTE(slaughters @ Feb 28 2007, 09:04 AM) [snapback]431233[/snapback]
aku rasa putera.com perlu bebas dari anasir2 yang dilarang keras oleh agama. jangan sampai terlambat.

moderator yang nak memerhatikan pun takde lagi nieh.

putera.com tempat dah jadi tempat untuk spamming golongan2 yang 'gile' duit. dengan bertopengkan ustaz2 yang ntah datang dari mana. Dengan beraninya mempersoalkan agama islam. Kejahilan yang akhirnya memakan diri sendiri.

So, ada ape2 pandangan tak ?

Diaorang tu mungkin ustaz jgak kot... cuma kita kena pahami,tak sume ustaz pakar dalam sume bidang..

Sedarlah wahai pecinta2 "duit Segera" @ "Kaya segera".... kembalilah ke pangkal jalan... jangan kerana duit yang tak seberapa tu kita sanggup tinggalkan amalan agama kita... ust Zaharuddin dah penat buat kajian untuk mengajak manusia dari tertipu dengan muamalah2 yang palsu nie.... Kalau tak ikut kata orang alim yang bijak dalam bidangnya... kita nak ikut sapa lagi? tak kan nak ikut "ustaz donald trump"... huh.gif

"Biar lah sedikit asalkan berkat daripada banyak, tapi penuh dengan laknat"

Kerana kekayaan dan duit manusia boleh melupakan segala-galanya... Itulah hamba duit... blush.gif

"Daging yang tumbuh dari makanan yang haram, maka neraka lah yang utama baginya"
unexistance
kenapa takde orang mempertahankan diri? da tau salah ke pe? or worse, da gile ngan duit blink.gif
Unclekyo
kaya cepat miskin pon cepat...tiada jalan untuk kaya kecuali berusaha...salah melabur sendiri yang rugi...ni sume dakyah amerika, bila duit kita byk kuar dari malaysia miskin le ngara kita..cuba pk dari segi long term...
bengang2003
QUOTE(Unclekyo @ Mar 1 2007, 03:11 PM) [snapback]432422[/snapback]
kaya cepat miskin pon cepat...tiada jalan untuk kaya kecuali berusaha...salah melabur sendiri yang rugi...ni sume dakyah amerika, bila duit kita byk kuar dari malaysia miskin le ngara kita..cuba pk dari segi long term...

kita kat sini bukan nak berbalah atau memperjuangkan sesuatu..mana yang baik dijadikan teladan..buruk jadikan sempadan..

masing2 ada pemikiran dan hati.tepuk dada tanya iman..tak perlu gaduh2..
hazwan_zohdi
saye cume nak beri pendapat, sebelum nak sempurnakan iman orang atau mempengaruhi iman orng, check diri kite dulu, kite ni bersih dari segala duit haram ke. smua ade pendapat masing2, dan smua ada kubur masing2...x salah nak nasihat orng, tapi tgnk dan nasihat diri kite dulu.
znnet05
Assalamualaikum,Berkenaan masalah haram dan halal ini menjadi kewajiban umat islam menasihat saudaranya,so jika nasihat kita dah diberikan maka terlepaslah tanggungjawab...warga putra yang masuk bermacam2 FUND ni rasa2 dah tahu halal dan haram ditambah lagi nasihat dari saudara2...Maka rasa terima kasih atas nasihat2 yang diberikan...Di dunia ini Wang dan perempuan adalah suatu kelalaian,maka berhati2 dalam kehidupan harian...kadang2 jika kita bangkit isu RIBA...?adakah bank tidak terlibat dengan riba..contohnya tempat bekerja Penasihat Syariah Dalaman dari Asian Finance Bank ( Zaharuddin Abd Rahman),gaji beliau dari bank tersebut,adakah Bank ini bebas dari unsur RIBA?Mohon kemaafan jika ada tersalah bahasa @tutur kata,terima kasih...Wsalam

Null
Tak perlu kaitkan dengan soal halal haram pun, kalau betul-betul kita kaji sistem tu, kita dah boleh tahu samada sistem tu sistem yang akhirnya akan menganiaya semua orang.

Jauhilah skim cepat kaya dan pelaburan-pelaburan yang akan merosakkan kita.

p/s: tahniah kepada rezolles (moderator e-duit yang baru). Agar dapat mengemudi channel e-duit ni dengan penuh rasa tanggungjawab dan bijaksana.

Kepada kaki-kaki e-duit, nasihat saya kalau betul-betul nak berjaya dalam perniagaan internet, contohilah rezolles.net smile.gif

wassalam
sempoi
assalamualaikum..
RIBA?...ada sesiapa rasa rugi bila join abfund?..(mcm pinjam duit dgn along atau pinjam bank?)..ada sesiapa rasa sykt abfund rugi pasal bagi fix return dkt pelabur2 dan pelabur2 rasa x puashati?..ada sesiapa rasa duit pelaburannya dilabur dkt sykt perjudian,pelacuran,arak dll?ada sesiapa rasa abfund atau pelabur atau pihak2 lain salah satu drpnya terinaya dgn pelaburan dan pulangan yg dijanjikan?..ada sesiapa rasa dukacita x dapat untung dan rasa ditipu?ada sesiapa rasa tertipu sebab abfund sepatutnya bagi lebih lagi % sehari?..anda tidak rela dgn apa yg anda dapat?anda x akan anggap sedikit kerugian dr % setiap hari sbg service charge kpd abfund?
tepuk dada tanya selera! jika salah satu jwapannya ya..anda seharusnya meninggalkan abbfund dgn segera!
fahamilah erti riba'..jgn menuduh sembarangan sesama islam.sebagai manusia biasa,jangan tunjuk alim dan membuat hukum hanya dgn mengkaji 3-4 jam...dan jgn juga tunjuk alim hanya dgn paste kenyataan dari org lain..
sesungguhnya mencari salah org itu mmg mudah...mudah juga untuk kita menghukumkan haram walau sesuap nasi yg masuk kedalam mulut kita setiap hari..
fikir2kan lah..

salam.
sempoi
Dalam laman webnya Zaharudin turut menjelaskan salah satu syarikat EM-Pay yang diragui perniagaannya seolah-olah "perniagaan timbun dan kutip wang dari orang ramai dan kad diskaun," seperti contoh seorang individu melabur RM 138, dan dan dalam tempoh dua minggu EM-Pay memberi pulangan RM 32,000 dan ini dinamakan Riba Al-Fadhl katanya yang merujuk kepada (Mughni al-Muhtaj, Khatib Ash-Sharbini, 2/28 ; Al-Bada'I As-Sonai' , Al-Kasani, 5/183 ; Qadhaya Iqtisodiyyah Mu'asiroh, Dr Sulaiman Al-Asyqar, 2/592).

.....setau aku dlm tempoh sekurang2nya 15 bulan atau 15 level
(jgn la lebih-lebih pulak...dah baca n kaji habis ke websitenya tu?)
darkstar
QUOTE(sempoi @ Mar 2 2007, 01:52 AM) [snapback]432993[/snapback]
Dalam laman webnya Zaharudin turut menjelaskan salah satu syarikat EM-Pay yang diragui perniagaannya seolah-olah "perniagaan timbun dan kutip wang dari orang ramai dan kad diskaun," seperti contoh seorang individu melabur RM 138, dan dan dalam tempoh dua minggu EM-Pay memberi pulangan RM 32,000 dan ini dinamakan Riba Al-Fadhl katanya yang merujuk kepada (Mughni al-Muhtaj, Khatib Ash-Sharbini, 2/28 ; Al-Bada'I As-Sonai' , Al-Kasani, 5/183 ; Qadhaya Iqtisodiyyah Mu'asiroh, Dr Sulaiman Al-Asyqar, 2/592).

.....setau aku dlm tempoh sekurang2nya 15 bulan atau 15 level
(jgn la lebih-lebih pulak...dah baca n kaji habis ke websitenya tu?)

elo kawan.. kalau lerning tu buat cara baru learning. jangan nak tunjuk telor plak kat sini
bengang2003
QUOTE(darkstar @ Mar 2 2007, 02:40 AM) [snapback]433006[/snapback]
elo kawan.. kalau lerning tu buat cara baru learning. jangan nak tunjuk telor plak kat sini

kalau ustaz zaharuddin tu sendiri bekerja dengan bank, apakah maknanya tu? pada aku, boleh dikatakan keseluruhan bank di dunia ni mengamalkan riba'... tak percaya? kalau ada akaun maybank,public, bcb dan lain2, setiap hujung tahun kita akan dapat penyata kewangan yang dipos setiap hujung tahun dan setengah tahun..kat situ kita akan dapat RM3-4...itu duit apa pulak? terang2 dia tulis dividen.. adakah kita semua selidik dari mana dividen tu datang?

kalau diselidik secara tak langsung ialah dividen2 yang diperolehi tu sedikit sebanyak datang daripada wang2 mereka yang diisytihar muflis, cagaran tanah, kereta dan rumah yang telah dilelong etc...bagi yang main ASB dan Unit Trust pula, adakah mereka tahu di mana ASB / Unit Trust melabur wang mereka? tentu di pasaran wang asing bukan? yang mana ASB/ Unit Trust telah melantik badan2 tertentu untuk menguruskan urusniaga saham tersebut..sebab itulah bila hujung tahun,kita akan dapat lebih kurang 10-12% dividen...kerana sebahagian besarnya telah dikaut dan dibayar upah pengurusan (management fee) pada badan2 yang dipertanggungjawabkan tu...

ini berbeza dengan Program2 yang dikenali sebagai perniagaan internet yang dikatakan haram oleh Ustaz Zaharuddin tu...apa yang terjadi sekarang ialah para2 pelabur melabur terus di dalam pasaran saham dengan cuma menggunakan satu badan atau pihak sahaja, tidak melibatkan birokrasi dan campurtangan banyak pihak..sebab itulah dividen yang diberikan ialah secara terus kepada para pelabur...maksudnya tidak melalui orang tengah...

aku rasa mungkin Ustaz Zaharuddin dan yang sependapat dengannya tidak akan menyimpan wang mereka di dalam bank,sebab terang2 bank juga mengamalkan riba'..tapi kalau Ustaz Zaharuddin sendiri bekerja dengan bank, apakah maknanya tu? kalau PErbankan Islam mungkin jugaklaa boleh dimaafkan..tapi ini Asian Finance Bank...Wallahualam

memang mudah meletakkan kesalahan di bahu orang lain..tapi kesalahan diri sendiri kena juga pelihara dan betulkan semula..
MalaysianSecurityForce
QUOTE(bengang2003 @ Mar 2 2007, 09:19 AM) [snapback]433100[/snapback]

Kawan... jaga sikit fakta tu "Asian Finance Bank" adalah islamic banking, sisters company dia adalah Qatar Islamic bank. Jangan main bubuh je cmtu.
Boleh timbulkan fitnah.

Rujukan : http://www.globalpro.com.my/20Oct05-Qatar-...inance-Bank.htm
znnet05
QUOTE(MalaysianSecurityForce @ Mar 2 2007, 10:54 AM) [snapback]433170[/snapback]
Kawan... jaga sikit fakta tu "Asian Finance Bank" adalah islamic banking, sisters company dia adalah Qatar Islamic bank. Jangan main bubuh je cmtu.
Boleh timbulkan fitnah.

Rujukan : http://www.globalpro.com.my/20Oct05-Qatar-...inance-Bank.htm

Jauhi fitnah....Apapun kita bersetuju penubuhan bank ini kat Malaysia.Jangan pula ia bekerjasama dengan bank tempatan !!!!!
Joe*labi*89
"tiada perniagaan tanpa kerugian dan dalam perniagaan mane ade untung tetap , kalau untung tetap dianggap bukan perniagaan dan haram" << petikan dari bpk saudara saya mase org promosi MLM kat die laugh.gif jgn marah2 nanti cepat tue
penjual_sayur
kekadang aku paste balik kenyataan dr ust ni kat org2 yg emel aku skim MLM cam em-pay ke ape2 je, diorang hentam balik aku... siap kena perli2 lg. and dengan yakinnya ckp diorang punya sistem HALAL la..

pastu ckp artikel ust ni mengelirukan ummat Islam plak. Keliru ke korang rasa? Dah nyata terang2 kat situ apa yg menyebabkan haram.

Bleh plak mamat tuh suh kuarkan fatwa kasitau haram baru dia percaya. setau aku mmg ada fatwa yg ust tu quotekan (tp bkn dr malaysia.. x silap negara2 arab yg menfatwakan haram..)

sama gak la ngan thread em-pay dlm room e-duit ni.. ahaha.. x pasal2 aku kena warning kat situh sbb nyibuk duk paste benda sama.. ahaha.. marah aje diorang ek.. dah tahu haram tp...??? wallahu'alam..
dik
Ape2 je la ustaz zaharuddin tu,
nak percaya x larang,
x percaya pun x larang jugak,
ikut kehendak masing2

asalkan tiada paksaan
paksaan adalah dilarang dlm islam
bengang2003
apa2pun terima kasih kerana nasihat menasihati..insyaallah akan datang petunjuk jika benar perniagaan yang dijalankan ini haram..wallahualam
ajer
QUOTE(bengang2003 @ Mar 3 2007, 11:06 AM) [snapback]433997[/snapback]
apa2pun terima kasih kerana nasihat menasihati..insyaallah akan datang petunjuk jika benar perniagaan yang dijalankan ini haram..wallahualam

bro.... kalau boleh lain kali tulis perkataan InsyaAllah tu bebetolol skit yer... just nak nasihat jer.. kalau tulis nama kalam Allah kene prihatin skit... walaupun nampak remeh tapi sendiri mau ingat.
Joe*labi*89
jgn kite sampai menghalalkan sesuasatu yg haram dan mengharamkan sesuatu yang halal sudahla keke wacko.gif
inlook
Uhh thread nie dah jatuh kebawah... dry.gif kena naik kan nie...

Akhir zaman nie orang ambik mudah jerk soal halal haram... kerana duit macam-macam orang pertahankan, yang tak betul pun jadi betul ... untuk teman-teman yang memperjuangkan tentang kebenaran haramnya benda-benda nie teruskanlah.. jangan gentar dengan tulisan orang -orang yang menentang kebenaran nie.....yang penting tugas kita mengingatkan mereka semua... terima ker tak tu urusan Allah... yang penting sampaikan...

Kita tak perlulah berhujah panjang lebar kat sini... kalau mereka-mereka yang terlibat tu betul-betul nak tau.. bacalah artikel ust.Zaharuddin tu lebih dari sekali... rolleyes.gif

Ust.Zaharuddin tu memang manusia biasa macam kita, dan beliau juga bukanlah maksum seperti nabi, tapi beliau mempunyai kepakaran dalam mu'amalah Islam.. bagi yang cetek ilmu mu'amalah Islam janganlah bangga dengan kejahilan yang tinggi tu... Beliau berpesan dan menegur berdasarkan kajian ilmunya bukan ikut nafsu semata-mata dan beliau tidak pernah memaksa... tapi kita yang tak boleh terima pendapat dia berdasarkan apa? hanya berdasarkan nafsu dan perasaan sahaja...

darkstar
Jangan ler ada yg bengang dengan kenyataan ustaz tu. Dia dah jalankan tanggungjawab dia sebagai seorang muslim, dan sekarang menjadi tanggungjawab kita pulak untuk memikulnya. Jauhi yang haram dan cari yg halal. Itu je... Tak berat manapun..

Bump utk hari ini :-)

bengang2003
QUOTE(darkstar @ Mar 5 2007, 05:00 AM) [snapback]435489[/snapback]
Jangan ler ada yg bengang dengan kenyataan ustaz tu. Dia dah jalankan tanggungjawab dia sebagai seorang muslim, dan sekarang menjadi tanggungjawab kita pulak untuk memikulnya. Jauhi yang haram dan cari yg halal. Itu je... Tak berat manapun..

Bump utk hari ini :-)

Terima Kasih..
darkstar
QUOTE(bengang2003 @ Mar 5 2007, 09:21 AM) [snapback]435559[/snapback]
Terima Kasih..

samo-samo
slaughters
ade sape2 ke berani nak mematahkan dakwaan ustaz zaharudin tu ? tak pun nak saman die ke..

Kalo cakap berani kerana benar, keluar a. Jangan tau nak bantai orang aje..

At least paling kurang, buktikan secara berhikmah.. bukan marah2.. orang yang marah, fikiran die macam orang gile..

Relax..

Ape2 pun, putera.com bukan tempat untuk SPAMMING benda2 haram nie.. ingat sket..
mrRemz
QUOTE(slaughters @ Mar 6 2007, 08:52 AM) [snapback]436612[/snapback]
ade sape2 ke berani nak mematahkan dakwaan ustaz zaharudin tu ? tak pun nak saman die ke..

Kalo cakap berani kerana benar, keluar a. Jangan tau nak bantai orang aje..

At least paling kurang, buktikan secara berhikmah.. bukan marah2.. orang yang marah, fikiran die macam orang gile..

Relax..

Ape2 pun, putera.com bukan tempat untuk SPAMMING benda2 haram nie.. ingat sket..

aku pun salah sorang muslim islam... dan aku sangat perihatin ngan isu riba nie,... tapi kalau boleh aku harap org yg ahli dalam soal agama nie lebih banyak beri pendapat... yang aku tau bukan ustz zaharuddin tu sorang jer ustaz kat malaysia nie. sedangkan keputusan ttg sahih tak sahih persoalan agama ni patut ada satu perbincangan para ulama. bukan pendapat dari seorang ustaz sahaja. yang aku harapkan para mufti agama ikut serta.
penjual_sayur
HUKUM MLM : JAKIM MENJAWAB

QUOTE
Nama

mohd jamli.
E-Mail ?
mohdjamli@tv3.com.my .
Anda ingin komen tentang apa?
Hal Ehwal Islam
Aduan
Assalamualaikum

Saya ingin bertanya berkenaan trend skim cepat kaya internet seperti em-pay, swiss cash dan lain-lain.
Apakah hukumnya dari segi syariah?

Kenapa tidak diwar-warkan di media massa oleh pihak JAKIM sekiranya perkara itu adalah haram bagi umat islam menyertainya.

Terima kasih.

Jawapan

Secara umum Multi Level Marketing adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang biasa dikenal dengan istilah Upline (tingkat atas) dan downline (tingkat bawah), orang akan disebut Upline jika mempunyai Downline.

Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat vertikal atas bawah mahupun horizontal kiri kanan ataupun gabungan antara keduanya.

Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian.

Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan adalah komisyen atau upah brokerage sebagaimana didakwa.

Selain itu, Syeikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya : "Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai.

Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru dan demikian selanjutnya.

Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan.

Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya. Perniagaan jenis ini adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu:

1. Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.

2. Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30% dari wang yang dibayarkan pada syarikat MLM.

3. Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang berada pada level atas (Upline) sedangkan level bawah (downline) selalu memberikan nilai point pada yang berada dilevel atas mereka..

Status
Selesai.
Nombor Rujukan
1/3/2007
Tarikh

Nota:
1. Aduan Awam ini akan diteliti dan dijawab oleh Pegawai Perhubungan Awam, JAKIM.
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu aduan sahaja.
3. Jawapan yang diberikan adalah secara rasmi oleh pihak JAKIM kecuali dinyatakan sebaliknya.
4. Borang ini mestilah menggunakan Browser Internet Explorer.

RESPOND UST ZAHARUDDIN

Sekrang telah keluar jawapn dari Badan berwajib. alhamdulillah. Jika inginbaa lanjut dan teliti tentang hukum MLM sila buka artikel yang telah saya keluarkan di

http://www.zaharuddin.net/v1/index.php?opt...2&Itemid=72

Anda akan dapati bahawa jawapan JAKIM kelihatan sama dengan jawapan saya. Ia menunjukkan mereka bersetuju dengan kajian saya juga. Alhamdulillah

erm.. dah jatuh balik topik ni. dah jadik page ke-2 dah. nampak gayanya segala mak nenek datuk moyang MLM makin memenuhi thread ini. Opss.. MLM yg halal tuh xpe.. yg dimaksudkan yg ragu2 statusnya...

erm.. kdg2 tu la.. even ada yg baca mende ni pun masih ignore lg hukum hakam.. krn nafsu nak ikut org lain yg cpt kaut untung..

aku ada gak la emel mende camni kat sedara2 terdekat yg kuat main HYIP la, money games la.. Ada yg leh terima cam abg ipar aku ustaz.. dia pun sblm ni ada main MLM gak (yg mmg ada produk, bkn money games semata2 la..).. pastu hampir2 nak masuk yg dinar iraq tu (aku pun xtau status dinar iraq tu) so dia mula wat reasearch baca sana sini ttg info mende2 ni last2 mmg dia pun tahu benda camni haram.. so dia mmg amik kputusan tak masuk la. Aku rasa dia pun ada baca artikel ust zaharuddin ni...

Tp ada gak la yg jenis x kisah langsung, buat2 derk je walaupun dia tahu status tu jatuh haram (totally money games). Tp siap leh ckp kat aku:

"ala mende nih sama je main labur ASB ke Tabung Haji ke sbb kite bkn tau mana diorang labur duit kita.. kalau dpt untung tu aku buat ape2 ajelah dgn duit tu.."

aku bgtau balik:
"ASB mmg lah bukan under kaunter syariah. Tabung haji tu mmg kaunter syariah.. kalau bkn under kaunter syariah, abis la org tabung haji gi haji dgn duit campur2 haram.. Tp xtau la kot ada terlabur dgn kaunter bkn syariah, diorang (pembelot) lah tanggung dosa.." {correct me if aku dah tersalah kasi fakta}

Aku tak faham ape maksud dia dgn kalau dpt untung tu aku buat ape2 ajelah dgn duit tu, aku agak2 maksud dia, buat ape2 ajelah asal bukan utk MAKAN (tak jadi darah daging) kotttt.. ape yg aku nampak maybe org nih dia nak compete ngan membe3 dia yg mmg kuat main MLM ngan segala jenis mak nenek money games dan kaya ngan bende tu je. so dia pun nak jugak "berjaya" cam kekawan dia.. kott? assumption aku sajalah..

Aku cuma takut dia TERberi makan anak bini ngan duit2 campur haram je. Kan jd daging haram lak.. Tp aku pun dah byk kali bgtau tp xde reaksi pun.. So terpulang lah pd dia nak decide.

Erm.. satu lg yg aku dok perati, (ni lari topik skit) yg main ADSENSE Black hat ni.. Korang rasa camne hukumnya? Macam kita menipu GOOGLE dan jugak menipu company2 advertiser jugak la kan.. Kita beli program cam auto-blog or RSS to Blog yg leh generate beratus2 blog dlm masa brp saat je pastu letak adsense dan org dtg web pastu klik. Masalahnya.. content dlm blog tuh mmg tak berisi dan bernas langsung. Sekadar copy paste (auto generate dr program yg dibeli) sekerat2 isi dari blog orang pastu xde isi langsung. Sbb ia mmg direka semata2 utk memaparkan iklan ADSENSE je.

Bg aku la mende ni tetap haram. Dahle menipu GOOGLE. menipu lak si pembaca/visitor/clicker blog tuh.. diorang click sbb ingat mende berfaedah. Skali benda sampah daaa.. Pastu advertiser pun rugi sbb iklan ditayang kat blog isi sampah. Korang rasa camne? Ini pendapat aku je la. Kalau dapat beratus ribu US Dollar ngan cara nih pun aku x heran. MMg duit tak halal la, menipu je kerja. Pastuh dok bangga2 kat orang. Lain la kalau blog betul2 informative. Tak merugikan malah menguntungkan smua pihak.. Wallahu'alam.. Nanti kalau ada sambutan tajuk camni leh bukak thread satu.. hehehehe..
darkstar
Bila aku baca penerangan empay, lepastu compare dengan ponzi sheme, memang empay ada ciri-ciri skim piramid.

Rujukan: http://en.wikipedia.org/wiki/Ponzi_scheme

so, kalau ada yg claim empay ni kerajaan backup lah, diwartakan halal lah. Jangan percaya. semua tu TIPU!

http://www.kpdnhep.gov.my/index?pub=tips_688
penjual_sayur
Alhamdulillah kepada kawan2 yg tahu menilai setelah mencari maklumat dan fakta berkenaan.

Cuma pd yg masih lum bukak2 lg mata tu kerana sibuk dok kejar duit yg belum tentu HALAL, aku kasi satu perumpamaan:

Kalau org bukan Islam sudah tahu bahawa daging khinzir tuh ada kuman, tp diorang masih makan lagi maksudnya diorang mmg cari penyakit.
Maka.. utk2 umat Islam yg mmg dah nampak bahawa adanya jenis pelaburan yg mmg HARAM tp buat2 tak cerdik semata2 kerana nak kejar duit (nafsu kpd duit) maka mmg diorang nih jenis yg suka menternak dan membiak daging dan darah HARAM dlm badan.

Ingatlah.. yg haram dlm tubuh bdn tuh akan terus membiak dlm darah daging. Lagi dok main lg rasa syok, smpi bila nak insaf. Silap ari bulan sampai anak cucu cicit mengalir darah haram tu.. Pikir2 kan lah.. Jgn kerana nafsu dunia kita dibakar di akhirat...

- Aku yg serba kekurangan...-
znnet05
utk2 umat Islam yg mmg dah nampak bahawa adanya jenis pelaburan yg mmg HARAM tp buat2 tak cerdik semata2 kerana nak kejar duit (nafsu kpd duit) maka mmg diorang nih jenis yg suka menternak dan membiak daging dan darah HARAM dlm badan.

Betulke cara menasihat!!! rolleyes.gif
Permintaan ditunaikan...
darkstar
QUOTE(znnet05 @ Mar 9 2007, 09:15 PM) [snapback]440032[/snapback]
maka mmg diorang nih jenis yg suka menternak dan membiak daging dan darah HARAM dlm badan.
JANGAN TERLALU SANGAT MECELA SESAMA ISLAM,NABI TAK MENGAJAR UMAT BERCAKAP DEMIKIAN...SAYA BUKAN NAK PERTAHANKAN SAUDARA KITA NI TAPI KITA DIAJAR SEBAGAI SEORANG MUSLIM YANG BERHEMAH MULIA...KAU NI BELAJAR AGAMA KAT MANA????FIKIR SEBELUM BERCAKAP..MAAF mad.gif

bile masa pulak dia menghina, bukan ke itu satu nasihat? Takde pulak dia hina ataupun mencaci. Kalau ye pun marah, jangan ler sampai guna CAPSLOCK. Itu baru nasihat sesama umat, belum lagi dibukak hadith atau nas dari Quran, Kat dlm tu lagi banyak cacian dan kutukan dari tuhan sampai disamakan org yg makan duit haram tu sama macam berzina dengan mak sendiri. nau'zubillah.

Buat check and balance dulu sebelum menerjah tak tentu pasal.
znnet05
Kita ni siapa!kau (DARKSTAR)pi tanya ustaz2 bagus ke nasihat begini"utk2 umat Islam yg mmg dah nampak bahawa adanya jenis pelaburan yg mmg HARAM tp buat2 tak cerdik semata2 kerana nak kejar duit (nafsu kpd duit) maka mmg diorang nih jenis yg suka menternak dan membiak daging dan darah HARAM dlm badan."Ini bukan Umum...kau tanya ustaz2,bagus ke perkataan begini diucapkan..Hati yang keras jika di siram dengan kemarahan tidak mendatang kelembutan hati!!jadi sayapun tak nak berhujah perkara2 begini takut tersalah,Apapun yang salah dari saya yang baik tu dari Allah jua.Wassalam
penjual_sayur
buat znnet05, kau highlight ayat blkg je, ayat dpn tuh kau tak nampak?

nape tak highlight skali "Maka.. utk2 umat Islam yg mmg dah nampak bahawa adanya jenis pelaburan yg mmg HARAM tp buat2 tak cerdik semata2 kerana nak kejar duit (nafsu kpd duit) maka mmg diorang nih jenis yg suka menternak dan membiak daging dan darah HARAM dlm badan. "

Maksud ayat aku merujuk kepada orang2 yg mmg buat2 tak tahu walaupun dah nampak hukum.

Macam orang yg mencuri, dah tahu hukum HARAM tp masih buat2 tak tahu lg mencuri. Maka hasil mencuri itu bukanke HARAM dan jadi darah daging HARAM?

Bezanya kes ni bukan mencuri, cuma benda yg mmg terang2 nampak HARAM (money games, produknyer ape?) berdasarkan fakta2 yg diberikan oleh org yg mmg mahir dlm bidang tersebut. Kau duk hightlight yg blkg ajer tp yg dpn tuh tak nampak betul2? Lantak kau lah. Aku tak kisah. Aku dah bg perumpaan plg senang nak paham. Yerlah aku ni KASOR orangnyer. Menegur cam takde manners je gamaknya. Hahahahaha..

Nak buat mcm mana, orang guna CAPSLOCK tuh lagi berhemah dari aku dan cuba menegur aku dgn BERHEMAH skali dgn caplocks itu. Siapa yg tak tukar caplocks dan menunjukkan kemarahan (siap dgn icon mad.gif skali) semasa menaip? Hehehe.. Siap tanya lg aku bljr agama kat mana. Iyalah aku akui mmg pengetahuan agama aku cetek tp aku tak lokek nak berkongsi apa yg aku ada. At least aku cuba menegur. Tapi mungkin kasar bagi kamu. Jadi aku pun mintak maaf kalau kamu tersinggung. terima kasih sbb tegur aku anyway, aku mmg menghargai teguran yg berhemah dan bermaksud baik itu.

QUOTE(znnet05)
Pengiraan saya ni betul ke? kalau masuk WinLi US100 harian dapat US2.5=RM9
Kalau masuk US300 harian dapat US7.8=RM28.8
Masuk US500 harian dapat US13.5=RM48.6

QUOTE(znnet05)
ESUISSEFUND.COM

Soklan selingan: Awak join benda ni ke?

To mozan22:
QUOTE
klau trlupa mandi hadas tp kita dh niat nk mandi dh dkira mandi......setuju tak?
<-- ye ke? Awak pasti? Maksud awak camne? Saya tak paham. Maksudnya kita NIAT SAHAJA nak MANDI HADAS tapi LUPA NAK MANDI HADAS? So dah kira mandi? Boleh awak trgkan? BTW.. ni thread Kajian Pelaburan Internet. Kena buka thread lain ni nak bincang hal2 hukum NIAT. Tp perkara ni menarik perhatian saya. Tak pernah lg saya dgr. Takkanlah KITA NIAT je nak amik air sembahyang tp terlupa amik, pastu kita sembahyang. Dah kira sah ke?

Matlamat tak menghalalkan cara. Kalau niat baik sekalipun tp caranya haram, tetap jd haram jugak. Agak2 konsert nyanyi melalak melaung bukak aurat sana sini tunjuk lurah buah dada (jual betik) konon utk derma kpd org malang, ttp jugak HARAM. Jd walaupun niat sbg konsert amal bersedekah kpd org2 ditimpa musibah tp caranya haram.. ttp jugak haram. Correct me if i'm wrong.

Pasal akad tu tak silap aku mcm akad jual beli. Pernah bljr dlm Pendidikan Islam/ AlQuran-Sunnah/ Syariah Islamiah ttg adab/tatacara jual beli dlm Islam? MMG wajib ada akad. (Betulkan aku kalau silap, tp sepaham aku ttg artikel ustaz tu bermaksudkan akad jual beli yg ni..). Just sharing ape yg aku phm.. Kalau zaman dulu tu si penjual ckp "saya jual" dan si pembeli jwb "saya beli". Pd zaman skrg ni maybe resit tu dah dikira akad jual beli. Anyway sronok baca posting awak.

Kita sbg org Islam mmg tak diharamkan pun berurus niaga dgn bukan Islam. Malah, underware yg dipakai pun bukannya buatan Islam. Maksud yg dibincangkan ialah perniagaan yg "mmg nampak" atau "ragu2" arah pelaburannya. Bagi saya, kalau was2 baiklah dielakkan. Umpama kita menjual ikan di pasar, kalau tidak tahu si pembeli membeli dgn duit hasil curi, tidak mengapa. Itu hukum dia dgn ALLAH. Tp kalau kita mmg tahu dia nak beli IKAN kita dgn duit hasil curi, bagaimana? Saya memilih utk elakkan, tp jika mmg dia memerlukan ikan utk beri mkn kpd keluarga, saya rela sedekahkan sahaja ikan itu dari menerima duit curi itu. Wallahu'alam...

QUOTE(mozan22)
gua antara yg awal dgn winlifund ni, acc gua yg awal2 dh byk untung, ko semua yg nk join jgn fkr pnjng2 sgt, semua yg kito msk ada risiko so jgn kata cmpny betoi2 janji nk byr cume klu kito awai2 msk untuuuuung

Soklan selingan: Awak join benda ni ke?
inlook
Ramai budak baru belajar tentang Islam nie... cakap ikut sedap rasa jerk.... nasihat sedara seIslam untuk mozan22 ... belajarlah sesuatu perkara sebelum mengupasnya( terutama sekali dalam bab niat).. Islam datang bukan dengan logik akal... akal dan perasaan kita nie terlalu jauh untuk kita menggambarkan ilmu Allah s.w.t.

dan yang terakhir

QUOTE
ada tak skim yg org2 islam blh msk?????? emailkan kt saya mozan72@yahoo.com yg betul2 mnjalnkan bisnes cara islam, nk buka bisnes x ada modal, pinjam bnk kena cekik darah. klau ada yg nk bg modal dialu2kan. x byk dlm rm 500 ribu dah le.
minta maaf jika ada yg trsinggung.....hamba takut berdoa (minta)....takut syirik.....doa syukur x apa......paham tak ni??????wassalam. BERSAMA BANGUNKAN UMMAH

Banyak sangat skim pelaburan yang dipantau oleh Panel Syariah kat Malaysia... lau tak cari mana nak jumpa...

takder sapa yang tersinggung kot... malah orang lihat kenyataan sedara macam budak-budak lak.. maaf yerkk
znnet05
Ada orang yang tersinggung ke?Maaflah,marah bukan di caps lock @katun tu.sebelum Ustaz Zaharuddin keluar fakta ini ada juga masuk,tp sekarang tak lah,Memang ada penipuan dan Riba terutama Orang yang terakhir...Yang penting nasihat para Ilmuan wajib didengar,Para Ulama adalah Pewaris Nabi.. Tapi kekadang tu mesti ada cara2 menasihat,fikirkanlah cara terbaik....Tak perlulah mencari kesalahan yang dahulu kala,Kita dulupun bukannya baik sangat,mungkin hati lebih busuk..yang pentingnya bertaubat..yang baik tu memang baikla,Nak mengubah seseorang tu bukan senang so teruskan Perjuangan!!!!JJANGAN ADA PERASAAN BENCI SESAMA MUSLIM,Jika ada sakit dihati dan apa2 aje mohon kemaafan..Wassalam wub.gif
hardbiz
QUOTE(inlook @ Mar 10 2007, 01:05 PM) [snapback]440313[/snapback]
Ramai budak baru belajar tentang Islam nie... cakap ikut sedap rasa jerk.... nasihat sedara seIslam untuk mozan22 ... belajarlah sesuatu perkara sebelum mengupasnya( terutama sekali dalam bab niat).. Islam datang bukan dengan logik akal... akal dan perasaan kita nie terlalu jauh untuk kita menggambarkan ilmu Allah s.w.t.

dan yang terakhir
Banyak sangat skim pelaburan yang dipantau oleh Panel Syariah kat Malaysia... lau tak cari mana nak jumpa...

takder sapa yang tersinggung kot... malah orang lihat kenyataan sedara macam budak-budak lak.. maaf yerkk

money games org cakap haram.. hari ini mesti semua orang ada bukak accaunt bank kan? .. sedar x sedar dalam akaun bank ada money games jugak.. jadi adakah sume org makan yg haram ye?? student2 blaja pakai dfuit pinjaman.. pinjam rm28000 bayar balik rm36000... jelas gak ada unsur2 riba dalam ptptn... camne yer?? pusing kanan pusing kiri.. sume ada riba..
talapia
QUOTE(hardbiz @ Mar 10 2007, 01:35 PM) [snapback]440333[/snapback]
money games org cakap haram.. hari ini mesti semua orang ada bukak accaunt bank kan? .. sedar x sedar dalam akaun bank ada money games jugak.. jadi adakah sume org makan yg haram ye?? student2 blaja pakai dfuit pinjaman.. pinjam rm28000 bayar balik rm36000... jelas gak ada unsur2 riba dalam ptptn... camne yer?? pusing kanan pusing kiri.. sume ada riba..

so klu da tau bende2 mcm pelaburan intenet tu riba n haram..cuba2 la JGN tambahkan lagi riba tuh..
takkan da tau Riba tapi still nk join..
mmg kat dunia skrg byk rIba..mmg aku tak nafikan
tapi once kita da tau bende tu jelas riba n ade penerangan dari org yg berpengalaman n pakar dalam hal2 mcm nih..
so pandai2 lar kawal diri..
jgn ikut "semue terjun lombong,aku pun terjun lombong skali.."

asrul
assalamualaikum.
saya baru join putera.com ni.saya nampak bab eduit ni paling meriah.
saya pergi ke banyak cc dah x nampak kanak2 sekolah main game.semua dah penuh dgn org2 dewasa tengok akaun mereka.saya lihat kawn2 saya yg dulunya x berminat langsung dgn komputer dan internet sekarang dah kenal.dah tau apa itu investment.dah tau apa itu online banking guna maybank2u.com,egold dll. secara tidak langsung mereka dah sedar kebaikan internet,kemudahan dan keburukan.dah berminat nak pakai laktop,register internet sendiri.dah rasa mudah dan penting guna internet.
yg dulu selalu layari website porno dah xder masa lagi nak buat mcm tu.yg suka buang masa chatting pun dah xder masa nak chatting.semuanya gara2 eduit ni atau online investment.nampaknya sekarang org2 melayu semakin MAJU.satu perkembangan yg amat baik
saya sudah biasa dgn internet pun belum berani cuba lagi utk main online saham.
dalam pemerhatian saya dari debat yg saudara saudari berikan dalam thread ini pun byk faedahnya.secara rela atau tidak rela investor akan kaji juga hukum online saham ni,mlm, riba' dan sebagainya sebab mereka ada yg beragama islam.secara tidak langsung menambahkan pengetahuan mereka tentang islam.
namun begitu saya masih kabur lagi tentang hukum yg sebenar sebab sukar utk kita jatuhkan hukum.bukan seperti mencuri,menginaya,menipu dan sebagainya.saya belum nampak lagi org mengadu mereka kena tipu dlm online investment dari thread2 mereka.
pada saya...sebelum sah benda tu haram,jangan la membuat provokasi...umpama menyindir seperti makan daging haram dsb. nyatakan juga nama program yg haram itu sbb begitu byk online investmen..nyatakan yg mana 1 haram dan sebab2nya serta bukti dengan cara berhemah dan bersopan santun.

saya langsung x menyebelahi mana2 pihak sbb saya bukan lah online investor ataupun ustaz..cuma yg saya risaukan:

1) Bagi mereka yg islam yg iman senipis kulit bawang..takut mereka rasa islam itu tidak adil. ini boleh membawa kepada kufur.
2) Bagi yang non muslim..terasa tidak berminat untuk masuk islam
3) Bagi pendakwah yg berdakwah dlm thread ini..ditakuti membawa kebencian kpd org2 yg x puashati.kalau pendakwah pun dibenci (termasuk pendakwah2 lain)..mcamana kita nak dapat ilmu.
4) Untuk yg mula belajar ttg globalisasi dan mula maju kedepan....takut terbantut dgn kenyataan2 yg belum sah dan mula mengamalkan hobi lama iaitu membuang masa.

ini adalah pendapat saya diharap tiada yg tersinggung..jika ada yg tersinggung harap maaf. dan hindarilah sifat ego kerana ego itu bukan sifat umat islam...wasallam
wu ming
aku nk tanya korang...

klo ada orang tu lahir2 dh kaya. duit dia bnyk dia labur kat ASB. dia goyang kaki makan divident jer.

apa beza dgn orang miskin yg labur dgn skim pelaburan internet ni. bagi aku halal ker haram kena ikut jugak atas keadaan seseorang tu. klo orang tu xder pilihan dn lapar mcuri utk makan sbb lapar boleh dimaafkan.

aku pun xsuka dgn melabur internet ni, cuma aku bniat klo ada untung sikit aku nk pegi kursus keusahawan dn bljr buat bisnes yg nyata.itu jer. pedih gak kena basuh dgn org kata menda cam ni haram.

pi mai pi mai orang btuah jugak untung. aku kata orang btuah untung dpt apa mudah dn apa disuka mudah, orang btuah kata kat aku depa pun boring asyik dapat mudah jer xder cabaran. piiirah...... cakap boleh la..........

..patut HARAM mcm makan babi,riba,rasuah.tu sama juga HARAM hina orang miskin....
Million_Makers
jangan jadi tuhan arr nak tuduh tuh haram nih haram .sedangkan yg ko tahu cuma sorang jer tuh yg kata haram ..tuh pun bukan duduk dalam majlis ulama ...yg dok dalam majlis ulama kata HARUS ..ade plak yg kata HARAM ...ape sj la ...kalau korang mana yg rasa HARAM takyah join ..mana yg rasa HALAL silakan ....takda fatwa yg SAHIH mengatakan benda2 pelaburan nih HARAM ...so jgn mandai2 arr nak jatuhkan HUKUM sesuka hati ...sepatutnya korang ader akal guna akal tuh bukan terima bulat2 ape yg org lain putuskan ...ALLAH MAHA TAHU ...kita bukan manusia yg maksum (terlindung dari dosa) ...malah ade yg berckap mcm ustaz kat sini tuh pun aku yakin hari2 buat dosa ....takkan tak faham2 lagi?...
wu ming
petikan dr satu forum:-

contoh utk ASB:-

Sekiranya anda tidak mampu dan tidak layak memberi fatwa / ijitihad sendiri, maka berpeganglah dengan mana-mana fatwa / pendapat yang sedia ada.

Ketetapan ini berterusan sehinggalah mereka iaitu para mufti / mujtahid di Malaysia ini bersepakat dalam satu hukum sahaja.

Ulama' yang berpendapat ASB halal, ia melihat dan memandangnya dari sudut A.

Ulama' yang berpendapat ASB haram, ia melihat dan memandangnya dari sudut B.

Memandangkan ASB ini satu perkara ijitihadiyy, maka tidak perlulah orang awam berbalah sesama sendiri, melainkan kita semua perlu menerima dan mengikut satu pendapat yang kita lebih yakin.

Harap maklum.

maklumat lanjut disini
darkstar
QUOTE(asrul @ Mar 10 2007, 02:56 PM) [snapback]440388[/snapback]
nampaknya sekarang org2 melayu semakin MAJU.satu perkembangan yg amat baik

Cuba sebutkan negara maju mana yang tak mengharamkan skim piramid & skim cepat kaya. Cuba sebutkan.
Jangan pandai-pandai buat kenyataan yg kita sendiri tak tau fakta. Skim piramid, ponzi, lottery dan kebanyakan pelaburan yg ada unsur-unsur pyramid scheme memang diharamkan di kebanyakan negara maju.

p/s; pelik btol aku, wikipedia dah ada pun masih ramai yg malas nak membaca.
penjual_sayur
QUOTE(talapia @ Mar 10 2007, 01:50 PM) [snapback]440346[/snapback]
so klu da tau bende2 mcm pelaburan intenet tu riba n haram..cuba2 la JGN tambahkan lagi riba tuh..
takkan da tau Riba tapi still nk join..
mmg kat dunia skrg byk rIba..mmg aku tak nafikan
tapi once kita da tau bende tu jelas riba n ade penerangan dari org yg berpengalaman n pakar dalam hal2 mcm nih..
so pandai2 lar kawal diri..
jgn ikut "semue terjun lombong,aku pun terjun lombong skali.."

Aku setuju ape yg dikatakan oleh talapia kat atas tu. Kalau dah mmg tau ada riba, cuba elakkan, jgnlah nak tambah2 lagi.

QUOTE(asrul @ Mar 10 2007, 02:56 PM) [snapback]440388[/snapback]
1) namun begitu saya masih kabur lagi tentang hukum yg sebenar sebab sukar utk kita jatuhkan hukum.bukan seperti mencuri,menginaya,menipu dan sebagainya.
2) saya belum nampak lagi org mengadu mereka kena tipu dlm online investment dari thread2 mereka.
3) pada saya...sebelum sah benda tu haram,jangan la membuat provokasi...umpama menyindir seperti makan daging haram dsb.
4) nyatakan juga nama program yg haram itu sbb begitu byk online investmen..nyatakan yg mana 1 haram dan sebab2nya serta bukti dengan cara berhemah dan bersopan santun.

saya langsung x menyebelahi mana2 pihak sbb saya bukan lah online investor ataupun ustaz..

Jawapan saya:
1) Yang kabur itu AWAK, tapi USTAZ ZAHARUDDIN tu pakar dlm bidang dia. Dia sudah mengkaji dan membuat hukum sbg seorang yg pakar dlm bidang dia. Itu Ilmu dia yg Allah dah berikan. Terpulang pd awak kalau masih kabur. Kalau saya, yg KABUR itu saya elakkan sbb perkara ragu2 sebaiknya dijauhi. Yg USTAZ dah huraikan bersama sebab2 tu dah mmg jelas. Mungkin anda sahaja yg SUKAR nak jatuhkan hukum, tapi USTAZ tersebut yg mahir dan pakar serta professional dlm bidang beliau telah cuba huraikan hukum tersebut.

2) Awak sahaja yg belum nampak orang yg kena tipu. Saya sudah jumpa, agak ramai juga. Cerita2 saya dgr juga agak banyak. Kebanyakan orang2 yg mula2 masuk (agak2 level2 kat atas2 tuh) mmg tak kena tipu, tapi yg di bawah2 ni bila sudah masuk ketika program hampir tepu, tapi tak dpt sesen pun, malah keruguan banyak. Penipu adalah mungkin upline sendiri (bawak lari duit org tu ke lain, jadi bkn salah syarikat) ataupun sistem tersebut yg memang hidup dengan rotate duit org bawahan yg masuk. Wallahu'alam saya malas nak komen panjang ttg sistem sbb ianya pelbagai.

3) Apa maksud anda sebelum sah benda itu haram? yg saya maksudkan di sini ialah perkara yg dah dinyatakan oleh JAKIM dan ust zaharuddin sendiri. Saya pelik dgn jawapan anda spt tidak faham apa yg saya bincangkan, saya bukan tuduh melulu mana2 online investment pun, posting saya adalah berdasarkan artikel dr JAKIM dan ust zaharuddin.

4) Adakah anda baca artikel2 yg begitu banyak, jelas dan teliti bersama sebab musabbab yg MENJADIKAN IANYA HARAM? Nama program pun ada disertakan sekali bersama2 dgn kajian mengapa benda tersebut boleh jatuh kpd hukum HARAM. Sila baca dan paham dahulu. Jadi program2 lain yg mempunyai ciri2 yg sama (baca artikel itu) adalah HARAM juga. Anda boleh nilai sendiri.

Anda rasa saya membuat provokasi dan sindiran ttg daging haram? Terpulang pd anda kalau rasa itu adalah provokasi. Kalau sumber tu haram, tidak ke menjadi daging haram dlm bdn kita? Maksud aku sumber HARAM ni adalah pelaburan HARAM yg telah dikatakan itu, bukan benda yg BELUM SAH haram. Isk budak nih mmg tak faham sungguh apa aku cakap..

QUOTE(asrul @ Mar 10 2007, 02:56 PM) [snapback]440388[/snapback]
1) pada saya...sebelum sah benda tu haram,jangan la membuat provokasi...umpama menyindir seperti makan daging haram dsb.
<-- kalau belum tahu status, BELAJAR. BUAT KAJIAN. baca artikel2 dan rujukan, kitab ke yg boleh dipercayai sumber kesahihannya. Kalau YAKIN HALAL, JOIN sahaja sbb bagus dpt meningkatkan ekonomi sendiri dan juga ummat Islam. KALAU mmg HARAM, masih nak join? Kau ada paham ke yg aku bincang ni mmg MMG HARAM STATUSNYA atau RAGU2..

Terpulanglah, penat dah saya rasa dgn org yg asyik duk silap paham ngan saya kata nak provokasi lah. Saya mintak maaf kepada pihak2 yang terasa dgn posting saya.

To asrul: Saya sudah cuba huraikan yg terbaik utk awak faham apa maksud saya. Mungkin cara/ayat saya agak kasar bab daging haram tu, jadi saya mintak maaf kpd semua. Kalau tak setuju, tak apa. Tp nilai lah sendiri, kalau sumbernya mmg diketahui TERANG2 lagi BERSULUH SPOT LIGHT.., tapi kita sengaja mengabaikannya cam kata talapia "semue terjun lombong,aku pun terjun lombong skali..", padahnya pada diri sendiri.

Kalau bukan azab di dunia, di akhirat pasti ada balasan setimpal. Ingat2lah.. sumber yg haram tu akan menjadi daging haram dlm badan kita..

Wallahu'alam.. Sesungguhnya yg baik itu dr Allah dan yg lemah itu dr diri saya sendiri. Wassalam.
penjual_sayur
QUOTE(wu ming @ Mar 10 2007, 03:36 PM) [snapback]440418[/snapback]
aku nk tanya korang...
apa beza dgn orang miskin yg labur dgn skim pelaburan internet ni. bagi aku halal ker haram kena ikut jugak atas keadaan seseorang tu. klo orang tu xder pilihan dn lapar mcuri utk makan sbb lapar boleh dimaafkan.

Pertama, perlu difahami di dalam Islam, tidak semua perkara yang diharamkan akan ada alternatifnya. Justeru tidak harus menyalahkan Islam apabila tiada alternative. Sebagai contoh : "Apakah alternatif bagi orang ingin melakukan hubungan seks tanpa perlu bernikah? " Jawabnya : Kahwin..tapi kahwin perlukan nikah. Justeru ia sudah isu berlainan. Maka jawab yang lebih specific, tiada alternatif, cuma peggantinya ada iaitu IKUT PERINTAH ALLAH SWT, tinggalkan shahwat yang tidak menurut kehendak Allah itu.

Sumber: UST ZAHARUDDIN (lagi2 dia yer.. hehehe..)

QUOTE(wu ming @ Mar 10 2007, 03:36 PM) [snapback]440418[/snapback]
bljr buat bisnes yg nyata.itu jer. pedih gak kena basuh dgn org kata menda cam ni haram.

Aku sokong. Ini yg terbaik. Org kata meniaga kedai runcit ke pasar malam ke kedai makan pun ok. Hehe. Aku takdelah pedih kena basuh. Tp berhati2 jugaklah dgn benda2 camni.

QUOTE(darkstar @ Mar 10 2007, 04:10 PM) [snapback]440431[/snapback]
Cuba sebutkan negara maju mana yang tak mengharamkan skim piramid & skim cepat kaya. Cuba sebutkan.
Jangan pandai-pandai buat kenyataan yg kita sendiri tak tau fakta. Skim piramid, ponzi, lottery dan kebanyakan pelaburan yg ada unsur-unsur pyramid scheme memang diharamkan di kebanyakan negara maju.

p/s; pelik btol aku, wikipedia dah ada pun masih ramai yg malas nak membaca.

Yer darkstar, wikipedia ada, rujukan lain ada. Tp (apa yg aku nampak la) si asrul ni mcm tak faham apa aku nak sampaikan. Dia gi cakap benda yg belum tahu HUKUM tp yg aku duk cerita ni benda yg mmg dah TAHU dan JELAS hukum. Asrul mcm tak brp faham benda yg dibincangkan kat sini. Sila rujuk artikel berkenaan serta wiki yg dimaksudkan oleh darkstar tu. Ampun maaf dr aku. Kalau kau tak faham lagi maksud aku, tak tahu lah aku. Tp aku TAK PAKSA kau terima bulat2 je apa aku ckp. Penerimaan terpulang pd diri kau sendiri.

asrul
QUOTE(darkstar @ Mar 10 2007, 04:10 PM) [snapback]440431[/snapback]
Cuba sebutkan negara maju mana yang tak mengharamkan skim piramid & skim cepat kaya. Cuba sebutkan.
Jangan pandai-pandai buat kenyataan yg kita sendiri tak tau fakta. Skim piramid, ponzi, lottery dan kebanyakan pelaburan yg ada unsur-unsur pyramid scheme memang diharamkan di kebanyakan negara maju.

p/s; pelik btol aku, wikipedia dah ada pun masih ramai yg malas nak membaca.

saya kata org melayu dah makin maju sebab dah mula ambil tahu hal2 internet..xder la saya maksudkan maju pasal negara halalkan masuk skim kaya ke kayap ke apa ke..x pasal2 kena sembur ngan ustad ek..garang2 betul ustad ngan ustazah kat sini.

ayuayang dll..
kalau saudari nak kata saya bodoh pun kata aje la...saya memang kabur tentang hukum online investment ni, tu sebab saya x sertai.awak kena bagi proof pada kwn2 kita yg sertainya kalau mmg jelas awak tahu hukumnya haram.awak kena bertanggungjawab.kena bawak benda ni ke tv3 ke..rtm..biar semua org tahu.(bukan masuk metro or cosmo ye)..ada berani?

wasallam
penjual_sayur
QUOTE(asrul)
ayuayang dll..
kalau saudari nak kata saya bodoh pun kata aje la...

bila masa plak aku NAK KATA kau bodoh.. isk isk ke situ plak. X paham aku..

QUOTE(asrul)
awak kena bagi proof pada kwn2 kita yg sertainya kalau mmg jelas awak tahu hukumnya haram.awak kena bertanggungjawab.kena bawak benda ni ke tv3 ke..rtm..biar semua org tahu.(bukan masuk metro or cosmo ye)..ada berani?

<-- Jawapan yg anda nak ni ada kat petikan di bawah. Dah keluar dlm HARAKAH (Bukan cosmo/hmetro ye).

KUALA LUMPUR,27 Feb (Hrkh) - Dengan pulangan yang berlipat ganda dan jaminan keuntungan ratusan ribu malah jutaan ringgit dalam tempoh singkat, pelbagai perniagaan yang berasaskan sistem Multi Level Marketing (MLM) di internet, semakin 'menggoda' umat Islam untuk melabur walaupun sebahagian besarnya dari sudut hukum agama jelas haram.

Penasihat Syariah Dalaman, Asian Finance Bank, Zaharuddin Abd Rahman (gambar) berkata umat Islam perlu berwaspada dan jangan mudah terpedaya dengan sistem kewangan di internet yang menyamai skim cepat kaya atau skim piramid yang berisiko tinggi dan perlu merujuk kepada pakar kewangan Islam sebelum menceburinya.

"Apa jua pelaburan yang diceburi, mestilah merujuk kepada penasihat syariah syarikat tersebut supaya dengan cara ini diketahui secara jelas bahawa pelaburan tersebut sah di sisi agama ataupun tidak,"katanya lagi ketika ditemubual Harakahdaily di pejabatnya sebentar tadi.

"Dan sebahagian besarnya tidak wujud majlis penasihat syariah serta tidak jelas produk yang diusniagakan," katanya.

Beliau sebelum ini yang telah membuat beberapa kajian tentang pelaburan internet seperti EM-Pay, Swisscash, Willyfund dan E-Barrel telah menjelaskan secara terperinci kaedah tersebut dan hukumnya dimuatkan dalam keluaran Harakah lalu dan juga dalam laman webnya www.zaharuddin. net serta detikdaily.net.

Kebanyakannya pelaburan di internet yang dikenal pasti secara umumnya menjurus kepada kaedah 'mencari' orang untuk menambah pendapatan dan tiada produk yang diniaga malah seandainya ada pun ianya bersifat haram kerana terdapat unsur judi dan gharar (tidak jelas) yang ditegah di dalam Islam, jelasnya.

Dalam laman webnya Zaharudin turut menjelaskan salah satu syarikat EM-Pay yang diragui perniagaannya seolah-olah "perniagaan timbun dan kutip wang dari orang ramai dan kad diskaun," seperti contoh seorang individu melabur RM 138, dan dan dalam tempoh dua minggu EM-Pay memberi pulangan RM 32,000 dan ini dinamakan Riba Al-Fadhl katanya yang merujuk kepada (Mughni al-Muhtaj, Khatib Ash-Sharbini, 2/28 ; Al-Bada'I As-Sonai' , Al-Kasani, 5/183 ; Qadhaya Iqtisodiyyah Mu'asiroh, Dr Sulaiman Al-Asyqar, 2/592).

"Ia jelas katanya bukanlah perniagaan yang diiktiraf oleh Shariah, malah ia adalah Riba," katanya.

Tanpa menjual sebarang produk malah sistem ini secara amnya melanggar 'nature of business' atau fitrah ekonomi yang akan mengakibatkan ramai yang tidak bekerja, malas dan berangan kaya semata-mata menantikan keuntungan yang dijanjikan.

"Inilah yang dinamakan 'money game' yang diharam sama sekali di dalam Islam. Allah SWT menghalalkan jual beli dan mengharamkan Riba.

"Bukan semua MLM tetapi jenis yang 'bermain dengan kepala' (komsiyen ikut kepala dan berapa ramai ahli yang berjaya diperolehi dan bukannya komisyen jual barangan syarikat) jelas haram disisi agama," jelasnya terperinci dalam laman webnya.

Tambahnya lagi ia adalah perniagaan duit dan 'kepala' iaitu tajaan kepala dan setiap bagi mendapatkan satu 'kepala' atau 'lot' adalah perlulah membayar sejumlah wang.

"Walaupun sememangnya kelihatan amat menggiurkan tetapi malangnya, ia adalah tidak halal secara pasti tanpa syubhah lagi," katanya lagi.

Selain itu, walaupun dengan alasan untuk menjana ekonomi pendapatan umat Islam sekalipun katanya namun perkara pokok halal haram sesuatu perkara jangan dikesampingkan sedangkan 'niat tidak menghalal cara' dan Islam tidak meletakkan material ataupun harta benda semata-mata kepada asas memulihkan ekonomi umatnya ini termasuk jugalah alasan untuk mengubah keadaan kewangan yang semakin terhimpit dan bebanan kos sara hidup yang tinggi yang menimpa umat Islam khususnya rakyat di negara ini.

Beliau turut kesal dan kecewa berikutan umat Islam terpengaruh dan terpedaya akibat daripada keyakinan untuk menceburi pelburan ini disebabkan diyakinkan oleh sesetngah individu yang bergelar 'ustaz' dan ahli dalam pengetahuan agama.

"Yang saya dahulukan ialah kepentingan umat Islam dan tanggungjawab saya sebagai umat Islam untuk menjelaskannya, sama ada ada yang bersetuju atau tidak itu terpulanglah," katanya yang turut menyatakan bahawa kapasiti beliau bukanlah sebagai seorang Mufti namun menyarankan para Mufti mengeluarkan fatwa berkaitan sistem ini. (Baca ni ASRUL)

"Kajian saya terhadap sistem ini,tidak tertumpu kepada benar atau tidak keuntungan yang dijanjikan, wujud muslihat atau sebaliknya tetapi tertumpu sama ada ia menepati kehendak syariah dan sah di sisi agama," katanya

"Dan jangan meletakkan 'ustaz' sebagai 'benchmark' atau 'standard' untuk menceburi bidang sedangkan yang perlu dititik beratkan ialah hukum agama," katanya biarpun ramai para Ustaz menceburinya termasuk skim tertentu yang mungkin sah dari segi undang-undang ataupun pernah dilancarkan oeh para menteri.

Disember tahun lalu, akhbar pernah melaporkan sekurang-kurangnya wujud 50 laman web internet tempatan yang dikesan menjanjikan rakyat negara ini mengikuti skim jutawan segera antaranya bermodal RM 2.00 dan mendapat pulangan RM 1 juta dalam tempoh seminggu ataupun sebulan.

Malah dalam akhbar yang sama, jurucakap Jabatan Siasatan Komersial (JSJK) berkata laman web seperti ini memang banyak dikesan tetapi tidak ramai yang membuat laporan polis selepas terpedaya atau kerugian besar akibat pelaburan yang dibuat.

"Memang semua orang mahu menjadi jutawan tetapi perlulah mengikut cara yang betul dan bukannya berangan melabur beberapa ringit dan mengaaharap jutaaan ringgit sebagai pulangan," kata jurucakap tersebut. -
penjual_sayur
QUOTE(Million_Makers @ Mar 10 2007, 03:45 PM) [snapback]440422[/snapback]
jangan jadi tuhan arr nak tuduh tuh haram nih haram .sedangkan yg ko tahu cuma sorang jer tuh yg kata haram ..tuh pun bukan duduk dalam majlis ulama ...yg dok dalam majlis ulama kata HARUS ..ade plak yg kata HARAM ...ape sj la ...kalau korang mana yg rasa HARAM takyah join ..mana yg rasa HALAL silakan ....takda fatwa yg SAHIH mengatakan benda2 pelaburan nih HARAM ...so jgn mandai2 arr nak jatuhkan HUKUM sesuka hati ...sepatutnya korang ader akal guna akal tuh bukan terima bulat2 ape yg org lain putuskan ...ALLAH MAHA TAHU ...kita bukan manusia yg maksum (terlindung dari dosa) ...malah ade yg berckap mcm ustaz kat sini tuh pun aku yakin hari2 buat dosa ....takkan tak faham2 lagi?...

Mengucap dgn ayat anda ni : jangan jadi tuhan arr nak tuduh tuh haram nih haram .

Sudah menjadi tgjwb orang yg berkelayakan dlm bidang beliau utk mengkaji, meneliti hukum. BUKAN BERMAKNA NAK JADI TUHAN. Zaman skrg tak ada NABI utk memberikan panduan kpd kita, jadi tgjwb orang2 yg mahir dan pakar dlm bidang tersebut wajiblah membuat kajian. Kalau MUFTI keluarkan fatwa bermakna dia TUHAN ke?

Buat masa ni yang mmg nampak kat INTERNET mmglah nampak SPT SEORANG SAJA (UZAR) tapi kat luar2 ni ramai dah ustaz2 lain aku jumpa cakap benda sama, tapi HARUS DIINGAT BUKAN SEMUA MLM HARAM!!! Yang ada ciri2 yg disebutkan itulah yg menjadikan sesuatu perniagaan itu HARAM.. tak kisahlah MLM ke skim piramid ke money games ke.

Yg dok dlm MAJLIS ULAMA tu kata HARUS tu MLM jenis mana? Apa ciri2nya? Yg Ustaz Zaharuddin (UZAR) cakap HARAM tu mcm mana pula ciri2nya? Sama ke? Mestilah lain kan.. Awak jgn kata yg UZAR sahaja keluarkan kenyataan yg sama, malah JAKIM juka turut keluarkan isu yg sama.

Rujuk: Kenyataan JAKIM (malah aku dah paste sblm ni pun dlm room ni..)

YANG HARUS: Ciri2 yg tak lari dari sistem perniagaan berdasarkan pandangan ISLAM. Sistem yg tak menindas ahli, yang mmg ada PRODUK dan mmg HARGA PRODUK tu tidaklah mahal sangat (berpatutan dgn harga sebenar). Maka mmg diharuskan kita masuk sbb boleh menjana ekonomi keluarga, malah ummat Islam sendiri dan negara kita. Pendek kata win-win situation utk pengguna dan syarikat sendiri. Dan juga berlandaskan Islam (tiada barang yg HARAM di sisi Islam..). Agak2 la kalau MLM jual arak, nak join ke? HARUS ke kita sbg ummat Islam masuk? (Jgn kata takde ye MLM jual arak, mmg ada.. aku pernah tgk katalog yg jual arak...)

YANG HARAM: Bukanlah SEMUA. Yg hanya ada ciri2 disebutkan itu sahaja. Jadi, pandai2lah buat pilihan. KAT SINI TAKDE ORANG PUN NAK JADI TUHAN DENGAN MENJATUHKAN HUKUM SESUKA HATI.

QUOTE(Million_Makers @ Mar 10 2007, 03:45 PM) [snapback]440422[/snapback]
so jgn mandai2 arr nak jatuhkan HUKUM sesuka hati ...sepatutnya korang ader akal guna akal tuh bukan terima bulat2 ape yg org lain putuskan ...ALLAH MAHA TAHU ...kita bukan manusia yg maksum (terlindung dari dosa) ...malah ade yg berckap mcm ustaz kat sini tuh pun aku yakin hari2 buat dosa ....takkan tak faham2 lagi?...

UZAR yg mahir dlm bidang tersebut boleh consider sebagai MEMANDAI dan SESUKA HATI jatuhkan HUKUM?

Sbb ada akal lah, maka semua orang buat keputusan sendiri. Tp kena lah ada AKAL YANG SIHAT DAN WARAS. Kalau berlandaskan AKAL BERNAFSUKAN DUIT, kemungkinan yang HARAM pun NAMPAK HALAL. Na'uzubillah...

Setuju dengan ayat anda bahawa ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI.

Dan setuju kita semua bukan maksum. Semua orang melakukan silap dan dosa dalam sedar atau tidak. Tetapi sbg seorang Islam, haruslah kita mengelakkan perkara yang HARAM dan ragu2 itu, supaya tidaklah lagi kita TOP UP dosa yg sedia ada.

Ampunkan segala salah silap saya. Cuma memberikan pandangan. Yg baik itu dr Allah dan yg lemah itu hanyalah dr saya sendiri.

Sekian. Wassalam.

kit777
HAHAHAHA....

BESTNYA TGK GELAGAT KORANG NIH.
TERHIBUR HATI AKU.
MACAM BEBUDAK.

TERUSKANLAH CARI SALAH ORG YEK.
TERUSLANLAH BERKELAHI.

ASALKAN JGN ADA YG TERBUNOH SUDAHLAH.

MUEHEHEEHE..
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2008 Invision Power Services, Inc.