nazwa69
Apr 13 2007, 02:19 AM
Akhirnya majlis fatwa dah keluarkan fatwa mengenai investment internet ni... sapo nak lawan lagi, ikut la masing2... ni just nak share...
Video, Format WMV =
Video Buletin UtamaMirror =
Mirror 2Mirror 3Mirror 4Mirror = Youtube!p/s = mod, fail video takper kan? kalo salah, harap maap... sekian... wallahu'alam...
darkstar
Apr 13 2007, 03:14 AM
Thanx nazwa69
so, tutup kes.. kalau ada yg ajak berdebat pasal ni lagi, aku nasihatkan kita semua abaikan terus org-org macam ni.
soopee
Apr 13 2007, 07:02 AM
tepat pada masanya....
taubat...taubat..
tq majlis fatwa
Hackezkk
Apr 13 2007, 07:39 AM
ahahahahah
mmg best
pdn muke korang yg masuk tuh
insaf2la..jgn nak bertekak lagi
ponix
Apr 13 2007, 08:03 AM
kalau dapat jual harta takpe la..nak modal pun tak lepas..joojojommmm...join yang halal..
cikgureza
Apr 13 2007, 09:46 AM
Oleh NOR AZIAH JAAFAR, RUHAIDINI ABD KADIR dan RAMLI ABDUL KARIM
KUALA LUMPUR 12 April – Ketika wujud gelombang besar penyertaan orang ramai dalam skim-skim pelaburan Internet yang menjanjikan pulangan berlipat ganda, aktiviti itu hari ini difatwakan sebagai haram di sisi Islam.
Keputusan Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan Ke-77 di Kuala Terengganu itu sudah pasti memberi kesan kepada aktiviti pelaburan melibatkan tidak kurang 500,000 orang Islam termasuk golongan kenamaan dan profesional berpangkat Tan Sri dan Datuk.
Majlis berkenaan membuat keputusan itu terhadap semua bentuk pelaburan Internet termasuk skim cepat kaya SwissCash yang kononnya diuruskan Swiss Mutual Fund kerana skim-skim itu secara jelas mengandungi unsur riba.
Dengan nilai pelaburan mencecah RM1 bilion termasuk kira-kira RM200 juta yang dilaburkan oleh 50,000 pelabur dalam skim SwissCash, tidak kurang 50 jenis pelaburan Internet kini giat melobi orang ramai melabur dengan janji pulangan sehingga 300 peratus.
Selepas SwissCash dan beberapa lain malap, skim terbaru yang mendapat sambutan hebat ketika ini ialah I Love You Forever menerusi laman web www.iluf.biz yang menjanjikan pulangan sehingga RM21,000 bagi pelaburan pokok RM800 untuk tempoh 12 bulan dan www.ugifund.com yang dilancarkan hari ini.
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Datuk Dr. Abdul Shukor Husin yang ditemui pemberita selepas mesyuarat itu memberitahu, sebarang pelaburan yang menjamin keuntungan secara tetap seperti ditawarkan SwissCash adalah haram.
Menurutnya, atas alasan itu, Islam tidak membenarkan umatnya melabur dalam segala bentuk pelaburan seumpama itu.
‘‘Ada banyak pelaburan alternatif disediakan kepada pelabur yang berlandaskan Islam dan boleh disertai oleh umat Islam,’’ katanya.
Berdasarkan siasatan Utusan Malaysia, pelaburan Internet pilihan rakyat Malaysia ialah skim yang mendakwa menjana wang dalam pasaran hadapan komoditi seperti minyak, gas, perladangan dan emas.
Terdapat pelaburan Internet seperti SwissCash yang mendakwa kononnya aktiviti mereka ialah pelaburan offshore yang tidak tertakluk dalam bidang kuasa perundangan termasuk Bank Negara Malaysia (BNM).
Jenis pelaburan lain yang didakwa sebagai asas aktiviti skim pelaburan Internet ialah perniagaan mata wang asing selain melabur dalam pasaran-pasaran saham luar negara.
Sebelum ini, media mendedahkan pelaburan skim cepat kaya SwissCash yang tampil dengan pelan pelaburan tanpa had dan jaminan keuntungan lebih meyakinkan yang setakat ini sudah menelan kira-kira RM190 juta wang daripada lebih 50,000 pelabur Malaysia.
Kutipan wang deposit awam secara haram itu beroperasi dengan modus operandi berasaskan transaksi Telegraphic Transfer (TT) di bank-bank tempatan dan urusan pelaburan menerusi Internet.
Ekoran itu, BNM membuat kenyataan bahawa skim SwissCash adalah menyalahi undang-undang negara kerana mengambil deposit secara haram.
Teknologi
Selain SwissCash, terdapat lebih 50 skim cepat kaya menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) didalangi beberapa sindiket yang menawarkan pelbagai bentuk pelan pelaburan menerusi alam maya Internet.
Antara skim berkenaan ialah www.ABFund.biz; www.WinliFund.com; www.empay.com; www.buyebarrel.us; www.eaindex.com; www.fical.us; www.GlobalForex.us; www.Arabic.com; www.eracapital.com; www.e-investpro.com; www.GG-trade.com dan www.smartindex.net.
Dengan membuka laman web www.jutawan.com, pelayar boleh mendapatkan senarai keseluruhan skim-skim pelaburan Internet atau istilah globalnya dikenali sebagai High Yield Investment Programme (HYIP).
Modal pelaburan dikira berasaskan nilai mata wang Amerika Syarikat (ASD) berdasarkan 3.80 bagi setiap Ringgit Malaysia.
Dengan pelaburan serendah AS$20 (RM76), skim-skim itu menjanjikan pulangan lumayan minimum dua peratus sehari atau 60 peratus sebulan yang dibayar kepada para pelabur selama 100 hari.
Pulangan itu jauh lebih besar dan terlalu tinggi jika dibandingkan dengan kadar pulangan yang ditawarkan institusi perbankan iaitu tiga peratus sebulan bagi deposit tetap atau lapan peratus bagi pasaran modal.
Dengan pelan pelaburan yang menarik menggunakan laman web yang berpusat di Amerika Syarikat (AS), penganjur yang sebenarnya didalangi orang tempatan berjaya mengabui mata para pelabur.
ponix
Apr 13 2007, 09:54 AM
BRAVOO!!!!
adinor
Apr 13 2007, 12:50 PM
Kami dengar dan kami patuh.
mastakilla
Apr 13 2007, 12:52 PM
apa komen promoter2 HYIP?
panglimakhalid
Apr 13 2007, 02:23 PM
buat akhirnya...dapat pun keputusan..
tahniah kepada warga Putera.com yang prihatin..
neko
Apr 13 2007, 03:02 PM
sebar2kan lah kepade sesaper yang kat luar tu... sedare ker...
insaflah...
mr dozo
Apr 13 2007, 03:30 PM
aku pelikla apsal lambat sangat keluar fatwa...
anyway tahniah coz kuar gak fatwa nih...
yang dah joint tu faham-faham je la...
gegule
Apr 13 2007, 10:16 PM
kagum tui aku dengan ngkorang pasal patuh dengan fatwa, harapnyer sumer ler ngko follow bukan certain part jeks. amek benda paling mudah, penjagaan aurat

by the way, biler fatwa dah kuar, cukup ler stakat dengan perkataan "melalui fatwa bla bla, saya menyeru diri saya dan anda semua...." ingat, imam di masjid slalu menegur diri sendrik dulu, bukannyer melulu teruih attack orang lain. aku faham niat ngkorang baik untuk tegur, cuma kalo bleh, amalkan aper yang khatib slalu amalkan ketika membaca khutbah.

adios
☺☺☺
Apr 13 2007, 10:33 PM
fuhh.. akhirnya...
marila sama-sama menuju ke arah kebaikan dan menuju kejayaan..
well.. abaikan
DarkWan
Apr 13 2007, 10:42 PM
QUOTE(a_damanhuri77 @ Apr 13 2007, 03:38 PM) [snapback]468419[/snapback]
aku pelikla apsal lambat sangat keluar fatwa...
anyway tahniah coz kuar gak fatwa nih...
yang dah joint tu faham-faham je la...
Bukan senang nak memfatwakan hukum .. kalau tak salah aku Imam Bukhari nak filter hadis-hadis dia pun, dia solat sunat terlebih dahulu utk sebuah hadis.
Berapa hadis yang dia hafal? Tak silap aku dalam 300,000 lebih. 100,00 hadis sahih. 200,00 hadis palsu. Berapa rakaat dia solat sunat? Go figure.
Mungkin majlis fatwa tak buat macam tu. Mungkin juga ya. Point aku, bukan senang nak membuat keputusan. Kena pandang dari semua segi. Dalil kukuh. Bersumberkan Al-Quran dan Hadis. Baru orang percaya, faham dan patuh.
Itupun ramai yang tak patuh ..
PETABITE
Apr 13 2007, 10:49 PM
Thats de point DarkWan!
Dah lama tak masuk forum ni, aku tengok ramai sangat ahli baru yg cepat melatah la..
Woooo DarkWang, aku ada skim baru punya, nama dia Skim Skodeng Awek Sebelah Rumah, ko nak join? khokhohkohkhokhokhohkohkhohkoh..
DarkWan
Apr 14 2007, 03:26 AM
QUOTE(PETABITE @ Apr 13 2007, 10:57 PM) [snapback]468690[/snapback]
Thats de point DarkWan!
Dah lama tak masuk forum ni, aku tengok ramai sangat ahli baru yg cepat melatah la..
Woooo DarkWang, aku ada skim baru punya, nama dia Skim Skodeng Awek Sebelah Rumah, ko nak join? khokhohkohkhokhokhohkohkhohkoh..
Ehehe. Tak praktikal la, rumah aku jauh dengan rumah ko. Lain le ada pintu suka hati. Rumah dekat2 aku ni pun tak abes skodeng. Mak dia garang, kekeke.
--------
ON TOPICFatwa dah keluar. Tinggal ikut dan tak ikut je. Dah dikata haram tu, haram la. Tapi kalau mahu main, diam diam suda. Sendiri makan, sendiri mau ingat.
Tapi bila dah
menghalalkan yang haram, itu namanya melampau. Sesat lagi menyesatkan.
Unclekyo
Apr 14 2007, 05:36 PM
nak kayo, dapat kayap....muhahahahhaha
normeck
Apr 17 2007, 05:39 PM
A : wei...jgn joint Saham Neraka
B: ala...mcm ko sembahyang 5 waktu....
????
archilles
Apr 20 2007, 11:44 AM
bagi aku simple je...
kerajan dah tau benda ni mmg buat duit punya, saham2 di luar negara mmg betul2 menguntungkan.. keuntungan 300%
yg di beri dlm swisscash adalah sikit kalau nak di bandingkan apa yg company swisscash dapat.
Kerajaan menghalang benda ni sebab pengaliran matawang keluar negara akan bertambah dari hari ke hari..
kerajaan tak dapat untung daripada pelaburan yang rakyat malaysia buat ni, so dia hanya limitkan kepada pelaburan yang di benarkan oleh kerajaan.. dan kerajaan tak akan lluluskan benda ni, kerana dia tak dapat untung..
bab halal haram ni, kalau kerajaan yang kontrol yang haram pun jadi halal.. esiapa ustaz yang cakap haram akan kena gam...
so kerajaan mmg tak nak rakyatnya senang2 dapat duit... kena kerja dan byr cukai kepada kerajaan lah...
blind_control
Apr 20 2007, 04:34 PM
QUOTE(archilles @ Apr 20 2007, 11:52 AM) [snapback]472345[/snapback]

Undang2 di buat untuk protect rakyat... bukan nak cari duit...
kalo duit malaysia banyak keluar orang boleh speculate..
bila ekonomi jatuh nanti kita jugak yang susah...
lepas tu investment macam ni salah dari segi undang2 jugak..
BNM tak boleh nak monitor. nanti tokey dia lari investor nak report pada sapa..
Laporan Securities Commision menyatakan pelaburan ini adalah SKIM PONZI...takde product...
Kalo tokey dia guna duit tu untuk urusan jual beli dadah pun kau tak tau.
nazwa69
Apr 20 2007, 06:04 PM
QUOTE(archilles @ Apr 20 2007, 11:52 AM) [snapback]472345[/snapback]
bagi aku simple je...
kerajan dah tau benda ni mmg buat duit punya, saham2 di luar negara mmg betul2 menguntungkan.. keuntungan 300%
yg di beri dlm swisscash adalah sikit kalau nak di bandingkan apa yg company swisscash dapat.
Kerajaan menghalang benda ni sebab pengaliran matawang keluar negara akan bertambah dari hari ke hari..
kerajaan tak dapat untung daripada pelaburan yang rakyat malaysia buat ni, so dia hanya limitkan kepada pelaburan yang di benarkan oleh kerajaan.. dan kerajaan tak akan lluluskan benda ni, kerana dia tak dapat untung..
bab halal haram ni, kalau kerajaan yang kontrol yang haram pun jadi halal.. esiapa ustaz yang cakap haram akan kena gam...
so kerajaan mmg tak nak rakyatnya senang2 dapat duit... kena kerja dan byr cukai kepada kerajaan lah...
aku jumpa ramai dah makhluk camnih.. celik, tapi buta... dah terang2 banyak yang scam skang, masih nak jadi org bodo melabur benda2 ntah apa2... dengan alasan, ala biasalah bisnes, mesti ada rugi... tapi sebenarnya dia tak sedar diri duk kene tipus... ada otak letak kat kepala lutut.. dah terang2 benda ni piramid... masih nak buat... HYIP ni cam dadah la.. memang sedap, tapi sedap dia sekejap je la... cakap ulama pon nak lawan... sengal...
lipas
Apr 20 2007, 06:13 PM
QUOTE(archilles @ Apr 20 2007, 11:52 AM) [snapback]472345[/snapback]
so kerajaan mmg tak nak rakyatnya senang2 dapat duit... kena kerja dan byr cukai kepada kerajaan lah...
betol.. kerajaan taknak rakyat malaysia jadik pemalas cam ko.. pegi belajar.. pegi carik keje.. bantu ekonomi negara.. haha
bluster_7
Apr 22 2007, 07:30 PM
Salam....
Fatwa dah keluar, siap jadi isu negara lagi. Siapa yang rugi??? Bagaimana nasib orang yang baru dapat pencen, bonus tahunan, kwsp, pinjaman kad kredit dan bank,......duit hilang sekelip mata.
Kat sini ada benda yang aku nak share. Maybe korang masih tak tahu akan kewujudannya...
ditanggung HALAL dengan konsep jual beli yang jelas dan
kerjasama PPIM.Macammana LOAN bank boleh jadik HALAL? Kerana ada akad jual beli kan?
Sama jugak dengan benda ni, JAUH dari riba dan mempunyai konsep jual beli yang jelas.
Layari
PULANGAN HALAL UNTUK SEMUA.
Dijamin SELAMAT mengikut prosedur perundangan.
nora4life
Apr 24 2007, 10:17 PM
QUOTE(bluster_7 @ Apr 22 2007, 07:38 PM) [snapback]473719[/snapback]
Salam....
Fatwa dah keluar, siap jadi isu negara lagi. Siapa yang rugi??? Bagaimana nasib orang yang baru dapat pencen, bonus tahunan, kwsp, pinjaman kad kredit dan bank,......duit hilang sekelip mata.
Kat sini ada benda yang aku nak share. Maybe korang masih tak tahu akan kewujudannya...
ditanggung HALAL dengan konsep jual beli yang jelas dan
kerjasama PPIM.Macammana LOAN bank boleh jadik HALAL? Kerana ada akad jual beli kan?
Sama jugak dengan benda ni, JAUH dari riba dan mempunyai konsep jual beli yang jelas.
Layari
PULANGAN HALAL UNTUK SEMUA.
Dijamin SELAMAT mengikut prosedur perundangan.
aiyak...ini pon ada,itu hari masuk paper juga pasal bnda nih
Risiko melabur Internet
Oleh RAMLI ABDUL KARIM
KUALA LUMPUR 18 April
Hasilnya, pelaburan I Love U For Ever (iluf.biz) yang mendapat sambutan hangat orang ramai ketika ini juga merupakan bakal disenaraikan dalam Senarai Amaran kerana sebab-sebab yang sama.
Antara syarikat atau skim pengantara pasaran modal yang termasuk dalam Senarai Amaran SC ialah
Jai Network Sdn. Bhd., Matrix Cash, Hibah Fund, CB.IRAQ, Capital Glory Holdings Ltd, Duit Wayang, GC Group Asset Management, Ocean Balance Ltd dan 3A Consulting Group Sdn. Bhd.
syiema
May 8 2007, 03:14 PM
tapi.. Jnssb tidak tersenarai... yang ni sah di sisi undang2 coz dia tu mcm mlm.. cuba korang cek betul2.. Jai Network yang disenaraikan tu x wujud.. ramai yang main hentam jak seneraikan.... swisscash pulak.. aku ada join.. skrg bila dah difatwakan.. jadi serba salah lak... apasal dorang tak kuarkan awal2 yek... dah ramai terlanjur tu.. ustaz2 pun ramai gak...em.. biarkan laa duit tu.. serah pada member yang bukan beragama islam..
spoket
May 10 2007, 02:36 PM
QUOTE(archilles @ Apr 20 2007, 11:52 AM) [snapback]472345[/snapback]
bagi aku simple je...
kerajan dah tau benda ni mmg buat duit punya, saham2 di luar negara mmg betul2 menguntungkan.. keuntungan 300%
yg di beri dlm swisscash adalah sikit kalau nak di bandingkan apa yg company swisscash dapat.
Kerajaan menghalang benda ni sebab pengaliran matawang keluar negara akan bertambah dari hari ke hari..
kerajaan tak dapat untung daripada pelaburan yang rakyat malaysia buat ni, so dia hanya limitkan kepada pelaburan yang di benarkan oleh kerajaan.. dan kerajaan tak akan lluluskan benda ni, kerana dia tak dapat untung..
bab halal haram ni, kalau kerajaan yang kontrol yang haram pun jadi halal.. esiapa ustaz yang cakap haram akan kena gam...
so kerajaan mmg tak nak rakyatnya senang2 dapat duit... kena kerja dan byr cukai kepada kerajaan lah...
Aku pernah tanya sendiri kpd salah seorg tokoh ulamak kita, Datuk Hashim Yahya (Bekas mufti KL) tentang status ASN/ASB... beliau kata HARAM...tp krjn kita kata HALAL. Reasonnya kita tak tahu sbb PNB/ASN laburkan kpd pihak B yg halal tp pihak B lak pi labur kpd C yg terang2 bisnes haram. PNB tahu semuanya tapi pejam mata...sbb ikut hukum jalur gemilang.. payah gak ah kita sbg rakyat ni nak melabur..
spoket
May 10 2007, 02:50 PM
Kalo nak melabur kat internet betul2, jual jer brg2 sendiri kpd berbilion customer di alam cyber 24hours n 7 days a week...syaratnya produk kita tu kenalah halal dan sah disisi undang2. aku dah buat dan rasa seronok sbb setiap hari ada je customer yg visit online shop aku...ada just window shoppin dan bila ada yg membeli lagi best... yg penting semangat utk berniaga n usaha tu kena ada..
ChinPeng
Jun 5 2007, 10:35 PM
huhu...
baguslah dah ada fatwa menjelaskan pelaburan internet haram.
tapi, MLM tak haram..
dia kluakn produk sendiri.. besenya produk brgn kesihatan dan kosmetik...
jadi,tepuk dada,tanya selera.
are_zn
Jun 5 2007, 11:06 PM
Tapi ada keadaan MLM boleh jadi haram kan?
azmir
Jun 7 2007, 08:44 PM
QUOTE(nazwa69 @ Apr 12 2007, 10:27 AM) [snapback]468160[/snapback]
Akhirnya majlis fatwa dah keluarkan fatwa mengenai investment internet ni... sapo nak lawan lagi, ikut la masing2... ni just nak share...
Video, Format WMV =
Video Buletin UtamaMirror =
Mirror 2Mirror 3Mirror 4Mirror = Youtube!p/s = mod, fail video takper kan? kalo salah, harap maap... sekian... wallahu'alam...
jual e-gold kepada saya
1usd=RM3.42 tiada fee
<bayaran akan dibuat kepada anda melalui maybank2u transfer 4jam setelah saya menerima e-gold daripada anda.
<kami trade dari 9.00am-9.00pm sahaja
minima 53 usd
cara untuk mejual e-gold kpd saya
1>buat bayaran ke dalam akaun e-gold saya(4372072,ipin e-gold account)
2>hantar sms (nama,amount hendak dijual,no. acc e-gold,no.batch,no.acc maybank)kepada 0133397186
amaran:jangan membuat apa2 transaksi selepas 9.00pm jika terjadi apa2 saya tidak akan bertanggujawab
untuk maklumat lanjut sms 0133397186 atau email arifinz_99@yahoo.com.my
jika ingin membuat sebarang jualan sila sms sy terlebih dahulu
amisa
Jun 30 2007, 04:24 PM
AMARAN: SPAM DIKESAN
Kepada pengguna lain,sila laporkan "SPAM" jika ada dengan menggunakkan butang "REPORT".
Terima Kasih
PinguSpy
Jun 30 2007, 06:18 PM
^^^
x baik menyepam
pening aku????? forex lain jenis forex halal, or haram?
LucentAmar
Jul 2 2007, 10:34 PM
Heh amisa, program ko tu memang tongong betul. Pandai sungguh ko wat MARKETING. Maklumlah Melayu kita ni kurang cerdik. Derma kat orang, trus jadi kaya...huhu...kawe takat RM30 tu boleh bagi free kat 10 orang jer dari join program derma ko tu. Kalo ko nak duit, email kawe kat sini... ernie.syahidah@gmail.com. Ko lapar berapa hinggit? Kawe leh bank in kan. Takat RM300 jer, kawe leh bagi kat ko. Lebih2, kawe bukannya tuhan yer nak kasik rezeki kat ko.
Ramai dah saing kawe try masuk dan menyusahkan diri jer buat transfer maybank...kaya kejadahnya???..juta2???... fuh...baik ko tido lagi bagus...
=====================================================================
Ya kawe setuju kalo2 Majlis Fatwa keluarkan pula FATWA PASAL RIBA dan PINJAMAN BANK tu dulu sbb lama sangat dah mende ni dilanggan oleh makhluk melayu kita. ITU CUMA FATWA CARI MAKAN JER TU. Kawe tengok boss kawe pun buat potongan gaji masuk ASN/ASB 2-3 ribu gak sebulan. Semayang kemain rajin, menggelupur dia ke masjid waktu sebelum azan lagi...riba pun dia pulun gaks. Lantak dia la...tak kuasa kawe nak betulkan orang melayu kita yang dah mereng dek kerana KEHALALAN yang dicipta Kerajaan Islam Malaysia ala kari mamak ni. Bapak mertua kawe pun sama gaks...pulun kerja ikhlas-ikhlas, duit sumer masuk bank dan tunggu habuan riba untuk perbelanjaan keluarga. Tiada rasa bersalah pun dia makan duit riba cenggini.
Yang lagi bestnya..kilang2 atau bank terang2 kapir punyer, leh buat produk halal? Leh tempek sijil halal lagi. Dia orang apa pedulik apa Allah nak sound berkajang2 dalam quran pun. Babi, biawak sumer dia hentam..belasah makan saja. Inikan pula duit riba? Lawak sungguh la. Yang rugi dunia akhirat, orang melayu kita juga.
Kilang roti "High 5" terang2 milik cha ya nun alip, direbranding pula oleh Al Hafiz Hassan Din. HALAL la pulak!!! Tapi GARDENIA milik BERNAS yang diusahakan oleh melayu, Syed Mokhtar, digembar-gemburkan oleh cha ya nun alip, RAGU2, TIDAK BERSIH dan STATUS HALALNYA DIPERTIKAIKAN. Kawe amik hujah dangkal la sikik, kalo kita singgah Rumah Syed Mokhtar, dia masak nasi dan goreng ikan bilis jer. Kita nak makan ke tak? Mesti kita makan, right? Kalolah singgah rumah pemilik SilverBird yang mengusahakan roti High 5 tu, Datuk Jackson Tan dan dia masak mende yang sama kita pegi makan kat Rumah Syed Mokhtar tadi, adakah kita nak makan? Mau makan ka? Tapi hari ni, ramai umat melayu kita takut lapar dan lanyak jer makan tak kira siapa yang buat makanan tu. Hasil usaha bukan Islam ka...ditempek halal dah boleh makan la. Sungguh cetek rasanya minda melayu kita ni.
Kalo takat nak melabur Internet tu...dah Kapir Lahanat (Kapir Harbi = patut diperangi dah kalo ikut istilah yang Nabi SAW gariskan) buat makan pun melayu kita boleh belasah....hehe..inikan pula duit riba pelaburan Internet? Kacang je tu. Cakap la apa apa bentuk haram sekali pun, apa melayu kita peduli...sembang jer tak nak makan yang haram kat forum...dalam diam, hentam jugak makan... Kalau ke kedai nombor ekor, sport toto...Melayu kita jugak yang ramai. Lebih kapir pulak dari kekapiran CHA YA NUN ALIP.
"Pandai makan, pandai simpan la..." Hujah Cari Makan kata Ustaz Zaharuddin.
Macam juga Ustazah Mashitah kita dulu tu...Duit hasil pelacuran kerana terdesak pun DIBOLEHKAN..Kawe tak pasti kalo dia kata halal ke tak tu. Menteri Kerajaan Kari sumer diam jer. Kalo bising2 pun, dikata perkara kecil atau terpencil jer. Mashitah ni, sungguhpun dia mengaji agama, hujah dia banyak meragukan umat islam kita. Skrg ni pun, dia masuk forum perdana, tak sehebat sebelum dia join Kerajaan Kari dulu.
Kawe tertarik kisah Mualaf Jepun yang menjawat jawatan Pensyarah UIA, dah lama dah dia peluk Islam...bukan muaalaf lagi la camtu. Semua hasil makanan dia, dia tanam sendiri dan masak sendiri. Makanan pula sayur2 jer...biasalah orang Jepun. Keluarga dia pun sama gaks. Lagi best, bini dia Melayu, pensyarah UIA juga leh idup makan sayur jer. Katanya makanan kat pasaran sumernyer MERAGUKAN dan SYUBHAH!!!. Apakah kita juga akan kebulur kalo tak makan makanan yang ada dipasaran? Tak malukah Melayu kita dengar orang Jepun leh idup makan mende Halal hasil usaha tanaman sendiri di Malaysia?
Huhu...lagi ironinya, kita singgah makan kat kedai melayu. Dalam pemerhatian kawe, ramai tokey kedai melayu tu kaki judi ekor dan tak sembahyang punyer orang...HALAL jugak ka kita makan kat kedai dia? Bini pakai tudung, suami tokey kedai, semayang Jumaat pun entah kemana... Orang dah balik masjid, dia masih lagi sibuk di gerai.
Huhu...senang sungguh Majlis Fatwa buat keputusan untuk kesejahteraan kerajaan. Tapi usaha mereka tak cukup untuk memenuhi tuntutan Allah yang didukung mereka sendiri. Hanya diperkudakan oleh kerajaan kari jer.
Haha.. Tanyalah IMAN kita sendiri, tak perlu bitau kat orang yang kita tu jenis BAIK. Nak termuntah kawe dengonyer...
amer9904
Nov 27 2007, 08:18 AM
kepada yg dah kena insaflah jangan dok caya dah. aku pun dah kena jugak.
Thirr.isa
Dec 30 2007, 04:50 PM
Assalamualaikum.....angkat tangan jap....kalau dah ada yg posting this subject im sorry kay...
FOREX plak apa citer....Halal ker Haram.....????
arifcomp82
Jan 7 2008, 12:14 AM
huhuhu!!!!
sape tau UPTREND halal ke x???
lg satu, sy br je join DESQUERA, tu yg nak tau hukum dye dulu... halal or haram kekawan sume...
Rayquaza
Mar 12 2008, 10:42 AM
Orang sekarang bukannya ambik tahu pasal hukum-hakam ni... Semua orang nak cepat kaya, maklumla dunia ni dah tua...hu...hu...hu...
budak baik
Jun 10 2008, 09:03 AM
klu dah mata duitan ,akhirat bleh lpe oo.
KoBaYaKaWa SeNa
Jun 11 2008, 03:49 AM
jangan cakap macam tu...
islam ni syumul.....kalo nak dikira halal haram zaman ni...
orang yg keje kat 7e,supermarket yang ader jual arak camner..?
bukan ke terlibat dalam pembelian dan penjualan arak tu haram....
tapi disebabkan keadaan ekonomi kita yg dimonopoli org cina,diharuskan kerja kat situ..ingat... DIHARUSKAN..
SEBAB KALO X KEJE,TAKDER DUIT...
aku tak ingat artikel apa tapi kalo sapa yg minat sangat nak tau pasal hukum ni,blh check kat web soal jawab yusuff qardawi...
aku tak ingat laman web dier...korang cari sendiri je ar k..
wassalam...
Umarz
Dec 2 2008, 02:35 AM
QUOTE(aspalela007 @ Jun 11 2008, 03:49 AM)

jangan cakap macam tu...
islam ni syumul.....kalo nak dikira halal haram zaman ni...
orang yg keje kat 7e,supermarket yang ader jual arak camner..?
bukan ke terlibat dalam pembelian dan penjualan arak tu haram....
tapi disebabkan keadaan ekonomi kita yg dimonopoli org cina,diharuskan kerja kat situ..ingat... DIHARUSKAN..
SEBAB KALO X KEJE,TAKDER DUIT...
aku tak ingat artikel apa tapi kalo sapa yg minat sangat nak tau pasal hukum ni,blh check kat web soal jawab yusuff qardawi...
aku tak ingat laman web dier...korang cari sendiri je ar k..
wassalam...
Alah.. Banyak lagi keje lain yg halal. Kalau dah 97% org non Muslim pegg ekonomi negara dan pemerintahan negara pun non Muslim yg pegg, bg aku masa tu barulah hukumnya HARUS.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please
click here.