Bantuan - Carian - Ahli - Kalendar
Full Version: Ahli Baru Sudah Boleh Posting
Tanya@Putera > Ekonomi & Kerjaya > e-income
Shanai
Assalamualaikum.

Memandangkan suasana tegang dan kontroversi sudah semakin reda dan orang ramai sudah pun sedar hakikat program-program skim cepat kaya yang berleluasa sebelum ini, maka saya rasa sudah tiba masanya kita membuka semula forum ini kepada semua ahli termasuk ahli baru (learning). Kalau lepas ni ada lagi ahli baru yang kurang faham atau "tertinggal keretapi", harap yang lain tolonglah saling tegur menegur.

Dengan harapan bahawa posting-posting yang lebih berkualiti akan muncul lebih banyak dan kurang posting merepek, maka kiraan point untuk posting di forum ini juga telah diambil kira kembali.

Saya juga telah menamakan semula forum ini kepada e-income, dengan harapan para pengguna forum akan lebih faham dengan objektif forum ini.

Saya menyeru kepada semua agar sentiasa berhemah apabila menggunakan forum ini. Gunakanlah untuk kebaikan semua dan bukan kepentingan peribadi.

terima kasih
- admin
panglimakhalid
TQ en Shanai..

semoga re-branding e-duit kepada e-income menepati sasaran dan landasan syariah..

dan kalau boleh..kengkawan yg nampak ada lagi posting yg telah diSEPAKATI oleh majlis Fatwa Kebangsaan sebagai HARAM untuk melaporkan kepada pihak atasan untuk tindakan selanjutnya..
archilles
tenkiu... mmg dah lama saya cuba nak menyampaikan perkara2 yang kita boleh kongsi bersama..
BLuEsUnTuKaKu2K™
Welcome back...smile.gif
Gmaster
QUOTE(BLuEsUnTuKaKu2K™ @ Apr 22 2007, 01:11 PM) *
Welcome back...smile.gif


Terima kasih sbb open balik, dulu sy ada register then tgk2 gak thread ni..tp dah lama tak dtg tetiba hilang plak. Skang terpaksa register nickname baru sbb nickname lama dah tak ingat. Thanks pada admin.
mikatsumkin
Salam..sebelum ni ader jugak saya dengaq pasal e-duit,e-nilai nie...tapi macam maner plak dengan e-income nie bleh citer sikit
biggrin.gif
fairin
duit dari internet kot. tapi mesti selari dgn fatwa kebangsaan. duit banyak pun kalau haram tak jadi jugak
Win`
salam semua

This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2009 Invision Power Services, Inc.