Shanai
Apr 18 2007, 04:13 PM
Putera.com mencipta sejarah yang tersendiri pada Khamis, 5 April lalu apabila berjaya mencapai ranking di bawah 30,000, iaitu ranking tertinggi sejak ia diwujudkan hampir 9 tahun dahulu. Alexa.com menunjukkan ranking Putera.com pada tahap 29,678 pada hari tersebut dan terus meningkat kepada 28,044 pada hari ini.
Pencapaian ini adalah saat yang membanggakan kerana ia adalah petanda bahawa Putera.com semakin dikunjungi oleh lebih ramai orang. Putera.com juga semakin menghampiri senarai Top 200 website yang paling dikunjungi oleh rakyat Malaysia. Pada ketika ini, Yahoo.com berada pada tangga yang teratas, diikuti oleh friendster.com, msn.com, goggle.com.my dan google.com. Tempat keenam pula ialah youtube.com diikuti oleh myspace.com, blogger.com, live.com dan wikipedia.org.
Website tempatan yang berada di tangga teratas ialah Jobstreet.com (tangga ke-13) dan Cari.com.my (tangga ke-14). Manakala Lowyat.net berada di tangga ke-25. Pada hari ini, Putera.com berada di tangga yang ke-210. Kedudukan ranking itu berubah-ubah dari semasa ke semasa.
Untuk menggalakkan lebih ramai pengguna Internet Malaysia datang, singgah dan seterusnya menjadi ahli setia Putera.com, ruangan artikel yang memuatkan rencana, tips dan tutorial berkaitan dunia ICT dan komputer akan diperkemaskan lagi.
Ruangan English juga sekarang dikemaskini dari semasa ke semasa dengan berita-berita dan perkembangan terbaru dunia ICT tempatan.
Saya berharap kita semua dapat sama-sama membawa Putera.com ke tahap yang lebih tinggi dan disegani dalam arena siber di Malaysia, di Nusantara dan di dunia!
Nota: Anda boleh memantau ranking Putera.com dan mana-mana tapak web yang anda kunjungi dengan memasang toolbar Alexa Putera.com.
Klik sini untuk mendapatkannya.
tasek16
Apr 18 2007, 04:20 PM
Tahniah terutama kepada boss putera.com En Shanai dan dah tentunya tahniah buat putera.com dan semua ahli-ahli yang setia
panglimakhalid
Apr 18 2007, 04:33 PM
toolbar alexa tu untuk Ie saja ke? xleh nak download sbb dok guna firefox.
apapun..tahniah buat warga Putera.com dan kepada pengendalinya...xdak kapten kapal..kapal pun xjalan..btol tak..
tapi kalau setakat kapal kosong..macamana nak dapatkan statistik yang ombastik mr loba-loba gitu..xgitu..
so..tahniah untuk semua...
#aku promote putera.com kat frenster aku..hehe..kot-2 carta frenster turun n putera.com plak naik..
zer0Nehza
Apr 18 2007, 04:36 PM
rasannya kt internet option tu letak je default website
http://www.putera.com/tanyaaku dulu selalu buat camni kt lab kolej aku.. hahaha... ok la org bukak ie je terus masuk putera.. dlm perkenalkan putera.. sekaligus naikkan hit counter
HexPhoenix
Apr 18 2007, 05:57 PM
tahniah!!!
dan gunakan ni sebagai pendorong utk membuatkan Putera lebih superb!!!
shinkoban®
Apr 18 2007, 06:42 PM
tahniah putera.com...
Putera.com memang forum teknologi maklumat bahasa melayu yg terbaik dan semoga peningkatan ranking terus berlaku dari semasa ke semasa.
talapia
Apr 19 2007, 09:49 AM
tahniah putera.com selama ni byk menjadi platform utk forum bumiputera untuk berkongsi maklumat tentang IT.
lunoxerus
Apr 19 2007, 10:02 AM
tahniah.. tahniah.. sebagai seorang member aku tumpang gembira gak..
aku datang sini pun dipromote oleh kawan aku gak.. selain jumpa link kat website lain..
aku jugak dah promote kat sorang kawan yg lain.. (sorang jer?)
semoga putera.com dpat jadi forum teknologi maklumat berbahasa melayu yg terbaik kat malaysia ni. Gambatte!
Lirhahs
Apr 19 2007, 10:09 AM
Tahniah!..
Maju Putera,
Majulah Bangsaku...
Setiaku bersama Putera.....
Adil
Apr 19 2007, 12:00 PM
bagusla cmtu.
biar seluruh rakyat malaysia tahu tentang kewujudan putera.com sbg platform informasi dunia teknologi.
Thanks juga kepada ahli setia putera.com yg xpenah2 jemu support putera.com
tanpa mereka tiada la putera.com
Datuk_Seri
Apr 19 2007, 12:31 PM
Alhamdulillah....
SYABAS!!!!!
Ya Allah, ku berdoa agar web Putera.com ini semakin maju kehadapan dan menjadi salah satu web rujukan terulung di Malaysia, dan insyaAllah didunia......
AMIN....
katak_dancing
Apr 19 2007, 01:20 PM
nak ucap tahniah gaks ... arghh .. rugi aku x promote maser aku gi temuduga dulu (gemuruh sgt maser tuh)...

... Putera.com la tempat pertama aku berforum .... bangge nyer aku ....
TAHNIAH skali lagi !!! .....
unexistance
Apr 19 2007, 01:33 PM
salam..
Kita nak Quantity OR Quality?
rfteknik
Apr 19 2007, 02:42 PM
Tahniah
Semoga ahli putera makin bertambah dan makin berkualiti dari segi serba serbi
hampeh
Apr 19 2007, 04:44 PM
tahniah @ terima kasih kepada en. shanai kerana mewujudkan site yang best nih .
LanoX
Apr 19 2007, 05:22 PM
Kalau pelawat ramai. Mampu ker server putera.com menampung jumlah hitz yang agak banyak tu. Takut nanti tak bleh plak nak access putera dan slow nak bukak website nie...
slier
Apr 20 2007, 01:41 AM
erm apsal semalam aku x leh nak access website putera.com semalam...
ranking dah tinggi..pastikan content pun kena power jugak...
nocturnal
Apr 20 2007, 10:17 AM
y dont iklankan kat tv?
boleh attract lebih ramai pengunjung kot.
tapi guna tv kos besar la..
dinnor
Apr 20 2007, 10:30 AM
QUOTE(unexistance @ Apr 19 2007, 01:41 PM) [snapback]471718[/snapback]
salam..
Kita nak Quantity OR Quality?

Kita nak Quantity OR Quality?
slaughters
Apr 20 2007, 10:33 AM
QUOTE(katak_dancing @ Apr 19 2007, 01:28 PM) [snapback]471707[/snapback]
nak ucap tahniah gaks ... arghh .. rugi aku x promote maser aku gi temuduga dulu (gemuruh sgt maser tuh)...

... Putera.com la tempat pertama aku berforum .... bangge nyer aku ....
TAHNIAH skali lagi !!! .....

aku masa interview aku promote, sebab diorang tanya aku, apakah yang aku lakukan untuk memantapkan ilmu pengetahuan aku dalam bidang IT ni, jawapan aku dengan menyertai forum IT contohnya Putera.com..
then diorang tanya, adakah geng2 dalam forum ini, mengadakan perjumpaan secara nyata. So, aku jawap yang aku ade pergi ke pusat satelit bumi tu.. then buat discussion tentang teknologi satelit bumi.
Hehe.. baik punye aku goreng time tu, alhamdulillah, aku dapat..
gcloud
Apr 20 2007, 11:06 AM
syabas kepada shanai dan putera.com dan semua member. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana laman putera.com memberi tempias yang amat banyak kepada laman web saya bukan saja dari malaysia malahan dari seluruh dunia. Ini semua kerana putera.com..thanks a million
azuan
Apr 20 2007, 02:23 PM
QUOTE(slaughters @ Apr 20 2007, 10:41 AM) [snapback]472294[/snapback]
aku masa interview aku promote, sebab diorang tanya aku, apakah yang aku lakukan untuk memantapkan ilmu pengetahuan aku dalam bidang IT ni, jawapan aku dengan menyertai forum IT contohnya Putera.com..
tahniah encik slaughters (tukang sembelih). khokhok. habistu berjaya ke tak interview?
p/s:motif aku quote statement dia ni, cuba ambil perkara positif yang ko dapat dari sini, dan benda positif berkenaan topik, terutama topik ni. tentulah admin sendiri bangga sebab portal dia dapat kiraan yang banyak. soal samada penting kuantiti ke atau kualiti, ahli dalamni yang tentukan dengan posting diorang sendiri. tepuk dada tanya selera. anyway, tahniah juga putera.com dan tak heran kalau ada beberapa keyword yang kita search, akan keluar result putera.com sebagai yang pertama, sebab keyword tu ada dalam posting yang dibuat dalamni.
class_sick
Apr 20 2007, 03:07 PM
cograte putera...cayalah.pas nie aku akan bg tau kwn2 aku suh derang bg tau kwn2 derang suh berforum kat sini.pastu aku suruh kwn2 derang bg tau sedara mara derang tuk join gak.pastu..bla...bla...bla...sampai la tok penghulu aku pun join skali...hehehe....
btul gak tu.kita nak kuantiti or kualiti?
pada aku,seme tu bergantung forumer seme.kiter gak yg bakal `mencorakkan` putera.com...xgitu?
electron
Apr 20 2007, 04:09 PM
QUOTE(slier @ Apr 20 2007, 01:49 AM) [snapback]472160[/snapback]
erm apsal semalam aku x leh nak access website putera.com semalam...
ranking dah tinggi..pastikan content pun kena power jugak...

Iyelah ana pun camtu jugak semalam..tak leh nak acces Putera.com...rangking dah tinggi sangat kut.
Apa2 pun syabas pada admin kerana dapat membina laman web yang cukup bermutu tinggi.
Banyak perkara yang ana dapat pelajari disini khususnya bidang ICT...walaupun tak sepandai mana pun...hasil bimbingan kengkawan boleh la sikit2 ana faham bab2 PC nih.
Satu hari kalau tak dapat masuk Laman nih macam tak lengkap pulak hari tu...
TAHNIAH DAN SYABAS SEKALI LAGI BUAT PENTADBIR DAN PENGGERAK PUTERA.COM
Wassalam
Hmir
Apr 20 2007, 05:34 PM
Tahniah aku ucapkan...
neko
Apr 20 2007, 05:52 PM
QUOTE(dinnor @ Apr 20 2007, 10:38 AM) [snapback]472291[/snapback]
Kita nak Quantity OR Quality?
kalo boleh
kedua-duanya sekali, baru gempak
ape2 pon,
OMEDETO GOZAIMASU PUTERA.com!*sedare/member aku pon dah ramai tau dan masuk putera nih... promot22
dzul89
Apr 20 2007, 07:41 PM
tahniah kepada putera.com yang memang power giler... tak lupa juga kepada user alternator kerana portable antivirus dia telah memasuki majalah pc edisi May 2007.. tahniah semua yg berjaya... teruskan perjuangan masing-masing
gegule
Apr 20 2007, 08:26 PM
well done putera.com
well, yang wat nampak banyak "kuantiti" adelah certain user yang guna forum nih secara free, tapi dok memulakan topik yang mencacatkan forum. to mr admin, you should know which part, since derang nih pun bukannyer nak dengo cakap mods yang ngko lantik. well, this type of people caused this forum more quantity than quality.
parangjiwa
Apr 20 2007, 09:18 PM
ya tahniah buat putera.com dan mereka yg berkenaan(bos putera.com, mods, and ahli2)...setakat ni aku bleh kata la putera.com ni satu web rujukan yg bagus di Malaysia. dari segi availability, mmg bagus. slalu bleh bukak, content - not bad..bagus gak...aku rasa putera.com ni bleh maju lagi.
aku rasa elemen penting dlm web ni adalah mod n ahli2nya...mereka ni suma(kita laa) buka sja trdiri daripada student, tapi ada gak golongan professional cam engineer, lecturer, tutor self-empolyed or educated peoples dll. harap kerjasama n kemeriahan ini berterusan n jadi lebih baik lagi..
saranan/cadangan dari aku:
i) bykkan lagi topik2 pinned/sticky cam setup PC ker, how to use Torrent, aper ker(yg kenis FAQ) supaya mudah user nak search n juga supaya remaining n old members xyah la bagi syarahan berulang n memnuhkan server jer...
ii) wajibkan user baru or movekan user yg baru register trus ke forum page terms n condition, how to use forum dll .then after the next login, barulah kuar topik2 lain kt page dier.kalau tak mereka akan malas nak membaca rules yg penting utk new members...kang mulalah tertanya2...bukan xbleh tanya soalan yg agak obvious, mungkin kita luper, just nak mengeffektifkanlagi forum nih.
mainly aku rasa putera.com ni bukan sekadar rujukan IT..byk gak section2 menarik dan berguna cam sudut pelajar dsbnya...cuma topik IT yg menonjol...i m very satisfied so far!!! Tahniah sekali lagi n keep up the good work!!!
annamir
Apr 20 2007, 10:01 PM
Aku tumpang gembira dgn perkembangan positif ni... dan bangga jugak le
dapat jadi ahli putera.com walaupun tak banyak jasa aku boleh berikan...
jasa menyepam aje ada la kot

Tahniah buat admin dan mods jugak kita semua...
elhajr
Apr 20 2007, 10:26 PM
salam.. aku pon nak ucap tahniah gak... banyak info aku dapat kat putra.com... klau pasal agama kat khairaummah.com...... tapi mmg gempak la putra.com..cuma keep the good work.. bole la setanding dengan lowyat.net.. bole ker..? selamat maju jaya..
p/s....dah tengok kejayaan org jgn plak ade yang dengki..
nak penyepem jer..
kred
Apr 20 2007, 11:45 PM
tahniah!!!! harap dpt jadi superb lagik dari ilmu komputer nye site!!! *2 website yg aku selalu rayau... putera dan
ilmukomputer
madaya
Apr 21 2007, 12:03 AM
taniah putera n en shanai. salah satu web bahasa melayu yg best....
Sultan ultimatezezs-SE
Apr 21 2007, 06:23 AM
SAYA PON TURUT BERBANGGA...Tahniah kepada semua!!
powerabu
Apr 21 2007, 07:05 AM
Aku nak mengucapkan tahniah kepada diri sendiri kerana akulah salah seorang ahli putera dan secara otomatiknya aku pun membantu dalam penciptaan sejarah putera.
Terima kasih yang tak terhingga kepada semua pihak berkuasa putera kerana dapat menyediakan forum ini dengan baik untuk aku menuntut dan berkongsi ilmu.
Batista
Apr 21 2007, 02:54 PM
aku ucapkan tahniah kepada PUTERA.COM terutama kpd Admin,Para2 moderator,supervisor,ahli2 yg memberikan sumbangan langsung ataupun secara tidak langsung

dan plg best aku jd ahli putera.com
Noning
Apr 21 2007, 07:00 PM
Tahniah buat Abg Shanai......harap Putera.com menjadi pusat perkongsian maklumat ICT yang terbaik di Malaysia
tapir
Apr 21 2007, 09:26 PM
asalamualaikum.. semua warga putera.
saya sudah lama jadi ahli putera, cuma kurang aktif aja.
walauapa pun saya mengucap kan TAHNIAH untuk admin.
dengan putera.com inilah saya dapat banyak mempelajari segala bab komputer dan IT.
Tahniah tahniah tahniah saya ucap kan sekali lagi..
semoga putera dapat kekal sampai bila-bila
F@TENWHOSEKNOW
Apr 22 2007, 12:42 PM
longlive putera.com
kuantiti n kualiti...both should be blended..
aku..xkan melupakanmu..tempat dimana
aku jatuh cinta pada pc..makacihhhh...
artGURL
Apr 22 2007, 03:58 PM
tahniah putera.com!!
saya amat berbangga dengan usaha anda
Nama Saya RAIN
Apr 23 2007, 09:24 AM
QUOTE(Shanai @ Apr 18 2007, 04:21 PM) [snapback]471445[/snapback]
Alexa.com menunjukkan ranking Putera.com pada tahap 29,678 pada hari tersebut dan terus meningkat kepada 28,044 pada hari ini.
tahniah, cuma hairan sikit, apersal dikatakan meningkat camni??
nie feng
Apr 23 2007, 10:56 AM
Tahniah buat Putera.com.
semoga akan bertambah popular satu hari nanti.
slaughters
Apr 23 2007, 11:16 AM
QUOTE(dukun @ Apr 23 2007, 09:32 AM) [snapback]473946[/snapback]
tahniah, cuma hairan sikit, apersal dikatakan meningkat camni??

ngko ni dukun...
Rangking no 1 dunia dengan ranking no 10 dunia mane lagi bagus ?
so, mesti rangking no 1..
cume no die beribu2 ko dah pening..
SouthSider
Apr 23 2007, 01:09 PM
walaupon agak terlambat
tp aku nak ucapkan tahniah kpd Putera.com
x lupa juga kepada admin, moderator dan ahli2 putera
semoga Putera.com sukses hendak nyer
/amin....
drin98
Apr 23 2007, 02:14 PM
tahniah putera.com...bulan depan naik rangking 1
Janice Wei Lan
Apr 23 2007, 02:34 PM
Long Live the KING!!! Congrat..kepada PuTERA.COm
Nama Saya RAIN
Apr 23 2007, 05:28 PM
QUOTE(slaughters @ Apr 23 2007, 11:24 AM) [snapback]474014[/snapback]
Rangking no 1 dunia dengan ranking no 10 dunia mane lagi bagus ?
so, mesti rangking no 1..
cume no die beribu2 ko dah pening..

ooo, cam2, aku ingatkan dia citer pasal bilangan member..
ok, tahniah sekali lagi
gengstapo
Apr 23 2007, 10:51 PM
congrats to Putera.com
nagakeciks
Apr 24 2007, 12:58 PM
congrats buat sume...
extreem
Apr 24 2007, 09:38 PM
congrate tooo all members....
tanpakorg sape lah PUTERA.CoM ni...
idup Putera!
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please
click here.