Bantuan - Carian - Ahli - Kalendar
Full Version: Design Laman Utama Putera.com
Tanya@Putera > Am > Pengumuman
Pages: 1, 2
Shanai
Berikan pandangan anda tentang reka bentuk (design) Laman Utama Putera.com yang ada sekarang.
Adakah anda suka atau tidak? Mengapa?
Adakah anda ada design laman web lain yang anda rasa perlu dicontohi? Mengapa anda suka yang itu?
Berikan kritikan, komen dan pandangan anda untuk memperbaiki lagi persembahan dan penampilan Laman Utama Putera.com

Mr Ijan
Wah .. leh kasi cadangan ..

1) Warna background patut ditukar ...
2) Dekat homepage .. muka surat depan .. ditambah dengan berita2 terkini yang dilengkapi gambar2 terbaru ... dan mungkin boleh ditambah dengan hasil karya warga Putera yang sudi menyumbang grafik2/lukisan2 karya diorang .. smile.gif


P/s: tapi kalau leh, problem2 bug diperhalusi terlebih dahulu? Contoh -1 new messages .. huhuhu
neko
sais body laman utama tu dilebarkan seperti sais body tanya@putera.
lepas tu pengumuman dan latest news jadikan 2 line,
cuba tukar warna tema yang tak crowded, simple dan menarik

contoh :

sumber link gambar tu

tq
nocturnal
aku ikhlas bagi komen.
takde niat nak amik hadiah.

berita kat depan tu mcm dah out of date la.
panglimakhalid
QUOTE(nocturnal @ May 24 2007, 11:04 PM) [snapback]490965[/snapback]
berita kat depan tu mcm dah out of date la.

itu satu...dan satu lagi, rasanya petikan pendek artikel tak perlu dipaparkan di page depan, cukup link sahaja...dan untuk berita terbaru barulah diletakkan sedutan menarik dari artikel...
-----------
link posting terbaru...ok, xde masalah...cumanya kalau boleh disetkan macam di putera.com/tanya jugak...klik untuk ke posting terbaru yang belum dibaca...xperlu nak selak page selalu...
.....
saya berpandangan theme putera.com (page depan, bukannya forum) perlukan suntikan baru, khususnya warna..agak kelam, x best..ruangan forum ni ok...

xde contoh....nanti kalau jumpak saya edit balik...
dzul89
ok bagi pendapat saya , putera.com ini perlu ditouch dgn more color yg lebih segar ... like warna biru ni rasa macam menyuramkan skit .. lagi satu, ruang depan di forum Putera.com tu yg membabitkan pengumuman kena di shortkan skit .. kalau tak dapat nak dipendekan pun, apa kata pilih pengumuman yg penting penting sahaja..

ruang yg lebihnya boleh letak , like Mr Ijan write, kena tambah ruangan berkaitan hasil tangan warga Putera.com .. kira mcm publisiti skit tentang hasil yg dihasilkan itu.. itu pandangan saye mengenai design laman utama Putera.com
are_zn
takde ker coding utk promote site nie?
annamir
Perlu dikekal tetapi diperbaiki adalah pilihan aku.

Kenapa perlu kekal [tetapi diperbaiki]?

• Bagi ruangan tanya@putera aku rasa tak perlu kepada perubahan,
ia dah cukup mudah untuk kita [user & guest] layari dan mencari bahagian2 rujukan yang diperlukan.
Tentang color biru ni, aku rasa juga dah amat sesuai dengan konsep logo putera.com sendiri,
so no need to change it!

•[Tetapi diperbaiki] aku lebih mengkhususkan kepada Main Page, pendapat aku lebih kurang macam
panglimakhalid cakap, perlukan suntikan yg lebih ada umphh!
•Antara cadangan aku untuk main page:
- Buat intro flash [with skip function!] yang simple tetapi menggambarkan apa itu putera.com [<10 saat je!] kemudian
baru masuk main page.
- Main page tu mungkin boleh setkan kepada theme ala2 vista ke [tapi kekalkan warna biru korporat putera.com ni]...
- Ni salah satu sample yg aku boleh tunjukkan:

-Ni contoh flash intro, tapi bukan macam yang aku cakap kat atas tu, tapi yg ni intro untuk sample imej yang tunjuk kat atas;
Sample Intro Heading Flash

Setakat ni je yg aku dpt fikir on the spot... tongue.gif
aMer
saya rasa design forum putera sekarang ni, terus terang saya kata, nampak macam design static html - maksud saya yang muka depan tu..bukan nak kutuk ke apa, tapi sebab diberi peluang untuk lontarkan pendapat macam ni, saya cakap terus dari apa yang saya rasa..tak kisah la kalau ada yang rasa nyampah ngan pos saya ni sampai nak panggil saya cekadak ke apa..

DESIGN MUKA DEPAN
muka depan tu, perlu sentuhan design baru yang lebih segar dan menarik tanpa melambatkan masa loading forum. kalau boleh buat la style web 2.0 sikit biar nampak moden dan ikut peredaran zaman..warna hijau sebagai latar belakang forum sekarang ni tu tak berapa sesuai sebab tak nampak harmoni..kena fikir betul-betul design camna sesuai dengan forum ni..desgin minimalistic ke..

SIDEBAR
pasal penggunaan sidebar tu, saya tengok ruang dalam sidebar tu tidak dimanfaatkan sepenuhnya dan ada benda yang saya rasa tak berapa sesuai diletak dalam tu macam "online users" dan "top posters"..senarai online users dan top poster tu dah ada kat bahagian bawah sekali dalam page forum..tak perlu letak kat sidebar lagi..memadai satu je..mungkin boleh dimasukkan benda lain yang lebih penting macam link-link berguna contoh link ke website microsoft updates, link untuk download SP2 XP/directx/.net framework atau apa-apa link lain yang memudahkan..boleh jugak letak mini poll kat situ baru nampak macam ada interaksi sikit..komen saya pasal sidebar ni adalah berdasarkan perbandingan yang saya buat dengan website forum Microsoft Software Forum Network: http://www.msfn.org harap boleh pegi tengok dan adaptasi kan idea dari sidebar forum tu ke sidebar untuk forum kita ni..lagi satu, panel login tu boleh dikekalkan dan di bawah panel tu rasanya boleh letak menu utama yang menyenaraikan link ke bahagian subforum utama forum (windows, perkakasan, multimedia dsb)..jangan lupa letak link ke page peraturan forum (amaran, apa boleh buat dan apa dilarang, dsb) dan panduan ringkas mengguna forum (cara upload gamba, cara tutup topik dsb) untuk ahli baru daftar baca..

kalau ada 2 sidebar pun ok jugak..satu(kiri) guna untuk menu navigasi/menu/links penting/panel login dsb dan satu lagi (kanan) guna untuk letak info ringkas tertentu macam logo pagerank ke, jumlah ahli berdaftar, jam@clock analog@kalender, chatbox ke (mungkin tak praktikal yang ni) atau letak iklan/logo apa-apa..


TOPIK HANGAT/TERKINI
kekadang, saya konfius dengan dua ni..

topik terkini = topik terbaru orang buka ataupun topik yang mempunyai reply terbaru?
topik hangat= topik yang orang banyak reply atau banyak orang baca?

cadangan saya untuk ni, buat frame/table untuk letak kandungan topik hangat/terkini - frame/table tu kena ikut kesesuaian design muka depan forum takut nanti nampak tak serasi..idea frame ni dari forum lowyat: http://www.lowyat.net/v2/


MENU BAHAGIAN MUKA DEPAN..
Laman Utama | English | Tanya | Artikel

hm..menu ni patutnya tak boleh buat linked text, nampak sempoi sangat..sebaliknya buat button..atau tab..dan menu tak berguna boleh buang dari situ macam chat, game, ringtone..ada orang nak klik ke?


BERITA/INFO TERBARU
saya rasa kekadang berita/artikel yang dipaparkan kat muka depan tu tak berapa menarik dibaca dan persis laporan berita sektor korporat IT..betul..setengah orang tak berapa suka baca artikel macam ni sebab mungkin tahap artikel tu orang korporat je boleh faham..cuba tulis artikel it yang sesuai dan lebih ringan untuk bacaan semua peringkat umur ahli forum..contoh pasal gadget je, perisian ke, hardware terbaru ke..cara penulisan tu harap boleh guna gaya bahasa yang simple dan santai macam orang biasa tulis kat blog teknologi/it..boleh rujuk blog-blog it/teknologi..jangan lupa letak ruangan untuk pos komen pada setiap artikel tu..


sekian..
ChinPeng
bagi akula...
ada baik ada buruk..
klu sumbat mcm2,nnt jadik berat..
lagi2 klu pengguna yg guna dial up..
kesian dorg..
lagi2 yg ada animasi dan flash...
klu ringan xpe..klu berat?
kna fikirkn sume ahli.. xsume pki streamyx@broadband..
ada yg guna dial up..
gegule
aku tak penah ke mainpage tuh cuma teruih taip www.putera.com/tanya jeks. tapi cam idea kat ataih nih aku setuju sangat ler, kena bubuh flash content sket biar nampak interactive. and then ader sumer menu yang user friendly untuk ke sesuatu destinasi, cam tanya, tutorial and so on
zer0Nehza
main page tu.. klo guna java pon ok gak..
klo scroll tu.. biar la isi kandungan je yg di scroll...
logo ngn bahagian tepi tu kasik statik
shinkoban®
laman utama putera.com ni jarang ahli atau bukan ahli masuk sebab takdak benda menarik yang boleh di explore,sebab tu mereka terus ke dalam tanya/putera.com.jadi bagi menarik ahli dan bukan ahli putera.com ni sentiasa lawat homepage tu,perubahan perlu dibuat dalam masa terdekat ni.forum tanya/putera.com tak perlu apa2 perubahan sebab dah memang cantik dan comfortable.

cadangan:

laman utama;warna tu nampak masam sangat.kurang menyerlahkan keceriaan forum ni yang masih muda dan bertenaga.patut ubah kepada warna2 yang muda & happening untuk tarik orang tengok.wujudkan jugak sidebar bermanfaat seperti yang dicadangkan amer.letak link2 berguna sebagai rujukan user dan bukan user.yang ni untuk tarik orang guna kepelbagaian fungsi yang ada kat homepage macam yang ada kat homepage putera.net tapi link yang berkaitan it saja.
satu lagi,putera.com jugak boleh menonjolkan identiti malaysia kat forum ni dengan mempamerkan bendera malaysia di bahagian atas,bawah atau tepi kat homepage.mungkin menarik atau tak kalau dipamerkan ikut pandangan orang lain.
Shanai
Terima kasih, teruskan memberi idea.
Sementara itu, biar saya beri pendapat saya mengenai cadangan2 yg telah dikemukakan. Yg mana saya tak respon tu tidak bermaksud saya tidak suka, tapi ingin lihat pandangan lain dulu.

QUOTE(Mr Ijan @ May 24 2007, 08:11 PM) [snapback]490860[/snapback]
Dekat homepage .. muka surat depan .. ditambah dengan berita2 terkini yang dilengkapi gambar2 terbaru ... dan mungkin boleh ditambah dengan hasil karya warga Putera yang sudi menyumbang grafik2/lukisan2 karya diorang .. smile.gif
P/s: tapi kalau leh, problem2 bug diperhalusi terlebih dahulu? Contoh -1 new messages .. huhuhu

Berita-berita terkini & gambar terbaru agak terhad kerana kekurangan sumber. Jika nak letak karya grafik ahli, bolehkah ahli2 menyumbang secara constant dan berkualiti? Bugs akan diselesaikan dari masa ke masa.

QUOTE(neko @ May 24 2007, 08:44 PM) [snapback]490885[/snapback]
sais body laman utama tu dilebarkan seperti sais body tanya@putera.
cuba tukar warna tema yang tak crowded, simple dan menarik

size akan dipertimbangkan untuk dibesarkan. skim warna perlu cari yg sesuai dengan logo.

QUOTE(nocturnal @ May 24 2007, 11:04 PM) [snapback]490965[/snapback]
berita kat depan tu mcm dah out of date la.

sori, buat masa ni, tak cukup kaki dan tangan untuk update kerap.

QUOTE(panglimakhalid @ May 25 2007, 12:05 AM) [snapback]491005[/snapback]
rasanya petikan pendek artikel tak perlu dipaparkan di page depan, cukup link sahaja...dan untuk berita terbaru barulah diletakkan sedutan menarik dari artikel...
link posting terbaru...ok, xde masalah...cumanya kalau boleh disetkan macam di putera.com/tanya jugak...klik untuk ke posting terbaru yang belum dibaca...xperlu nak selak page selalu...
saya berpandangan theme putera.com (page depan, bukannya forum) perlukan suntikan baru, khususnya warna..agak kelam, x best..ruangan forum ni ok...

petikan artikel akan dipertimbangkan untuk jadi pendek. link akan diusahakan supaya point kepada post terbaru. warna agak kelam mungkin kerana size body kecil yg menyebabkan warna background overrule.

QUOTE(DSecure @ May 25 2007, 01:24 AM) [snapback]491036[/snapback]
ok bagi pendapat saya , putera.com ini perlu ditouch dgn more color yg lebih segar ... like warna biru ni rasa macam menyuramkan skit .. lagi satu, ruang depan di forum Putera.com tu yg membabitkan pengumuman kena di shortkan skit .. kalau tak dapat nak dipendekan pun, apa kata pilih pengumuman yg penting penting sahaja..
kena tambah ruangan berkaitan hasil tangan warga Putera.com .. kira mcm publisiti skit tentang hasil yg dihasilkan itu..

Biru juga warna segar, mungkin boleh suggest tone yg lebih baik. Pengumuman mmg pendek: 1 atau 2 shj. Publisiti utk karya ahli tidak ada masalah besar.

QUOTE(are_zn @ May 25 2007, 01:39 AM) [snapback]491039[/snapback]
takde ker coding utk promote site nie?

akan diusahakan.

QUOTE(annamir @ May 25 2007, 10:05 AM) [snapback]491173[/snapback]
Bagi ruangan tanya@putera aku rasa tak perlu kepada perubahan,
Buat intro flash [with skip function!] yang simple tetapi menggambarkan apa itu putera.com [<10 saat je!] kemudian
baru masuk main page.
Main page tu mungkin boleh setkan kepada theme ala2 vista ke [tapi kekalkan warna biru korporat putera.com ni]...

tanya@putera kita biar dulu, sebab kita nak fokus Laman Utama.
Intro flash agak kurang sesuai untuk sebuah portal.
Untuk theme design, kita mmg perlukan sumbangan org2 mcm annamir.

Shanai
QUOTE(aMer @ May 25 2007, 11:30 AM) [snapback]491232[/snapback]
...bukan nak kutuk ke apa, ...

Tak perlu timbulkan isu kutuk2, kita buat brainstorming secara rasional.

QUOTE(aMer @ May 25 2007, 11:30 AM) [snapback]491232[/snapback]
DESIGN MUKA DEPAN
kalau boleh buat la style web 2.0 sikit biar nampak moden dan ikut peredaran zaman
SIDEBAR
pasal penggunaan sidebar tu, saya tengok ruang dalam sidebar tu tidak dimanfaatkan sepenuhnya ...
TOPIK HANGAT/TERKINI
buat frame/table untuk letak kandungan topik hangat/terkini - frame/table tu kena ikut kesesuaian design muka depan forum takut nanti nampak tak serasi..idea frame ni dari forum lowyat: http://www.lowyat.net/v2/
MENU BAHAGIAN MUKA DEPAN..
Laman Utama | English | Tanya | Artikel
hm..menu ni patutnya tak boleh buat linked text, nampak sempoi sangat..sebaliknya buat button..atau tab..dan menu tak berguna boleh buang dari situ macam chat, game, ringtone..ada orang nak klik ke?
BERITA/INFO TERBARU
saya rasa kekadang berita/artikel yang dipaparkan kat muka depan tu tak berapa menarik dibaca dan persis laporan berita sektor korporat IT..betul..setengah orang tak berapa suka baca artikel macam ni sebab mungkin tahap artikel tu orang korporat je boleh faham..cuba tulis artikel it yang sesuai dan lebih ringan untuk bacaan semua peringkat umur ahli forum..contoh pasal gadget je, perisian ke, hardware terbaru ke..cara penulisan tu harap boleh guna gaya bahasa yang simple dan santai macam orang biasa tulis kat blog teknologi/it..boleh rujuk blog-blog it/teknologi..jangan lupa letak ruangan untuk pos komen pada setiap artikel tu..
sekian..[/font]

"style web 2.0" adalah satu konsep yg wajar diberi perhatian.
side bar yg ada skrg mmg kurang kemas & byk boleh diperbaiki, tapi kita kekurangan content. Link ke luar dari website ini wajar diminimumkan terutama di muka hadapan.
topik terkini = topik yang mempunyai reply terbaru
topik hangat= topik yang orang banyak reply
topik hangat/terkini mmg dalam table tapi sekarang invisibe
Top menu adalah teks kerana simplicity, tapi akan dipertimbang utk dipendekkan.
Ruangan berita mmg 100% berita korporat sebab tak ada feed lain. Kalau ada ahli yg rajin tulis, tak ada masalah.

QUOTE(ChinPeng @ May 25 2007, 12:13 PM) [snapback]491259[/snapback]
klu sumbat mcm2,nnt jadik berat..
lagi2 klu pengguna yg guna dial up..

Tak semua re-design akan merugikan pengguna dial-up

QUOTE(shinkoban® @ May 25 2007, 06:53 PM) [snapback]491607[/snapback]
laman utama putera.com ni jarang ahli atau bukan ahli masuk sebab takdak benda menarik yang boleh di explore,sebab tu mereka terus ke dalam tanya/

Saya akan pastikan pada masa akan datang, kalau sesiapa yg tak masuk atau menjenguk ke laman utama, mereka akan terasa kerugian smile.gif
kembara
yerla laman utama boleh bilang ngn jari jer aku klik.Bookmark aku - Tanya@putera

...laman utama takder tarikan.kena ade perkara yg menarik kat situ yg takder kat Tanya.Selagi takder benda menarik kat situ,Tanya@putera payah nk dilepaskan walau sekejap...huuu...
highlander
QUOTE(kembara @ May 26 2007, 12:08 AM) [snapback]491798[/snapback]
yerla laman utama boleh bilang ngn jari jer aku klik.Bookmark aku - Tanya@putera

...laman utama takder tarikan.kena ade perkara yg menarik kat situ yg takder kat Tanya.Selagi takder benda menarik kat situ,Tanya@putera payah nk dilepaskan walau sekejap...huuu...



setuju......
kembara
lupa plak pasal design....
ni pendapat jer...

1.header - selain drpd logo putera,masukkan grafik skit...nmpk kosong sgt.

2.menu - bleh buat stail butang.simpel takper.(atau nk try apple style?)

3.web page ni,lagi simpel lagi profesional org kate.jd interface tu terhad sebenarnya utk di ubah.lainla kalau kite buat web utk game.cuma tryla tambah divider nipis (line bukan corak ker aper)kat mane2 perlu utk asingkan antara contents.
tasek16
Masuk tahun ni dah lebih kurang 7 tahun . aku rasa memang perlu buat perubahan yang besar pada main page... check kat bawah kronologi / timeline wajah putera.com 1999 - 2006

http://web.archive.org/web/*/http://www.putera.com

Pada pendapat aku layout putera perlu diubah dari "center block style" kepada full page style cth macam http://www.cnet.com. Ini akan memerikan ruang kepada content yang lebih luas.

Atau menggunakan mana-mana CMS yang baru yang bersesuaian supaya content dapat diupdate/diurus dengan lebih mudah dan lebih berkesan

Grafik perlu but tak perlu berlebihan....
kembara
idea tgh mai.....

cadangan tambahan:

1.buat link ke laman2 tech tempatan atau luar.mcm ader berita tech terbaru atau menarik.
utk link tu letak gambar la skit...update la dr mase ke semase.
2.ntah.....
b1naryc0de
Muka depan putera 2002 saya rasa agak baik berbanding sekarang:
http://web.archive.org/web/20020523043345/http://putera.com/

Sebab ape menarik?? Sebab content.. Ada tips, review.. dan setiap bahagian2 tu diasingkan dengan agak kemas.. Orang akan tertarik pada content2 macam tue..

Pada muka depan putera sekarang ni saya hampir tak perasan ada senarai rencana (ni pon dah kali ke berapa view) sebab sama jer dengan latest news.. Dan senarai tue terlampau panjang.. Malas nak scroll.. Muka depan lebih baik banyak informasi tetapi padat dan tidak berserabut..

Bab template ramai dah bagi komen jadi saya tak komen..
Hackezkk
aku cadangkan tema wat kaler milky orange
baru segar skitt
cth: pergh.com

p/s:laman depan putera.com dulu2 mcm site mesra.net ow cari.com.my lerr
heheh
nocturnal
baru aku perasan..
kat ruangan top poster tu,
nape masih guna nickname lama?
contoh OngBok...
bukan ongbok lagi kan?
HexPhoenix
aku pon nak bagi pendapat sket... sejak aku kenal putera dari 2002.... mmg perlu satu refreshment utk main page utama putera.com...

1. warna
-pd aku, bukan stakat nak tukar tone baru jer utk main page, perlu jugak tone baru utk logo, supaya nampak balance and vibrant...

2. layout
- aku setuju sgt web style 2.0 utk webpage utama putera. tp dgn web style 2.0, aku raser xyah bubuh flash pon dah kire ok. sebab pada aku first impression supaye 'x menyusahkan pengguna dialup ngan flash' ade kat putera. aku x nak jd cam www.emoe.gov.my. serious, dahle flash dier x blend ngan background webpage tuh, kene ngan flash yg lame camtu. baik xyah bubuh flash.

3. sidebar.
-pd aku xyah wujud top poster tu pon xpe. maybe top poster tu akan menggalakkan certain new users utk 'menyepam' lebih dari 'memberi maklumat' semata2 nak mengejar top poster. aku x tau si hackezkk tu nak mengejar top poster ke aper dulu. (jgn mare hackezkk!!!). mungkin leh buat sudut 'tips hari ni'. xyah update hari2. buat cam software yg ader skang. dier cycle je tip yg ader. tongue.gif buat sket style vista ader calendar ngan jam kat sebelah kiri @ kanan..... pautan/link buat style tabbed button...

Shanai
Terima kasih di atas pelbagai idea yg diberi. Keprihatinan anda akan membantu saya membawa Putera.com lebih maju kehadapan.

Teruskan memberi idea!

pencarian idea belum berakhir, suarakan pendapat anda untuk mewujudkan Putera.com yg lebih baik!
neko
yup betul... baru nampak page tu 'segar' dan 'canggih' biggrin.gif

satu lagi cadangan :


apa kata kalau button2 kat atas tu ditukar kepada design ini...

atau nak lebih tersusun....


tq

QUOTE
Dan sebagai memenuhi janji, saya dengan ini memilih aMer sebagai ahli bertuah untuk menonton premier Shrek 3 di atas sumbangan idea beliau yg komprehensif (saya tak kira idea dia ok atau tidak)

aMer, tahniah diucapkan........ panjang ulasan dia post
_______________

sesiapa belum vote sila vote dan bagi idea yer...
Shanai
QUOTE(nocturnal @ May 24 2007, 11:04 PM) [snapback]490965[/snapback]
berita kat depan tu mcm dah out of date la.


Saya dah compare dengan Majalah PC bulan Jun, banyak juga news yg putera.com publish ada dalam tu, kira kita taklah tertinggal sangat.
Tapi kalau compare dengan Star InTech, mungkin kita kerap tertinggal, tapi tak mustahil jika kita lebih cepat suatu hari nanti sebab dia keluar seminggu sekali (kan ?), dan kita ada kemudahan untuk update setiap hari, cuma belum berupaya.
nocturnal
QUOTE(Shanai @ May 29 2007, 03:49 AM) [snapback]493578[/snapback]
Saya dah compare dengan Majalah PC bulan Jun, banyak juga news yg putera.com publish ada dalam tu, kira kita taklah tertinggal sangat.
Tapi kalau compare dengan Star InTech, mungkin kita kerap tertinggal, tapi tak mustahil jika kita lebih cepat suatu hari nanti sebab dia keluar seminggu sekali (kan ?), dan kita ada kemudahan untuk update setiap hari, cuma belum berupaya.



owh..ok..
tapi berita kat dpn tu more to corporate la..
sedangkan ramai kat putera ni home user..
MalaYneuMaya
assalamualaikum...

aku xkisah la nk ubah apa2 kt site nih.. tapi bg aku asalkan ringan nk load dan tak memeningkan kalu grafik byk2 pening woo.. smile.gif takpun nk tambah ceria sket, bhg signature tuh kasi le letak gambo saiz yg kecik2 okeh?
neko
QUOTE(nocturnal @ May 29 2007, 11:52 AM) [snapback]493740[/snapback]
owh..ok..
tapi berita kat dpn tu more to corporate la..
sedangkan ramai kat putera ni home user..

betul tu, rasanya kalau boleh buat la berita dan tips2 untuk home user... macam motherboard yang baru release, penjagaan storan, model terbaru PC... tapi berita korporat tu teruskan macam biasa, kat situ buat split ok jugak happy.gif

QUOTE
aMer tak dapat nak pergi tengok Shrek 3 dgn saya sebab berada di luar KL. Saya buka peluang kepada sesiapa sahaja. Hanya 1 tempat. Sesiapa berminat, boleh contact/sms saya 019-3836344 sebelum pukul 4.00pm (1 jam dari sekarang!)

aku memang nak ikut tapi aku kat JB larr biggrin.gif
nocturnal
QUOTE(MalaYneuMaya @ May 29 2007, 01:47 PM) [snapback]493844[/snapback]
bhg signature tuh kasi le letak gambo saiz yg kecik2 okeh?


tak setuju!
nanti makin tambah load+ jadik tempat org letak iklan.
xsilap aku benda nih dah penah di utarakan..
tapi xpenah dapat persetujuan.
neko
betul tu... bukan apa kalau dah letak gambar kat bahagian signature nanti nampak serabut... tu diorang x setuju
berat pun yer jugak

.....x jumpa pulak topik tu
KeH
bukankah kita ada versi teks?
MalaYneuMaya
assalamualaikum...

oh ye ke? biggrin.gif okeyla lupakan saja..
nocturnal
http://www.putera.com/tanya/t1177.html

topik pasal signature tu.
tolong_saye
rasenyer kena buat perubahan sket

tak ceria mane la puteranyer design
neko
komen terbaru saya....

tone warna halaman utama nampak suram... tu je,

tq
adminets
QUOTE(zer0Nehza @ May 25 2007, 06:49 PM) [snapback]491457[/snapback]
main page tu.. klo guna java pon ok gak..
klo scroll tu.. biar la isi kandungan je yg di scroll...
logo ngn bahagian tepi tu kasik statik

aku stuju angan zeronehza ...biar statik jer logo tu...
Null
Kalau dapat buat macam konsep EE - http://www.experts-exchange.com pun ok.. nampak high-tech sikit.

Cuma guna satu sidebar kanan, header & footer.
KeH
cantik konsep EE tu.
gabungan warna yg sesuai boleh menceriakan keadaan. hijau + oren + ungu + biru laut

~ kalo wat pertandingan mencipta design utk putera ? smile.gif
MalaYneuMaya
assalamualaikum...

diharap site ni jangan la tambah flash video/ad nanti dah la... pc aku berat la.. huhuh

*site EE tu pon aku xleh bukak...jgn la putera jadi camtu lak nnti kt pc2 cam aku nih.. kesian kt aku smile.gif
KeH
salam,

kite ade putera versi teks utk pengguna yg memiliki talian yg agak perlahan @ pc berat. smile.gif
highlander
pada aku x kisah pun kalo buat flash...janji skin lama bleh pakai..so x de masalah la...
SouthSider
dari segi design pada pendapat saya perlu di perbaiki
jadik kan lagi menarik

Web yg boleh dicontohi :-
fungkur network
Hackezkk
fungkurs network serabut wooo
mcm2 ade
hehehe
M3ntary™
Assalamualaikum...

ku tak ada la nak bagi komen bnyak2 sangat... pada ku yang utama yang perlu tukar main page... bagi nampak macam kemas skit... sekarang ni bukan la nak kata tak kemas... tapi nampak agak muram dan kurang menarik skit... rolleyes.gif
Don Juann
wajar di perindahkan lagi sejajar theme2 yg terkini supaya nmpak sedap mata memandang dan tidak berat loading
Datuk_Seri
Assalamualaikum...

aku harap, theme kat mainpage diperindah dan disegarkan lagi.. ni agak malap n muram sket.. apa saja yang terbaik untuk Putera.com, aku setuju dan sokong. Aku suka idea neko tu post #26.. menarik...

Assalamualaikum...
roronoazoro
QUOTE(Datuk_Seri @ Jun 22 2007, 12:29 PM) [snapback]511502[/snapback]
Assalamualaikum...

aku harap, theme kat mainpage diperindah dan disegarkan lagi.. ni agak malap n muram sket.. apa saja yang terbaik untuk Putera.com, aku setuju dan sokong. Aku suka idea neko tu post #26.. menarik...

Assalamualaikum...

btol...mainpage nmpak cm skema sgt..letakla warna2 yg meriah2 sket..dan susun atur yg baru..
C-Fu
QUOTE
side bar yg ada skrg mmg kurang kemas & byk boleh diperbaiki, tapi kita kekurangan content. Link ke luar dari website ini wajar diminimumkan terutama di muka hadapan.


asal tanak elect beberapa orang jadi content provider/leecher? instead of just barisan moderator forum adakan jugak la barisan content provider....


....... termasuk putera tutorials sebagaimana idea ko dulu shanai, tapi dah terkubur pasal orang dah malas nak buat something yang tak dapat apa2. ako dapat warning bile ade overzealous moderators and supervisors bace posting ako, tapi ako tak dapat pape bile ako pos tutorial in flash. great.



kkalo bebetul bilangan pos tak penting then asal ko ade buat # post leader board kat depan? buang je la. menyemak tnegok manusia2 paling kuat spam kat forum.


oh and pasal logo ko gune very weird hue of blue, maka apa2 design stylish mesti nampak cam tak kena nanti.

because main page ade satu je, and forum ade beribu. baik takyahh. semua orang yang ako kenal hardly melihat n membaca mainpage. so ko kene ada something extra untuk orang rajin tengok mainpage. bukan just bookmark forum.

ko naiktarafkan la memane thhread berupa berita ke mainpage. kan ko sendiri ada forum2 berupa tempat orang pos berita kat situ.



for starters, ko suruh je la moderator tak aktif or yang pemalas nak bace2 thread mengarut cam kat windows tu untuk pegi curik artikel link dari digg ke or somewhere. ni idak, moderator keje diorang kunci thread je.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2008 Invision Power Services, Inc.