Bantuan - Carian - Ahli - Kalendar
Full Version: Pesanan Hamas Untuk Umat Islam Di Malaysia
Tanya@Putera > Komuniti > Serious Discussion
Pages: 1, 2
haphiz
Pesanan Dr Khalil al-Haya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia. Beliau telah berada di Malaysia pada tahun lalu untuk siri kempen "Bersama Menyokong Rakyat Palestin dan kerajaan HAMAS". Pesanan diterjemahkan oleh Maszlee Malik di atas permintaan Dr Khalil.

Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.

Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari rumah, kampung halaman, dan juga tanah watan. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi perbuatan tidak bertamadun yang boleh diungkapkan, telah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ianya adalah jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan kami ini.


Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui.


Ketika di waktu awal penjajahan, kami, saudara anda dari gerakan Islam telah menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam telah dibantai penjajah. Pembantaian itu walau bagaimanapun tidak cukup untuk melemahkan kami. Sehinggalah di zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya. Semenjak tarikh tersebut,gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kmai telah menumpukan usaha untuk pembinaan semula struktur perjuangan. Usaha pendidikan, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan telah menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehinggalah di pertengahan 80'an. Apabila arus sekular telah mula jemu dengan perjuangan. Ketika arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin telah mula lesu. Kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami adalah berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam semula dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.

HAMAS, semenjak hari pertama penubuhannya telah menjadikan jihad sebagai jalan utama untuk memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga telah menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga telah memberikan nyawa ahli-ahli mereka untuk tujuan tersebut. HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.

Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah mereka. Kemenangan ini, walaupun indah, namun ianya merupakan ujian yang getir bagi kami. Kemenangan tersebut merupakan era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang di dalam perjuangan kami, iaitu ruangan politik pemerintahan. Semakin bertambahnya beban, semakin tingginya perngorbanan.


HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja.


Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama. Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita telah ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang sama. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya???

Umat Islam di Malaysia sekelian, menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi memerintah di dalam fasa penjajahan dan peperangan. Apatah lagi jika pemerintahn itu hanyalah memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya. Apatah lagi apabila memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut adalah mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili anda semua di seluruh dunia.

Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencaai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Hatta, persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan kertas.

Mengapa ini semua?, ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telah memilih calon yang mereka inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan kerana kami enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?

Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin.Rejim Zionis telah mengambilnya dari kami dan tidak pernah dipaksa untuk memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang memaksa rejim Zionis untuk memulangkannya. Mereka juga telah menutup laluan udara, darat dan laut kepada tanah Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan bodoh yang telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua.

Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?


Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini.


Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?


Umat Islam di Malaysia sekelian,

Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.

Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya.


Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.


Umat Islam di Malaysia,

Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.

Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu.

Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin.

Kami juga inign melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini.

Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami.

Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini...

Allah Akbar!!!

Saudaramu,
Khalil Ismail al-Haya
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin


http://www.palestinkini.info/
C-Fu
ko khalil ke sape? mane ko curik artikel ni?

ape hukum curik?
haphiz
QUOTE(C-Fu @ Jun 18 2007, 11:42 PM) [snapback]508829[/snapback]
ko khalil ke sape? mane ko curik artikel ni?

ape hukum curik?


> salam, saya bukan niat utk mencurik tetapi kewajipan sbg seorg muslim dalam menyampaikan message ini..
mungkin masih terdapat saudara kita diluar sana belum tahu tentang pesanan ini, pesanan ini adalah amanat daripada para pejuang kita di sana , kemenangan mereka adalah kemenangan kita..
C-Fu
ASSALAMUALAIKUM

ko mencuri. sampai sekarang ko tanak bagitau kat mane ko curik artikel yang orang lain penat2 tulis.


tak cukup dengan mencuri, ko copy dan paste artikel ni seolah2 ko ni dr khalil seperti di signature kat bawah artikel tu.


NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. dan cara ko ni dah membuatkan mereka menang. tahniah kerana degil dan tanak dengar kata wahai newbie.
Batista
rilek2 lol..
dia dh edit post dia..
C-Fu
sumber masih die tanak bagitau. kedekut ilmu.
Heavensun
kan ada kat bawah sekali post dia tu.....sumber yang dia amik.....
hdroxy
apehal nyer nie? cube cakap baik2. ngan saudara Islam ambil artikel ikhlas ntuk sebarkan (yg beberapa kb), beria-ria nak perjuangkan sampai tuduh mencuri-curi. nak berjuang ngan yahudi yg terang2 curik harta org Islam (tanah, minyak, dara, harta, duit), x beria-ria plak. lol. Aku ingat org Hamas pon x kesah kalu x bubuh source. Bukan diorang nak fame pon. janji derma. no offence.

*awat emosinal jer nih, dtg bulan ke?
udin_69
C-Fu yg pelik
C-Fu
bukan salah ako kalo korang tak penah masuk uni dan belajar konsep accountability dan tak penah belajar camner nak buat artikel, assignment or tesis.

and ako bukan bapak atau lecturer ko untuk nak terangkan ape maksud accountability pulak kat sini. budak2, kalo tak paham pegi main jauh2.

oh please. takyah la nak mengarut menangis2 claim diorang berjuang ngan yahudi bile yang terang2 fatah dan hamas, DUA ORGANISASI BERTERASKAN ISLAM, bunuh membunuh sesama sendiri.

HAMAS vs. FATAH vs. ZIONIS

tiga2 berebutkan palestin.


tak campur lagi ngan kerajaan mahmoud abbas yang nak buat.

ako carik kat site tu, and ako tak jumpe. susah gile ek untuk letak url die terus kat sini!
mamat newbie ni boleh pegi all the way ke site tu, carik artikel tu, copy dan paste artikel tu tanpa apa2 komen atau catitan langsung....

tapi untuk copy paste url die, adalah satu perkara yang sungguh mengaibkan diri untuk dia buat.


rolleyes.gif
udin_69
pe slh nya ckp elok2..
die kn bru lg..
kalu die x tahu,ko ajar la..
TJ-Ariff
Dalam artikal tu ada sesuatu yang saya rasa tak sepatutnya sebagai seorang Islam mengatakan nya..

QUOTE
Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kai tidak akan memaafkannya.


Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.


Macam satu ugutan... agar kita semua menderma sebanyak RM3.60
walaupun tak banyak, cuma RM3.60 Setahun, tetapi ayat begitu tidak sepatut nya keluar...

Cuba fikirkan, agak kasar bahasa bahasa tu..
"Kami akan tuntut dari Allah..."
"Kami tidak akan redha...."
"Kami tidak akan memaafkannya."





hdroxy
mungkin dah tertekan dan marah berpuluh-puluh tahun bende nih, jadi kasar. mungkin jugak dia tersinggung sebab org Islam buat dek jer. padahal mmg kewajipan kita.
C-Fu
still bukan excuse untuk die ugut.
zareight
QUOTE(C-Fu @ Jun 19 2007, 01:22 PM) [snapback]509150[/snapback]
still bukan excuse untuk die ugut.



yups...xda sebab utk ugut..derma itu ikhlas..bkn ugut..
Heavensun
memang nampak macam ugutan.......tapi jika betul kita diam membisu tanpa apa2 usaha, maka berhati2lah.tapi kita hanya buat setakat yang mampu dan terdaya.....selemah-lemah iman benci dalam hati dengan perkara tersebut....jika ada rasa benci dengan perkara tersebut, Alhamdulillah...Allah akan tahu.....tapi jika tidak terdetik sedikit pun perasaan benci, malahan rasa suka, tiada rasa simpati kepada nasib mereka serta agama Islam, tunggulah pengadilan Allah di akhirat kelak...Wallahualam
DragoN
dia sama dia pon x bersatu..sebok nak rebot kuasa,camner nk lawan zionis..
malayNUX
Macam 'surat berantai' pulak (yang USD1 tu),

-----------------------------------

ada baiknya di bagi kat isteri wat beli keperluan harian, lagi besar pahala, yang lebih bagi derma kat tetangga/masjid

wassalam.
amirVB
oh mana tak dia bengang sampai mcm tu skali..
mintak tolong dari sesama bangsa, ada yg tikam dari belakang..
mintak tolong dari pak Arab yg sekeliling negara dia, masing2 tak mau masuk campur..
mintak tolong dari OIC especially Pengerusi, err.. sendiri paham lah..
last2 mintak tolong dari yg Esa yakni Allah swt..
pasal Allah makbulkan atau tak makbulkan doa diorang tu, itu lain kira..
kita sendiri pon tak tau apa yg berlaku kat sana..

wallahualam.. sleep.gif

*p/s: walaubagaimanapun, aku suka org yg menegur kesilapan org lain itu secara berlembut..
kita ni kan dlm satu komuniti yg berforum.. lebih2 lg Melayu terakhir.. tongue.gif
lain lah kalau duduk dalam barrack tentera tuh.. nak maki hamun org lain sesuka hati pon takde sapa yg kesah..
just my 2 cents.. peace cool.gif
Heavensun
QUOTE(amirVB @ Jun 19 2007, 09:29 PM) [snapback]509500[/snapback]
*p/s: walaubagaimanapun, aku suka org yg menegur kesilapan org lain itu secara berlembut..
kita ni kan dlm satu komuniti yg berforum.. lebih2 lg Melayu terakhir.. tongue.gif
lain lah kalau duduk dalam barrack tentera tuh.. nak maki hamun org lain sesuka hati pon takde sapa yg kesah..
just my 2 cents.. peace cool.gif


betul...aku rasa ada betulnya tu...tegur secara lembut...jangan secara kurang ajar...
C-Fu
takut nangis la tu
panglimakhalid
QUOTE(TJ-Ariff @ Jun 19 2007, 12:42 PM) [snapback]509121[/snapback]
Dalam artikal tu ada sesuatu yang saya rasa tak sepatutnya sebagai seorang Islam mengatakan nya..
Macam satu ugutan... agar kita semua menderma sebanyak RM3.60
walaupun tak banyak, cuma RM3.60 Setahun, tetapi ayat begitu tidak sepatut nya keluar...

Cuba fikirkan, agak kasar bahasa bahasa tu..
"Kami akan tuntut dari Allah..."
"Kami tidak akan redha...."
"Kami tidak akan memaafkannya."

tak diwajibkan untuk yang tak mampu...ayat al-Quran mafhumnya "Allah tak memberati dengan sesuatu bebanan yang tak tertanggung"...

kalau mampu sumbangkan hanya 20 sen...20 sen je yg dia tuntut di hadapan Allah nanti dari kita...
kalau mampu sumbangkan RM2juta..dia cuma mintak RM3.60 setahun jer..kalau nak bagi lebih lebih baik...
TJ-Ariff
QUOTE(panglimakhalid @ Jun 20 2007, 05:11 AM) [snapback]509683[/snapback]
tak diwajibkan untuk yang tak mampu...ayat al-Quran mafhumnya "Allah tak memberati dengan sesuatu bebanan yang tak tertanggung"...

kalau mampu sumbangkan hanya 20 sen...20 sen je yg dia tuntut di hadapan Allah nanti dari kita...
kalau mampu sumbangkan RM2juta..dia cuma mintak RM3.60 setahun jer..kalau nak bagi lebih lebih baik...

Bukanlah jumlah sumbangan yang dimaksudkan, tetapi cara untuk mendapatkan sumbangan tersebut..
Adalah lebih baik menggunakan kata kata pujian dan doa yang baik bila ingin memohon pertolongan.

Cuba kita tukarkan ayat tersebut dari :-
"Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kai tidak akan memaafkannya.

Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin."


ke ayat yang lebih baik lagi bersopan seperti ini :-
"Jikalau kami gugur syahid, doakanlah kami, tiada lain yang kami minta hanya doa saudara saudara kami.
Kami juga ingin meminta sedikit sumbangan kewangan dari anda semua agar derita dan kesengsaraan kami dapat dikurangkan; Demi Allah yang menjadikan langit dan bumi, Yang menghidup dan mematikan , tidak kami gentar menghadapi keadaan ini. Kami doakan agar anda semua diberikan kesejahteraan dan kemakmuran, semoga dengan talian persaudaraan ini akan mendapat keredhaan Allah didunia dan Akhirat.

Kami amat mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin."


Setiap sumbangan kejalan Allah mestilah Ikhlas.
Jadi bila ada ayat yang berbunyi ugutan, keikhlasan dalam sumbangan itu akan hilang, yang timbul adalah " sumbangan paksaan dalam ketakutan" (Takut kena sumpahan).

Macam ada satu cerita Hindi ...
Seorang pengemis yang berpakaian compang camping, meminta sedekah pada seorang hartawan,
bila hartawan tu tidak melayan nya, mula lah pengemis tu, mengeluarkan kata ungkapan berupa sumpahan sumpahan, yang mengatakan Tuhan akan membalasnya kerana tidak mahu menderma, dia(hartawan) akan mendapat kemalangan la, macam macam lagi la.... .
Lalu dengan ketakutan, hartawan tu berilah derma tu dengan muka yang semacam...
......................................

Nak macam tu kah ???

Soalnya bukan jumlah atau nilai sumbangan tersebut , tetapi yang lebih utama adalah ROH Sumbangan tersebut, KeRahmatan; apabila setiap sumbangan itu mempunyai kerahmatan daripada Allah, maka walaupun sedikit tetapi dia nya Berkah... (BERKAT) . Ini yang kita semua mahu.. Diberkati Allah.

Wassalam...





malayNUX
"Tak akan kuat dan perkasa ummat Islam itu, selagi jemaah solat Subuh nya (yakni di masjid) tidak seramai jemaah yang solat jumaat"

----------------------------------dipetik dari khutbah jumaat---------

wassalam...
C-Fu
amende yang ko mengarut tetibe keluar cite pasal solat subuh ni
udin_69
QUOTE(malayNUX @ Jun 20 2007, 01:07 PM) [snapback]509882[/snapback]
"Tak akan kuat dan perkasa ummat Islam itu, selagi jemaah solat Subuh nya (yakni di masjid) tidak seramai jemaah yang solat jumaat"

----------------------------------dipetik dari khutbah jumaat---------

wassalam...

ni nape plak bang?
TJ-Ariff
QUOTE(udin_69 @ Jun 20 2007, 01:48 PM) [snapback]509915[/snapback]
ni nape plak bang?

laugh.gif ha ha... kenapa ? tak faham ker ?..

Gini Maksud nye... ;
"Tak akan kuat dan perkasa ummat Islam itu, selagi jemaah solat Subuh nya (yakni di masjid) tidak seramai jemaah yang solat jumaat"

Ia bermaksud ; Tidak akan kuat Islam tu jikalau kita tidak Bersatu

Kenapa solat subuh ? - Solat subuh ditafsirkan sebagai "Permulaan Kehidupan" ini bermakna disetiap hari permulaan kehidupan kita, mestilah didalam satu jemaah, yakni sentiasa dalam Satu hati , akidah, tujuan, dan berbagai lagi.

Jika ini gagal kita laksana kan, maka jangan harap Islam nak menjadi kuat seperti Zaman Rasullullah.

Kenapa pula dibandingkan dengan Solat Jumaat ? - Solat Jumaat ditafsirkan adalah satu perhimpunan yang dilakukan hanya pada hari tertentu.
Sebagai contoh mesyuarat OIC, tetapi tak kemana pergi nya..

Gitu ler ada nye Islam sekarang termasuk apa yang berlaku di Malaysia...

Wassalam..
___________________________________________________________________
Semua tafsiran adalah dari tafsiran saya sendiri, tiada kene mengena dengan mana mana guru dan perguruan.
udin_69
smyg subuh berjamaah yang ramai nye cm time smyg jumaat??
kalu kt Malaysia susah la nk wat,tp kt Masjidil Haram blh la kot
setiap waktu asyik ramai je
C-Fu
pandainye compare masjid terpenting di dunia dengan masjid mesia

mesti ade degree ni
nocturnal
QUOTE(udin_69 @ Jun 20 2007, 03:10 PM) [snapback]510006[/snapback]
smyg subuh berjamaah yang ramai nye cm time smyg jumaat??
kalu kt Malaysia susah la nk wat,tp kt Masjidil Haram blh la kot
setiap waktu asyik ramai je

aku rasa ko x paham la maksud dia buat perbandingan solat subuh ngn solat jumaat tu.
haphiz
salam.,

Pada pendapat saya ianya bukanlah berniat sebagai satu ugutan tetapi merupakan saranan tegas yang juga wajib ke atas diri tiap2 umat Islam memberi sumbangan walau apa bentuk sumbangan sekalipun. Tujuan pesanan adalah untuk memberitahu umat Islam di Malaysia ttg isu Palestin, masjid Al-Aqsa adalah isu ummah dan bukan isu rakyat Palestin semata2. Para ulama telah berijmak hukum mempertahankan bumi umat Islam adlah wajib sekiranya dijajah.

Al-Aqsa merupakan kiblat pertama umat Islam, masjid ke-tiga suci dan juga bumi israk dan mikraj. Perjuangan membebaskan Al-Aqsa dan kemerdekaan negara Palestin adalah tugas kita semua. Kita semua adalah pejuang yg akan membebaskan Al-Aqsa di bumi Palestin dgn turut memberi sumbangan walau hanya dgn doa sekalipun. Bezanya mereka telah dipilih Allah SWT untuk berada di barisan hadapan mewakili kita memperjuangkan Al-Aqsa. Ingatlah kita semua akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat nanti. .

Mslah di palestin kini adalah perpaduan dan masih terdpt pihak yg bekerjasama dgn AS dan Zionis yang sanggup membunuh para pejuang Palestin sendiri. kita doakan mereka agar Allah satukan hati2 mereka dlm jihad menentang penjajah Zionis. amin..
creed84
Salam,

saya pun masih newbie dan takde degree. Tapi harap janganlah blame saya andai saya tersilap.

saya menyokong usaha saudara haphiz untuk menyebarkan risalah2 umpama begini.

Semoga Hamas beroleh kemenangan dan umat Islam kembali bersatu, begitu jua dengan bangsa Melayu Islam kita yang tercinta ini biggrin.gif
HexPhoenix
dari sumber mane aku x pasti, tapi telinge aku mendengar sebenarnye quote solat subuh tu Ariel Sharon yg buat maser dier jadi PM Israel. means klo macam ni je rupe umat Islam, sampai bile x menang. sebab tu dier bakar line umat Islam. ph34r.gif
C-Fu
adalah korang sedar yang hamas sekarang sedang ditentang habis2an oleh kerajaan palestin?

perlu ingat!!

jika korang nak menyebarkan propaganda HAMAS, maka korang WAJIB sebarkan propaganda kerajaan PALESTIN, dan jugak propaganda FATAH.


kerana kalo korang sebar/sokong sesatu group bertopengkan Islam, maka korang juga turut serta dalam memecahbelahkan umat islam SENDIRI. di bumi palestin!

itu ke yang korang nak?


sokong sebar risalah agama konon. cube la pikir jauh sket!!!!!
cili


Kita nak cakap pasal isu FATAH HAmas kena ada ilmu. Kalau nak bagi pendapat tak berdasarkan fakta semua org boleh buat.

Tahu tak kenapa FATAH kalah dalam pilihanraya ? Sebab pemimpin2 mereka teruk dan korup.

Sekarang ni FATAH dah tak ada sokongan. YAng menyokong FATAH ialah Amerika dan ISrael. Cubalah fikir sebab apa bantuan AMerika hanya akan datang jika FATAH memerintah ?

Pemimpin FATAH hidup mewah sedangkan rakyat PAlestin menderita.

Kerajaan PAlestin sebenarnya ialah kerajaan HAMAS. Fatah hanya menempek sahaja. Cuma sekarang dah berubah kerana Amerika dan Israel tolong Mahmud ABbas. Rakyat bersama Hamas.




matrik02
QUOTE(C-Fu @ Jun 20 2007, 03:44 PM) [snapback]510031[/snapback]
pandainye compare masjid terpenting di dunia dengan masjid mesia

mesti ade degree ni


Masjid terpenting di dunia nie masjid ape? sorrylaa aku ada sijil jer, takder degree..
cili
sesetengah melayu mudah lupa( begitu juga sesetengah cina, india, Arab dan lain2) . so just nak ingatkan:

Bacalah:

Arafat's wife at centre of money-laundering inquiry


http://www.smh.com.au/articles/2004/02/12/...l?from=storyrhs
malayNUX
QUOTE(C-Fu @ Jun 20 2007, 01:36 PM) [snapback]509906[/snapback]
amende yang ko mengarut tetibe keluar cite pasal solat subuh ni

blink.gif

Ada jugak rupanya tempat dia 'tersangkut' biggrin.gif

----------------------------------------------

Solat itu tiang agama, kalau solat "Jumaat" je yang ramai, bermakna kita xbersatu untuk kuatkan tiang2 yang lain.

dalam kata lain, Umat islam itu rapuh. (note: musuh akan serang kita time subuh la..(lawak dari aku))

Thanks TJ

wassalam
udin_69
QUOTE(matrik02 @ Jun 24 2007, 10:09 PM) [snapback]513079[/snapback]
Masjid terpenting di dunia nie masjid ape? sorrylaa aku ada sijil jer, takder degree..

Masjidil-Haram
hafuel
aku sokong mamat yang bukak treat nih ( x kisah lah dia ambik dari manapun)....sepatutnya kita yang islam saling menyokong...kalau taknak bagi derma pun...jangan ler sampai marah-marah kat hamba Allah nih. bukan ker kita kena berpesan-pesan ke arah kebaikan, apatah lagi bab tolong-menolong sesama islam nih....
Truly aku sendiri tak paham kenapa mesti jadi macam ni, pada yang tetiba nak membangkang tak tentu pasal, baca la bebetul....kalau kita sedang dalam kesusahan (keluarga, sedare, kawan kena bunuh, rogol, siksa ), macammana la keadaan kita masa tu......???.
Pasal tanah palestin tu, yang menjadi isu adalah kat situ la tempat suci umat islam berabad lamanya....dan yang terpenting!! kat situlah tempat saudara kita sesama islam duduk/tinggal....cuma ramai orang kita tak sedar...
Apapun aku ucapkan tahniah pada saudara haphiz kita yang buka treat nih....TQ very much. biggrin.gif
P Untuk Pendeta
sikap melayu muslim malaysia ni, tak boleh baca artikel2 yang ada perkataan "Islam" dan "Allah". Tanpa siasat lebih lanjut, baca pun sekali lalu suku faham, terus sokong. WAJIB NAK SOKONG TU!

Islam ajar matlamat tidak menghalalkan cara. Dalam kes ni, matlamat OP adalah untuk menyatukan umat Islam. Tapi malangnya cara dia salah. Dia masukkan fahaman peribadi, penipuan dan ugutan. Jadi, jika atas nama membantu sesama Islam, maka, adakah betul untuk kita pergi beramai-ramai ke Amerika, rompak duit mereka, berikan ke Palestin?

Kita wajib ada asas [foundation] yang betul dalam mencapai matlamat. Foundation yang betul tak mudah dipatahkan, maka seterusnyaapa yang terbina di atas foundation tersebut akan terjamin. Tak pernah terfikirkah sejauh itu wahai melayu Putera.com?

Apa yang haphiz buat ni sekadar menyebarkan propaganda yang tak tahu tahap kesahihannya. Betul, saudara kita kat sana kena rogol, bunuh etc. tapi situasi tu betul dalam semua peperangan, tak exclusive untuk muslim saje. nada yang digunakan dalam "pesanan" tu juga lebih kepada mengugut untuk melibatkan diri dari meminta sokongan.

Rasionalnya, kebanyakan tindakan2 "mencipta", forward2, berbincang tanpa pendapat dan pengetahuan terdidik dan rasional ni hanyalah sekadar meraih perhatian [attention whoring] kerana biasanya, mereka2 ni mahukan orang mendengar apa yang ingin dikatakan, tetapi mereka ini juga tiada isu. Jadi jalan mudah ialah membuka thread2 berbau agama kerana ini dilihat sangat efektif.

Jadi, secara terbuka aku nak mintak kat TJ Ariff, buat satu lagi sticky, pastikan ada perkataan " Sebelum buka thread isu agama" pada tajuknya, dan berikan peringatan supaya hanya buka thread agama untuk dibincangkan, yang bukan berasal dari forwarded emails. Dan jika lepas "saringan' tersebut, minta TJ Ariff guna kebijaksaan dan budi bicara untuk baca dulu dan tentukan kesahihan dan kesesuaian isu itu untuk dibincangkan. Harap cara ni dapat mengurangkan lambakan thread agama yang menyebarkan salah faham, blind hatred dan menyumbang kepada subsection serious discussion yang intelektual.
hafuel
Kalau betul dikatakan melayu islam begitu menyokong terhadap artikel yang ada perkataan ALLAH dan ISLAM. Saya suka sesangat smile.gif ..kerana apa?? ..Bukankah itu lebih baik daripada melayu islam yang terlalu taksub terhadap perkataan Gangstarz dan Mentor??. (tanya diri kita sendiri macam tu ker realiti melayu islam kita sekarang nih).
Apapun terpulang kepada pendapat diri kita masing-masing, yang mana dalam kes ini..keadaan forumer yang beragama islam pun sudah terbahagi kepada 3. Satu bahagian menyokong, satu bahagian tak sokong dan satu lagi bahagian berkecuali/tak tahu nak sokong ke tak. Apatah lagi umat islam sedunia, bagaimana agaknya seluruh umat islam nak bersatu???.
Adakah suatu artikel yang mengandungi perkataan yang kita panggil sebagai ugutan (walaupun kita tahu itu sebenarnya kewajipan kita), kita dah melenting dan menolak kebenaran artikel tersebut. Soal ugutan bukan isu yang sepatutnya dibangkitkan di sini, banyak lagi perkara berkenaan pembangunan/hidup umat islam palestin di dalam artikel ini yang sepatutnya dibincangkan. Banyak lagi perkara yang positif boleh dibuka untuk keinsafan diri kita sebagai muslim selain isu ugutan takpun USD 1 tu....perghh serius aku tak percaya jadi camnih. Cuba jangan bandingkan keadaan hidup orang muslim yang dibunuh dan dirogol atas sebab peperangan sama seperti golongan manusia beragama lain yang mengalami peperangan. Sedar dan insaf apa yang kita cakap tu... Kita bercakap atas kedaulatan agama kita, wajar ker kita kata macam tu???!!!.
Saudara haphiz mungkin salah kalau niat dia nak dapat perhatian, tapi betul ker dia macam tu orangnya..sapa kita nak tuduh dia.., kalau betul tujuan dia sekadar untuk menyampai kepada sahabat-sehabat puterian..saya rasa tak salah. dia buat dakwah...salah ker??. Sahih tak sahih itu terpulang, apa yang nyata saudara kita di sana sudah berpuluh tahun menderita, pegangan agama diorang semakin hari semakin terancam..kita patut bersyukur kita hidup dalam keamanan, kalau benar duit yang didermakan ini disalurkan ini ke arah kebajikan/perjuangan palestian..sama2 kita dapat keberkatan. kalau tak Subhanallah.
hdroxy
QUOTE(C-Fu @ Jun 20 2007, 01:36 PM) [snapback]509906[/snapback]
amende yang ko mengarut tetibe keluar cite pasal solat subuh ni


sembahyang subuh kan ke liat sikit ph34r.gif . so kalu sumer org Islam memenuhi masjid solat subuh seperti solat jumaat, maknanya dedikasi orang Islam terhadap agamanya tinggi. time tuh yahudi pon takut le.
P Untuk Pendeta
QUOTE(hafuel @ Jun 25 2007, 07:01 PM) [snapback]513700[/snapback]
Kalau betul dikatakan melayu islam begitu menyokong terhadap artikel yang ada perkataan ALLAH dan ISLAM. Saya suka sesangat smile.gif ..kerana apa?? ..Bukankah itu lebih baik daripada melayu islam yang terlalu taksub terhadap perkataan Gangstarz dan Mentor??. (tanya diri kita sendiri macam tu ker realiti melayu islam kita sekarang nih).
Apapun terpulang kepada pendapat diri kita masing-masing, yang mana dalam kes ini..keadaan forumer yang beragama islam pun sudah terbahagi kepada 3. Satu bahagian menyokong, satu bahagian tak sokong dan satu lagi bahagian berkecuali/tak tahu nak sokong ke tak. Apatah lagi umat islam sedunia, bagaimana agaknya seluruh umat islam nak bersatu???.
Adakah suatu artikel yang mengandungi perkataan yang kita panggil sebagai ugutan (walaupun kita tahu itu sebenarnya kewajipan kita), kita dah melenting dan menolak kebenaran artikel tersebut. Soal ugutan bukan isu yang sepatutnya dibangkitkan di sini, banyak lagi perkara berkenaan pembangunan/hidup umat islam palestin di dalam artikel ini yang sepatutnya dibincangkan. Banyak lagi perkara yang positif boleh dibuka untuk keinsafan diri kita sebagai muslim selain isu ugutan takpun USD 1 tu....perghh serius aku tak percaya jadi camnih. Cuba jangan bandingkan keadaan hidup orang muslim yang dibunuh dan dirogol atas sebab peperangan sama seperti golongan manusia beragama lain yang mengalami peperangan. Sedar dan insaf apa yang kita cakap tu... Kita bercakap atas kedaulatan agama kita, wajar ker kita kata macam tu???!!!.
Saudara haphiz mungkin salah kalau niat dia nak dapat perhatian, tapi betul ker dia macam tu orangnya..sapa kita nak tuduh dia.., kalau betul tujuan dia sekadar untuk menyampai kepada sahabat-sehabat puterian..saya rasa tak salah. dia buat dakwah...salah ker??. Sahih tak sahih itu terpulang, apa yang nyata saudara kita di sana sudah berpuluh tahun menderita, pegangan agama diorang semakin hari semakin terancam..kita patut bersyukur kita hidup dalam keamanan, kalau benar duit yang didermakan ini disalurkan ini ke arah kebajikan/perjuangan palestian..sama2 kita dapat keberkatan. kalau tak Subhanallah.


hehe....

kamu ni mungkin tergolong dalam golongan yang aku sebut. baca sekali lalu, paham suku pun tidak. meh, aku highlight tempat yang kamu nampak gaya terlepas baca.

"Kita wajib ada asas [foundation] yang betul dalam mencapai matlamat. Foundation yang betul tak mudah dipatahkan, maka seterusnya apa yang terbina di atas foundation tersebut akan terjamin. Tak pernah terfikirkah sejauh itu wahai melayu Putera.com?"

Maksudnya, kalau masih gagal nak faham, ialah kita mesti tahu dengan betul betul apa tujuan dan cara yang betul nak capai matlamat. Jika cara untuk mendapatkan US$ 1 tu dengan mengugut, halalkah duit tersebut? Orang yang bagi tu rela atau tidak, bukan soalan. Cara kita dapatkan duit tu.

Contoh: Kalau aku kata aku nak adik perempuan kamu. Aku kata, kalau kamu tak bagi aku nikah dengan dia, aku rogol dia. Betul ke cara aku tu? Sedangkan, aku ni memang dah hukum wajib kawin. So, pada aku, betullah apa aku buat. Tapi kamu yang kene tu, rasa betul ke tindakan aku mengugut ni?

Kamu persoalkan, siapa kami ni nak tuduh si haphiz tu? Satu: Kami tak tuduh dia. Dua: Siapa pulak kamu yang nak defend dia? Tuan punya badan pun tak busy mcm ni. Dia sendiri takde usaha nak pertahan tindakan dia, kenapa mesti kamu?

Inilah sikap yang tak bagus. "Dari khayal tengok realiti TV, baik aku membuta tuli sokong sesuatu yang berbau Islam, tapi tak tahu mana sahihnya." Bercakap pasal kesusahan orang lain, nak tolong, kail sejengkal, nak duga laut dalam. Mana pandainya nak jadi hero mcm tu?

Apa dakwahnya yang haphiz buat? Serius aku fail nak faham. Kalau aku, ini dakwah aku kepada kamu: Belajar pandai pandai pasal agama. Baca baca baca. Belajar macam mana nak hasilkan pendapat yang bagus. Cari fakta yang boleh sokong pendapat kamu tu supaya tak cepat melatah dengan isu2 yang bau saja agama, tapi maksud sebenarnya sesat lagi menyesatkan! Jangan jadikan penipuan sesuatu yang boleh diterima hanya nama Allah dan Islam disebut! Ingat, janji Syaitan tu sendiri nak menyesatkan manusia, tak bererti Sayitan tu sendiri tak beriman! Kata2 dia jauh lebih hebat dari Harun Din pun boleh! Kamu kene belajar sendiri dengan orang yang layak. Bukan bercakap dengan emosi!
are_zn
QUOTE(Sinful @ Jun 25 2007, 03:20 PM) [snapback]513530[/snapback]
Islam ajar matlamat tidak menghalalkan cara. Dalam kes ni, matlamat OP adalah untuk menyatukan umat Islam. Tapi malangnya cara dia salah. Dia masukkan fahaman peribadi, penipuan dan ugutan. Jadi, jika atas nama membantu sesama Islam, maka, adakah betul untuk kita pergi beramai-ramai ke Amerika, rompak duit mereka, berikan ke Palestin?


sinful...aku tak perasan lak penipuan yang die buat...boleh ngko tunjuk kat aku tak...mungkin aku tak perasan ker...


P Untuk Pendeta
are_zn,

aku mmg x dapat nak sahihkan satu2 benda yg Khalil ni claim. So, setahu aku, half a truth is still a lie. Tapi yang pasti, Khalil juga ada kata yang mereka diserang atas sebab mereka di sana islam, yang aku rasa tak tepat. Orang2 israel tidak pedulikan agama orang2 Palestin. Mereka mahukan tanah tu. jadi, jika orang palestin tersebut bukan islam pun, mereka akan serang sebab, mengikut ajaran Yahudi, mereka perlukan sebuah negara Israel as a security for the coming Messiah. Al-Masih mereka bukan macam Al-Masih Islam atau Kristian. Al-Masih mereka bukan Isa, malah mereka sendiri pun tak tahu siapa. So, Israel adalah persedian untuk Al-Masih mereka yang akan menjadi Raja mereka nanti. jadi, islam atau bukan rakyat palestin, israel tetap akan mereka usahakan.

Polisi mereka hari ini yang anti-islam hanyalah sekadar respon dari kita yang mengatakan bahawa ini adalah peperang berasaskan agama. Mereka tidak peduli pun Kristian, yang menganggap Isa itu Al-Masih, sedangkan mereka kata Isa hanya sekadar Nabi palsu. Inikan pulak nak ambil tahu pasal Islam yang turut menyokong Isa adalah Al-Masih. Ini adalah asas untuk percaya bahawa agama hanya alasan, sedangkan tiada isu langsung antara kedua - dua agama melainkan Al-aqsa.

edit:
so, kesimpulan...ye, kita [muslim] berperang atas dasar agama...tapi bukan mereka. at least bukan atas sebab nak memerangi agama kita, tapi membuat apa yang di ajar oleh agama mereka. harap tak keliru dua sebab ni.
panglimakhalid
QUOTE(C-Fu @ Jun 24 2007, 09:58 AM) [snapback]512757[/snapback]
adalah korang sedar yang hamas sekarang sedang ditentang habis2an oleh kerajaan palestin?

bukankah kerajaan PALESTIN yang SAH adalah HAMAS..! kerana mereka menang PILIHAN RAYA MAJORITI..!

dan baru-2 ni menang pulak di semenanjung GAZA...kubu kuat Presiden palestin (yang tak sah) Mahmoud Abbas -fatah-

so..sapa yang legal memerintah dan sapa yang illegal menyerang...?
naga9
bila dah GILA kuasa
seorang tak apa, tapi bila dah dua orang yang GILA kuasa,
biasanya berGADUH...

bilah bergaduh, ada yang tak PUAS hati
bila tak puas hati , hati kena pUAS kan
bila ikut hati ..mati... kata org dulu-dulu

haphiz
salam.,

Pada masa kini kita mmg ada saluran dlm mmbntu rkyat palestin antaranya melalui Aman Palestin Berhad dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia. mengenai pesanan tersebut saya tidaklah sehingga ke Palestin utk memastikan kesahihan cuma apa yg saya dapat dari sumber berita palestin dari media spt anda skalian. anda hanya meragui kesahihan pesanan dan bertanggapan negatif, yg penting di sini mesej yg cuba disampaikan bukannya mengajak kita untuk berpecah belah tetapi untuk bersatu membela nasib rkyat palestin.. pesanan tersebut bukanlah berniat sebagai satu ugutan tetapi merupakan saranan tegas yang juga wajib ke atas diri tiap2 umat Islam dgn turut memberi sumbangan, tidak kira bentuk sumbangan walau hanya dgn titipan doa sekalipun.

Jikalau anda merasakan kemenangan HAMAS adalah kemenangan kumpulan radikal yang ingin menegakkan cita-cita politik mereka, maka anda silap! kerana hamas telah pun diberikan kepercayaan oleh rakyat Palestin sendiri untuk memerintah mereka tetapi dinafikan zionis. Jika anda merasakan isu Palestin hanya merupakan isu rakyat Palestin yang inginkan kemerdekaan setompok kecil dari bumi Allah yang luas, anda juga silap!
Kerana isu Palestin, masjid Al-Aqsa adalah isu ummah,. Sejarah telah menyaksikan bagaimana isu Palestin ini sebenarnya merupakan isu ummah dan bukannya isu sesuatu kaum dan bangsa sahaja. Saidaina Omar pada tahun 16 Hijrah dari Madinah telah bertanggungjawab mengIslamkan bumi Palestin yang merupakan sebahagian daripada wilayah Syam. Sewaktu tentera Salib menawan Baitul Maqdis selama hampir seratus tahun, Salahudin al-Ayubi yang berketurunan Kurdi dari Mesir telah memerdekakannya. Ketika Tatar ingin menyerang Baitul Maqdis, Sultan Muzafar Qutz yang berketurunan Parsi dari Mesir telah menyelamatkannya pula.

niat saya bertujuan untuk mnyampaikan maklumat ini pada kalian bukan utk menarik perhatian dgn thread2 berbau agama. terpulang kpd anda yg mntafsir..
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2008 Invision Power Services, Inc.