Bantuan - Carian - Ahli - Kalendar
Full Version: Panduan Asas Membaiki Komputer Peribadi
Tanya@Putera > Perkakasan > Sistem
hairulfadly
Panduan Asas Membaiki Komputer Peribadi

1. Kenalpasti masalah pada sistem.
Periksa sama ada masalah berlaku berkaitan dengan perkakasan atau sistem pengoperasian ( virus, spyware ) atau perisian dalam komputer.

2. Bersihkan habuk yang terdapat pada perkakasan komputer pengguna (kipas, kad grafik, motherboard, hardisk, CD drives, dsb).

3. Cuba betulkan fail sistem pada sistem pengoperasian (regedit). Jika tidak boleh dibetulkan atau repair, maka format bagi sistem dilakukan.

4. Salinan pendua (backup) bagi data pengguna dilakukan terlebih dahulu sebelum aktiviti format dijalankan.
Data pengguna boleh dipindahkan dan disimpan di dalam DVD-ROM atau External Hardisk.

5. Format PC dilakukan, bina partition sekiranya perlu dan kemudiannya install sistem pengoperasian yang baru.

6. Install driver motherboard, kad grafik, modem, mouse, monitor dan sebagainya.

7. Install perisian Aplikasi, Utility dan Antivirus. Scan keseluruhan komputer dilakukan.

8. Melakukan SCANDISK(menyemak bad sector), MSCONFIG (melarikan program yang perlu sahaja)
dan DEFRAGMENTATION(untuk menyusun kandungan fail).

9. Install perisian yang biasa pengguna guna.

Perisian Biasa

-Microsoft Office 2003@2007 / Open Office
-Adobe Acrobat Reader 7 / Foxit Reader
-Winrar / Winzip / 7zip
-Klite Mega Codec 134 / KLite Codec Pack
-ACD See 3.0 / Picasa
-PrimoPDF (convert fail kepada pdf)
-Antivirus (Kerpesky / PAV 1.6 Beta)
-Yahoo Messenger / Skype / Pidgin
-Nero 7
-FLV Players
-save2pc (Perisian percuma untuk memuat turun video dari Youtube atau Google dan menyimpannya dalam format .avi / .mpeg / .flv ke dalam komputer anda)
-CCleaner 2.00

Perisian Advance

-Adobe Photoshop 7.0 / CS
-3D Max
-Sketchup
-Autocad
-Macromedia
-Lime Wire / Bitcomet
-Google Earth
-HijackThis 2.0.2

Perisian yang portable (boleh dimuatkan dalam thumbdrive) boleh dapatkan di :
http://portableapps.com/apps

Berikut adalah antara simptom komputer yang dijangkiti virus :

1. Komputer Menjadi Perlahan.
Pada kebiasannya, komputer yang dijangkiti virus akan menjadi perlahan kerana virus sedang
berjalan seiring dengan sistem pengoperasian dan ia berada di dalam ingatan komputer.
Disamping itu, komputer anda juga menjadi perlahan kerana virus sedang melakukan tugas kotornya
seperti mengganggu komputer anda dari berfungsi seperti sepatutnya.

2. Registry Editor Tidak Boleh Dibuka.
Registry editor digunakan untuk mengubah penetapan di dalam komputer anda.
Dengan menggunakan registry, anda boleh menghalang sesiapa untuk memasuki rangkaian komputer anda,
mengubah polisi dan sebagainya. Task Manager Tidak Boleh Dibuka. Task manager biasanya digunakan untuk
melihat perisian atau tugasan yang sedang dijalankan oleh komputer. Virus akan mematikan fungsi task manager
supaya anda tidak boleh melihat proses yang sedang virus lakukan.

3. Folder Option Hilang.
Folder option digunakan untuk melihat atau menetapkan sifat sesuatu fail.
Virus boleh menghilangkan diri mereka dan tidak membenarkan anda untuk
melihat mereka dengan cara menghilangkan fungsi folder option.

4. Proses Start Up Menjadi Perlahan.
Proses start up adalah proses yang dijalankan setiap kali komputer anda dihidupkan.
Semakin banyak proses yang perlu dijalankan, semakin perlahan komputer anda.
Kebiasaanya komputer mengambil kesempatan dengan menjalankan kod virus pada setiap kami proses start up.

5. Sesetengah Perisian Komputer Tidak Boleh Dipasang.
Terdapat sesetengah virus yang akan menghalang anda daripada memasang perisian baru.
Contohnya virus yang menghalang anda dari memasang perisian antivirus.

6.Tidak Boleh Mencetak Dokumen.
Terdapat virus yang mengawal fungsi pencetak dengan mematikan fungsi cetak.
Ini menyebabkan anda gagal untuk mencetak sebarang dokumen.

7. Internet Explorer Dipenuhi Laman Web Lucah.
Pelayar internet explorer anda tidak dapat dikawal seperti pop up yang banyak dan laman web yang tidak dikehendaki.

8. Kawan Anda Mengadu Anda Sering Menghantar Virus.
Program email anda telah dijangkiti dan virus menggunakan address book anda untuk menghantar salinan
fail yang mengandungi virus kepada semua rakan-rakan anda.

Link tambahan :

1. Tips Keselamatan Perkomputeran oleh Johnburn

2. Malware dan Langkah Menaganinya oleh Johnburn

3. http://www.pchell.com/support/smitremtutorial.shtml

4. http://siri.geekstogo.com/SmitfraudFix.php

5. Panduan, shortcut dan tips oleh PowerootTongkatAli

Kalau ada kesalahan dan pertambahan harap beritahu.

P.Ramlie
Kalau nak baikpulih PC orang lain, pastikan data disalin ke lokasi lain. (another partition atau usb drive)
1. Dalam folder My Documents
2. Dalam Desktop

Pastikan driver untuk komponen perkakasan WUJUD atau mudah diperolehi (boleh download)

Beritahu pelanggan jika kita nak FORMAT hard disk, kesannya selepas format.
1. Semua program hilang
2. Semua data akan hilang melainkan mana yang dah dibackup
3. Semua games hilang
4. Semua lagu/video akan hilang - MP3 biggrin.gif

ok. tq
malayNUX
Tanya pelanggan dulu.. "ada data2 yang perlu di becup tak?..kalau dia kate xda..format terus.. kalau pandai2 format tanpa tanya dulu, pandai2 la jawab.. smile.gif Komfem pelanggan xdatang dah lain kali..hahaha

Pastikan kaorang tau driver AGP, Sound, Modem, Printer dsb..caranya ialah.. kalau pada windows masih lagi boleh buka, masuk dalam System Properties > Hardware > Device Manager > Semak dan salin Driver apa yang komputer tu pakai..

kalu windows rosak & perlu diformat terus, bukak casing & tengok Mainboard model apa..pas tu kalau CD Driver Mainboard ada, guna CD tu, kalau xda..Download dalam intenet.. sama juga kalau dia pakai G.Card & Sound Card.

Kalau windows rosak & xleh buka.. tetapi pelanggan nk juga data2 penting kat dalam HDD dia, kaorang kena jadikan HDD dia sebagai pendua (slave) dan cari sistem yang OK (jangan guna komputer pelanggan lain), guna komputer kaorang) sambung pada PC tadi, on kan PC dan becup data dalam HDD tu kedalam Ext.HDD atau PC kaorang.
- Kalau xleh buka juga walaupun guna PC kaorang..try repair Windows tadi.
- Kalau xboleh juga.. tanya otai2 lain..aku xtau dah..hahaha biggrin.gif

-------------
Kalau kaorang kerja sungguh2.. buat itu dan ini..pelanggan puas hati walaupun caj lebih.. janji Pendapatan halal & xmenipu..
roronoazoro
satu pertanyaan.
QUOTE
Pastikan kaorang tau driver AGP, Sound, Modem, Printer dsb..caranya ialah.. kalau pada windows masih lagi boleh buka, masuk dalam System Properties > Hardware > Device Manager > Semak dan salin Driver apa yang komputer tu pakai..

cmn nk wat ni..nk salin kat mana?
madaya
haifulfadly, apa kata kau masukkan dlm wiki...
najman@vegatron
hairul leh bgii x lman web ccleaner tu
madaya
kat sini ada bang...hehehe
http://www.filehippo.com/
Hoodlums
QUOTE(naj_man93 @ Aug 22 2007, 01:45 PM) [snapback]546569[/snapback]
hairul leh bgii x lman web ccleaner tu

CCleaner
aMer
dari guna MSCONFIG baik guna microsoft sysinternals autoruns..lagi bagus sebab detail..
{alongxp}
hairul..software biasa ko tu dah luar biasa bagi pengguna biasa..
klu ko nak kate student maybela biasa.. tapi kalau user tu mcm mak aku ke? takkanla adobe photoshop die pakai?
malaynux..aku pnh jumpe mother board yg takde tulis model die langsung..
camne lak aku nak cari driver tu? biasanye mobo pentium3la yg takde tulis
diamondclow
QUOTE({alongxp} @ Aug 30 2007, 07:22 PM) [snapback]552117[/snapback]
hairul..software biasa ko tu dah luar biasa bagi pengguna biasa..
klu ko nak kate student maybela biasa.. tapi kalau user tu mcm mak aku ke? takkanla adobe photoshop die pakai?
malaynux..aku pnh jumpe mother board yg takde tulis model die langsung..
camne lak aku nak cari driver tu? biasanye mobo pentium3la yg takde tulis

install everest kalo pc tu boleh run lagi~

ps: aku dapatkan info pasal hardware cust dr everest ni... senang nak refer~

aku rase perisian tu dah terlalu advance utk pc cust (bkn student)

aku rase dorg lagi kenal IE dr firefox...
and ader gak cust yg x tau guna WINrar
and the funny part is... camne nak donlod lagu (tanpa guna internet)??!!
simple answer... amik dr cd, copy~
illegal but the only answer~
{alongxp}
Oooo..aku sll gn pc wizard..oklaaa...
black_mask0542
bleh kasi link mana nak donload everest
hairulfadly
QUOTE(black_mask0542 @ Aug 31 2007, 03:37 PM) [snapback]552481[/snapback]
bleh kasi link mana nak donload everest

Kat sini :

http://www.filehippo.com/download_everest_home/
tonotreza
aku ada laptop dah kena virus macamana aku nak scan laptop tuh dari pc lain/dari desktop camana nak buat ek?
ada tak kabel usb yang boleh cucuk then kat destop automatic detect lpas tuh bleh scan
tolong ajar weih...............
Chipher
kalo ada masalah dari segi nak install driver...nak copy driver...nak backup driver...nak buang driver...dan seangkatan dengannya...aku syor pakai software yang nie lahhh...usya kat sini..-->SINI
tonotreza
takda sape nak jawab soalan aku ke
hehheheheh...............
TJ-Ariff
QUOTE(tonotreza @ Sep 6 2007, 10:16 AM) [snapback]556118[/snapback]
aku ada laptop dah kena virus macamana aku nak scan laptop tuh dari pc lain/dari desktop camana nak buat ek?
ada tak kabel usb yang boleh cucuk then kat destop automatic detect lpas tuh bleh scan
tolong ajar weih...............

Bebagai cara boleh digunakan.

1) Bukak HDD laptop tu, dan scan guna PC lain
2) Gunakan USB LapLink Cable, link kan Laptop tu dengan PC lain (USB to USB)
3) Gunakan Network Cable RJ45 PC to PC.
4) Gunakan LapLink Cable sambungan ke Printer port.

QUOTE
takda sape nak jawab soalan aku ke
hehheheheh...............
ader unsur sindiran ker..?? mad.gif

wassalam...

defarny37
QUOTE(TJ-Ariff @ Sep 7 2007, 01:02 PM) [snapback]556913[/snapback]
Bebagai cara boleh digunakan.

1) Bukak HDD laptop tu, dan scan guna PC lain
2) Gunakan USB LapLink Cable, link kan Laptop tu dengan PC lain (USB to USB)
3) Gunakan Network Cable RJ45 PC to PC.
4) Gunakan LapLink Cable sambungan ke Printer port.

ader unsur sindiran ker..?? mad.gif

wassalam...

sy pengguna laptop..mase sy nk menukar boot device,sys mengatakan ade passwd (SETUP PASSWD) ..padahal aku xbuat ape2 passwd pn.aku nk format lptop aku..tlg laa..!lptop aku berat dh..plzz
adinor
maybe masa kuar minta password tu, ko boleh enter jer, tak payah masukkan apa-apa password
razorlight
QUOTE(aMer @ Aug 25 2007, 12:21 AM) [snapback]548444[/snapback]
dari guna MSCONFIG baik guna microsoft sysinternals autoruns..lagi bagus sebab detail..

leh citer detail lagi tak pasal microsoft sysinternals autoruns?
camana cara penggunaan dia? thanks in advance.
{alongxp}
QUOTE(defarny37 @ Sep 21 2007, 08:16 PM) [snapback]565564[/snapback]
sy pengguna laptop..mase sy nk menukar boot device,sys mengatakan ade passwd (SETUP PASSWD) ..padahal aku xbuat ape2 passwd pn.aku nk format lptop aku..tlg laa..!lptop aku berat dh..plzz

aah..tekan je enter...klu takleh ko cabut bateri cmos pastu pasang balik...
ApoKalypse
pergh mmg satu info yg sangat2 berguna pd pengguna pc dirumah biggrin.gif
yukimura
Pc adik aku problem gak..xbleh nak masuk windows! bile bukak pc die dpt sampai kat window utk pilih admin je, bile aku klik kat admin die kelua window cam kite nak off pc (stanby-turnoff-restart)..aku rase sbab virus dah telampau banyak kat pc die!..ape perlu aku buat
P.Ramlie
Boleh usaha kat sini:
http://www.putera.com/tanya/index.php?show...view=getnewpost
{alongxp}
askum n selamat sejahtera,aku nak tanya,adala satu laptop cikgu kat sekolah ni,die pkai xp sp1,bile aku run PAV,die tak kuar,tp bile check kat task manager,kat tab process,die ada,kat tab application xde, nape ek?tp kat tab process tu die kejap ada kejap xde...cam chipsmore lak....

p/s:pantang sebut benda makan,terus perut aku rs lapar,tu yg badan aku makin berisi....
HanevE
nak tambah

Korang penah guna Unlocker?
1st tought mmg rasa utility ni bodo je.. tp sebenarnya ia power n sgt membantu klo nak clean malware..

kelebihan software ni leh unlock application yg tgh guna satu file.. biasanya masalah ni jd bila nak delete file tp x boleh sebab ade application guna file tu.. so unlocker leh tolong unlock file tu so user leh la modify file tu..

unlocker gak leh tolong bantu eject usb drive bila xbleh nak safely remove.

klo process explorer x leh pakai sebab malware block, unlocker leh dijadikan satu alternative untuk end task satu process..

E_peace6679
QUOTE(HanevE @ Feb 20 2008, 03:39 AM) *

Aku suka benda nie dari awal lagi aku tau benda nie amat berguna hehehe...
adinor
Servis pc dah menjadi satu part-time job aku sejak tahun 2000. Masalah yang sering terjadi: virus infection. Masalah hardware pun ada tapi tak sekerap masalah virus. Untuk itu aku selalu bagi pendidikan IT secara tak formal agar pelanggan tahu sedikit sebanyak pasal ancaman ni. Selain itu aku dah standby awal-awal free AV agar mudah untuk aku buat kerja dsb.

Customer tak nampak apa yang virus buat dalam hdd dia, sedar2 dah tak boleh masuk OS dan macam lagi. Kebanyakan pc terpaksa di'format' kerana dah kacau sistem. Nak masuk control panel tak boleh, nak masuk msconfig pun tak boleh.

Disini aku berkongsi amalan baik untuk menjaga pc dari terkena dari sebarang ancaman virus / spyware dsb.

- Pastikan setiap pc / laptop yang dimiliki ada perisian antivirus
- Selalu update virus defention file / pattern setiap hari
- Selalu buat manual scan terutamanya selepas melayari internet
- Jangan buka kandungan email yang tak tahu dari mana datangnya

sekian, buat masa ni...
combat
Salam 2 all sifoo....
nak tanya pendapat dr otai2 sume...
sy dah TERR..disable display adapter pada ruangan setting display property..
so.. lepas sy restart....sy punya screen gelap....
jenuh godek sana godek sini...tetap x mau ok jugak....
tgh penin ni...
mintak tulong kalau ada sape2 yg tau nak settlekan prob ni....
nak wat mcm mana erk..selain dr antor kedai dan format blk...
TQ

salam 2 all...
sy nak tanya n minta pendapat la dgn sifo2 atau sape2 yg terrer n tahu mcm mana nak setelkan prob laptop sy nih...
sy dah TERdisable pada ruangan use device pada ruangan setting>advance kat display adapter kat display properties...
lepas sy restart..screen terus gelap...tapi tgk lampu ada kelip2 kat bawah tu..means system on la tu kot...
jd masalahnya mungkin kat display je kot...
sy dah try godek2 tapi tetap x mau elok screen tu...
ni tgh penin la ni..x tau nak wat mcm mana...
ada x sape2 yg blh tulong n bg cara mcm mana nak setel prob sy ni selain dr antor kedai dan format HD...
pertolongan dr anda sume sy dahulukan dgn jutaan terima kasih...
castromakavelli
ada tak thread camana nak buka laptop....sebab pada pengalaman aku, setiap laptop cara bukak dia lain...ada yang dari keyborad, ada yang dari bawah....kalo ada lagi sempoi.....
Hoodlums
Hehehe 1st gna Unlocker aku dh jatuh ATi, mmg berguna bangat..
Version latest skrg pun dah support Vista..Mna2 PC yg aku setup mesti ltak Unlocker nih laugh.gif
pakau
slps menggunakan unlocker buat kali pertama,aku terus install kt pc rumet aku,pc member2 aku.haha.

p/s: Hoodlums telah kembali
craxors
QUOTE(pakau @ May 2 2008, 12:06 AM) *
p/s: Hoodlums telah kembali

eerr...kembali dari maner... tongue.gif
sharkyshidan
QUOTE(TJ-Ariff @ Sep 7 2007, 01:02 PM) *
Bebagai cara boleh digunakan.

1) Bukak HDD laptop tu, dan scan guna PC lain
2) Gunakan USB LapLink Cable, link kan Laptop tu dengan PC lain (USB to USB)
3) Gunakan Network Cable RJ45 PC to PC.
4) Gunakan LapLink Cable sambungan ke Printer port.

ader unsur sindiran ker..?? mad.gif

wassalam...

Salam..
err...
leh tlg explain mcm ne nak gune kaedah
2) Gunakan USB LapLink Cable, link kan Laptop tu dengan PC lain (USB to USB)

pakai cable USB biase je ke..

TQ
CONSPIRACY
QUOTE(malayNUX @ Aug 9 2007, 10:27 AM) *
Tanya pelanggan dulu.. "ada data2 yang perlu di becup tak?..kalau dia kate xda..format terus.. kalau pandai2 format tanpa tanya dulu, pandai2 la jawab.. smile.gif Komfem pelanggan xdatang dah lain kali..hahaha

Pastikan kaorang tau driver AGP, Sound, Modem, Printer dsb..caranya ialah.. kalau pada windows masih lagi boleh buka, masuk dalam System Properties > Hardware > Device Manager > Semak dan salin Driver apa yang komputer tu pakai..

kalu windows rosak & perlu diformat terus, bukak casing & tengok Mainboard model apa..pas tu kalau CD Driver Mainboard ada, guna CD tu, kalau xda..Download dalam intenet.. sama juga kalau dia pakai G.Card & Sound Card.

Kalau windows rosak & xleh buka.. tetapi pelanggan nk juga data2 penting kat dalam HDD dia, kaorang kena jadikan HDD dia sebagai pendua (slave) dan cari sistem yang OK (jangan guna komputer pelanggan lain), guna komputer kaorang) sambung pada PC tadi, on kan PC dan becup data dalam HDD tu kedalam Ext.HDD atau PC kaorang.
- Kalau xleh buka juga walaupun guna PC kaorang..try repair Windows tadi.
- Kalau xboleh juga.. tanya otai2 lain..aku xtau dah..hahaha biggrin.gif

-------------
Kalau kaorang kerja sungguh2.. buat itu dan ini..pelanggan puas hati walaupun caj lebih.. janji Pendapatan halal & xmenipu..

GUNE BART-PE AJE WAT BACK UP TUH KALO WINDOWS CORRUPT@ROSAK.TAKYAH TANGGALKAN HARD DISK.HARHARHAR....

QUOTE(PowerRootTongkatAli_GS @ Aug 9 2007, 09:59 AM) *
Kalau nak baikpulih PC orang lain, pastikan data disalin ke lokasi lain. (another partition atau usb drive)
1. Dalam folder My Documents
2. Dalam Desktop

Pastikan driver untuk komponen perkakasan WUJUD atau mudah diperolehi (boleh download)

Beritahu pelanggan jika kita nak FORMAT hard disk, kesannya selepas format.
1. Semua program hilang
2. Semua data akan hilang melainkan mana yang dah dibackup
3. Semua games hilang
4. Semua lagu/video akan hilang - MP3 biggrin.gif

ok. tq

kalo laptop punya hardware problem,nak wat camner?

contoh,speaker kecik kat laptop acer rosak, keyboard laptop problem kene air,pastu motherboard pun kene air yang tumpah tu.

tp laptop still leh idup,nak tanya sket,u all service laptop yg bermasalah nih mcm mane?
kalo setakat cpu tuh,semua org leh buat kot,
software pun samer,cari,download,study pastu buat.
kalo hardware dalam laptop????
zaydun
QUOTE(CONSPIRACY @ Jul 4 2008, 02:45 AM) *
kalo laptop punya hardware problem,nak wat camner?

contoh,speaker kecik kat laptop acer rosak, keyboard laptop problem kene air,pastu motherboard pun kene air yang tumpah tu.

tp laptop still leh idup,nak tanya sket,u all service laptop yg bermasalah nih mcm mane?
kalo setakat cpu tuh,semua org leh buat kot,
software pun samer,cari,download,study pastu buat.
kalo hardware dalam laptop????

hantar kat tuan CONSPIRACY ler... apa lagi laugh.gif
bubble_blue
aku da try nak download driver wat cara camtu salin driver kat device manager tp payah r nk cr kat tenet sometimes dia x detect gak aku pung pakai software driver genius pro tp stay ade prob certain driver tak leh detect besenye seangkatan ngan audio, sound and video r..lain cara ada tak tolong ajar... wacko.gif

QUOTE(tonotreza @ Sep 7 2007, 12:13 PM) *
takda sape nak jawab soalan aku ke
hehheheheh...............

ko tanye ape ek?
CONSPIRACY
QUOTE(zaydun @ Jul 17 2008, 10:31 AM) *
hantar kat tuan CONSPIRACY ler... apa lagi laugh.gif

uiks zaydun.ko rupenya.aku tanya jer,kot2x ade cara lain service laptop tuh.huhuhu...
bubble_blue
QUOTE(Chipher @ Sep 6 2007, 01:19 PM) *
kalo ada masalah dari segi nak install driver...nak copy driver...nak backup driver...nak buang driver...dan seangkatan dengannya...aku syor pakai software yang nie lahhh...usya kat sini..-->SINI

aku da try pakai tak brape menjadik r..yang laen tak dok ke cara berkesan? wacko.gif
CashGuy
em pada mereka yg bleh tolong...

mcm mana nak buat bootdisk dari cd?.. sya nak scan virus.

atau ada cara lain nak solve problem mcm nie?..

ada pc kat sini kena virus tlampau byak spai kejap je tutup balik...
nak scan virus..proram tu close sendiri...nak online pun cannot...

tolong yea... tq semua.
diamondclow
dah cuba masuk safe mode?

kalau nak cara senang tapi leceh, cabut hdd tu...
transplant masuk dlm pc yg x de virus sebagai slave...
complete scan dri sana...
dah settle...

repair balik windows tu (registry key, enable folder option and so on)

ps: cara ni mmg leceh... tongue.gif
lumpy®
QUOTE(CashGuy @ Sep 17 2008, 08:59 PM) *
em pada mereka yg bleh tolong...

mcm mana nak buat bootdisk dari cd?.. sya nak scan virus.

atau ada cara lain nak solve problem mcm nie?..

ada pc kat sini kena virus tlampau byak spai kejap je tutup balik...
nak scan virus..proram tu close sendiri...nak online pun cannot...

tolong yea... tq semua.

Guna Bart-pe ataupon hiren boot CD..
CashGuy
Guna Bart-pe ataupon hiren boot CD.. TU MCM MANA..TAK PNAH DGAR LE BANG...smile.gif

cabut hdisk tu mmang byak keje kalu pc yg kena virus tu dlm 10 pc..huhuh

ada cara lain tak...? sya cadang install kaspersky dlm stiap komputer tu tapi semua dah ada virus..bila nak install je...baru nak run nak close automatik...nak scan secara online pun..baru nak masuk web bkenaan...tetiba close sendiri..masuk halamaan lain ok je.
tak tau apa jenis virus dah btapak dlm pc tu...
pc tu amat pting ada byak maklumat.

kalu ada bootdisk cd...run xp lepas tu install kaspy...clean virus..bleh tak cara nie?..
Hoodlums
QUOTE(CashGuy @ Sep 17 2008, 08:59 PM) *
ada pc kat sini kena virus tlampau byak spai kejap je tutup balik...
nak scan virus..proram tu close sendiri...nak online pun cannot...

tolong yea... tq semua.

Scan guna avast! BART CD, recommended!!
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2008 Invision Power Services, Inc.