Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri saya ucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat yang menjadi warga Putera.com serta kaum keluarga dan sahabat handai mereka, tidak kira di mana mereka beraya, di desa atau di kota, di rumah kawan, di rumah sendiri atau di depan komputer.
Maaf zahir & batin saya pohonkan dari semua kiranya ada tersilap dan tersalah, atau ada yang tersinggung, atau tak puas hati, atau ada janji belum dipenuhi.
Kepada yg hantar PM dan tak berbalas, saya minta maaf kerana tak dapat nak respon kepada semua orang dalam masa yang cepat.
Kepada yang duk tertunggu-tunggu design baru Putera.com, teruskan menunggu kerana yang ditunggu pasti tiba tidak lama lagi.
Kepada yang mohon email, sabarlah menanti, saya akan luluskan nanti.
Kepada yang tertanya-tanya bila Putera.com nak buat gathering lagi, berdoalah agar suatu hari dapat juga kita adakan.
Kepada yang nak anjur mini gathering di tempat masing-masing, teruskan usaha murni anda, jangan terkejut kalau tetiba ada 'cameo'.
Kepada sesiapa yg nak beraya di rumah saya, jemputlah datang. Jadual hari raya saya adalah seperti berikut:
Balik raya: hari ini (yahooo!)
Raya pertama: Kg. Pendek, Kota Bharu.
Raya ke-2 hingga ke-4: Kuala Terengganu.
Raya ke-5 hingga ke-6: Kota Bharu.
Raya ke-7 hingga ke-30: Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.
Dan kepada para moderator yang telah menjadi nadi penting Putera.com, saya ucapkan berzilion terima kasih, jemputlah datang makan biskut raya kat rumah. Tanpa korang, siapalah Putera.com!
Selamat hari raya! Lepas raya datanglah dengan semangat yang baru, buku lama kira settle yek, kita buka buku baru.
- Shanai/Admin


