Assalamualaikum semua.
Setelah lama aku berkecimpung dengan dunia business secara fizikal, aku rasa inilah masanya untuk aku menceburi dunia perniagaan secara Internet.
AMF Online Stores adalah bahagian baru dari syarikat aku yang menawarkan jualan barangan komputer serta networking pada harga yang lebih rendah dari harga SRP (Standard Retailer Prices). Laman web ehsan osCommerce digunakan sebagai platform untuk jualan kepada pengguna akhir.
Bahagian ini menwarkan semua barangan komputer dan networking A sehingga Z (senarai mungkin berubah dari masa ke semasa bergantung kepada kesediaan barang). Barangan yang dibeli dari bahagian AMF Online Stores akan diproses 7 hari maksimum selepas bayaran diterima.
Cara pembayaran, sementara waktu ini aku menggunakan kaedah bank-in. Maklumat bank dan akaun akan dipaparkan setelah pembeli checkout dari laman web ini.
Buat sementara ini, hanya akan ada beberapa barangan sahaja yang dimasukkan ke dalam Online Stores, barangan lain akan dimasukka kemudian. Ohh ya, sila gunakan features RSS yang ada kat laman web ini untuk mengetahui barangan terbaru yang dijual di Online Mall ini.
Soalan dan Jawapan:
Soalan : Kenapa barang diproses sehingga 7 hari maksimum sedangkan ada syarikat Online Mall lain hanya mengambil masa 2 hari sahaja untuk memproses barangan selepas bayaran diterima?
Jawapan : 7 hari adalah jumlah masa maksimum bagi AMF Online Stores memproses barangan anda. Selepas 7 hari sekiranya kami gagal memproses barangan anda selepas bayaran yang anda buat, kami akan memulangkan wang kepada anda kembali.
Soalan : Betulkah barangan yang anda jual sememangnya rendah dari harga SRP?
Jawapan : Ya, kami menjamin bahawa barangan kami sememangnya rendah dari harga SRP
Soalan : Bagaimana dengan kerosakkan, bagaimana hendak menghubungi kami?
Jawapan : Sila hubungi kami di SINI untuk pertanyaan dan masalah mengenai barangan yang telah dibeli. Kami aku membalas email anda tidak kurang dari 48 jam.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi mereka yang menggunakan laman Contact Us, sila pastikan yang anda menyertakan sekali alamat email yang betul beserta nama anda. Kami sememangnya akan membalas semua pertanyaan anda kepada email anda kembali.
