Pengalaman saya bermula pada tahun 1995 sewaktu windows 95 muncul, waktu tue baru dapat PC pentium I, rasa seronok pertama kali dapat komputer pribadi.
Setelah itu saya terus mengikuti perkembangan PC nie, semuanya sudah saya terokai, semuanye dah saya cuba sehinggakan untuk membaik pulih komputer pun dah jadi pro.
Semua windows sudah di rasai sehinggalah VISTA.
Tiba-tiba pada pertengahan 2007, entah macammana pulak saya amat tertarik dengan OS Macintosh nie, saya mula buat perbandingan dalam internet WINDOWS VS MAC.
Saya selidik banyak laman web, saya banyak tengok kat youtube tentang Mac. Dari sini saya mula berubah arah, kalau windows dah dapat saya kuasai mengapa tak mencuba Mac pulak.
Saya fikir-fikir ada juga baiknya dapat mempelajari banyak Operating, sama lah macam kita dapat menguasai banyak bahasa.
Akhirnya pada awal tahun 2008 saya pun membeli "MACBOOK"(2.4GHz MacBook Black* 250GB 5400-rpm Serial ATA hard disk drive)

Tak sampai satu bulan saya dah dapat menguasai hampir keseluruhan operating system nie, mungkin pengalaman semasa saya sejak tahun 1995 dahulu.
Kemudian bulan lepas saya beli satu lagi apple note book "THE WORLD'S THINNEST NOTEBOOK" MACBOOK AIR - Walaupun sedikit perlahan daripada MacBook, tetapi ianya juga mempunyai daya tarikannya yang sendiri.

Baru minggu lepas kebetulan ada jualan promosi kat sini, saya pun tak ketinggalan beli Imac 24"( 2.8GHz Hard Drive* 320GB Serial ATA 7200-rpm hard drive) dan dengan Imac nie lajunye sangat-sangat membanggakan, tak tahu nak kata apa, screen pun besar, cun abis!!!!!!

.
OOyaaaa!!!!! korang jangan salah faham ye!!!! mungkin korang fikir saya dah ada 3 Mac, buat bazir duit aje. MacBook tadi saya dah jual kat kawan, dia pun amat-amat suka dengan Macintosh nie, so saya pun jual le kat dia.
Dan sekarang saya ada 2 Mac saje, MACBOOK AIR DAN IMAC. Untuk pengetahuan korang semua, kat kita orang nie Komputer memang murah, kerana Kerajaan nak galakan setiap orang memiliki satu komputer, dan tidak ada tax di kenakan keatas komputer-komputer yang di import.
So itu aje lah dulu ......... nanti kita sembang-sembang lagi.