Merujuk kepada perkara di atas saya Amir bin Amirul telah berdaftar sebagai pelajar di institusi pihak tuan ingin membuat rayuan pertukaran kampus di atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat saya elakkan.
Sebab-sebab saya ingin menukar kampus adalah kerana saya mengalami masalah di mana ibu saya adalah ibu tunggal yang hanya menyara kehidupan kami sekeluarga dengan menjalani perniagaan sendiri,oleh itu ibu saya mengalami masalah kewangan bagi menampung pembelajaran saya sepanjang di institusi tuan.Saya dapati bahawa pihak pinjaman pelajaran MARA tidak menyediakan pinjaman pelajaran bagi pelajar yang berdaftar di MMU kampus melaka tetapi kampus Cyberjaya sebaliknya.jadi bagi memudahkan saya memohon bantuan pelajaran MARA, saya amat berharap agar saya dapat ditukarkan di kampus Cyberjaya.Saya amat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan alasan saya bagi meringankan beban ibu dan juga saya yang amat memerlukan bantuan pinjaman pelajaran bagi meneruskan pengajian saya.
Dengan ini saya sertakansegala lampiran sebagai sokongan surat rayuan saya dan juga sebagai rujukan pihak tuan.
kerjasama dari pihak tuan amatlah saya hargai.