QUOTE (taffisan @ Jun 18 2008, 04:22 PM)

1-tak menggunakan internet seperti bisnes lain kerana internet tak boleh dipercayai.
Apa benda yg tak boleh dipercayai?? Cerita sikit??
QUOTE (taffisan @ Jun 18 2008, 04:22 PM)

2-menggunakan sistem cek yang akan dihantar kerumah anda setiap bulan. bisnes lain guna internet.
Aku buat niche marketing.. internet.
Tiap bulan receive check 2 kali dari ClickBank, MarketHealth, Share-a-Sale, Commision Junction dan banyak lagi. Takde masalah pun??
QUOTE (taffisan @ Jun 18 2008, 04:22 PM)

3-nampak kita buat kerja, bersusah payah kesana sini dan hasilnya gempak. bisnes lain just duduk dpn laptop tapi dpt hasil
( halal ke wat keje tanpa usaha??)
Kepala hotak ko tanpa usaha.. aku habis masa ber-jam-jam masa mula dulu.. belajar sana belajar sini. Cuba ko cerita sikit kenapa ko kata tanpa usaha?? Kerja tanpa usaha?? Ko faham ke prinsip bisnes affiliate?? Ko faham ke mcm mana orang yang duduk depan laptop buat kerja dapat duit nih?? Ko faham ke mcm mana sebenarnya bisnes affiliate mcm clickbank dijalankan??
Kalau betul duduk depan laptop takyah usaha dapat duit.. dah ramai dah jutawan kat Malaysia ni dari internet. Meh cakap kat aku.. berapa kerat sgt orang yg buat bisnes internet ni sekarang jutawan??
QUOTE (taffisan @ Jun 18 2008, 06:31 PM)

8-pengerusi ialah bekas Timbalan Polis Negara Tan Sri Samsuri Arshad
So?? Kalau Khairy Jamaluddin atau Badawi pon aku tak heran. In fact aku lagi tak percaya pada program tuh. Konfirm ada korupsi kelak.
QUOTE (taffisan @ Jun 18 2008, 06:31 PM)

9-Luxor ditubuhkan pada tahun 1932 dan mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan seluruh negara.
tak perlu jual produk, just ceritakn kpd kwn2 dan musuh anda.
Lamanya???? MLM selalunya bagus apabila baru ditubuhkan dua tahun. Sebelum dua tahun.. takut tak stabil. Lebih 5 tahun.. competitive.
QUOTE (taffisan @ Jun 18 2008, 06:31 PM)

10-kebanyakan yang join luxor ialah mereka yang gagal dalam akademik dan mereka telah berjaya. bukti ada ditangan saya.semuanya masih muda antara 18 -24 tahun.
SYN pon semua muda gak. Member aku punya bini bawak Evo buat SYN nih. Dia seorang usaha buat.. mmg banyak duit. But let me tell you something. Tak semua orang boleh jad mcm dia sebab tak semua orang ada mindset alpha mcm dia. Cuba cakap pada aku.. kenapa 80% yg join SYN tak pakai Evo pun???!!!!!
QUOTE (taffisan @ Jun 18 2008, 06:31 PM)

ophooo
pndgn yg salah
suma org bleh wat sbnrnya...bkn susah pun..hnya call kwn2 dan musuh2 je,then pggl saya utk ckp dgn diorg..keje yg mudah cmtu je..sbb tu saya kata dgr penerangan dulu baru buat keputusan..
Yelah tuh.. ko ingat ko hebat la nak jadi jutawan dalam masa 2 tahun lagi?? Ko kata tak ego.. tak ego sgt lah tuh.
Kalau ko faham prinsip Magnetic Sponsoring.. mind of abundance.. ko akan faham bahawa tak semua orang boleh buat bisnes cam nih especially Luxor, SYN, LGN, Cruise to Cash and so on. Why?? Sebab tak semua orang ada mind of abundance. Tak semua orang adalah alpha.. hampir 80% manusia yg join program mcm nih hanyalah beta.. atau yg paling bagus pun pre-alpha.
Aku ambil masa dua tahun untuk move dari beta menjadi alpha.. before aku decide program mcm nih semua nya tak sesuai untuk aku. Aku carik Patric Chan belajar dgn dia (pegi google nama dia kalau tak kenal.. dia pioneer jutawan internet di malaysia.. even much more successful than irfan khairi)... buat affiliate marketing (yg ko kata tak berapa halal tuh).. takde la pulak aku pegi heboh satu dunia cakap aku nak jadi jutawan lah.. billionaire lah itu lah ini lah. Kalau aku cakap earning aku per day dollar sekarang disini.. takde orang akan percaya.. lagipun pergi heboh satu dunia nak jadi jutawan bukan nya dapat apa pun.. kecuali bagi mereka yg terdesak nak cari downline! Abang aku (pon forumers ini gak.. ) skang buat 4 angka sehari (dollar plak tuh.. bukan ringgit.. dia boleh kata veteren Tanya@Putera gak.. geng post count lebih seribu.. although post count nih sebenarnya orang tak pandang pon). Sampai skang tak pernah aku nampak dia post dalam forum nie cerita bisnes dia dan earning dia.. kecuali sekali dulu dia ada buka topik cerita apa yg dia buat.. but takde sambutan topik tuh (pasal masyarakat sini lebih gemar dgn PerigiDuti) so dah tenggelam entah kemana topik tuh.
Skang ni aku wonder plak.. siapa ego sebenarnya ni sekarang? Warga putera yg tak nak acknowledge ko nyer proposal join Luxor atau engko sebenarnya??
Guys.. don't bother dgn program nih.. banyak perkara buruk terjadi dalam program nih.. tak perlu dedah apa dia.. but nasihat aku.. don't ever bother with this program. Join SYN lagi ok.. at least uncle kawan aku (chinese) di Penang dah pakai Ferrari F430 buat SYN.
Or even better... belajar bisnes sebenar internet.. learn niche marketing. Takde cari downline ke hapa benda ngarut tuh.. buang masa semua tuh. Buat bisnes yg betul.. almost anything yg korang nak jual.. basikal ke.. kereta ke.. lori ke.. ubat sakit panic attack ke.. hapa hapa yg terlintas difikiran korang. Itu lebih berbaloi dan itu la apa yg abang aku buat generate 4 angka sehari. Dan itu juga la apa yang Irfan Khairi buat... generate near to 5 digits per day. Dan apa yang Patric Chan buat generating almost USD 50,000 to USD 100,000 per month.
Produk semua produk orang.. just become an affiliate and sell their stuff for them.. sebijik cam bukak kedai. Sampai skang aku masih tak faham kenapa ada yang kata benda ni tanpa usaha. Mmg bodoh orang tu. Aku nak SEO site aku dah makan dua minggu. Kalau aku choose Google Adwords punya style iklan aku kena keluar duit.. kalau aku choose free marketing technique via BUM Marketing aku kena type sampai 10 artikel per day based on keyword... itu ko kata dapat duit tanpa usaha di internet????!!!!!
Sudah lah bro.. aku acknowledge capability ko untuk jadi jutawan dalam masa 2 tahun.. bagus la. Aku sendiri personally dah join sistem program mcm nih.. make nothing at all sampai 6 bulan. Then jumpa someone (Mike Dillard nama dia.. gie google kalau nak kenal) yg ajar aku prinsip mind of abundance, alpha, beta and pre-alpha mind set. Dan aku jadi top sponsorer dalam syarikat tuh bulan itu dan bulan depan nya. Ko boleh bayang kan berapa earning aku. But in the end aku drop jer program tuh. Tahu kenapa?? Sebab aku sedar.. tak semua orang boleh berjaya dalam program mcm tuh. 1 up MLM, 2 up MLM or even pure MLM. Kita sponsor orang ramai.. janjikan diorang kemampuan buat duit and then daripada 10,000 orang yang join aku tuh.. tak sampai 5% pon yang dapat buat duit dan balik modal.. and tak sampai 1% pon yang boleh make a living through it. Ko takde rasa bersalah ke?? Aku rasa.. aku terasa sgt dalam bila aku sponsor orang dlm LGN berpuluh-puluh orang seminggu.. then they all earn nothing at all. Aku plak bleh beli SLK 200 sebijik hasil duit diorang.. aku rasa sgt bersalah.
Itu sebab aku drop LGN.. and dua orang member aku yg successful dlm Steven Yeam Network (aka SYN) drop SYN.. walopon seorang daripada diorang level marquise (betul ke aku eja??) We all along dgn abang aku venture niche marketing.. and now earn a comfortable a comfortable stream of income through it.
Pada aku baik LGN ke.. PerigiDuit ke.. SYN ke.. dan lebih-lebih lagi Luxor.. aku tak kan bother langsung. Sebab aku dah experience sendiri first hand apa pengalaman dia melalui sistem affiliate 1-up cam perigiduit dan lgn tuh dan sistem MLM cam luxor dan syn... flaw aku adalah aku rasa sgt bersalah bila orang yg aku sponsor bayar duit pada aku.. aku enjoy dari hasil tuh and diorang plak habuk pon takde. Lagipun niche marketing lebih seronok and enjoyable untuk dibuat daripada program mcm nih yg competition saja dah affect earning members.
Mcm perigiduit.com takpe lagi.. just RM50.. sesuai la untuk student yg baru nak belajar selok belok earning duit di internet nih (although aku tak suka sistem spillover dia.. sebab orang tak buat kerja ada potential of earning money) but then aku tak pernah pulak burukkan program mcm tuh. Tak perlu la nak gie heboh cakap program tuh haram lah itu lah ini lah. Lainla kalo tok imam dah keluar fatwa cakap haram.. mcm SwissCash and so on. Then aku pon tak kisah nak drop..
Meh kita cerita flaw program mcm nih:
1- Tak semua orang bleh earn money. Sebab apa?? Orang yg berjaya perlu ada leadership quality (also known as Alpha mindset). Followers digelar Beta.. orang yg ada percubaan atau dalam proses menjadi alpha digelar Pre-Alpha. Dalam bisnes ni.. orang hanya akan join sponsor yg boleh give value pada downline. Cth aku perasan disini adalah anaznawie. Dia promote perigiduit.com di Putera. Dia offer downline dia untuk carikan downline bagi pihak mereka. Customer view dia sebagai leader in that sense. And then.. dia bukan janji kosong saja.. perhaps dia ada deliver promise dia?? So orang akan view dia as a trustable leader. Orang akan join dia instead of other people. Dia kategori alpha.
2- Kos untuk join. Nak join SYN kena bayar RM2000. Nak naik level bayar RM10,000. Nak achieve marquise kena bayar almost RM40,000. Semua orang ada duit ke?? Unlike niche yg almost no kos untuk mula (except kos untuk belajar jer.. beli ebook etc.) In this sense niche marketing (affiliate, adsense etc) is much more better. Although skang aku dah tak kategori kan adsense sebagai sesuatu yg profitable.. semenjak Google Slap tahun 2007 dulu... earning aku yg cecah USD10,000 sebulan hanya tinggal USD 800 jer. Aku tak pernah bother dgn Adsense dah. So skang tumpu pada niche marketing.
3- Kena cari downline. Ini paling aku benci. Sebab kalau ko faham prinsip 'targeted prospects'.. ko akan sedar bisnes mcm LGN, SYN, Luxor, Perigiduit and so on adalah bisnes yg paling susah nak dapat customer. Kenapa??? Sebab pertama.. competition dari geng yg promote program yg sama. OK fine. Sebab kedua?? Ko tak boleh hyper targeting customer dgn hot button. So diorang cukup susah untuk diyakinkan untuk join.
Kita ambil example Luxor and niche marketing aku skang.. STD Dating.
Luxor.. siapa customer ko?? Orang yang nak buat duit kan?? Why diorang nak buat duit?? Ko boleh relate dgn diorang tak supaya diorang rasa serasi dgn ko?? And then why diorang nak join ko dan bukan orang lain?? Apa specialnya ko?? Adakah customer Luxor nih hungry kan Luxor dan sanggup lakukan apa saja untuk join Luxor and earn money from Luxor?? See what I mean??
STD Dating plak (ni website aku
sebagai contoh.. kalau mod nak delete suka hati la.. bukan orang dalam Tanya@Putera ada aids pun and bukan referral link juga). Anyway.. apa tuh STD Dating. Siapa customer?? Ini adalah orang yg ada aids dan nak mampus lagi 2 ke 10 tahun. Why diorang nak join?? Sebab diorang lonely.. diorang perlukan support dan willing to do almost anything just to get support and solution for them. Which means aku tak perlu jadi someone special dah (mcm dalam Luxor).. just give them what they want and I WILL make money. Dari site tuh saja aku earn USD 500 ke USD 700 per month. Apa aku jual?? Klik review tgk.. membership khas untuk pesakit aids.
So fikirkan la.. adakah Luxor solution untuk mencari wang yg sebenar.. aku takkan bother dah lepas ni.. whatever happens.. happens la. Sebenarnya aku tak suka nak post ni pon.. but decide untuk post sebab aku tak suka attitude ko terhadap business internet.