Bantuan - Carian - Ahli - Kalendar
Full Version: Perkara Yang Tidak Membatalkan Puasa.
Tanya@Putera > Komuniti > Serious Discussion
K.I.T.T
ok guys.3 hari lepas aku ada terperasan satu note perkara yang tidak membatalkan puasa.aku senaraikan

1)Memasukkan sesuatu kedalam lubang telinga atau rongga badan

2)niat puasa x payah lafaz.cukup sekadar bangun bersahur sahaja.kalau x kenapa kita kena bangun sahur kan?

3)sebenarnya waktu selepas imsak kita leh makan.sehinggga waktu subuh.waktu subuh tu kena stop.

dia ada sepuluh x salah aku.tapi yang paling mengelirukan yang 3 atas tu la.pasal masa aku kecik2 dulu mana boleh sesuatu masuk kedalam rongga badan nanti batal puasa.so aku nak tanya korang.betul ke ayat kat atas tu? konfius aku ni hari.dalam suratkhabar tu xde kemuka dalil atau apa.tapi dia kata nabi X buat.kira dia suruh kita ikut nabi.mana nabi x buat kita jangan buat.mana yang nabi buat kita boleh buat. wacko.gif
SiR_FAiZ
tang korek hidung 2 aku x pasti..rasanya tidak batal..tapi x boleh korek berlebihan kot..sekdar cuci jer..

no 2 x sah la puasa kalo xde niat walupun bagun sahur..

pasal waktu imsak 2 mmg boleh makan lagi asalkan x azan..orang selalu x makan waktu 2 bukan ape takut terbabas jer..time2 makan tibe azan kan dah payah..

kalo salah toolong betulkan..
al-Qusyairi
@K.I.T.T
1. Korek telinga / hidung tak batal puasa. (rujukan: al-Ahkam.net)

2. Lafaz niat dalam bahasa Arab tu tak perlu (nak buat boleh jugak), cukup dengan niat dalam hati (sahaja aku berpuasa .........) dalam bahasa Melayu / bahasa yang kita faham. Kalau kita lafaz niat je (nawaitu shaumaghadin ....) tapi kita tak faham apa yang kita lafazkan tu, tak boleh gak.

3. Waktu Imsak tu sebagai amaran bahawa waktu subuh dah sangat hampir, (kalau tak silap dalam masa 10 minit). So aktiviti bersahur digalakkan berhenti. Supaya kita dapat bersih2kan mulut dan sbgnya sebelum azan Subuh.
K.I.T.T
QUOTE(al-Qusyairi @ Sep 26 2008, 07:09 AM) *
@K.I.T.T
1. Korek telinga / hidung tak batal puasa. (rujukan: al-Ahkam.net)

2. Lafaz niat dalam bahasa Arab tu tak perlu (nak buat boleh jugak), cukup dengan niat dalam hati (sahaja aku berpuasa .........) dalam bahasa Melayu / bahasa yang kita faham. Kalau kita lafaz niat je (nawaitu shaumaghadin ....) tapi kita tak faham apa yang kita lafazkan tu, tak boleh gak.

3. Waktu Imsak tu sebagai amaran bahawa waktu subuh dah sangat hampir, (kalau tak silap dalam masa 10 minit). So aktiviti bersahur digalakkan berhenti. Supaya kita dapat bersih2kan mulut dan sbgnya sebelum azan Subuh.

1)clear.

2)so sebenarnya mmg kena niat lah kan? apsal yang penulis tuh kata cukup sekadar bangun sahur? dry.gif

3)kalau ada makanan dalam mulut masa tu (ketika masa lepas imsak tu) then tetiba bunyi azan.so makanan dalam mulut tu? telan atau buang?
SiR_FAiZ
QUOTE(K.I.T.T @ Sep 26 2008, 12:56 PM) *
1)clear.

2)so sebenarnya mmg kena niat lah kan? apsal yang penulis tuh kata cukup sekadar bangun sahur? dry.gif

3)kalau ada makanan dalam mulut masa tu (ketika masa lepas imsak tu) then tetiba bunyi azan.so makanan dalam mulut tu? telan atau buang?


buang terus..sebab 2 la x digalakkan makan pada waktu imsak..
otai_g
yups yg no 1 tu ustadz aku pernah ckp mmg x batul korek telinga atau hidung ms puasa.
tp kalo korek/memasukkan sesuatu ke rongga lain kira batal.
sbb ronga yg di maksudkan kat sini ialah saluran yg boleh membawa makanan masuk ke dlm perut.cthnya rongga tekak.

yg no 2.aku x sure.tp kalo ikutkan org yg bangun makan sahur mesti la dia ada niat dlm hati nak puasa keesokkan harinya.ada ke org yg saja2 bangun makan kul 4,5 pagi tanpa tujuan?kalo ada mesti something wrong dgn org tu.

yg no 3 tu mmg btl.actually imsak maksud dia ialah waktu utk berjaga2.ikutkan kita mmg blh mkn sebelum azan subuh bermula.tp takut terbabas sbb mn lah tau tgh makan2 tetiba azan.kan lebih baik kita siapkan semua b4 azan yg mn maksudnya sblm masuk waktu imsak lah.

TJ-Ariff
QUOTE (K.I.T.T @ Sep 26 2008, 12:56 PM) *
2)so sebenarnya mmg kena niat lah kan? apsal yang penulis tuh kata cukup sekadar bangun sahur? dry.gif


InsyaAllah, Bagi menjawab soalan ko no.2 tu..
Kita kena tahu perbezaan antara niat dan lafas niat.

Apa yang membezakan niat tu dengan lafas niat secara amnya ialah :-

Niat bukan lah perbuatan. Niat juga boleh disama ertikan dengan hasrat/kehendak.
Setiap perbuatan adalah selepas niat.
contoh:-
1) bila lapar, kita rasa ingin makan, waktu kita mencari makanan itu sebenarnya kita telah berniat untuk makan.
2) waktu ingin buang air, waktu kita melangkah untuk buang air itu sebenarnya kita telah berniat.

Lafas niat pula adalah perbuatan. Iaitu kita menyatakan apa yang kita hendak buat sebelum kita melakukan perkara tersebut.
Contoh:
1) bila lapar, kita terus mengatakan "aku lapar nie, aku nak gi makan dulu"... itu adalah salah satu lafas niat kita.

Jadi sebagai seorang Muslim, kadang2 kita disunatkan untuk melafaskan niat
Ingat Lafas niat itu bukan bertujuan untuk memberitahu kepada orang lain.

Sebenarnya lafas tersebut adalah untuk kita agar untuk menyatakan penyataan akan perbuatan kita itu kepada diri kita sendiri dan ini akan memantapkan lagi perbuatan kita terutama didalam Ibadah .

Yang penting dalam setiap lafas niat itu mesti dimulai dengan "Sengaja Aku..." dan diakhiri dengan "....Kerana Allah Ta'ala" bukan kerana yang lain..

Allah hu alam..

Wassalam.
Sir Pyan
Aku rasa semua telah diterangkan dengan terperinci. Aku nak tambah sikit berkenaan niat puasa. Kalau dah nama dia "niat" memang tak perlu lafaz secara lisan, cukup sekadar niatkan di hati. Lagi satu perkara berkenaan dengan niat puasa, selalu kita terdengar dengan niat puasa sebulan di hari pertama Ramadhan dulu. Yang ni pun dibolehkan seperti dalam mazhab imam Hanafi, sebagai "backup" sekiranya kita terlupa (bukan buat-buat lupa) untuk berniat puasa pada hari berkenaan.
AbgBeca
Orang melayu selalui confuse antara "NIAT" dengan "LAFAZ". Contoh macam nak solat, sebelum angkat takbir kalau ikutkan tak perlu lagi lafazkan "USOLLI FARDU..." sbb awal2 lagi kita dah niat dlm hati, kalau tak niat tak sampai la masjid kan biggrin.gif

Soalan cepu emas:

Nak buang air kalau sebut "SAHAJA AKU BUANG AIR..." dipanggil niat atau lafaz..??? laugh.gif

RavMonDok
Assalamualaikum....

Satu lagi perkara yang aku confuse ialah masalah kahak.... especially masa selesema ... masa biasa pun berlaku jugak...
kekadang tu tertelan jugak la kahak tu... lebih2 lagi masa semayang.. takkan nak tahan dalam mulut smpi habis...

So soalan aku mcmana ngan masalah menelan kahak@lendir masa posa... apakah ia mcm air liur jer... ? TQ.

Superior
QUOTE(SiR_FAiZ @ Sep 26 2008, 06:18 AM) *
tang korek hidung 2 aku x pasti..rasanya tidak batal..tapi x boleh korek berlebihan kot..sekdar cuci jer..

no 2 x sah la puasa kalo xde niat walupun bagun sahur..

pasal waktu imsak 2 mmg boleh makan lagi asalkan x azan..orang selalu x makan waktu 2 bukan ape takut terbabas jer..time2 makan tibe azan kan dah payah..

kalo salah toolong betulkan..


no 2 sah. Sebab buat apa kita bgn sahur? Ada ke orang saja2 bgn sahur(mkn sebelum subuh) dengan niat tak puasa?
Sir Pyan
QUOTE(AbgBeca @ Sep 26 2008, 10:33 PM) *
Soalan cepu emas:
Nak buang air kalau sebut "SAHAJA AKU BUANG AIR..." dipanggil niat atau lafaz..??? laugh.gif

Lafaz. Dah sebut.

QUOTE
Assalamualaikum....

Satu lagi perkara yang aku confuse ialah masalah kahak.... especially masa selesema ... masa biasa pun berlaku jugak...
kekadang tu tertelan jugak la kahak tu... lebih2 lagi masa semayang.. takkan nak tahan dalam mulut smpi habis...

So soalan aku mcmana ngan masalah menelan kahak@lendir masa posa... apakah ia mcm air liur jer... ? TQ.

Berkenaan dengan air liur atau apa sahaja ler cecair yang memang semulajadi datang dari badan kita sendiri iaitu yang memang dah ada dalam tubuh, menelannya samada sengaja atau tak sengaja, tak membatalkan puasa atau sembahyang.

Bahan-bahan bacaan tambahan berkenaan puasa boleh didapati di sini:
http://www.hafizfirdaus.com/ebook/RisalahPuasa/new/lima.htm
al-Qusyairi
QUOTE(Superior @ Sep 26 2008, 10:51 PM) *
no 2 sah. Sebab buat apa kita bgn sahur? Ada ke orang saja2 bgn sahur(mkn sebelum subuh) dengan niat tak puasa?
Erm.. Sah ke berpuasa kalau sahur tanpa niat puasa yang betul?
Contoh, niat kan kena distartingkan dengan "Sahaja aku berpuasa..." dan diendingkan dengan "...kerana Allah Ta'ala".
Tapi orang tu masa sahurnya dia niat "Eh nak kena makan ni sebab esok nak puasa" dan bukan niat yang dinyatakan di atas?
RavMonDok
QUOTE(Sir Pyan @ Sep 26 2008, 11:03 PM) *
Berkenaan dengan air liur atau apa sahaja ler cecair yang memang semulajadi datang dari badan kita sendiri iaitu yang memang dah ada dalam tubuh, menelannya samada sengaja atau tak sengaja, tak membatalkan puasa atau sembahyang.

Bahan-bahan bacaan tambahan berkenaan puasa boleh didapati di sini:
http://www.hafizfirdaus.com/ebook/RisalahPuasa/new/lima.htm


Thank You SIRR...... lega sikit sikit hati aku...
Sir Pyan
QUOTE(al-Qusyairi @ Sep 27 2008, 06:11 AM) *
Erm.. Sah ke berpuasa kalau sahur tanpa niat puasa yang betul?
Contoh, niat kan kena distartingkan dengan "Sahaja aku berpuasa..." dan diendingkan dengan "...kerana Allah Ta'ala".
Tapi orang tu masa sahurnya dia niat "Eh nak kena makan ni sebab esok nak puasa" dan bukan niat yang dinyatakan di atas?

Konsep niat tu kena ler betul, yang paling penting part "berpuasa kerana Allah Taala" tu. Kalau takde, maka tak jadi ler niat. Dalam melakukan ibadat, tak kira ibadat wajib atau sunat, niat melakukannya kerana Allah Taala tu kena ada. Tapi tu ler, kekadang kita terlupa. Sebab tu selalu kita diingatkan supaya berniat sebulan berpuasa pada hari pertama Ramadhan dulu.
Superior
QUOTE(al-Qusyairi @ Sep 27 2008, 06:11 AM) *
Erm.. Sah ke berpuasa kalau sahur tanpa niat puasa yang betul?
Contoh, niat kan kena distartingkan dengan "Sahaja aku berpuasa..." dan diendingkan dengan "...kerana Allah Ta'ala".
Tapi orang tu masa sahurnya dia niat "Eh nak kena makan ni sebab esok nak puasa" dan bukan niat yang dinyatakan di atas?


Kalau berpuasa, niat memang la kerana Allah. Ade ke kita puasa pada bulan Ramadhan ni saja2 je? Apa yg terlintas dlm hati, itu la niat. Tak batal puasa esok harinya bila kita bangun sahur, dlm hati berkata "nak kena bangun sahur dah". Itu pun dah kira niat puasa..

Cikgu aku yg kata. Bila aku renung, memang betul pun..
AbgBeca
QUOTE(al-Qusyairi @ Sep 27 2008, 06:11 AM) *
Erm.. Sah ke berpuasa kalau sahur tanpa niat puasa yang betul?
Contoh, niat kan kena distartingkan dengan "Sahaja aku berpuasa..." dan diendingkan dengan "[i]...kerana


"Sahaja aku berpuasa..." bukan dipanggil NIAT tapi LAFAZ.

Maksud niat puasa yang betul kerana Allah tu adalah syarat bagi orang yang tidak gila dan gila. Macam akad, akad yang dilakukan oleh orang gila adalah tidak sah. Solat yang dilakukan oleh orang gila juga tidak sah sebab niatnya kosong.

Bagi orang yang tidak gila, walaupun tidak melafazkan "Sahaja aku berpuasa kerana Allah ta'ala..", ada niatnya di dalam, niatnya tidak kosong.
Sultan ultimatezezs-SE
Niat dalam hati dalam otak dan waras.

Apa2 yang disebut terucap dari mulut tu semua lafaz,..begitu ringkasnya. Konsep mudah dalam islam

PS- Orang gila ada premium dalam hal agama ni.
Mr. gaman80
nak sentuh ttg perkara yg boleh membatalkan puasa..

antaranya ialah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan hingga sampai ke halkum ataupun perut. so, menurut pernyataan ini kalau tak sampai ke halkum atau perut tak batal la cuma makruh.

ttg niat...antara rukun puasa ialah niat. kalau tak niat, puasa tak sah. bentuk niat pla biarla jelas-sejelasnya menunjukkan kita nk berpuasa. kalau kita kata "esok nak bangun sahur nak puasa" dan kita sedar bahawa kita berpuasa tu memang kerana Allah, itu dikira niat...lafaz niat itu fungsinya utk mengingatkan kita apa yg kita nk buat. cthnya lafaz niat solat "usalli fardhu zuhuri arba rakatin lillahi ta'ala"..lafaz ini mengingatkan kita bahawa kita ni nak solat zuhur dan bukan solat lain. menurut imam Syafie, niat solat mesti merangkumi tiga perkara iaitu, jenis solat, berapa rakaat, solat apa...sama konsepnya dgn puasa...

waktu imsak tu sebagai sempadan dgn waktu subuh, sebagai waktu persediaan utk solat subuh...

org gila bukan mukallaf dan tidak diberatkan dengan tanggungjawab sebagai seorang mukallaf seperti kita semua...bukan gila saja, tp kalau ada masalah otak, kewarasan pn sama juga..maksudnya orang gila insyaAllah selamat di akhirat biarpun bukan Islam dengan syarat kegilaannya itu sejak azali.

p/s: org yg buta, bisu, pekak sejak kecil tak wajib solat
AbgBeca
"Aku terima nikah si pulan dengan sipulan".. dipanggil NIAT NIKAH atau LAFAZ NIKAH?? biggrin.gif
hairulfadly
QUOTE(AbgBeca @ Sep 27 2008, 09:50 PM) *
"Aku terima nikah si pulan dengan sipulan".. dipanggil NIAT NIKAH atau LAFAZ NIKAH?? biggrin.gif


Yang tu dipanggil lafaz nikah kan..?
AbgBeca
QUOTE(hairulfadly @ Sep 27 2008, 09:57 PM) *
Yang tu dipanggil lafaz nikah kan..?


Yup, walaupun dalam hati (niat) tak suka dengan pasangan dia, tapi bila dia lafazkan akad nikah, nikah tu SAH. Sebab tu dalam nikah ada saksi utk check sebutan lafaz nikah.

Kalau niat puasa takde saksi, niat puasa tak perlu dilafazkan, dan saksinya adalah Allah.
Mr. gaman80
QUOTE(AbgBeca @ Sep 27 2008, 09:50 PM) *
"Aku terima nikah si pulan dengan sipulan".. dipanggil NIAT NIKAH atau LAFAZ NIKAH?? biggrin.gif


hahaha...apa da abgbeca ni buat lawak pla.... laugh.gif

mesti la lafaz nikah...kalu nak nikah, sebutan mesti jelas n terang. mana ada nikah dibuat secara niat saja...kalau korang niat dlm hati "aku terima nikah si polan binti si polan' sah2 kena rejek...

tapi ingat...kalau cerai lain cerita. kalau korang kata "aku kembalikan ko pada mak bapak ko" n dlm hati korang memang niat nak ceraikan bini, sah perceraian tu...

eh! dah jauh lari dari tajuk asal la...
Sir Pyan
Berkenaan dengan nikah, cerai dan sebagainya, ada satu istilah yang kita panggil "akad", di mana "akad" ni perlu dilafaz secara lisan dan terang difahami dan disertakan dengan niat. Lazimnya soal akad ni akan melibatkan hubungan antara manusia dengan manusia, contohnya dalam pernikahan, jual beli dan sebagainya. Manakala niat seperti niat sembahyang dan puasa, soal ni berlainan sebab ibadah tu melibatkan perhubungan antara manusia dengan Allah SWT, maka penerangannya adalah seperti yang telah diterangkan dalam pos-pos di atas. Lazimnya macam tu lah.
sempoi
Puasa Tidak Boleh Berpisah Dari Dalil Sunah
Posted on Sep 04, 2008 under Ibadat |
**Artikel lepas tulisan Dr Mohd Asri yang dicadangkan untuk bacaan bersempena dengan Ramadhan ini**

TIADA siapa pun yang beriman dapat menafikan bahawa pengamalan agama ini hendaklah berteraskan apa yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda adalah tempat rujukan tanpa sebarang pertikaian mengenai hakikat Islam dan cara ibadah dalam Islam.

Seorang agamawan sama ada dia sarjana besar, atau memiliki puluhan Ph.D sekalipun, mufti atau siapa sahaja, jika huraiannya mengenai agama ini tidak selaras dengan dalil-dalil sunah Nabi maka ia tidak diterima.


Penolakan terhadap sunah Rasulullah berlaku dalam dua bentuk; pertama; golongan yang menolaknya secara prinsip iaitu golongan antihadis. Mereka ini pada hakikatnya menolak nas-nas al-Quran itu sendiri yang menyuruh agar kita mengikuti Rasulullah.

Kelompok kedua mereka tidak mendakwa menolak sunah Nabi. Tetapi apabila mereka dapati nas-nas hadis yang tidak bersesuaian dengan selera, kepentingan, kebiasaan atau adat mereka, maka berbagai-bagai alasan diberikan agar dimandulkan isi kandungan hadis berkenaan sekalipun jelas kepada mereka kebenaran hadis tersebut.

Bukan kerana mereka tidak tahu hadis adalah rujukan yang benar dalam Islam namun kerana enggan mengubah kebiasaan atau ketaksuban terhadap pendapat yang diikuti sejak sekian lama.

Tokoh-tokoh cendekiawan Islam yang agung seperti para imam mazhab yang empat dan selain mereka sering menegaskan agar hal yang seperti ini tidak boleh dilakukan oleh seorang Muslim. Sebagai contohnya apa yang disebut oleh tokoh sarjana kita, al-Imam al-Syafii yang melambangkan ketaatan kepada nas-nas sunah dan kebebasan dirinya yang agung dari ketaksuban pendapat.

Beliau pernah berkata: “Setiap apa yang aku ucapkan lalu didapati hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah menyanggahi pendapatku, maka hadis itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/34, Beirut: Muassasah al-Risalah). Katanya juga: “Jika kamu dapati apa yang ada di dalam bukuku menyanggahi sunah Rasulullah s.a.w. maka berpeganglah dengan sunnah dan tinggalkanlah pendapatku.” (Al-Zahabi, Siyar A’ lam al-Nubala. 10/34).

Kata seorang rawi hadis yang besar iaitu al-Humaidi (meninggal 219H): Suatu hari al-Syafii meriwayatkan sebuah hadis. Aku bertanya: “Apakah engkau akan berpegang dengannya?” Dia menjawab: “Apakah engkau menganggap aku ini datang dari gereja, atau memakai tali pinggang Kristian sampai apabila aku mendengar sesuatu hadis daripada Rasulullah s.a.w. lalu aku tidak berpegang dengannya.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35).

Juga al-Imam al-Syafii: “Setiap hadis daripada Nabi s.a.w. adalah pendapatku, sekalipun kamu tidak mendengarnya daripadaku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35). Katanya lagi: “Manusia telah sepakat bahawa sesiapa yang telah ternyata kepadanya sesuatu sunah daripada RasululLah s.a.w. maka tidak boleh dia meninggalkannya kerana pendapat seseorang dari kalangan manusia.” (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi‘iin, 2/263).


Juga katanya: “Setiap perkara yang aku telah perkatakannya, sedangkan ada riwayat yang sahih di sisi ulama hadis daripada Nabi yang menyanggahi apa yang aku ucapkan, maka aku menarik balik ucapanku semasa hidupku dan selepas mati.” (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi‘iin, 2/266). Sehingga beliau berkata: “Apabila sahihnya sesuatu hadis maka itulah mazhabku.” (Al- Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35).

Inilah imam yang agung. Melarang kita taksub kepada pandangannya tanpa melihat dalil sunah daripada Rasulullah. Demikian juga imam-imam agung yang lain, menyatakan pendirian yang sama.

Malangnya, ada orang mendakwa pengikut mazhab imam-imam ini lebih lajak dari laju sehingga mendakwa seseorang tidak boleh mengambil pendapat lain selain mazhab tertentu.

Kita sepatutnya mencontohi akhlak terhadap Rasulullah yang ditunjukkan oleh para imam kita ini. Kesopanan yang tinggi terhadap inti kandungan sunah Nabi dan seruannya agar semua pihak membebaskan diri dari ketaksuban.

Berbalik kepada kehidupan kita, kadang-kala kebiasaan mengongkong kita lebih dari dalil dan nas-nas agama. Umpamanya kadangkala lihat wanita yang menutup aurat, tetapi apabila hendak bersolat dia seakan tidak mampu selagi tidak memakai telekung putih yang menjadi kebiasaan orang Nusantara.

Saya bukan menyalahkan pakaian tersebut. Seseorang boleh memakainya jika dia mahu. Tetapi keterikatan dengan ‘uniform’ yang seperti itu boleh membebankan diri dan melupakan kita bahawa dengan pakaian yang ada sudah memadai. Sehingga ada yang menangguh solat hanya kerana tertinggal telekungnya.

Apabila saya memperkatakan tentang pemandu bas perjalanan jauh boleh berbuka puasa kerana musafir, ramai yang bersetuju. Tetapi apabila saya menyebut mereka sepatutnya berbuka puasa, bahkan disuruh berbuka puasa jika puasa itu mengganggu tumpuan pemanduan mereka lalu membahayakan nyawanya dan penumpang dan jika dia berpuasa juga dia menyanggahi petunjuk agama ini, ada pihak yang bertanya saya; apakah sampai hendak disuruh buka, setakat diberikan pilihan itu, tidak mengapalah?!

Saya beritahu kepada mereka bahawa dalam hadis;

Rasulullah dalam satu perjalanan lalu mellihat orang ramai berkumpul dan seorang lelaki yang dipayung (kerana terlalu teruk berpuasa). Lalu baginda bertanya: Kenapa? Mereka menjawab: Dia berpuasa. Baginda bersabda: Bukanlah sesuatu yang baik itu, berpuasa ketika musafir (riwayat al-Bukhari).

Hadis ini adalah ulasan Nabi terhadap lelaki berkenaan yang mana puasanya telah membawa mudarat kepada dirinya sendiri. Maka baginda menyatakan bukan satu perkara yang dianggap baik dalam Islam berpuasa ketika musafir sehingga memudaratkan diri. Jika memudaratkan diri disebabkan berpuasa ketika musafir dibantahi oleh Rasulullah bagaimana pula dengan pemandu bas yang jika puasanya boleh memudaratkan dirinya, penumpang yang ramai di belakangnya dan pengguna jalanraya yang lain? Tentulah mereka ini lebih utama untuk berbuka lebih dari lelaki dalam hadis di atas.

Dalam banyak hal, kita kurang bertanya dalil mengenai amalan agama kita, melainkan berdasarkan ikutan yang sudah menjadi kebiasaan semata. Ada orang yang sakit mata dan telinga berkata; saya terpaksa menanggung kesakitan sepanjang hari kerana jika saya titikkan ubat saya nanti batal puasa saya.

Saya bertanya dia; siapa yang menyatakan batal? Dia berkata: Ramai yang kata macam itu. Saya kata kepadanya:

Dalam hadis disebutkan: Rasulullah s.a.w. bercelak sedangkan baginda berpuasa (riwayat Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).

Jika memasukkan sesuatu ke daerah mata atau setiap rongga membatalkan puasa, tentu baginda tidak lakukan.

Demikian juga anggapan ramai pihak bahawa seseorang yang mandi disebabkan keletihan atau terlalu dahaga pada bulan Ramadan, mengurangkan pahala puasanya. Ada yang menambah, sesiapa yang mandi selepas waktu asar, juga berkurangan pahala puasanya. Sedang di dalam hadis yang sahih yang diriwayatkan oleh al- Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud: Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:

“Telah berkata sahabah yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-‘Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”

Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan:

“Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kapalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabah bahawa mereka melihat Rasulullah di al-‘Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.” (Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, Beirut: Dar al-Fikr).

Maka tidak menjadi kesalahan mereka yang letih atau kekeringan ketika bertugas membasahkan kepala atau mandi demi menambahkan kesegaran dan meneruskan urusan. Agama ini sangat rasional. Ia tidak menyuruh kita keletihan dan tersandar sepanjang hari.

Dalam sunah kita disunatkan berbuka puasa dengan rutab, jika tidak ada dengan tamar, jika tidak dengan air. Rutab ialah buah kurma yang masak sebelum menjadi tamar kering, ianya lembut dan manis.

Adapun tamar adalah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu‘jam al-Wasit 1/88). Faedah kesihatan juga terbukti secara saintifik berbuka dengan rutab atau tamar. Sesetengah menganggap jika ada air zamzam itu lebih baik.

Sebenarnya, dakwaan seperti ini tidak berteraskan hadis.

Anas katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka dengan puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab, sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar maka baginda minum beberapa teguk air. (Riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi, Al-Diya al-Maqdisi menilai hadis ini sebagai sahih).

Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H): Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada maka dengan tamar, dan sekiranya tiada maka dengan air…

Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zamzam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zamzam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air. (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, Beirut: Dar al- Kutub al-‘Ilmiyyah).

Demikian sesetengah kita, akan berhenti memakan sahur apabila melihat jadual waktu imsak yang disebarkan oleh kebanyakan pihak. Jadual itu biasanya akan menetapkan waktu berpuasa lebih awal dari masuknya waktu solat subuh.

Padahal al-Quran menyebut: (maksudnya): Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam (surah al-Baqarah: 187).

Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim, Nabi menyebut dengan jelas: Makan dan minumlah sehingga azan Ibn Ummi Maktum, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh).

Ibn Ummi Maktum adalah muazzin Nabi. Baginda mengajar kita dalam hadis ini agar kita boleh bersahur sehingga masuknya waktu solat subuh. Apabila waktu solat subuh, bererti waktu sahur berakhir. Baginda tidak pula menyebut beberapa ketika atau setengah jam sebelum subuh. Bahkan dalam hadis Abu Daud dan Ahmad baginda memberikan kelonggaran yang lebih luas untuk umatnya.

Baginda bersabda: Apabila seseorang kamu mendengar azan sedangkan bekas minuman berada di tangannya, maka janganlah dia meletakkannya sehingga selesai hajatnya (dinilai sahih oleh al-Albani). Baginda tidak menyuruh seseorang meludah atau memuntahkan apa yang ada dalam mulut apabila mendengar azan seperti pendapat sesetengah orang. Islam itu mudah dan praktikal.

Ada orang kata, dia tidak dapat terima pendapat ini. Saya katakan kepadanya: Ini hadis bukan pendapat. Dia kata: Saya pakai pendapat orang ramai. Saya katakan: Agama berdasarkan dalil, bukan emosi.

Dalam hadis disebut “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah dengan makanan sebelum kamu menunaikan solat maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis yang lain baginda bersabda:

Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesai. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Tujuan hadis ini agar solat tidak diganggu oleh ingatan kepada makanan. Makanlah dengan sederhana kemudian bersolatlah. Namun ramai yang apabila hidangan berbuka puasa di hadapan matanya dan keinginannya pula tinggi, lalu dia meninggalkan hidangan pergi menunaikan solat dengan hati yang tidak fokus. Seakan itu petunjuk agama. Sebenarnya petunjuk Nabi bukan demikian. Baginda lebih memahami jiwa insan.

Kata al-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis- hadis tersebut menunjukkan dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ianya boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk. (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, Beirut: Dar al-Khair).

Apa yang ingin saya jelaskan, betapa pentingnya agama ini dibina di atas dalil. Sesiapa sahaja yang berbicara tentang agama, sehebat mana dia, mintalah kemukakan dalil syarak. Agar agama tidak menjadi jualan murah yang diberi lesen kepada sesiapa sahaja untuk mewakili Allah dan Rasul-Nya tanpa bukti.

Contoh-contoh puasa adalah sempena Ramadan yang masih kita lalui. Banyak lagi contoh lain jika ingin dibicarakan.

Semoga puasa kita mendekatkan kita kepada sumber yang agung; al-Quran dan al-sunah.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2008 Invision Power Services, Inc.