Bantuan - Carian - Ahli - Kalendar
Full Version: Akaun 'lebur' Kerana Perangkap E-mel Hantu
Tanya@Putera > Komuniti > Serious Discussion
TemanX
KUALA LUMPUR - Tidak sampai empat minit, duit dalam akaun bank milik seorang pengurus, Yong Chee Seong, 30, berjumlah hampir RM5,000 lesap sekelip mata.

Kes itu dipercayai gara-gara sindiket perbankan dalam talian (online) yang didalangi pakar teknologi maklumat di kalangan warga asing yang memerangkap mangsa melalui penghantaran e-mel 'berhantu'.

Chee Seong memberitahu, e-mel dalam bahasa Inggeris yang diteri- manya pada 23 September lalu kira- kira 1 tengah hari memintanya mengemas kini maklumat talian perbankan melalui proses pertukaran kata kunci akaun bank.

"Ia nampak asli dan meminta saya berbuat demikian bagi tujuan kese- lamatan selain mengelak ditipu oleh sindiket yang semakin menjadi-jadi di ruang siber,'' katanya di sini semalam.

Menurut Chee Seong, sebagai pelanggan tetap bank terkemuka itu sejak enam tahun lalu, dia langsung tidak menaruh syak bahawa e-mel itu satu perangkap kerana pautan laman web untuk dia membuat kata kunci baru, muncul dengan hampir menyamai laman web bank tersebut.

Beliau hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena berlaku sele- pas beberapa minit mendaftarkan kata kunci baru dengan empat minit kemudian menerima khidmat pesa- nan ringkas (SMS) daripada pihak bank dengan maklumkan satu transaksi pemindahan wang dari akaunnya berjumlah RM4,935.

"Saya tergamam kerana saya tak buat apa-apa,'' katanya.

Sejurus selepas itu, Chee Wah terus menghubungi bank berkenaan dan jurucakapnya mengesahkan polisi mereka tidak meminta pelanggan menukar data menerusi e-mel.

Chee Wah cuba mengakses kembali pautan laman web berkenaan, namun gagal.

Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya pada 23 September lalu selepas dinasihatkan oleh pihak Maybank.




CHEE SEONG menunjukkan salinan cetakan e-mel skim penipuan siber yang menyebabkan wang dalam akaunnya hilang semalam.


Sumber : Kosmo
hairulfadly
Jangan sesekali percaya e-mail perbankan yang dihantar ke e-mail anda..
Yang meminta anda memasukkan password dan no akaun..

Itu semua adalah phishing scam ...
tasek16
emmmm aku rasa bukan salah bank tapi salah pengguna sendiri... Kalau kita ada online banking account....dalam site tu sendiri dah bagi tahu jangan log-on / access website melalui email...kenapa nak access akaun melalui link dari email..So peringatan juga pada kita kalau nak access ke online banking jangan sekali-kali melalui link pada email . Install/guna latest browser dan antivirus yang ada anti-phishing...
LanoX
Pihak bank pun kena bertanggungjawab gak... cari siapa yang buat pemindahan duit tu dan ke akaun siapa? Takkan lepas tangan macam tu jer sebab semua rekod ada kat bank. Malah boleh guna rekod2 tu untuk bantu polis kesan penjenayah siber nie. Satu perkara lagi ialah takkan pakar pembenteras jenayah siber kat Malaysia nie tak boleh nak jejak lokasi & tangkap penjenayah berkenaan. Apa badan seperti NICER tu buat untuk jejak penjenayah... alah, yang macam dalam movie hollywood tu siap boleh lawan lagi para penggodam tu semua..
K.I.T.T
aku yang tau komputer ni pun sanggup pi buat manual dan beratur berjam2 depan kaunter dari pakai komputer check duit.tgk kes macam ni.bank x kan nak bertanggungjawab.bukan salah dia.bukan dia yang hantar.yang pengguna tu pulak mesti ntah2 virus pun dia x tau.jangan2 pc berlambak2 virus.kemungkinan AV yang dia ada pun mesti AVG Free heheheheheh.....jimat la katakan.

sori la.bagi aku lahkan sejauh mana pun teknologi tu dan secanggih mana tech tu then kalau dah libatkan mesin dan komputer bila dah failure macam ni sapa nak ganti balik rm 5k? aku sure la pengguna yang kena tu FOBIA nak gunakan online internet lagi.sekali kena bukan rm 300.kering duit kita dibuatnya.kita kumpul seharian kerja xde harian then dalam satu hari dah................milik orang lain.


kalau la rm 5k tu duit modal rolling bisnes adoiiiiiiiiiiiiiii

aku benci online perbankan.:angry:aku tau online perbamkan bagus.kerja jadik cepat.tapi berapa lama leh tahan `kebagusan ` tu? pastu kalau dalam seharian guna tu mesti ada buat mistake.so itu aku nak tau mcam mana seorang pengguna handle kes tu ngan duit dalam bank dah xde.simpanan dah habis.teknologi mcam ni x leh buat mistake.lagipun orang malaysia ni semua jenis nak senang2.nak permudahkan.so online perbankan x sesuai ngan orang kita.

kalau aku aku amuk satu negara.duit ismpanan yang lama kita kumpul habis macam tu je
Sir Pyan
Tak silap aku, kalau duit tu kena withdraw secara online, sepatutnya dalam rekod bank mesti ada simpan ke mana pergi duit tu. Lain ler kalau withdraw pakai ATM, yang ni memang tak leh trace, sebab sesapa yang ada kad ATM boleh withdraw.
TemanX


Yang aku pelik tu, diorang taktau ke yang duit tu pegi ke akaun sape. Pastu tan reman la orang yang treima duit tu. soal siat. Ini tidak, orang yang tak bersalah kena masuk jail, orang camni rilek je. kalau camtu aku pun nak blajor programming untuk spyware, malware ngan underware la camni...... kuang3 laugh.gif
SetsunaFSeiei
camner boleh tranfer plak duit tu?aku ingat depa dah dapat buat phishing jadi useless sebab kalau kat m2u kena pakai tac baru boleh wire tu pun kena request kat atm atau hp ...anyway kena trace balik logged ip unless guna vpn/proxy ngan akaun yang wire duit 5k tu
khorback
heran gak camner leh transfer secara buta? ke phone number kena godam skali? mungkin lepas tipuan kemaskini, silanun buat skali untuk phone?Nak slamat, elok jangan layan sebarang emel yang bercakap pasal BANK
hairulfadly
Yap.. kena ada TAC code..
Kalau nak buat apa-apa urusan yang melibatkan perbankan atas talian..

Bank yang terkemuka ?
Bank apa tu ?
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2008 Invision Power Services, Inc.