Laman Utama Tanya Wiki English Artikel Komuniti E-Mel Ringtones Search

Bantuan | Carian | Ahli | Kalendar

Google

Selamat Datang ( Log In | Daftar )

> Peraturan Menggunakan Forum

Forum ini adalah tempat untuk perbincangan, dan bukan tempat untuk membuat promosi! Anda boleh bentangkan idea, buat review atau buat penerangan tentang sesuatu perkara, tetapi anda tidak dibenarkan secara direct mempromosikan referral link anda. Referral link hanya dibenarkan di dalam signature sahaja. Referral link di dalam posting akan dipadamkan dan jika masih berdegil, sila calonkan diri untuk kena banned.

2 Pages V   1 2 >  
Reply to this topicStart new topic
Majlis Fatwa Kebangsaan!, Keputusan!!!
nazwa69
post Apr 13 2007, 02:19 AM
Kiriman #1


Ahli
**

Grup: Members
Kiriman: 66
Penyertaan: 4-October 04
Ahli ke- 3,031



Akhirnya majlis fatwa dah keluarkan fatwa mengenai investment internet ni... sapo nak lawan lagi, ikut la masing2... ni just nak share...

Video, Format WMV =
Video Buletin Utama

Mirror =
Mirror 2
Mirror 3
Mirror 4
Mirror = Youtube!

p/s = mod, fail video takper kan? kalo salah, harap maap... sekian... wallahu'alam...


--------------------
[center]:: Chronology :: C2D E6850 :: Asus P35 :: 2GB Corsair Performance RAM PC6400 :: MyNew Asus TOP 512 8800GT :: 1TB+320GB+250GB+10K 74GB Raptor For OS ::[/center]
Go to the top of the page
 
+Quote Post
darkstar
post Apr 13 2007, 03:14 AM
Kiriman #2


Ahli
***

Grup: Members
Kiriman: 130
Penyertaan: 21-April 04
Ahli ke- 270



Thanx nazwa69

so, tutup kes.. kalau ada yg ajak berdebat pasal ni lagi, aku nasihatkan kita semua abaikan terus org-org macam ni.
Go to the top of the page
 
+Quote Post
soopee
post Apr 13 2007, 07:02 AM
Kiriman #3


Ahli
**

Grup: Members
Kiriman: 96
Penyertaan: 3-December 06
Dari: put ra ja ya
Ahli ke- 21,553



tepat pada masanya....
taubat...taubat..
tq majlis fatwa


--------------------
-----tenawan keman daled---
-----ud daled------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
Hackezkk
post Apr 13 2007, 07:39 AM
Kiriman #4


Ahli Sangat Rajin
******

Grup: Members
Kiriman: 4,413
Penyertaan: 26-April 04
Ahli ke- 356



ahahahahah
mmg best
pdn muke korang yg masuk tuh
insaf2la..jgn nak bertekak lagi


--------------------
tenuktutorials.blogspot.com
Saye Menjual Rapidshare account.PROMOSI RM20 sebulan..Cpat2
Go to the top of the page
 
+Quote Post
ponix
post Apr 13 2007, 08:03 AM
Kiriman #5


Ahli
*

Grup: Members
Kiriman: 46
Penyertaan: 14-March 07
Dari: kelantan
Ahli ke- 26,298



kalau dapat jual harta takpe la..nak modal pun tak lepas..joojojommmm...join yang halal..
Go to the top of the page
 
+Quote Post
cikgureza
post Apr 13 2007, 09:46 AM
Kiriman #6


Ahli Rajin
*****

Grup: Members
Kiriman: 1,503
Penyertaan: 4-August 05
Dari: Ipoh,Perak
Ahli ke- 9,518



Oleh NOR AZIAH JAAFAR, RUHAIDINI ABD KADIR dan RAMLI ABDUL KARIM

KUALA LUMPUR 12 April – Ketika wujud gelombang besar penyertaan orang ramai dalam skim-skim pelaburan Internet yang menjanjikan pulangan berlipat ganda, aktiviti itu hari ini difatwakan sebagai haram di sisi Islam.

Keputusan Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan Ke-77 di Kuala Terengganu itu sudah pasti memberi kesan kepada aktiviti pelaburan melibatkan tidak kurang 500,000 orang Islam termasuk golongan kenamaan dan profesional berpangkat Tan Sri dan Datuk.

Majlis berkenaan membuat keputusan itu terhadap semua bentuk pelaburan Internet termasuk skim cepat kaya SwissCash yang kononnya diuruskan Swiss Mutual Fund kerana skim-skim itu secara jelas mengandungi unsur riba.

Dengan nilai pelaburan mencecah RM1 bilion termasuk kira-kira RM200 juta yang dilaburkan oleh 50,000 pelabur dalam skim SwissCash, tidak kurang 50 jenis pelaburan Internet kini giat melobi orang ramai melabur dengan janji pulangan sehingga 300 peratus.

Selepas SwissCash dan beberapa lain malap, skim terbaru yang mendapat sambutan hebat ketika ini ialah I Love You Forever menerusi laman web www.iluf.biz yang menjanjikan pulangan sehingga RM21,000 bagi pelaburan pokok RM800 untuk tempoh 12 bulan dan www.ugifund.com yang dilancarkan hari ini.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Datuk Dr. Abdul Shukor Husin yang ditemui pemberita selepas mesyuarat itu memberitahu, sebarang pelaburan yang menjamin keuntungan secara tetap seperti ditawarkan SwissCash adalah haram.

Menurutnya, atas alasan itu, Islam tidak membenarkan umatnya melabur dalam segala bentuk pelaburan seumpama itu.

‘‘Ada banyak pelaburan alternatif disediakan kepada pelabur yang berlandaskan Islam dan boleh disertai oleh umat Islam,’’ katanya.

Berdasarkan siasatan Utusan Malaysia, pelaburan Internet pilihan rakyat Malaysia ialah skim yang mendakwa menjana wang dalam pasaran hadapan komoditi seperti minyak, gas, perladangan dan emas.

Terdapat pelaburan Internet seperti SwissCash yang mendakwa kononnya aktiviti mereka ialah pelaburan offshore yang tidak tertakluk dalam bidang kuasa perundangan termasuk Bank Negara Malaysia (BNM).

Jenis pelaburan lain yang didakwa sebagai asas aktiviti skim pelaburan Internet ialah perniagaan mata wang asing selain melabur dalam pasaran-pasaran saham luar negara.

Sebelum ini, media mendedahkan pelaburan skim cepat kaya SwissCash yang tampil dengan pelan pelaburan tanpa had dan jaminan keuntungan lebih meyakinkan yang setakat ini sudah menelan kira-kira RM190 juta wang daripada lebih 50,000 pelabur Malaysia.

Kutipan wang deposit awam secara haram itu beroperasi dengan modus operandi berasaskan transaksi Telegraphic Transfer (TT) di bank-bank tempatan dan urusan pelaburan menerusi Internet.

Ekoran itu, BNM membuat kenyataan bahawa skim SwissCash adalah menyalahi undang-undang negara kerana mengambil deposit secara haram.

Teknologi

Selain SwissCash, terdapat lebih 50 skim cepat kaya menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) didalangi beberapa sindiket yang menawarkan pelbagai bentuk pelan pelaburan menerusi alam maya Internet.

Antara skim berkenaan ialah www.ABFund.biz; www.WinliFund.com; www.empay.com; www.buyebarrel.us; www.eaindex.com; www.fical.us; www.GlobalForex.us; www.Arabic.com; www.eracapital.com; www.e-investpro.com; www.GG-trade.com dan www.smartindex.net.

Dengan membuka laman web www.jutawan.com, pelayar boleh mendapatkan senarai keseluruhan skim-skim pelaburan Internet atau istilah globalnya dikenali sebagai High Yield Investment Programme (HYIP).

Modal pelaburan dikira berasaskan nilai mata wang Amerika Syarikat (ASD) berdasarkan 3.80 bagi setiap Ringgit Malaysia.

Dengan pelaburan serendah AS$20 (RM76), skim-skim itu menjanjikan pulangan lumayan minimum dua peratus sehari atau 60 peratus sebulan yang dibayar kepada para pelabur selama 100 hari.

Pulangan itu jauh lebih besar dan terlalu tinggi jika dibandingkan dengan kadar pulangan yang ditawarkan institusi perbankan iaitu tiga peratus sebulan bagi deposit tetap atau lapan peratus bagi pasaran modal.

Dengan pelan pelaburan yang menarik menggunakan laman web yang berpusat di Amerika Syarikat (AS), penganjur yang sebenarnya didalangi orang tempatan berjaya mengabui mata para pelabur.


--------------------
may the source be with you.. http://cikgureza.bizzmy.com
***** http://www.e-jodoh.com <--- "belum kawin lagi?" Daftar le, free je...
Go to the top of the page
 
+Quote Post
ponix
post Apr 13 2007, 09:54 AM
Kiriman #7


Ahli
*

Grup: Members
Kiriman: 46
Penyertaan: 14-March 07
Dari: kelantan
Ahli ke- 26,298



BRAVOO!!!!
Go to the top of the page
 
+Quote Post
adinor
post Apr 13 2007, 12:50 PM
Kiriman #8


Ahli
***

Grup: Members
Kiriman: 386
Penyertaan: 30-August 04
Dari: Malaysia
Ahli ke- 2,186



Kami dengar dan kami patuh.



--------------------
Abit IL9 Pro | Pentium 4 3.0GHz HT | Corsair XMS2 DDR2 1GB | Seagate 80GB | Lite-On DVD-RW | ViewSonic TFT LCD 17 | Edifier C2
Go to the top of the page
 
+Quote Post
mastakilla
post Apr 13 2007, 12:52 PM
Kiriman #9


Ahli
***

Grup: Members
Kiriman: 230
Penyertaan: 18-January 07
Dari: Bandar Baru Bangi
Ahli ke- 23,020



apa komen promoter2 HYIP?


--------------------
~Smile: A curve that can set a lot of things straight~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
panglimakhalid
post Apr 13 2007, 02:23 PM
Kiriman #10


Ahli
***

Grup: Members
Kiriman: 378
Penyertaan: 21-January 07
Dari: Over the Sea
Ahli ke- 23,099



buat akhirnya...dapat pun keputusan..

tahniah kepada warga Putera.com yang prihatin..


--------------------
.::: Tuntutlah Ilmu selagi mampu...jangan menyesal diakhir waktu ::.
Go to the top of the page
 
+Quote Post
neko
post Apr 13 2007, 03:02 PM
Kiriman #11


Ahli Rajin
****

Grup: Members
Kiriman: 941
Penyertaan: 26-January 07
Dari: UiTM Segamat
Ahli ke- 23,367



sebar2kan lah kepade sesaper yang kat luar tu... sedare ker...

insaflah... cool.gif


--------------------
--bersederhanalah dalam kehidupan---

-unknown- -unknown- -unknown- -unknown- -unknown- -unknown- -unknown- -unknown- -unknown- -unknown-
Go to the top of the page
 
+Quote Post
mr dozo
post Apr 13 2007, 03:30 PM
Kiriman #12


Ahli
***

Grup: Members
Kiriman: 434
Penyertaan: 15-March 07
Dari: klang
Ahli ke- 26,348



aku pelikla apsal lambat sangat keluar fatwa...
anyway tahniah coz kuar gak fatwa nih...
yang dah joint tu faham-faham je la...

Go to the top of the page
 
+Quote Post
gegule
post Apr 13 2007, 10:16 PM
Kiriman #13


Ahli
***

Grup: Members
Kiriman: 484
Penyertaan: 19-May 06
Ahli ke- 16,943



kagum tui aku dengan ngkorang pasal patuh dengan fatwa, harapnyer sumer ler ngko follow bukan certain part jeks. amek benda paling mudah, penjagaan aurat biggrin.gif by the way, biler fatwa dah kuar, cukup ler stakat dengan perkataan "melalui fatwa bla bla, saya menyeru diri saya dan anda semua...." ingat, imam di masjid slalu menegur diri sendrik dulu, bukannyer melulu teruih attack orang lain. aku faham niat ngkorang baik untuk tegur, cuma kalo bleh, amalkan aper yang khatib slalu amalkan ketika membaca khutbah. wink.gif adios
Go to the top of the page
 
+Quote Post
☺☺☺
post Apr 13 2007, 10:33 PM
Kiriman #14


Ahli
**

Grup: Members
Kiriman: 61
Penyertaan: 3-June 05
Ahli ke- 8,231



fuhh.. akhirnya... biggrin.gif
marila sama-sama menuju ke arah kebaikan dan menuju kejayaan..
well.. abaikan laugh.gif


--------------------
▓▓▓▒▒▒▒▒▒
▒▒▒▒▒▒▒▒▒
MALAYSIA

Go to the top of the page
 
+Quote Post
DarkWan
post Apr 13 2007, 10:42 PM
Kiriman #15


Ahli Rajin
*****

Grup: PDP Moderator
Kiriman: 1,406
Penyertaan: 24-April 04
Dari: HELsinki
Ahli ke- 314



QUOTE(a_damanhuri77 @ Apr 13 2007, 03:38 PM) [snapback]468419[/snapback]
aku pelikla apsal lambat sangat keluar fatwa...
anyway tahniah coz kuar gak fatwa nih...
yang dah joint tu faham-faham je la...

Bukan senang nak memfatwakan hukum .. kalau tak salah aku Imam Bukhari nak filter hadis-hadis dia pun, dia solat sunat terlebih dahulu utk sebuah hadis.

Berapa hadis yang dia hafal? Tak silap aku dalam 300,000 lebih. 100,00 hadis sahih. 200,00 hadis palsu. Berapa rakaat dia solat sunat? Go figure.

Mungkin majlis fatwa tak buat macam tu. Mungkin juga ya. Point aku, bukan senang nak membuat keputusan. Kena pandang dari semua segi. Dalil kukuh. Bersumberkan Al-Quran dan Hadis. Baru orang percaya, faham dan patuh.

Itupun ramai yang tak patuh .. blush.gif


--------------------
Team Raptor Malaysia - http://www.raptorpaintball.com

http://www.putera.com/wiki
Email: darkwan [at] putera [dot] com
#AMD Club :0362004
Go to the top of the page
 
+Quote Post
PETABITE
post Apr 13 2007, 10:49 PM
Kiriman #16


Ahli Rajin
****

Grup: Members
Kiriman: 897
Penyertaan: 11-April 04
Ahli ke- 28



Thats de point DarkWan!

Dah lama tak masuk forum ni, aku tengok ramai sangat ahli baru yg cepat melatah la..

Woooo DarkWang, aku ada skim baru punya, nama dia Skim Skodeng Awek Sebelah Rumah, ko nak join? khokhohkohkhokhokhohkohkhohkoh..


--------------------
A real time student!

http://www.petitiononline.com/bbb4my/petition.html
Go to the top of the page
 
+Quote Post
DarkWan
post Apr 14 2007, 03:26 AM
Kiriman #17


Ahli Rajin
*****

Grup: PDP Moderator
Kiriman: 1,406
Penyertaan: 24-April 04
Dari: HELsinki
Ahli ke- 314



QUOTE(PETABITE @ Apr 13 2007, 10:57 PM) [snapback]468690[/snapback]
Thats de point DarkWan!

Dah lama tak masuk forum ni, aku tengok ramai sangat ahli baru yg cepat melatah la..

Woooo DarkWang, aku ada skim baru punya, nama dia Skim Skodeng Awek Sebelah Rumah, ko nak join? khokhohkohkhokhokhohkohkhohkoh..

Ehehe. Tak praktikal la, rumah aku jauh dengan rumah ko. Lain le ada pintu suka hati. Rumah dekat2 aku ni pun tak abes skodeng. Mak dia garang, kekeke.

--------
ON TOPIC
Fatwa dah keluar. Tinggal ikut dan tak ikut je. Dah dikata haram tu, haram la. Tapi kalau mahu main, diam diam suda. Sendiri makan, sendiri mau ingat.

Tapi bila dah menghalalkan yang haram, itu namanya melampau. Sesat lagi menyesatkan. mad.gif


--------------------
Team Raptor Malaysia - http://www.raptorpaintball.com

http://www.putera.com/wiki
Email: darkwan [at] putera [dot] com
#AMD Club :0362004
Go to the top of the page
 
+Quote Post
Unclekyo
post Apr 14 2007, 05:36 PM
Kiriman #18


Ahli
***

Grup: Members
Kiriman: 150
Penyertaan: 18-February 07
Ahli ke- 24,733



nak kayo, dapat kayap....muhahahahhaha laugh.gif


--------------------
Up Up N Away!!!
Go to the top of the page
 
+Quote Post
normeck
post Apr 17 2007, 05:39 PM
Kiriman #19


Ahli
***

Grup: Members
Kiriman: 357
Penyertaan: 6-December 06
Ahli ke- 21,643



A : wei...jgn joint Saham Neraka
B: ala...mcm ko sembahyang 5 waktu....

????


--------------------
AMD64 X2 3600+ | BIOSTAR TFORCE 570U | KINGSTON DDR2 667Mhz 512x2 | PALIT GEFORCE 7300GT 256MB 128BIT | SATA HD 80G | SATA DVD-RW LITEon
Go to the top of the page
 
+Quote Post
archilles
post Apr 20 2007, 11:44 AM
Kiriman #20


Ahli Baru


Grup: Learning
Kiriman: 8
Penyertaan: 6-March 07
Ahli ke- 25,776



bagi aku simple je...

kerajan dah tau benda ni mmg buat duit punya, saham2 di luar negara mmg betul2 menguntungkan.. keuntungan 300%
yg di beri dlm swisscash adalah sikit kalau nak di bandingkan apa yg company swisscash dapat.

Kerajaan menghalang benda ni sebab pengaliran matawang keluar negara akan bertambah dari hari ke hari..

kerajaan tak dapat untung daripada pelaburan yang rakyat malaysia buat ni, so dia hanya limitkan kepada pelaburan yang di benarkan oleh kerajaan.. dan kerajaan tak akan lluluskan benda ni, kerana dia tak dapat untung..

bab halal haram ni, kalau kerajaan yang kontrol yang haram pun jadi halal.. esiapa ustaz yang cakap haram akan kena gam...

so kerajaan mmg tak nak rakyatnya senang2 dapat duit... kena kerja dan byr cukai kepada kerajaan lah...



Go to the top of the page
 
+Quote Post
blind_control
post Apr 20 2007, 04:34 PM
Kiriman #21


Ahli
**

Grup: Members
Kiriman: 51
Penyertaan: 3-March 07
Ahli ke- 25,554



QUOTE(archilles @ Apr 20 2007, 11:52 AM) [snapback]472345[/snapback]
bagi aku simple je...

kerajan dah tau benda ni mmg buat duit punya, saham2 di luar negara mmg betul2 menguntungkan.. keuntungan 300%
yg di beri dlm swisscash adalah sikit kalau nak di bandingkan apa yg company swisscash dapat.

Kerajaan menghalang benda ni sebab pengaliran matawang keluar negara akan bertambah dari hari ke hari..

kerajaan tak dapat untung daripada pelaburan yang rakyat malaysia buat ni, so dia hanya limitkan kepada pelaburan yang di benarkan oleh kerajaan.. dan kerajaan tak akan lluluskan benda ni, kerana dia tak dapat untung..

bab halal haram ni, kalau kerajaan yang kontrol yang haram pun jadi halal.. esiapa ustaz yang cakap haram akan kena gam...

so kerajaan mmg tak nak rakyatnya senang2 dapat duit... kena kerja dan byr cukai kepada kerajaan lah...


Undang2 di buat untuk protect rakyat... bukan nak cari duit...
kalo duit malaysia banyak keluar orang boleh speculate..
bila ekonomi jatuh nanti kita jugak yang susah...

lepas tu investment macam ni salah dari segi undang2 jugak..
BNM tak boleh nak monitor. nanti tokey dia lari investor nak report pada sapa..
Laporan Securities Commision menyatakan pelaburan ini adalah SKIM PONZI...takde product...
Kalo tokey dia guna duit tu untuk urusan jual beli dadah pun kau tak tau.
Go to the top of the page
 
+Quote Post
nazwa69
post Apr 20 2007, 06:04 PM
Kiriman #22


Ahli
**

Grup: Members
Kiriman: 66
Penyertaan: 4-October 04
Ahli ke- 3,031



QUOTE(archilles @ Apr 20 2007, 11:52 AM) [snapback]472345[/snapback]
bagi aku simple je...

kerajan dah tau benda ni mmg buat duit punya, saham2 di luar negara mmg betul2 menguntungkan.. keuntungan 300%
yg di beri dlm swisscash adalah sikit kalau nak di bandingkan apa yg company swisscash dapat.

Kerajaan menghalang benda ni sebab pengaliran matawang keluar negara akan bertambah dari hari ke hari..

kerajaan tak dapat untung daripada pelaburan yang rakyat malaysia buat ni, so dia hanya limitkan kepada pelaburan yang di benarkan oleh kerajaan.. dan kerajaan tak akan lluluskan benda ni, kerana dia tak dapat untung..

bab halal haram ni, kalau kerajaan yang kontrol yang haram pun jadi halal.. esiapa ustaz yang cakap haram akan kena gam...

so kerajaan mmg tak nak rakyatnya senang2 dapat duit... kena kerja dan byr cukai kepada kerajaan lah...



aku jumpa ramai dah makhluk camnih.. celik, tapi buta... dah terang2 banyak yang scam skang, masih nak jadi org bodo melabur benda2 ntah apa2... dengan alasan, ala biasalah bisnes, mesti ada rugi... tapi sebenarnya dia tak sedar diri duk kene tipus... ada otak letak kat kepala lutut.. dah terang2 benda ni piramid... masih nak buat... HYIP ni cam dadah la.. memang sedap, tapi sedap dia sekejap je la... cakap ulama pon nak lawan... sengal...


--------------------
[center]:: Chronology :: C2D E6850 :: Asus P35 :: 2GB Corsair Performance RAM PC6400 :: MyNew Asus TOP 512 8800GT :: 1TB+320GB+250GB+10K 74GB Raptor For OS ::[/center]
Go to the top of the page
 
+Quote Post
lipas
post Apr 20 2007, 06:13 PM
Kiriman #23


Ahli
***

Grup: Members
Kiriman: 348
Penyertaan: 21-January 07
Dari: Belakang almari
Ahli ke- 23,115



QUOTE(archilles @ Apr 20 2007, 11:52 AM) [snapback]472345[/snapback]
so kerajaan mmg tak nak rakyatnya senang2 dapat duit... kena kerja dan byr cukai kepada kerajaan lah...


betol.. kerajaan taknak rakyat malaysia jadik pemalas cam ko.. pegi belajar.. pegi carik keje.. bantu ekonomi negara.. haha
Go to the top of the page
 
+